Tak tahu hendak cerita apa lagi!!!
Bab 62
Cuaca musim
tenjuh bulan November menguasai persekitaran. Maklumlan duduk di atas bukit
begini, terasa dinginnya, tetapi nyaman. Andainya cuaca di seluruh Malaysia
begini, alangkah nekmatnya. Tetapi itu hanya impian. Jangan harap, terutama
jika tinggal di Kuala Lumpur yang sentiasa bergelut dengan kesesakan jalan
raya, di mana penghuninya yang sentiasa menghidu habuk,
Yang
sentiasa berbahang panas cuaca,
Yang
sentiasa perlu berhati-hati kerana penjenayah sentiasa memerhati,
Yang
sentisa perlu cepat dan pantas,
Namun di
Kuala Lumpur juga yang ramai peminat dan tumpuan.. hairankan?
Sungguh
ironik.
Apa yang
ironiknya, kerana Kuala Lumpur adalah lombong emas. Di mana, di tempat inilah
punca untuk mendapatkan wang. Sama ada sedikit atau banyak, terserah! Jika
jujur, nampak gayanya akan mendapat untung kecil. Jika hendak kaya cepat nampaknya
kena bersendiwara, songlap sana songlap sini. Berhutang dengan cara, gali
lubang sana, tutup lubang sini. Begitulah gayanya hidup di Kuala Lumpur. Yang
pandai menipu akan hidup mewah dan berjaya. Yang jujur akan ketinggalan,
silap-silap business bungkus..
Itulah
lumrah alam sekarang ini. Sudah tidak kenal dosa pahala. Duit mengaburi mata.
Hendak hidup senang, sanggup buat apa sahaja. Ammar tahu itu, sudah berapa
banyak kes pecah amanah yang telah di kendalikannya. Sudah berapa banyak kes
tipu, kes rasuah tak usah hendak cerita! Ada sampai sanggup membunuh. Apa
hendak di kata, dunia yang sudah hampir akhir zaman. Manusia sudah tidak boleh
berfikir dengan waras.
Itulah,
apabila dapat menghidu udara yang segar seperti waktu ini Ammar rasakan amat
bertuah sekali. Tidak ada kes yang hendak difikirkan. Tidak ada habuk atau
menghidu angin dari pendingin udara yang entah berapa zaman tidak di bersihkan
ventilationnya.. hemm...
Bergegas
Mummy Tina mengikut langkah Ammar yang panjang menuju ke Dewan Sekolah Lady
Maxwell.
Ammar
berdiri dengan sebelah tangan menjinjit satu
beg kertas, menunggu mummy Tina yang terkedek-kedek kerjalan ke arahnya.
Mereka sudah terlambat sampai. Namun Ammar masih mampu bersabar sambil mengambil
peluang menghidu udara segar yang hanya sesekali di nekmaninya.
Cuma
harapan Ammar, agar upacara di mana nama anaknya dipanggil tidak terlepas. Dia
ingin sangat mendengar namanya di sebut di hujung nama anaknya. Betapa
bangganya di rasakan dirinya jika mendengar sebutan nama di akhir nama Mila
apabila di panggil kelak. Dia ingin merasa perasaan itu. Tetapi Ammar jangka
acara masih belum jauh kerana dia sudah biasa, janji melayu. Jika acara
sepatutnya jam 9.00 pagi, jam 10.00 pagi belum tentu bermula.
Kelewatannya
hari ini bukannya apa!, Jika dirinya datang sendirian, sudah pasti dia sudah
lama sampai. Tetapi di sebabkan mummy Tina hendak ikut, dia berusaha menguruskan
dirinya agar dia nampak cantik, Mummy tidak kerahuan menentukan apa pakaian
yang sesuai untuk di pakai bagi pertemuan pertama ini. Dia ingin nampak
sempurna di mata cucu yang bakal dia jumpa. Akibatnya, Ammar terlambat bergerak dari KL tadi. Bukan
terlambat sedikit, malah hampir satu jam. Hati Ammar sakit juga pada mulanya, tetapi apabila di fikirkan itu
adalah mummynya, Ammar tidak sampai hati mengeluarkan ketidakpuasan hatinya.
Dia tahu mummy gabra sebenarnya. Sama seperti perasaan yang di alaminya sewaktu
mencari Mila dahulu.
Mata
melilau mencari tempat duduk. Dewan sekolah, tahu ajelah, bukannya sehebat
dewan mana-mana hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Ammar lihat, tempat duduk
di hadapan sudah penuh. Yang tinggal hanya beberapa kerusi di hujung dewan.
Itupun kedudukan tempat yang kosong pula tengah-tengah. Ammar dan mummy Tina
terpaksa meminta laluan untuk sampai ke tempat duduk yang kosong tersebut.
Keadaan
riuh dengan dendangan persembahan, entah dari darjah berapa. Ammar tidak
mengetahui kerana persembahan sudah dipertengahan. Tetapi dari lengok yang
Ammar nampak, lenggoknya seperti anaknya. Mila menari inang. Tersenyum lebar
Ammar melihat lengok Mila menari bersama kawan-kawannya.
“Mum..tu
ah, yang atas pentas tu, cucu mummy yang mummy nak jumpa sangat tu..” kata
Ammar memuncungkan mulutnya.
“Yang mana
satu?” Mummy Tina mengecilkan matanya, memerhati beberapa budak perempuan yang
rancak melenggangkan badan mereka mengikut irama inang yang gemalai.
“Tu ah..
yang pakai baju kebaya pink tu..” kata Ammar lagi.
Mummy Tina
terpegun. Comel rupanya cucunya. Ada iras Ammar sewaktu kecil. Yang lain, rautnya
seperti dia kenal, tetapi nampak lebih kepada wajah Ammar!
“Comel cucu
mummy..“ kata pujian dari mummy Tiba.
Ammar tersenyum
dengan pujian Tengoklah, anak siapa? Tentulah comel.. bisik hati Ammar. Gembira sunnguh si Ammar dengan
pujian.
Mummy Tina merenung
tepat ke arah cucunya yang asyik menari. Tidak sampai seminit, tarian sudah
tamat. Di sambung dengan persembahan lain pula. Mummy Tina tidak berminat,
fikirannya teringatkan kesah lima hari lalu. Di mana Ammar tiba-tiba muncul di
depan rumah.
“La..balik
sini, kenapa tak beritahu awal-awal. Boleh mummy masak lauk kegemaran Am..”
tanya mummy Tina sewaktu membuka pintu, sebaik sahaja si anak keluar dari
kereta.
“Ammar dah
makanpun. Mummy dah makan ke belum?” Ammar pula yang menyoal mummynya.
“Dah.
Manalah mummy tahu, yang Am nak balik, Mak Embunpun dah balik..”katanya lagi,
memberitahu pembantu rumah juga sudah pulang ke rumahnya.
“Saje nak
jenguk mummy. Nanti kata Am tak jenguk pulak..” Am terus duduk di sofa dan
menyandarkan kepalanya. Letih benar nampaknya dia.
“Am nak air
mummy ambilkan..?” tanya mummy.
“Tak apa,
nanti kalau Am hendak, Am ambil sendiri..”
jawab Ammar, nampak keletihan. Bukan letih fizikal, tetapi letih otak.
“Kalau rasa
diri tu tak terurus, kahwin ajelah Am.., kalau tak, pindah aje ke sini. Teman
mummy..lagi bagus..” pelawa mummy.
“Am belum
bersedia nak kahwin lagi. Dah dua perkahwinan Am gagal. Nampak sangat, Am yang
tak pandai jaga bini..” getus Ammar.
“Pasal
pindah semula kat sini.. nanti Am fikirkan…”sambung Ammar lagi
“Oh ya?
Sebenarnya tujuan Am balik ini ada hal…” Ammar terus berbicara.
“Hal apa?”
tertanya-tanya mummy Tina kepada soalan Ammar. Pulang ke rumah di mana dia dibesarkan,
hanya kerana ada halkah?
“Pasal anak
Am..” jawab Ammar.
“Anak?
Kenapa dengan anak?” bertanya lagi mummy Tina.
Hisy.. satu
soalan, dan satu jawapan. Kenapa tidak terus sahaja sampaikan apa yang terbuku
di hati. Buat orang ternanti-nanti.
“Am nak
pergi jumpa anak Am Jumaat ni..hari penyampaian hadiah dia kat sekolah. Mum ada
sebut nak jumpa dia jugak kan? Mummy nak ikut tak?” tanya Ammar kepada mummy
yang pada mulanya berhati-hati hendak menjawab, tetapi kemudian mengangguk
laju.
“Tentulah
nak..” akhirnya Ammar menerima jawapan mummy.
“Oook.
Kalau.mum nak ikut, boleh .. tapi dengan
satu syarat..”Dah pulak.
“Hai! Nak
jumpa cucu sendiripun bersyarat jugak..” terkejut mummy Tina. Ammar sudah
bersyarat pula.
“Am minta
maaf kerana terpaksa buat semua ini. Sebab Am nak jaga hati semua orang..terutama
anak dan ibunya. Kalau mummy setuju dengan syarat tu, baru mummy boleh ikut Am”
bicara seorang lawyer. Mummy terdiam, diam memikirkan. Sama ada hendak menerima
syarat tersebut atau tidak. Jika dia tidak bersetuju dengan syarat tersebut,
adakah dia tidak ada peluang langsung untuk bertemu dengan cucunya? Tapi..kalau
dia terima syarat itu, bagus juga. Lagi cepat dia boleh bertemu si cucu.
“Yelah
yelah.. apa syaratnya?” akhirnya mummy bersetuju. Mummy berharap agar syarat
yang diberi tidaklah berat sangat.
“Am dah prepare agreement. Mum kena tandangan. Bukan
perjanjian yang Am nak songlap harta mummy atau nak ugut mummy..bukan!..tapi
hanya hendak melindungi anak Am dan ibunya..Am harap mummy faham, kenapa Am
kena buat macamni..” Agaknya hidup seorang peguam memang begitu, segalanya
perlu ada black and white. Semuanya
perlu bertulis.
“Kalau
mummy tak mahu sign..?” mummy Tina cuba bertanya, apa akan terjadi jika dia
tidak setuju.
“Am tak
paksa. Tapi Am tak boleh bawa mummy jumpa dia..” Dah tahu dah, itu jawapannya.
Kata bukan mengugut, tetapi tanpa Ammar sedar, memang itu satu ugutan.
:”Ammm
..ini mummy tau! Bukan client Am?” tanya mummy.
“Am tahu,
tapi ini special case.. perjanjian ni
tak melibatkan orang lain. Antara Am dan mummy aje..”
“Mummy
tahulah anak mummy ni lawyer, tapi sampaikan dalam rumah sendiripun nak sign
menyain bagai, apa hal?”
“Bukan
contract, cuma aku janji..”
“Yalah,
mummy sign, janji Am bawa mummy sekali.. mummy nak ikut jugak. Mummy nak sangat
jumpa cucu mummy tu..”
“Ok.. nanti
Am ambil aku janji tu. Ada Am simpan dalam kereta..” Ammar berjalan pantas
mengambil sampul aku janji yang telah disediakannya. Amboi, lawyer buruk ini,
siap aku janji lagi. Pengajaran membuat kesilapan lalu, betul-betul
mengajarnya.
“Mum.. itu
guru besar, cikgu…” tersentak mummy Tina dari lamunannya, kesah lima hari lalu,
hilang serta merta bersama angin dingin.
“Oh….dah
lama rupanya Am berulang alik di sini.. sampai cikgu sekolahpun Am dah kenal?”tanya mummy lagi.
“Tak lama..
tapi cikgu tulah yang bantu Am cari anak Am
dulu..”
“Ooohh..”
panjang sahaja bunyi O mummy Tina.
Tidak
sia-sia mummy Tina bersetuju dengan
perjanjian si anak lima hari lalu. Apa punya anak, dengan ibu sendiripun hendak
buat perjanjian bagai. Takut sangat si ibu akan mencederakan cucu dan ibu
kepada cucunya. Kadangkala mummy Tina terfikir, kenapa Ammar bagitu over protective. Sedangkan, Mummy Tina
tidak berniatpun hendak mencederakan sesiapa.
Lepas satu
persembahan ke satu persembahan. Ammar dan mummy Tina menunggu sehingga selesai
acara. Ammar sudah bersedia hendak memperkenalkan anaknya kepada mummy Tina,
serentak untuk memperkenalkan ibu kepada anaknya. Dia berharapan mummy Tina
tidak pengsan atau mengamuk, apabila mengetahui siapakah geragan ibu si anak.
“Encik
Zamri, ini ibu saya..” Ammar memperkenalkan mummy Tina kepada Zamri. Zamri hanya senyum ke arah ibu Ammar.
“Mila.. ini
mummy Papa Am tau!.. Mila boleh panggil dia nenek..” kata Ammar
“Debuk..”
satu tamparan di lengan Ammar.
“Apa pulak
nenek.. hisy..Am ni.. Apa nama tadi?” tanya mummy Tina
“Mila..”
jawab Mila
“Ahhh...Mila
panggil Nekta.. boleh? Panggil Nekta ya? Nek....ta...” pinta mummy Tina,
berulang-ulang menyebut Nekta. Entah dari singkatan nama mana, hanya dia yang
tahu, walaupun nama sebenarnya Kartina.
Mila hanya
angguk. Nampaknya tambah satu nenek lagi bagi dirinya. Bila di kira-kira Mila
ada ramai nenek rupanya.
“Satu, Wan
Seri. Dua, Tok Mek dan sekarang Nekta“ Mila membilang di dalam hatinya.
“Mak Ai!
Mila dah ada 3 orang nenek sekarang.., ada berapa lagi agaknya yang belum
muncul..“ berkata-kata lagi Mila di dalam hatinya.
Mummy Tina
memeluk Mila dan diciumnya pipi yang tadinya di solek oleh guru untuk
persembahan tarian. Mila hanya diam. Orang seumur Nekta, sama umur lebih kurang
“Mama
mana?” tanya Ammar perlahan kepada Mila. Segan pula dia hendak bertanyakan
Zamri. Hendak mampus, bertanyakan hal isteri orang.
“Mama pergi
ladies kejap..” jawab Mila.
“Ni.. papa Am dan Nekta beri, sebab Mila pandai..”
kelakar pula bunyi panggilan untuk mummy namun dihulurnya beg kertas yang
sentiasa di jinjingnya kehulur kehilir. Apa lagi agaknya barang yang diberikan
kepada Mila kali ini. Mila rasa seronok. Hari ini dia mendapat banyak hadiah.
“Assalamulaikum..”
terdengar suara Murni memberi salam.
Semua
berpaling, termasuk mummy Tina.
“Mum?”
“Murni?”
kedua-duanya bersuara serentak dan terkejut.
Ammar hanya
menunjukkan wajahnya dengan senyuman yang menampakkan giginya yang sebaris…
No comments:
Post a Comment