Thursday 19 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 61



Hemm..macammana? satisfy tak? Saje main tanya-tanya. Siapa yang sudi bolehlah jawab...

Bab 61

Kembali ke Frazer Hill


Murni terus berjalan ke satu sudut di porch. Mata Murni tersasar kepada sebuah kotak yang duduk cantik di penjuru porch tersebut dengan nama Mila, besar terpampang. Dia sudah tahu siapa penghantarnya. Apa lagi kalau bukan dari si Ammar. Kak Romlah keluar mendekati Murni, apabila melihat Murni sudah bercekak pinggang hanya memandang tajam ke arah kotak tersebut. Mahu tembus kotak itu direnungnya.
“Baru sampai petang tadi, akak tak bawa masuk sebab besar, lagipun berat.. tak larat akak..” kata jujur Kak Romlah.
“Apa lagi lah, si Ammar ni.. Kak? Tak faham saya..” rasa tidak puas hati Murni.
Menoleh sahaja Murni, dia sudah bertentang dengan Zamri.

“Kenapa sayang..” tanya Zamri, apabila melihat wajah ketat isterinya. Berharap dengan bertanya dapat mengurangkan temperature badan Murni yang sedang naik.
“Tu ah..” jawabnya pendek dengan menunjukkan menggunakan muncung mulut
“Kenapa” Zamri buat-buat tanya, sudah tahu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
“Apa lagi? Satu lagi barang untuk Mila lah?” jawabnya geram dengan nada tinggi.
“Hemm.. itu.. biarkan aje sayang, orang dah beri, bawak aje masuk..tak baik menolak pemberian orang” tegur Zamri.
Namun Murni buat tidak tahu, dia terus sahaja masuk ke dalam rumah tanpa memperdulikan permintaan Zamri untuk membawa barang yang tersadai sudah setengah hari itu masuk ke dalam rumah.
Zamri biarkan sahaja Murni dengan perasaannya. Dia masuk dan meletakkan briefcase yang dijinjingnya disofa dan kemudian mengangkat kotak tersebut bersama Kak Romlah untuk disimpan di bawah tangga. Hendak minta tolong Murni.. sampai berkulat jawabnya kotak itu. Dia tidak akan peduli..
“Akak dah nak balik dah ke..?” tanya Zamri apabila melihat Kak Romlah sudah menyandang beg tangannya.
“Ialah Zam, akak dah nak balik dah. Tengok-tengokkan Muni tu..” jawab Kak Romlah, sambil leher memaling kearah Muni yang sudah duduk disofa. Meminta agar Zamri memujuknya. Zamri seperti faham sahaja isyarat muka Kak Romlah.
“Terima kasih Kak, jumpa esok..hemm..pasal hal tu, akak tak payah risau, pandai lah saya nanti” jawab Zamri dengan penuh yakin. Dai tahu marah Murni tidak lama, Muni akan cair dengannya.
Hanya anggukan dari Kak Romlah sahaja diterima. Kak Romlah tahu Murni sedang angin, angin satu badan. Baik sahajalah dia beredar segera. Dan dia juga tahu, Zamri pasti dapat menyejukkan hati isterinya.
“Pandai-pandailah kau Zam” dalam hati Kak Romlah lalu beredar meninggalkan Zamri dengan misinya. Misi memujuk.


****

 Zamri duduk bersandar membaca buku ilmiah, beralaskan bantal di belakangnya. Murni baru sahaja selesai menyapu cream apa entah dimuka seperti selalu, lalu terus membaringkan dirinya di sebelah Zamri. Hidung Zamri cukup tajam sekarang ni, deria hidunya sensitif. Dia menjugkitkan hidungnya, kerana kurang senang dengan bau yang melekat di muka Murni. Namun dia berdiam diri, tidak mahu memberitahu si isteri yang dia tidak sukakan bauan itu.. hendak mampoos.. Mahu kena tidur di sofa bawah kelak!!
“Bang.. nak tahu apa yang si Ammar tu beri Mila kali ni..?” dengar macam interesting sahaja Murni hendak menyampai apa yang dia tahu. Zamri berhenti membaca, mana menala kearah suara isteri.
Petang tadi bukan main melenting pasal kotak yang sama, tapi sekarang macam teruja sahaja hendak menceritakan.
“Apa?” tanya Zamri. Manalah dia tahu jika Murni tidak memberitahunya.
“Rumah.. rumah yang dibuat dari plastic tu.. besar jugak, boleh lah muat 4 orang budak, budak-budak besar Mila.., berapa lah harganya tu.. ishy.. tak sudah-sudah..” dalam marah-marah masih juga dia ingin tahu apa yang ada didalam kotak yang diterima.
“Muni pasang dalam bilik Mil aje.. sempit bilik dia sikit, sebab dah ada rumah tu, habis tu nak letak kat mana? Dia suruh juga pasang.. dah pemberian papa Am katanya..”sambung penceritaan Murni. Zamri menyambung membaca.
Murni memandang kearah Zamri yang tidak berganjak membaca buku yang terbuka dihadapannya. Tidak dia dengar apa-apa balasan dari Zamri. Murni tahu Zamri malas hendak menjawab, nampaknya cerita yang disampaikannya tidak sehebat mana. Baik sahaja dia tidur. Zamri tidak layan, pasti ada benda yang lebih menarik didalam buku yang sedang dibacanya dari cerita Murni yang asyik tidak puas hati dengan bekas suaminya.
Sebenarnya bukan Zamri tidak mahu melayan cerita si isteri, tetapi Zamri tidak mahu menimbulkan rajuknya, Setiap kali Mila menerima hadiah, setiap kali juga Murni akan merajuk. Akibatnya, dia kena jadi juru pujuk..
Kasihan pula Zamri melihat isterinya yang sudah melelapkan mata disisi. Terus buku ditutup, menurunkan bantal dan terus berbaring di sebelah, mata menala ke siling. Sampai bilalah agaknya cerita Ammar. Murni dan Mila sebagai watak utama ini akan berakhir. Risau juga dia kerana dia sudah terjebak menjadi watak tambahan. Zamri hanya menarik nafas yang panjang. Bukan dia mengeluh, cuma kadang tu rimas memikirkan yang jawapannya tidak ada penghujungnya jika asyik main tarik-tarik tali. Sebelah sana tidak mahu lepas, sebelah sinipun tidak mahu lepas juga. Habis tu Zamri yang ditengah-tengah terpaksalah jadi pengadil. Pengadil yang berat sebelah, kerana tentu dia akan menyebelahi isterinya. Hendak menyebelah Ammar, hendak buat apa? Bukan dapat apapun!

2 comments:

Anonymous said...

pendeknyaaaaa .... x puas baca .. hehehehe

Rose Ezadora said...

Ye ke? 3 pages tau? nanti esok2 saya sambung lagi. Nanti cepat habis pulak,