Hemm..macammana? satisfy tak? Saje main tanya-tanya. Siapa yang sudi bolehlah jawab...
Bab 61
Kembali ke Frazer Hill
Murni terus
berjalan ke satu sudut di porch. Mata Murni tersasar kepada sebuah kotak yang
duduk cantik di penjuru porch tersebut dengan nama Mila, besar terpampang. Dia
sudah tahu siapa penghantarnya. Apa lagi kalau bukan dari si Ammar. Kak Romlah
keluar mendekati Murni, apabila melihat Murni sudah bercekak pinggang hanya
memandang tajam ke arah kotak tersebut. Mahu tembus kotak itu direnungnya.
“Baru
sampai petang tadi, akak tak bawa masuk sebab besar, lagipun berat.. tak larat
akak..” kata jujur Kak Romlah.
“Apa lagi
lah, si Ammar ni.. Kak? Tak faham saya..” rasa tidak puas hati Murni.
Menoleh
sahaja Murni, dia sudah bertentang dengan Zamri.
“Kenapa
sayang..” tanya Zamri, apabila melihat wajah ketat isterinya. Berharap dengan
bertanya dapat mengurangkan temperature badan Murni yang sedang naik.
“Tu ah..”
jawabnya pendek dengan menunjukkan menggunakan muncung mulut
“Kenapa”
Zamri buat-buat tanya, sudah tahu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
“Apa lagi?
Satu lagi barang untuk Mila lah?” jawabnya geram dengan nada tinggi.
“Hemm..
itu.. biarkan aje sayang, orang dah beri, bawak aje masuk..tak baik menolak
pemberian orang” tegur Zamri.
Namun Murni
buat tidak tahu, dia terus sahaja masuk ke dalam rumah tanpa memperdulikan
permintaan Zamri untuk membawa barang yang tersadai sudah setengah hari itu
masuk ke dalam rumah.
Zamri
biarkan sahaja Murni dengan perasaannya. Dia masuk dan meletakkan briefcase
yang dijinjingnya disofa dan kemudian mengangkat kotak tersebut bersama Kak
Romlah untuk disimpan di bawah tangga. Hendak minta tolong Murni.. sampai
berkulat jawabnya kotak itu. Dia tidak akan peduli..
“Akak dah
nak balik dah ke..?” tanya Zamri apabila melihat Kak Romlah sudah menyandang
beg tangannya.
“Ialah Zam,
akak dah nak balik dah. Tengok-tengokkan Muni tu..” jawab Kak Romlah, sambil
leher memaling kearah Muni yang sudah duduk disofa. Meminta agar Zamri
memujuknya. Zamri seperti faham sahaja isyarat muka Kak Romlah.
“Terima
kasih Kak, jumpa esok..hemm..pasal hal tu, akak tak payah risau, pandai lah
saya nanti” jawab Zamri dengan penuh yakin. Dai tahu marah Murni tidak lama,
Muni akan cair dengannya.
Hanya anggukan
dari Kak Romlah sahaja diterima. Kak Romlah tahu Murni sedang angin, angin satu
badan. Baik sahajalah dia beredar segera. Dan dia juga tahu, Zamri pasti dapat
menyejukkan hati isterinya.
“Pandai-pandailah
kau Zam” dalam hati Kak Romlah lalu beredar meninggalkan Zamri dengan misinya.
Misi memujuk.
****
Zamri duduk bersandar membaca buku ilmiah,
beralaskan bantal di belakangnya. Murni baru sahaja selesai menyapu cream apa
entah dimuka seperti selalu, lalu terus membaringkan dirinya di sebelah Zamri.
Hidung Zamri cukup tajam sekarang ni, deria hidunya sensitif. Dia menjugkitkan
hidungnya, kerana kurang senang dengan bau yang melekat di muka Murni. Namun
dia berdiam diri, tidak mahu memberitahu si isteri yang dia tidak sukakan bauan
itu.. hendak mampoos.. Mahu kena tidur di sofa bawah kelak!!
“Bang.. nak
tahu apa yang si Ammar tu beri Mila kali ni..?” dengar macam interesting sahaja
Murni hendak menyampai apa yang dia tahu. Zamri berhenti membaca, mana menala
kearah suara isteri.
Petang tadi
bukan main melenting pasal kotak yang sama, tapi sekarang macam teruja sahaja
hendak menceritakan.
“Apa?”
tanya Zamri. Manalah dia tahu
jika Murni tidak memberitahunya.
“Rumah..
rumah yang dibuat dari plastic tu.. besar jugak, boleh lah muat 4 orang budak,
budak-budak besar Mila.., berapa lah harganya tu.. ishy.. tak sudah-sudah..”
dalam marah-marah masih juga dia ingin tahu apa yang ada didalam kotak yang
diterima.
“Muni
pasang dalam bilik Mil aje.. sempit bilik dia sikit, sebab dah ada rumah tu,
habis tu nak letak kat mana? Dia suruh juga pasang.. dah pemberian papa Am
katanya..”sambung penceritaan Murni. Zamri menyambung membaca.
Murni
memandang kearah Zamri yang tidak berganjak membaca buku yang terbuka
dihadapannya. Tidak dia dengar apa-apa balasan dari Zamri. Murni tahu Zamri
malas hendak menjawab, nampaknya cerita yang disampaikannya tidak sehebat mana.
Baik sahaja dia tidur. Zamri tidak layan, pasti ada benda yang lebih menarik
didalam buku yang sedang dibacanya dari cerita Murni yang asyik tidak puas hati
dengan bekas suaminya.
Sebenarnya
bukan Zamri tidak mahu melayan cerita si isteri, tetapi Zamri tidak mahu menimbulkan
rajuknya, Setiap kali Mila menerima hadiah, setiap kali juga Murni akan
merajuk. Akibatnya, dia kena jadi juru pujuk..
Kasihan
pula Zamri melihat isterinya yang sudah melelapkan mata disisi. Terus buku
ditutup, menurunkan bantal dan terus berbaring di sebelah, mata menala ke
siling. Sampai bilalah agaknya cerita Ammar. Murni dan Mila sebagai watak utama
ini akan berakhir. Risau juga
dia kerana dia sudah terjebak menjadi watak tambahan. Zamri hanya menarik nafas
yang panjang. Bukan dia mengeluh, cuma kadang tu rimas memikirkan yang
jawapannya tidak ada penghujungnya jika asyik main tarik-tarik tali. Sebelah
sana tidak mahu lepas, sebelah sinipun tidak mahu lepas juga. Habis tu Zamri
yang ditengah-tengah terpaksalah jadi pengadil. Pengadil yang berat sebelah, kerana tentu dia akan
menyebelahi isterinya. Hendak menyebelah Ammar, hendak buat apa? Bukan dapat
apapun!
2 comments:
pendeknyaaaaa .... x puas baca .. hehehehe
Ye ke? 3 pages tau? nanti esok2 saya sambung lagi. Nanti cepat habis pulak,
Post a Comment