Thursday 19 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 60

Di harap pembaca setia berpuas hati dengan coretan malam ini..


Bab 60


Di Kuala Lumpur

Mummy Tina tidak dapat melelapkan matanya. Sudah beberapa hari tidurnya terganggu. Tertanggu dengan soalan yang tidak ada jawapan. Dia menyelak buku ilmiah yang baru dibelinya beberapa hari lalu. Buku yang dibeli sebelum singgah ke pejabat anaknya. Hari yang sama di mana dia mendapat kejutan. Ammar memberitahu yang di sudah ada anak! Anak apa yang dimaksudkan? Anak dari darah dagingnya, anak tiri atau anak angkat? Banyak perkara yang boleh di istilahkan sebagai anak. Jangan di maksudnya anak mata atau anak tekak, sudah! Perkataan Ammar yang menyatakan dia mempunyai anak, masih teriyang-iyang di dalam kepalanya. Sudah di tanya berkali-kali, tetapi Ammar buat layan tak layan. Mummy Tina
sudah naik jemu. Apa yang menghalang dari dia menceritakannya? Mummy Tina tidak faham? Apa yang disoroknya? Dan kenapa? Perkara sebesar inipun dia masih boleh main teka teki!
Hendak dikatakan rahsia, kini perkara itu bukan rahsia lagi kerana dia sudah mengetahuinya, malah Ammar sudah terang-terang menyebut yang dia memang ada anak.
Mummy Tina geleng kepala, jdia berdoa agar anak yagn dimaksudkan bukan anak tidak sah taraf.
Ammar, kau tak ingat dosa pahala ke? Tang mana salahnya mummy mendidik Ammar? Mummy terlalu mendesakkah yang membuat Ammar membuat perkara yang diluar jangka! Sampai hilan ilmu agama!
“Bertenang-bertenang.. Tina” bisik hati kecil mummy Tina.
Fikir yang terbaik dan didalam keadaan waras, jangan bertindak tergesa-gesa. Pujuk sahaja Ammar untuk menceritakan perkara yang sebenar. Tetapi bagaimana?
Mummy cuba melakar wajah si cucu. Lelakikah atau perempuan? Berapa umurnya. Adakah wajah si cucu serupa wajahnya si bapa dan bla..bla..bla.. melakar wajah di kotak fikirannya. Macam-macam wajah yang muncul.
“Hello…assalamualaikum..” akhirnya mummy Tina membuat keputusan berhubung dengan si anak. Sudah jam 11.30 malam. Tetapi dia tahu Ammar memang selalu tidur lewat. Waktu begini, malam masih muda baginya.
“Mualaikumsalam.. mummy, kenapa call Am waktu ni..Am baru nak terlayang lelap tadi..” jawab Ammar dengan nada meleret. Orang yang terkejut dari tidur.. suara mamai..
Mummy Tina kerut muka. Eh! Dah tukar schedule tidur rupanya. Setahunya waktu ini dia masih sebok membaca kes-kes yang masih belum selesai.
“Eh! Am dah tidur ke? Mummy ingatkan Am masih jaga. Sebab setahu mummy Am memang burung hantu.. tidur lewat..” jawab mummy. Terdengar Ammar ketawa kecil.
Apalah mummy, menyamakan anak sendiri sebagai burung hantu.
“Dah lama dah, Am tidur awal. Tak macam dulu lagi, selalu tidur lewat. Factor umur agaknya mummy.. Ha! yang mummy, kenapa tak tidur lagi?” tanya Ammar.
“Mummy tak boleh tidur, mummy teringatkan cucu mummy?” kata mummy Rina.
“Cucu mana pulak?” tanya Ammar. Mummy Tina kerut muka lagi.
Hisy Ammar ni, jika selalu memberi jawapan yang membuat orang berkerut, nampaknya bertambah lagi, kedut di muka mummy Tina dibuatnya. Cream anti wrinkle yang paling mahal pun sudah tidak mujawab untuk menghapuskan kedut itu.
“La… Am ni cakap apa? Dua hari lepas kata Am dah ada anak, hari ini bila tanya, Am tanya mummy balik..macammana ni..anak Am, cucu mummy la! Jadi yang mana betull? Am ada anak, atau Am memang hendak main-mainkan mummy?” bicara mummy Rina, tidak puas hati dengan jawapan singkat Ammar.
Ammar menepuk dahinya. Tersedar, cucu yang di maksud mummy Tina adalah Mila.
“Hemm..mummy maksudkan Mila..dia sihat walafiat dengan mama dialah?” kata Ammar. Tidak peru rasanya berselindung lagi dengan mummynya. Tetapi sebenarnya tergelincir lidah.
Risau juga dia sudah beberapa hari Mummy mendesak Ammar ingin mengetahui perkara ini. Di kuatiri mengganggu kesihatannya pula kelakm kerana asyik tidur lewat, berfikir.
“Oh..cucu mummy, perempuan rupanya, bila mummy boleh jumpa? Ammar kena bawa mummy jumpa dia. Mummy hendak sangat jumpa dia dengan mamanya sekali. Bila Ammar nikah dengan mamanya?” soalan perangkap lagi dari mummy Tina.
“Mum.. boleh tak jawab hal ini esok aje..Am mengantuklah!, esok-esok aje ya mum? Assalamualaikum..” Ammar terus mematikan talian.
Itulah…, mummy Tina memerangkapnya dengan soalan-soalan yang membuat Ammar secara tidak lansung memberikan jawapan kepada soalan yang sedang bermain di kepalanya.
Mummy kecewa, si anak masih tidak mahu berterus terang. Namun, dia terasa sedikit lega. Dia mempunyai cucu perempuan rupanya. Tentu si cucu secomel bapanya atau mungkin secantik mamanya. Mummy Tina sudah mampu tersenyum.
Bukan Ammar hendak terus berahsia tentang Mila. Lambat laun, mummy Tina akan tahu juga. Cuma Ammar mahu mummy Tina benar-benar sudah bersedia untuk menerima Mila sebagai cucunya, walaupun Mila adalah dari hasil perkahwinannya bersama Murni. Menantu yang tidak pernah mendapat tempat di hati mummy. Ammar mahu melindung Murni. Cukup-cukuplah penyeksaan yang telah Murni alami, semua anggara dari dirinya yang kurang matang ketika itu. Ammar akan memastikan yang hati Murni tidak disakiti oleh mummy Tina buat sekalian kalinya. Biarkanlah dia bahagia dengan kehidupan barunya. Itu janji seorang duda yang menyesali perbuatan silamnya. Ahhh.. andai masa dapat diundurkan, mahu saje dia memperbetulkan apa yang sudah tersilap. Tetapi, bolehkah?

6 comments:

Rose Ezadora said...

Okey tak flow ceritanya... hendak menambah character dan episod. Perubahan tempat KL dan Frazer Hill.

Anonymous said...

best la ... hehehe ... i tgh membayangkan muka jasmin hamid terkejut bila ammar cakap mila tu anak dia dgn muni ... hahahha ...

Rose Ezadora said...

Ha...ha..ha.. yes! Jasmin Hamid atau Dian .. dengan muka terkejut mereka..terimakasih. Tak salahpun beranga-angan kan! tapi sekarangan ini hanya mampu berangan sahaja. Kerana banyak lagi cerita yang lebih bagus dari certia saya ni..

Anonymous said...

Sian kat Ammar, tp penulis jgn buat dia blk pd edwina ye. Tak suka prmpuan jahat tu. :)

Rose Ezadora said...

Ini cuma anggan-angan kosong. Seandainya salah satu coretan saya diterima penerbit, saya bercadang akan hadiahkan setiap satu kepada sesiapa yang setia memberi komen kepada saya.. Itulah! Andainya di terbit...he..he..he. Dont take it seriously. Saya memang suka day dreaming..

Anonymous said...

hehehehe .... suka nyaaaa dapat novel dari cik rosee.... mesti ada special tandatangan ye ... hehehe ... how i wish u boleh creat chatbox kat blog ni ... senang nka borak ... hehehehe