Monday 8 May 2017

Mungkin Ya - Bab 15


Bab 15

Satu lagi pagi yang membuat Amy terkial-kial membantu menjual nasi lemaknya. Bilalah agaknya dia akan pandai dan cekap. Berilah dia peluang, Tersemat ketat semangat yang membara dan juga kecekalan dirinya untuk meneruskan bidang perniagaan kecil-kecilan ini cukup kukuh untuk dia memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya.

Berniaga kecil-kecilan mampu memberi pendapatan bagi membiayai anak-anak, malah dapat membantu keluarganya. Dia tidak sanggup menyusahkan kedua ibu bapanya. Apa yang telah berlaku sudah cukup menyeksa mereka. Cukup-cukuplah mereka menanggung beban itu.

Seandainya dia masih bekerja di bank dahulu, tentunya dia sudah seorang pegawai dan tidak perlu berpeluh-peluh di dapur. Tentunya berada di dalam bilik berhawa dingin dan hanya perlu menekan kekunci komputer, bukannya mengupas ikan bilis!

Ahhh.. namun itu hanya tinggal kenangan, tidak guna diingatkan. Anggaplah ianya hanya secebis kenangan dan pengalaman hidup. Amy tidak tersalah pilih untuk memulakan karier sebagai pengusaha kecil-kecilan. Manalah tahu, ia bakal menjana pendapatan yang lebih baik dari dia duduk di bilik berhawa dingin.

Ya! Manalah tahu..

“Ehem..” terdengar suara lelaki berdehem.

Hanya dengan berdehem, Amy sudah kenal milik siapakah empunya ketak yang gatal. Amy tidak mampu untuk mengangkat kepalanya. Mahu rasanya dia menghilangkan diri, halimunan. Di manakah agaknya Fairy Godmother, seandainya dia boleh meminjamkan tongkat hikmatnya. Amy mahu “Poooffff” hilang. Dia akan kembali membungkus setelah di lelaki itu beredar.

Terdesak sungguh Amy, sehinggakan otaknya menjadi kecil sebesar biji kacang hijau.

Hemmm..

“Makcik, sudah berniaga semulake? La.. pagi ini baru saya perasan. Memang lamapun saya teringinkan nasi lemak makcik ni” tetiba terdengar suara yang membuat Amy tunduk, bagikan berat kepalanya untuk diangkat. Entah mengapa suara itu membuatkan dirinya kerdil, amat kerdil sehinggakan sebesar awang kenit!

“Ah ah.. Suffian, makcik sudah dua hari dah kat sini? Nak pergi kerja ke?” jawab Mona.

Amy masih menunduk.

“Hisy, harap dia tidak perasan aku” berpuluh-puluh kali Amy berharap si polan yang emaknya memanggil dengan nama Suffian agar tidak menegurnya.

“Salam Amirah, apa khabar? Bila balik?”

Kebommmm, terpacul soalan yang ditujukan kepada Amy

Bagaikan bom meletop di telinga Amy apabila si lelaki yang bernama Suffian itu memanggil namanya.

Alahai Sufian oi! Ingat lagi rupanya dia!

“Sudah masuk 3 bulan dah …”jawab Amy terputus-putus.

Hendak jawab apa lagi? Sudah sememangnya dia sudah lama bersakau di rumah ibunya. Berniagapun baru dua hari.

“Ohhh.. Makcik, bungkuskan saya dua bungkus yang biasa” kata Suffian kepada Mona, lalu Mona menghulur bungkusan yang berisi dua bungkus nasi seperti yang diminta.

Suffian mengambilnya lalu melihat jam di pergelangan tangan.

“Saya terpaksa pergi sekarang, nanti jumpa lagi, Amirah” katanya lalu beredar pergi.

Amy memandang si jejaka perlahan-lahan meninggalkannya menuju ke kenderaan yang terpakir di seberang jalan.

Suffian masih seperti dahulu. Dahulu maksudnya, dahulu sewaktu Amy mengenalinya.

Dia masih segak, masih bergaya, masih mempunyai aura seorang lelaki pilihan, masih berwatakan seorang lelaki sejati, masih…masih.. masih

Aduh! terlalu panjang pula senarai kebaikan lelaki itu? Tetapi mengapa kau tinggalkan dia satu ketika dahulu?

Kerana sudah terjatuh cinta dengan orang dari negara luar?

Hebat sangatkah dirasa apabila mempunyai pasangan hidup dari negara lain?

Atau sudah kekurangankah lelaki di negara sendiri?

Amy, jangan diungkit perkara yang sudah berlaku. Bukankah itu adalah takdir dan jodoh. Tidak ada mana-mana insanpun yang mempunyai kuasa menolaknya.

Pertemuan, Takdir Jodoh.

Wahai cik Amirah, pertemuan pagi ini juga tidak terkecuali.

Kau sudah tahu jodoh kamu bersama si Mosa, Cuma jodohnya tidak panjang.

Jodoh Suffian siapa ah?

Sabar, bungkus nasi lemak itu dahulu.

Balik nanti boleh ditanya apa yang sudah berlaku kepada Suffian, jejaka yang pernah Amy pilih sebagai imamnya.

Tarikan cinta Mosa bagaikan magnet yang sangat kuat, sehinggakan Amy mampu melupakan jejaka satu kampung ini.

Kini dia tentunya sudah berkeluarga dan bergembira disamping insan yang dia sayangi.

Amy?

Amy juga kini gembira disamping insan-insan yang dia sayang. Cuma..

Cuma keluarga kecilnya tidak sempurna, keluarganya kekurangan seorang insan yang dipanggil daddy oleh anak-anaknya.  

No comments: