Sunday 23 April 2017

Mungkin Ya - Bab 13

Bab 13

Mona menoleh keluar kerana dia terdengar engin kereta berhenti di halaman.

Bukannya perkara luar biasa, terdengar bunyi kereta berhenti di halaman. Tetapi hari ini lain pula halnya. Perasaan ingin tahu mengenai persekolahan cucu amat mengembirakannya. Terjengok-jengok bagaikan leher zirafah.

Alih-alih muncul seorang, ya seorang sahaja yang Mona nampak yang keluar dari perut kereta. Mana Amy? Mana budak-budak? Mana pula mereka sudah pergi? Dia mengerti ketiadaan budak-budak sudah tentunya memulakan hari pertama persekolahan! Yang si Amy pula takkan masuk sekolah sama? Banyak soal pula si perempuan tua ini.


“Awak, bawakan saya air sejuk! Panas ni!” laung si suami dari jauh apabila terlihat si isteri terjengah-jengah. Kemudian dia menghenyakkan punggung di sofa. Kipas siling yang berputas lesu, dikerah berputas ligat.

Panas, memang cuaca panas.

“Bang, sudah selesai ke? Mana Amy? Budak-budak sudah masuk sekolah ke? Dapat sekolah mana?”tanya Mona sewaktu menghulur air kepada si suami.

Namun soalan tidak dihiraukan oleh si suami untuk memberi jawapan. Tekak yang kering perlu diberi keutamaan. Bukan satu soalan yang perlu dia jawab, banyak tuh! Namun dia sudah ada jawapan kepada setiap soalan. Cuma perlu bersabar sesaat ya!

“Hemmm sudah. Semua sudah selesai, mereka sekolah kat depan sana nun. Si Amy berhenti beli barang, katanya hendak berniaga nasi lemak, esok Eh! Awak ni, bukankah awak dan Amy yang merancang ini semua malam tadi?”naik bengang pula Aminuddin kepada si isteri. Bagaimana begitu cepat sudah lupa. Faktor cuaca agaknya yang membuat dirinya hangat dan panas sahaja sepanjang hari.

“Bukan lupa bang, tak ingat je”menjawab dalam senyap.

Beranikah hendak menjawab terang-terang, jika berani cuba. Sampai besok tak habis kena leter.

Dora tersengih. Ya tak ya juga, perasan dengan kesilapan sendiri. Malam tadi dia dan Amy sudah berbincang dan kata sepakat hendak memulakan jualan esoknya.

Masakan dia lupa benda-benda begini! Aduhai, tua sangatkah aku!

Tanpa banyak bicara Mona berjalan pantas menuju ke dapur. Baik sahaja dia menguruskan apa yang patut di dapur. Periok belanga dan kuali yang besar perlu di cuci. Bawang boleh dikupas, beras perlu dicari antah atau batu.

Lebih  rela menahan hidung daripada bersin dengan kehangatan cili dan bawang dari berhadapan dengan si suami yang sedang angin kus kus satu badan.

 

***

 

Amy meletakkan semua barangan di atas meja. Tersenyum apabila melihat segalanya sudah beratur hanya minta di masak. Patutlah dia terhidu bau sambal, rupanya emak sedang menjerang cili agar sambal tidak terasa pedas sangat.

“Tu ah! sedang tunggu ikan bilik aje. Bawang biar lebih, supaya tak tersedak orang makan kalua sambal pedas”kata emak. Amy hanya berdiam.

“Jangan lupa simpan timun dan santan ke dalam peti sejuk. Kalau basi sia-sia nanti”sambung emak lagi.

“Telur basuh dulu dan tos, esok sahaja kita rebus” eh! Tidak habis lagi rupanya arahan emak. Namun Amy akur kerana apa yang diberitahu adalah benar belaka.

Bagi Amy, keenakan sambal yang menentukan keenakan nasi lemak itu. Amy yakin, sambal cik puan Mona tidak akan mengecewakan.

Esok yang dinantinya dengan debar. Dia berharap agar dia dapat tidur lena malam ini kerana dia akan bangun sebelum subuh untuk menanak nasi.

“Wahai mata, jangan kau mengada-ngada malam ini. Jangan pula menjadi burung jampok. Jika ini berlaku, alamatnya yang muncul esok adalah nasi lemak orang mengantuk!!

 

1 comment:

Rose Ezadora said...

Saya akan cuba habiskan cerita ini dulu, insyallah