Mona menoleh
keluar kerana dia terdengar engin kereta berhenti di halaman.
Bukannya perkara
luar biasa, terdengar bunyi kereta berhenti di halaman. Tetapi hari ini lain
pula halnya. Perasaan ingin tahu mengenai persekolahan cucu amat
mengembirakannya. Terjengok-jengok bagaikan leher zirafah.
Alih-alih muncul
seorang, ya seorang sahaja yang Mona nampak yang keluar dari perut kereta. Mana
Amy? Mana budak-budak? Mana pula mereka sudah pergi? Dia mengerti ketiadaan
budak-budak sudah tentunya memulakan hari pertama persekolahan! Yang si Amy
pula takkan masuk sekolah sama? Banyak soal pula si perempuan tua ini.
“Awak, bawakan
saya air sejuk! Panas ni!” laung si suami dari jauh apabila terlihat si isteri
terjengah-jengah. Kemudian dia menghenyakkan punggung di sofa. Kipas siling
yang berputas lesu, dikerah berputas ligat.
Panas, memang
cuaca panas.
“Bang, sudah
selesai ke? Mana Amy? Budak-budak sudah masuk sekolah ke? Dapat sekolah
mana?”tanya Mona sewaktu menghulur air kepada si suami.
Namun soalan
tidak dihiraukan oleh si suami untuk memberi jawapan. Tekak yang kering perlu
diberi keutamaan. Bukan satu soalan yang perlu dia jawab, banyak tuh! Namun dia
sudah ada jawapan kepada setiap soalan. Cuma perlu bersabar sesaat ya!
“Hemmm sudah. Semua
sudah selesai, mereka sekolah kat depan sana nun. Si Amy berhenti beli barang,
katanya hendak berniaga nasi lemak, esok Eh! Awak ni, bukankah awak dan Amy
yang merancang ini semua malam tadi?”naik bengang pula Aminuddin kepada si
isteri. Bagaimana begitu cepat sudah lupa. Faktor cuaca agaknya yang membuat
dirinya hangat dan panas sahaja sepanjang hari.
“Bukan lupa
bang, tak ingat je”menjawab dalam senyap.
Beranikah hendak
menjawab terang-terang, jika berani cuba. Sampai besok tak habis kena leter.
Dora tersengih.
Ya tak ya juga, perasan dengan kesilapan sendiri. Malam tadi dia dan Amy sudah
berbincang dan kata sepakat hendak memulakan jualan esoknya.
Masakan dia lupa
benda-benda begini! Aduhai, tua sangatkah aku!
Tanpa banyak
bicara Mona berjalan pantas menuju ke dapur. Baik sahaja dia menguruskan apa
yang patut di dapur. Periok belanga dan kuali yang besar perlu di cuci. Bawang
boleh dikupas, beras perlu dicari antah atau batu.
Lebih rela menahan hidung daripada bersin dengan
kehangatan cili dan bawang dari berhadapan dengan si suami yang sedang angin
kus kus satu badan.
***
Amy meletakkan
semua barangan di atas meja. Tersenyum apabila melihat segalanya sudah beratur
hanya minta di masak. Patutlah dia terhidu bau sambal, rupanya emak sedang
menjerang cili agar sambal tidak terasa pedas sangat.
“Tu ah! sedang tunggu
ikan bilik aje. Bawang biar lebih, supaya tak tersedak orang makan kalua sambal
pedas”kata emak. Amy hanya berdiam.
“Jangan lupa
simpan timun dan santan ke dalam peti sejuk. Kalau basi sia-sia nanti”sambung
emak lagi.
“Telur basuh
dulu dan tos, esok sahaja kita rebus” eh! Tidak habis lagi rupanya arahan emak.
Namun Amy akur kerana apa yang diberitahu adalah benar belaka.
Bagi Amy,
keenakan sambal yang menentukan keenakan nasi lemak itu. Amy yakin, sambal cik
puan Mona tidak akan mengecewakan.
Esok yang
dinantinya dengan debar. Dia berharap agar dia dapat tidur lena malam ini
kerana dia akan bangun sebelum subuh untuk menanak nasi.
“Wahai mata,
jangan kau mengada-ngada malam ini. Jangan pula menjadi burung jampok. Jika ini
berlaku, alamatnya yang muncul esok adalah nasi lemak orang mengantuk!!
1 comment:
Saya akan cuba habiskan cerita ini dulu, insyallah
Post a Comment