DLJ - bab 1
Kerry
duduk bersila sambil mengelap buku yang baru dia ambil dari almari buku Tok
Mama dengan helaian tisu. Lepas sehelai dicampaknya ke bakul sampah, diambilnya
yang kedua dan yang ketiga helai adalah penyudah. Sudah berapa lama agaknya
buku tersebut duduk diam di dalam almari tersebut. Tidak berhabukpun, tetapi
biasalah, Kery hendak pastikan kebersihan, Kerry tetap membersihkannya.
Dengan
cermat, hanya menggunakan jari telunjuk Kerry menyelak kulit keras si buku.
Terpapar
tajuk buku yang bertulisan besar. UDA DAN DARA.
Kerry
senyum lalu dia menyelak muka surat pertama. Entah kenapa tajuk cerita tersebut
yang menarik perhatian Kerry. Perkataan UDA DAN DARA disebut berulang-ulang.
Hemm..
unik, UDA, tentunya lelaki kerana sejak pulang ke Malaysia beberapa bulan lalu,
dia ada diperkenalkan kepada seorang lelaki pangkat bapa saudara yang dia harus
memanggil Pak Uda. Tetapi Pak Uda yang Kerry kenal, sudah ronggak giginya.
Itukah rupa lelaki yang bernama Uda di dalam cerita ini? Kerry senyum sumbing.
Ahhh..
tak kan lah pula!
DARA!
Siapa pula si Dara ini? Setahu Kerry, dara ialah gadis yang masih suci.
Itupun
hasil dari dia bertanya dengan pakcik google. Pakcik tempat Kerry mencari
kepastian. Sedangkan dia mengetahui
tidak semua maklumat yang si Pakcik Google berikan tidak serratus peratus
kesahihanya.
Tersenyum
lagi Kerry, budak perempuan remaja yang baru pulang ke tanah air ibunya,
setelah sekian lama tinggal bermastautin di negara sebelah daddy, orang eropah,
seumur usianya.
Andainya
dahulu jika mereka sekeluarga pulang ke Malaysia, itu maknanya dia menghabiskan
cuti sekolah, Namun kini bukan lagi bercuti. Dia akan menetap di sini,
menyambung mengajian di sekolah sementara menunggu mama menyelesaikan urusan kerja
yang memerlukan notis tiga bulan sebelum pulang menyusul dan mereka akan
kembali bersatu kembali.
Dengan
sedikit kelaian, mama akan pulang bersendirian, tanpa daddy.
Ahhh…
malas mahu memikirkan masalah orang dewasa, bisik hati Kerry.
Namun
itu hanya luahan yang menidakkan kebenaran. Yang sebenarnya dia risau, adakah
dia mampu hidup tanpa kehadiran daddy. Entah di mana silapnya, tiba-tiba mereka
sudah tidak sefahaman, sedangkan sudah berbelas tahun bersama. Mereka tidak
sedar bahawa tindakan yang mereka ambil untuk berpisah, akan melukakan hati
seorang insan yang bernama anak. Walaupun si anak belum mengerti sepenuhnya apa
yang berlaku, namun dia tetap menerima keputusan yang telah dibuat oleh kedua
orang tuanya. Dia kerap berdoa agar ianya tidak berlaku, namun apakan daya,
keputusan bukan pilihannya. Itu pilihan kedua insan yang membuatkan dia lahir
ke dunia.
Kejam…
mummy kejam, meninggalkan dirinya sendirian mempelajari segalanya penghidpan
baru. Banyak sekali yang perlu di ketahui, ibarat kanak-kanak yang melajar
berjalan. Bertatih setapak demi setapak. Yang paling dia rimas ialah cuaca yang
panas, masyallah!
Jawabnya
dia akan berkurung di bilik membaca, kerana bilik tersebut berhawa dingin.
Sekurang-kurangnya dia boleh membaca untuk melupakan masa yang berginjak atau
memikirkan hal kehidupan yang dia tidak pasti.
Terdengar
tarikan nafas oxygen dan kemudian Kerry lepaskan yang cukup kuat, ibarat
segumpal carbon dioxide menerjah di hidung.
Helaan
nafas sudah reda dan dia memulakan pembacaan.
Tidaklah
lancar dan laju, masih merangkak-rangkak, satu satu perkataan disambungnya
untuk menjadi satu perkataan. Namun dia faham kerana dia mengambil kelas
tambahan Bahasa Melayu di sekolah antarabangsa di sana.
“
UDA
DAN DARA
Uda
memandang ke langit. Nampak awan hitam yang berarak berlahan di ufuk timur.
Gaya seperti hendak hujan, dia perlu pulang segera. Takut pula terperangkap di
dalam hujan, silap-silap menjadi mangsa ribut, nauzubillah.
“Ya
ALLAH, selamatkan aku..”kata Uda perlahan,
Dia
memanjatkan doa agar dia mendapat perlindungan ALLAH Yang Satu.
Pandangannya
terpaku ke arah beberapa ekor ikan yang sedang terkotek-kotek cuba bernafas di
atas daratan.]
Kerry
memberhentikan pembacaannya. Dia tiba-tiba jatuh kasihan kepada ikan si Uda.
Wahai
ikan, manakan mungkin.
Wassalam
kau ikan,
Bukankah
kau bernafas dengan air, bukan udara.
Walaupun
“air” adalah ejaan orang melayu dan “air”
adalah ejaan orang putih untuk udara.
Confuse, confuse,
confuse
Yang
pastinya kau perlukan “air” dalam bahasa melayu, H2O baru kau boleh hidup.
Bukan
“air” orang putih. Itu untuk manusia dan hidupan seangkatan dengannya, kerana
“air” yang ini hanya mengandungi Oxygen, Carbon dioxide dan lain-lain gas.
Eh!
Uda mana tahu bahasa Inggeris di waktu itu?
Sains
lagi lah tak!
Chiss..
merapu betul si pembaca ni! Kerry sengeh sehingga menunjukkan giginya. Kenapa
perlu dia mempertikaikan apa yang telah si penulis coretkan.
Yang
perlu Kerry faham “air” yang dimaksudkan ialah cecair jernih yang sangat
diperlukan oleh ikan dan juga manusia untuk hidup.
Lantas
Kerry meneruskan pembacaannya.
[Ikan
masih terkotek-kotek, dari kuat kepada perlahan, dan perlahan dan perlahan dan
terus diam. Ikan tidak perlu disembelih dan halal dimakan walaupun sudah mati.
Ikan
mana mampu berfikir, itulah sebabnya orang-orang tua melarang memakan otak
ikan, kerana dikuatiri menjadi tidak cerdik, kerana terlalu bodoh untuk masuk
perangkap yang dipasang oleh manusia.
Sedangkan
bahagian otak ikanlah yang paling enak!
Lupakan
kesah otak ikan, berbalik kepada kesah si ikan yang sudah nyawa-nyawa ikan.
Tidak
ada kena mengenapun di antara otak ikan dengan orang tidak cerdik!
Nasiblah
kau otak ikan!
Dipegangnya
ekor si ikan, satu persatu.
Tidak
banyak manapun. Suku ragapun sayup sahaja ke dalam.
Ahhh..hanya
4 ekor sahaja., keluhnya
Namun
dia bersyukur, Alhamdulillah. Itu sahaja rezeki untuk dia hari ini.
Dia
perlu beredar segera sebelum dia pula menjadi rezeki kepada apa sahaja makhluk
di dasar lautan akibat lemas dipukul rebut.
Dayungan
dikuak kuat dan beransur perahu berundur dengan ayunan ombak yang sudah beralun
tinggi.
Perahu
Uda teruling-uling bersama ombak yang beralun. Sekejap tinggi, sekejap rendah.
]
Cepat
Uda, kau kena cepat! Bisik Kerry di dalam hati.
Sudah
tentu Uda tidak menoleh ke kiri mahupun ke kanan.
Di
laut, mana ada traffik yang perlu dia awasi!
Lagipun
mana ada track jalan?
Tidak
perlu bersusah payahpun hendak memandang ke kiri mahupun ke kanan kerana
pandangannya sama sahaja, iaitu lautan air yang beralun dan berombak.
Seandainya
Kerry yang berada di dalam perahu tersebut, mungkin sudah muntah berlilah
kerana ayunan ombak yang sekejap tinggi dan sekejap rendah. Pergerakan beralun
mampu menggodak segala isi perut untuk keluar.
Kerry
menyeringai, tanda geli, membayangkan rupa muntah.
Ah!
Tak usahlah difikir.
Kenapa
pula Kerry perlu berada di dalam perahu? Bukankah dia hanya membacanya
sahaja.Memikirkan hal muntah lagi tidak perlu.
Kerry
tersenyum sumbing, menyedari dirinya yang sudah jauh berandaian.
Pembacaan
diteruskan.
[Dayung
dikuak lagi. Laju.
Uda
mahu sampai segera ke pantai, apabila ombak sudah pecah, dia tidak perlu
penat-penat mendayung dan dia pasti tidak akan dibawa oleh arus kerana ombak
dengan sendirinya akan membawanya pulang ke tepian pantai.
Itulah
sahaja harapannnya.
Dayung
punya dayung, akhirnya sampai jua si Uda ke tepian pantai.
Segera
dia melompat keluar dari perahu usangnya dan menolak perahu itu ke pengkalan
nelayan.
Pasir
yang lembut hanya terkuak apabila berat perahu yang disorong oleh si Uda kerana
memaksanya ke dataran.
Uda
menghela nafasnya lagi. Dia mendongak ke langit.
Awan
hitam yang berarak perlahan sudah berjaya dilepasinya, tetapi tidak lama. Awan
tersebut bagaikan ada berkaki mengejarnya, tup-tup sudah berada betul-betul
tegak di atas kepalanya.
“Uda?”
tertoleh Uda ke arah suara memanggil namanya..
Uda
terus tersenyum.
Teman
sepermainannya si Komeng., yang menegur.
“Bagaimana
rezeki tuan hamba hari ini?”tanya si Komeng
“Hamba
hanya dianugerahkan 4 ekor rezeki hari, Tuan Hamba bagaimana pula?”Tanya Uda
seletah menjawab soalan si Komeng.
“Adalah
sedikit lebih dari tuan hamba. Rezeki hamba ada terjerat sotong kureta dan
beberapa ekor ketam bunga. Pasti gembira si Melur dan si Mawar. Anak-anak hamba
sukakan ketam..”kata si Komeng dengan tertawa kecil dan senyuman tak sudah.
Dia
tersenyum kerana teringatkan Jelita, nama isterinya yang juga pengemar ketam.
Tidak
betah dia menceritakan kesukaan si isteri kepada si Uda, yang masih bujang.
Cukup
sahaja menyebut nama anak-anak.
Eh!
Uda, hamba beransur dahulu, ketemu lagi nanti ya? Insyallah.
Kata
Komeng, meninggalkan Uda yang sedang menyisip insang ikan dengan tali yang
dibuatnya dari batang pisang.
Tali
batang pisang yang sudah dibuatnya beberapa hari yang lalu.
Mata
merenung rezekinya hari ini.
Dari
kejauhan dia nampak beberapa perahu lain yang baru sahaja mendarat di tepian
pantai.
Tetapi
dia tidak pasti siapakah orang-orang itu kerana agak jauh dari pandangan
matanya.
Yang
dia pasti, mereka-mereka itu adalah orang kampung dan sama sepertinya mencari
rezeki sebagai nelayan.
Haiyla!
Jika berterusan begini, mampukah dia menyimpan sedikit dana untuk meminang buah
hati pengarang jantungnya, si Dara.
Dara
gadis rebutan kampung. Dia cantik, berbudi bahasa dan dari keluarga orang
baik-baik.
Mereka
sudah lama berkawan. Malah Uda tahu Dara juga sukakan dirinya.
Yang
menjadi penghalang besar ialah, Dara adalah anak Tuk Penghulu!
Sedangkan
dirinya hanya seorang nelayan dan dari keluarga yang serba kekurangan.
Ya
Allah, Adakah Dara jodohku?
Mampukah
aku merobah hidupku untuk membuat Dara senang bersamaku apabila menjadi
isteriku kelak?
Mampukah
aku merobah itu semua?
Aku
pipit, sedangkan dia enggang.
Tidakkah
aku seperti melukut di tepi gantang?
Berulang-ulang
Uda bertanyakan persoalan yang sudah lama dia persoalkan. Namun hanya sekadar
soalan.
Jawapan
tidak pernah ditemui. Jawapan yang masih bersembunyi disebalik awan hitam
agaknya..
Manakan
boleh berjumpa jika berterusan bersembunyi di awan hitam!
Awan
kau harus bertukar warna, ke warna lagi cerah, agar dapat aku selak dan cari
jawapan yang selama ini aku tunggu!
Uda
memandang ke arah ikan lalu ikan yang sudah bersusun tersisip di tali batang
pisang dijinjingnya bersama dayung yang dikepit di ketiak.]
Kerry
terhenti membaca.
“Apa
tuh! Melukut....gantang..tak fahamlah! Pipit sama enggang aku tahulah..itu nama
burung” berkerut mukanya memikirkannya
perkataan yang sangat baru baginya.
“Tak
pe, nanti boleh tanya Tok Mama..”bisik Kerry lalu meneruskan membaca.
[Mana
mungkin,
Uda
bermonolog sendiri..
Sampai
bila aku tidak bertemu jawapannya di balik awan. Tidak kiralah awan itu masih
hitam atau sudah berubah cerah!
Aku
perlu cari jawapannya sendiri.
Aku
sendiri yang perlu merobahnya.
Persoalan
demi persoalan yang bermain di kepala Uda disepanjang dia pulang ke teratak
usangnya.
Adakah
si Dara pasti kepunyaan si Uda?
Persoalan
yang tidak ada penghujungnya.
Uda,
jika kau mahu si Dara menjadi milikmu kau harus bertindak segera!
Ya!
Segera..
Uda
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Memikirkan
apakah tindakan yang perlu diambilnya segera.
Bagaimana
caranya?
Mampukah
aku merobah fitrah hidupku?
Kerry
tersenyum.
“Yes!!
That’s my hero. Go Uda go, she is waiting for you.”
Tuk..tuk..
Tetiba Kerry terdengar pintu bilik membaca diketuk diikuti dengan suara seorang
perempuan.
“Kerry,
buat apa tuh! Mai tolong tok mama ni!” Kerry senyum kerana dia kenal betul
dengan suara itu, siapa lagi jika tidak suara tok mama.
Hisy!
Kacau daunlah Tok Mama ni, orang baru hendak menghayati cerita ni, dia sudah memekak
memanggilnya.
“Ya,
Tok kejap lagi Kerry keluar..” jawab Kerry dengan nada lantang.
No comments:
Post a Comment