Thursday 3 November 2016

Bab 12 - Ya



Bab 12

Di Cape Town

Mosa melepaskan satu hentakan yang kuat di atas meja. Marahnya menjadi-jadi sejak mengetahui Amy sudah membawa lari kedua-dua anaknya.  Jika Amy meminta pertolongan pihak Kedutaan untuk dia membawa kedua-dua rakyat Afrika Selatan itu keluar dari negaranya, kenapa tidak dia pula menggunakan taktik yang sama. Seandainya dia tidak berjaya, dia akan menggunakan kuasa perundangan.
Yang penting kedua-dua budak lelaki itu harus kembali ke tanah air mereka. Hanya anak-anaknya, tidak si ibu.
Tidak sama sekali.
“Amy, I will teach you a lesson..”katanya siap dengan mengetapkan bibirnya. Marah betul dia kepada bekas isterinya.
Sampai hati dia berdendam sedemikian rupa. Cepat betul dia lupa si perempuan yang bernama Amy itu pernah tidur sebantal dengannya. Perempuan itu juga sanggup dibuang keluarga untuk bersamanya. Malah perempuan itu juga yang telah memberikan dia zuriat sebagai penyambung warisnya. Bukan satu, malah dua. Mengapakah hendak diseksa lagi hati perempuan itu dengan merampas nyawanya.
“Mosa, lets the boys be with the mother” tegur Nurina si ibu.
“I know, the boys is better with the mother, don’t you think?” berbunyi lagi suara Nurina.
Mosa yang terkumat kamit, entah apa lagi yang dia tidak puas hati, hanya endah tidak endah mendengar suara ibunya. Mungkin masuk telinga kanan keluar telinga kiri, silap-silap dia tidak dengarpun apa yang dikatakan oleh si ibu. Anggap sahaja yang berbunyi itu seekor kumbang yang sedang mengorek lobang. Berbunyi bising, tetapi tak tahupun apa yang bisingnya.
“Ahhh… mummy!” bentak Mosa
“I can accept this, mummy!, they are my sons, your grandsons!” bentaknya, bersuara dengan lantang sambil membeliakkan matanya di hadapan ibunya.
Si ibu hanya memandang, diam. Naik angin sungguh si anak, Yang hairannya, kenapa sekarang dia mencari si anak? Kenapa tidak dari dulu. Kini sudah lebih dari sebulan Amy dan anak-anaknya meninggalkan Cape Town. Kemanakah si bapa berada? Tidakkah dia sedar  kehilangan mereka? Confirm, dia tidak pernah menjenguk anak-anaknya berbulan-bulan lamanya.
Hissy.. kejap kau Mosa..Kejam
Mahu sahaja Nurina membangkitkan soalan itu. Tetapi mampukah dia? Di saat-saat gajah yang sedang naik minyak!
Silap-silap ada yang tercedera angkara si baran.
Tidak pula disangka Amy yang selama ini mendiam diri, rupanya pandai merencanakan perancangan sebegitu licin sehinggakan tidak diketahui oleh keluarga atau saudara maranya. Yang sebenarnya, ada beberapa orang kaum keluarga yang mengetahui penghijrahan mereka, Cuma mereka malas memberitahu Mosa, kerana mereka simpati kepada Amy dan anak-anaknya.
Lagipun, mereka tidak mahu Mosa menyeksa lagi jiwa si Amy, cukup-cukuplah dengan apa yang sudah berlaku. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

***



Di dalam pejabat Kementerian Luar Afrika Selatan, kelihatan dua lelaki yang rancak berbincang sesuatu. Salah seorang yang sebok berbicara ialah Mosa. Dia bersama lelaki yang pernah menjadi teman sekolahnya. Aduh! Mosa punya ramai teman yang mampu membantunya untuk menyelesaikan masalah yang di atasinya. Nampaknya, masalah akan tidak menjadi masalah lagi. Sesekali terdengar deraian kedua lelaki itu, apalah yang melucukan, hanya mereka berdua yang mengetahuinya.

Mosa licik orangnya, andai lapan tahun yang lalu dia berjaya memujuk seorang gadis menikahinya malah terus berhijrah bersamanya. Seorang gadis warga negara asing, inikan pula membawa pulang dua rakyat yang memang pemegang passport Afrika Selatan. Confirm, perkara ini sangat mudah. Semudah makan kacang…
Semua maklumat sudah diserahkan kepada temannya. Cuma satu perkara yang menjadi masalah Mosa, alamat sebenar di mana mereka berada. Hisy… bingong jadinya dia. Andai tadinya berasa cukup gembira, kita tiba-tiba mulut yang senyum menjadi masam.

Dia menemui Amy di Kuala Lumpur. Pernikahannya juga di lansungkan di Kuala Lumpur. Keluarga Amy seorangpun tidak hadir. Pernikahannya berwalikan hakim, dengan alasan si wali tidak dapat hadir di atas urusan yang tertentu.
Ahhh… susah juga hendak mencari mereka, Malaysia agak besar. Nasib baik hanya perlu mencari mereka di seluruh Semenanjung, tidak termasuk Sabah atau Sarawak.
Tersenyum semula si Mosa.
Kemudian berkerut semula.
Eh! Jangan dikecualikan Sabah atau Sarawak, kerana ia tetap sebahagian dari negara Malaysia. Manalah tahu, entah-entah Amy sudah membawa lari kedua anaknya ke salah satu negeri itu?
Hisy…susah juga ek?
Kemudian Mosa tersengeh. Alaaa enting sahaja masalah ini, mari cuba trace melalui facebook. Bukankah ada makluman di mana Amy berada.
Tanpa Mosa sedari, Amy tidak sebodoh itu. Ya atau tidak Amy?
Atau memang kau mahu cari nahas dengan mengaktifkan lokasi di mana kau berada?
Amy wake up! Jangan jadi bodoh! Pastikan kau tidak cuai tentang perkara remeh seperti ini!
Kau tahu atau tidak yang si musang sedang memburu ayam. Mosa adalah musang dan kaulah ayamnya.


1 comment:

Rose Ezadora said...

Malam ini tidak ada idea untuk berkarya, tunggu ya.. nanti idea datang mesti boleh tulis menjela jela..