Monday 24 October 2016

Ya - Bab 11



Bab 11

Amy memandang sekeliling. Biliknya yang dulu berkongsi dengan Meeza, kita sudah menjadi haknya total. Tetapi kini berkongsi dengan anak-anak. Terima kasih Meeza, bisik hati kecil Amy, mengerti si adik berkorban mengambil bilik kecil di sebelah dapur demi dia dan anak-anak. Di kiri dan kanan terbaring kedua-dua anaknya pulas tidur, penat agaknya, jet lag pun satu hal juga. Perbezaan 5 jam ke hadapan.
Amy menghela nafasnya. Apa yang harus dia lakukan untuk membesarkan anak-anaknya.
Pesanan puan Dora, isteri Encik Helmi berlegar di dalam kepala.
“Buat aje apa kerja yang  boleh menjana rezeki Amy? Jual nasi lemak di tepi jalanpun boleh. Janji dapat membesarkan budak-budak tuh!” teriyang-iyang suara Puan Dora.
Tap! Jual nasi lemak.. kenapa tidak!

Tiba-tiba dia teringat, warta berita di TV sebentar tadi. Berita trending mengenai satu berita yang mengesahkan nasi lemak anak dara. Sedap sesangat sehinggakan beratur orang membelinya.
Jika dia juga berniaga nasi lemak sebagai permulaan bagaimana?
Boleh lakukah?
Amy tahu tahap ilmu memasaknya. Masakannya tidaklah sehebat mana, tetapi emak pandai memasak. Sewaktu dirinya bersekolah, emak pernah berniaga nasi lemak di depan kedai cina. Perniagaan nasi lemak emak terkenal sehinggakan emak tidak dibenarkan bercuti, jika bercuti pembeli akan bising.
Bagaimana jikalau Amy mengemukakan cadangan ini.
Bukan buat selamanya, hanya sementara mendapat kerja yang lebih baik. Sekurang-kurangnya ada duit poket.
Rasa-rasanya emak setuju tak?
Belum tanya belum tahu.
Esok akan dikemukakan.
Amy hendak tahu, mana lebih hebat, Nasi Lemak Anak Dara atau Nasi Lemak Mak Janda!!

***



“Mak hari ni Amy mahu uruskan kemasukan sekolah budak-budak tu. Sudah lama benar dia orang bercuti, harap-harap ada tempat kosong” ujar Amy kepada emaknya yang hanya mendiamkan diri. Apalah yang perlu si perempuan tua itu katakan,memang bagus benar tindakan si anak. Pelajaran itu penting, jadi baik jangan bertangguh. Memang lama rasanya mereka bercuti, walaupun sebenarnya baru beberapa minggu.

Dari duduk tidak tentu arah di rumah. Bukan ada gadget yang boleh membuat mereka sebok. Talian wi fi pun tidak ada! Tok Nek mereka bukan kaki internet seperti Omma (panggilan nenek di South Africa), memang pandai sehinggakan siap ada group chatting.
“Amy ke Jabatan Pelajaran dulu, hendak tahu sekolah mana yang ada kekosongan. Amy harap benar budak budak dapat sekolah yang depan sekolah tu, kan mak?”kata Amy  lagi dengan sedikit lantang. Sudah membelakangkan si emak, tetapi masih mahu bersuara.
“Hakimi, Halimi sudah ready kah?” jerit Amy memanggil anak-anak yang masih di dalam bilik. Bersiap bukan main lama. Budak lelaki, bukannya budak perempuan yang mahu make up dan touch up sini sana!
Muncul kedua-dua budak lelaki itu yang merasa ganjil dengan pakaian yang baru mereka sarung. Berbaju melayu putih siap dengan bersamping warna hijau pucuk pisang. Uniform sekolah pemberian auntie Meeza.
Amy tersenyum. Sungguh segak anak-anaknya berpakaian demikian. Bila saat gembira begini, Amy sebak. Air mata tidak terkeluar, hanya mengalir di dalam hati.
Hatinya berkata, alangkah indahnya saat ini sekiranya si ayah juga menyaksikan berapa tampannya anak-anak mereka berbaju melayu, baju yang tidak pernah tersarung di badan si ayah. Kini tersarung di kedua-dua anak lelakinya. Tidak pernah Amy impikan ianya berlaku.
Eh! Amy, kenapa kau?
Sudah lupakah yang si ayah sudah tidak ada kena mengena di dalam hidup mu!
Yang kau masih teringatkan dia tu, mengapa?
Masih adakah ruang yang kau selitkan di dalam hatimu untuk di huni oleh si lelaki keparat itu? Dia yang merobek hati mu? Sudah kau lupa?
Sudah tu! Lupakan dia dan tutup rapat-rapat hati kau itu, jangan beri peluang langsung di jantan itu menyelinap lagi di dalam hati mu.
Astagfirulllah…
Cepat-cepat Amy tersedar.
Masih ada peluangkah si Mosa memujuk Amy semula untuk kembali kepadanya dan pulang ke Afrika Selatan.
Entah..
Mungkin ya, mungkin juga tidak.
Hanya Amy yang ada jawapannya.



“Mari sayang, kita beransur..”katanya, sempat menyapu air mata sebelum mengalir sebaik sahaja membelakangkan si anak-anak.
Malu pula Amy nampak terharu campur gembira sehinggakan mengalirkan air mata.
Apa dahhhh…
Si anak-anak sudah mengerti arahan ibu mereka, walaupun baru beberapa minggu berada di Malaysia.
Halimi berjalan dengan tangan masih memegang samping. Dia tidak mahu percaya yang samping itu tidak akan melurut.
Tiga beranak melangkah keluar dari rumah dengan langkah kanan, menuju ke kereta Tok Wan yang sudah lama menunggu.
Tersenyum lebar Tok Wan melihat kedua cucu berdarah kacukannya tampan berbaju melayu menuju ke arahnya. Sehinggakan dia lupa kehadiran Amy.
“Abah!” tegur Amy
 “oh ya.. kita ke Jabatan Pelajaran..” Tersipu-sipu si bapa.
Amy perasan yang ayahnya cukup gembira dan wajah sentiasa berseri-seri, semenjak kepulangan dia tiga beranak. Lupa agaknya dia yang anak perempuannya yang berada di sebelahnya kini pernah membuat onar dan pernah melukakan hatinya satu ketika dahulu.
Sudah lupakah semua itu?
Mungkin sudah dibuangnya jauh-jauh perasaan marah dan kecewanya. Bukan kerana kepulangan anak perempuannya, tetapi kerana kehadiran dua lagi insan yang tidak pernah dia duga dapat bersama. Kehadiran cucu-cucunya.




3 comments:

Rose Ezadora said...

Baca yang ini dulu, esok saya sambung lagi insyallah

Rose Ezadora said...

Boleh sambung baca...

Rose Ezadora said...

Malam ini hujan di luar. Maaf tidak dapat sambung berkarya sebab bantal memanggil suruh Zzzzzz