Bab 11
Amy memandang
sekeliling. Biliknya yang dulu berkongsi dengan Meeza, kita sudah menjadi
haknya total. Tetapi kini berkongsi dengan anak-anak. Terima kasih Meeza, bisik
hati kecil Amy, mengerti si adik berkorban mengambil bilik kecil di sebelah
dapur demi dia dan anak-anak. Di kiri dan kanan terbaring kedua-dua anaknya
pulas tidur, penat agaknya, jet lag pun satu hal juga. Perbezaan 5 jam ke
hadapan.
Amy menghela
nafasnya. Apa yang harus dia lakukan untuk membesarkan anak-anaknya.
“Buat aje apa
kerja yang boleh menjana rezeki Amy?
Jual nasi lemak di tepi jalanpun boleh. Janji dapat membesarkan budak-budak tuh!”
teriyang-iyang suara Puan Dora.
Tap! Jual nasi lemak..
kenapa tidak!
Tiba-tiba dia
teringat, warta berita di TV sebentar tadi. Berita trending mengenai satu
berita yang mengesahkan nasi lemak anak dara. Sedap sesangat sehinggakan
beratur orang membelinya.
Jika dia juga
berniaga nasi lemak sebagai permulaan bagaimana?
Boleh lakukah?
Amy tahu tahap
ilmu memasaknya. Masakannya tidaklah sehebat mana, tetapi emak pandai memasak.
Sewaktu dirinya bersekolah, emak pernah berniaga nasi lemak di depan kedai
cina. Perniagaan nasi lemak emak terkenal sehinggakan emak tidak dibenarkan
bercuti, jika bercuti pembeli akan bising.
Bagaimana
jikalau Amy mengemukakan cadangan ini.
Bukan buat
selamanya, hanya sementara mendapat kerja yang lebih baik. Sekurang-kurangnya
ada duit poket.
Rasa-rasanya
emak setuju tak?
Belum tanya
belum tahu.
Esok akan
dikemukakan.
Amy hendak tahu, mana lebih hebat, Nasi Lemak Anak Dara atau Nasi Lemak Mak Janda!!
***
Amy hendak tahu, mana lebih hebat, Nasi Lemak Anak Dara atau Nasi Lemak Mak Janda!!
***
“Mak hari ni Amy
mahu uruskan kemasukan sekolah budak-budak tu. Sudah lama benar dia orang
bercuti, harap-harap ada tempat kosong” ujar Amy kepada emaknya yang hanya
mendiamkan diri. Apalah yang perlu si perempuan tua itu katakan,memang bagus
benar tindakan si anak. Pelajaran itu penting, jadi baik jangan bertangguh.
Memang lama rasanya mereka bercuti, walaupun sebenarnya baru beberapa minggu.
Dari duduk tidak
tentu arah di rumah. Bukan ada gadget yang boleh membuat mereka sebok. Talian
wi fi pun tidak ada! Tok Nek mereka bukan kaki internet seperti Omma (panggilan
nenek di South Africa), memang pandai sehinggakan siap ada group chatting.
“Amy ke Jabatan
Pelajaran dulu, hendak tahu sekolah mana yang ada kekosongan. Amy harap benar budak
budak dapat sekolah yang depan sekolah tu, kan mak?”kata Amy lagi dengan sedikit lantang. Sudah
membelakangkan si emak, tetapi masih mahu bersuara.
“Hakimi, Halimi
sudah ready kah?” jerit Amy memanggil anak-anak yang masih di dalam bilik.
Bersiap bukan main lama. Budak lelaki, bukannya budak perempuan yang mahu make
up dan touch up sini sana!
Muncul kedua-dua
budak lelaki itu yang merasa ganjil dengan pakaian yang baru mereka sarung. Berbaju
melayu putih siap dengan bersamping warna hijau pucuk pisang. Uniform sekolah
pemberian auntie Meeza.
Amy tersenyum.
Sungguh segak anak-anaknya berpakaian demikian. Bila saat gembira begini, Amy
sebak. Air mata tidak terkeluar, hanya mengalir di dalam hati.
Hatinya berkata,
alangkah indahnya saat ini sekiranya si ayah juga menyaksikan berapa tampannya
anak-anak mereka berbaju melayu, baju yang tidak pernah tersarung di badan si
ayah. Kini tersarung di kedua-dua anak lelakinya. Tidak pernah Amy impikan
ianya berlaku.
Eh! Amy, kenapa
kau?
Sudah lupakah
yang si ayah sudah tidak ada kena mengena di dalam hidup mu!
Yang kau masih
teringatkan dia tu, mengapa?
Masih adakah
ruang yang kau selitkan di dalam hatimu untuk di huni oleh si lelaki keparat
itu? Dia yang merobek hati mu? Sudah kau lupa?
Sudah tu!
Lupakan dia dan tutup rapat-rapat hati kau itu, jangan beri peluang langsung di
jantan itu menyelinap lagi di dalam hati mu.
Astagfirulllah…
Cepat-cepat Amy
tersedar.
Masih ada
peluangkah si Mosa memujuk Amy semula untuk kembali kepadanya dan pulang ke Afrika
Selatan.
Entah..
Mungkin ya,
mungkin juga tidak.
Hanya Amy yang
ada jawapannya.
“Mari sayang,
kita beransur..”katanya, sempat menyapu air mata sebelum mengalir sebaik sahaja
membelakangkan si anak-anak.
Malu pula Amy
nampak terharu campur gembira sehinggakan mengalirkan air mata.
Apa dahhhh…
Si anak-anak
sudah mengerti arahan ibu mereka, walaupun baru beberapa minggu berada di
Malaysia.
Halimi berjalan
dengan tangan masih memegang samping. Dia tidak mahu percaya yang samping itu
tidak akan melurut.
Tiga beranak
melangkah keluar dari rumah dengan langkah kanan, menuju ke kereta Tok Wan yang
sudah lama menunggu.
Tersenyum lebar
Tok Wan melihat kedua cucu berdarah kacukannya tampan berbaju melayu menuju ke
arahnya. Sehinggakan dia lupa kehadiran Amy.
“Abah!” tegur
Amy
“oh ya.. kita ke Jabatan Pelajaran..” Tersipu-sipu
si bapa.
Amy perasan yang
ayahnya cukup gembira dan wajah sentiasa berseri-seri, semenjak kepulangan dia
tiga beranak. Lupa agaknya dia yang anak perempuannya yang berada di sebelahnya
kini pernah membuat onar dan pernah melukakan hatinya satu ketika dahulu.
Sudah lupakah
semua itu?
Mungkin sudah
dibuangnya jauh-jauh perasaan marah dan kecewanya. Bukan kerana kepulangan anak
perempuannya, tetapi kerana kehadiran dua lagi insan yang tidak pernah dia duga
dapat bersama. Kehadiran cucu-cucunya.
3 comments:
Baca yang ini dulu, esok saya sambung lagi insyallah
Boleh sambung baca...
Malam ini hujan di luar. Maaf tidak dapat sambung berkarya sebab bantal memanggil suruh Zzzzzz
Post a Comment