Tuesday 18 October 2016

Ya- Bab 10



“Maaf Encik, saya tidak berkesempatan menjelaskan apa yang berlaku..kesilapan saya” kata si lelaki yang memberi salam. Semua tercengang dan hairan, tidak mengerti apa yang hendak disampaikan oleh si lelaki.
Siapa dia? Dia cerita apa ni? Ada kamera tersembunyikah yang merakamkan gelagat mereka? Cuba tengok entah-entah tersembunyi kamera di bawah kerusi. Silap-silap ada orang yang merakamkan entah menyorok di mana-mana.

“Mak..” bunyi suara yang ditunggu-tunggu Mona. Tetapi itu hanya ingauannya kan?
Hah! Malaslah hendak menoleh. Cukup-cukuplah dipermainkan oleh perasan.
“Mak.. Amy sudah pulang..” bunyi suara itu lagi.
Kali ini Mona kena toleh. Lagipun semua yang ada hanya ternganga dan kaku.
Mona bingkas bangun lalu memeluk si anak.
Berkreut bunyi kerusi berlaga lantai dibuatnya. Peduli apa dia!
Perasan rindu yang teramat sangat membuatkan dia lupa di mana dia berada.

“Maaf Encik, lupa saya memperkenalkan diri. Saya Zaki, wakil Wisma Putra yang menguruskan kepulangan Cik Amy sekeluarga. Tadinya Cik Amy tidak keluar melalui pintu biasa. Saya ditugaskan membawanya keluar melalui pintu lain” tangan rancak dihulur kepada semua lelaki yang ada.
“Sebabnya,Cik Amy sudah tamat tempoh berada di Afrika Selatan, visa pemastautinnya di sana sudah luput, sepatutnya dia ditahan. Dia tidak menukar kerakyatan walaupun bersuamikan rakyat tempatan. Kira illegal. Tetapi diatas rundingan antara Foreign Affairs Afrika Selatan dan Wisma Putra, Cik Amy dan keluarga dibenarkan pulang, dengan syarat dia benar-benar sampai di Malaysia. Tidak lagi berada di mana-mana tempat di Afrika Selatan. Sayalah yang perlu memastikannya dan membuar laporan kemudian. Maafkan saya..”sambung si lelaki yang baru memperkenalkan dirinya sebagai Zaki.

Penjelasan yang diberi oleh Zaki hanya didengar oleh yang lain, tidak kepada Mona. Semua itu sudah tidak penting baginya, yang penting anak perempuannya yang di tunggu-tunggu sudah berada di depan mata. Tangannya liar meremes kepala kedua budak lelaki yang sudah pasti cucunya. Lantaklah kau Zaki, hendak bercerita apa…
Kehadiran Amy dan anak-anak cukup mengembirakan semua. Hinggakan hilang terbang kekecewaan yang tadinya tersangkut di hati.
“Welcome Home Amy..”mungkin terselit ungkapan ini di hati mereka.
Ya, Welcome Home Amy and the boys…

***



Tercegat di tubir tingkap. Angin menyapa lembut ke muka Amy. Mata meliar memandang sekeliling.

Ahhh.. tidak banyak berubah, sama seperti keadaannya sewakti Amy tinggalkan lapan tahun lalu. Pokok kelapa yang sama terliang liuk di tampar angin laut. Desingan bunyi burung layang-layang dari tape yang riuh menipu burung-burung agar masuk menginap masuk melalui corong khas, menara lama kepunyaan auncle Chin Ah. Amy tersenyum.. lumayan agaknya hasil air liur burung yang tertipu.
“Apa yang dimenungkan tu Amy..” tegur emak.
Teguran mampu membuat Amy tertoleh, namun hanya senyuman sahaja yang mampu dibalas sebagai jawapan.
“Budak-budak mana mak?”
“Kat luar dengan atuknya. Bukan main lagi abah bercakap orang puteh. Sudah lama orang tua tu tak speaking..”
“Marilah kat sini.. banyak cerita mak hendak tahu” pinta si ibu yang menagih cerita selama lapan tahun menghilang dari si anak. Mengharap si anak sebagai narrator akan menceritakan cerita yang indah-indah. Mana orang mahu tahu cerita yang sedih-sedih.
Tanpa si ibu tahu jika mahu cerita yang indah-indah, dari lapan tahun itu mungkin tidak sampai setahun ceritanya yang akan dia dengar.
Amy, tersengeh menampakkan gigi taringnya yang halus. Manis sebenarnya si janda beranak dua ini apabila tersenyum.
Ahhh.. baik sahaja dia reka-reka cerita sepanjang lapan tahun itu dengan kesah-kesah yang indah sahaja. Peduli apa, bukannya si ibu tahu kesahihannya. Itu kesah dahulu, sudah berlalu dan sudah menjadi sejarah, yang penting dia dan anak-anak sudah berada di depan mata. Yang utama cerita yang indah-indah itu akan muncul di masa mendatang, Aminnn yarabalalamin. 
Terkuman kamit Amy bercerita, si ibu leka mendengar. Di selit pula dengan gelak tertawa. Apa yang melucukan, hanya dua wanita itu yang mengetahuinya. Entah apa yang ditemberang oleh Amy.
Janji di dalam hati Amy, si ibu tidak akan mengetahui apa yang sebenar yang dihadapinya sepanjang lapan tahun merantau. Sudah suratan takdir,


Amy, tolong jangan menyalahkan takdir kerana sebenarnya itu jalan hidup yang dia telah pilih.


2 comments:

Rose Ezadora said...

Publiish dulu yang sikit ni. Esok sambung lagi, insyallah

Rose Ezadora said...

Sudah ada sambungan, selamat membaca dan coretkan komen yang membina untuk saya meneruskan cerita. Mungkin boleh memberi idea.