“Maaf Encik,
saya tidak berkesempatan menjelaskan apa yang berlaku..kesilapan saya” kata si
lelaki yang memberi salam. Semua tercengang dan hairan, tidak mengerti apa yang
hendak disampaikan oleh si lelaki.
Siapa dia? Dia
cerita apa ni? Ada kamera tersembunyikah yang merakamkan gelagat mereka? Cuba
tengok entah-entah tersembunyi kamera di bawah kerusi. Silap-silap ada orang
yang merakamkan entah menyorok di mana-mana.
“Mak..” bunyi
suara yang ditunggu-tunggu Mona. Tetapi itu hanya ingauannya kan?
Hah! Malaslah
hendak menoleh. Cukup-cukuplah dipermainkan oleh perasan.
“Mak.. Amy sudah
pulang..” bunyi suara itu lagi.
Kali ini Mona
kena toleh. Lagipun semua yang ada hanya ternganga dan kaku.
Mona bingkas
bangun lalu memeluk si anak.
Berkreut bunyi
kerusi berlaga lantai dibuatnya. Peduli apa dia!
Perasan rindu
yang teramat sangat membuatkan dia lupa di mana dia berada.
“Maaf Encik,
lupa saya memperkenalkan diri. Saya Zaki, wakil Wisma Putra yang menguruskan
kepulangan Cik Amy sekeluarga. Tadinya Cik Amy tidak keluar melalui pintu
biasa. Saya ditugaskan membawanya keluar melalui pintu lain” tangan rancak
dihulur kepada semua lelaki yang ada.
“Sebabnya,Cik
Amy sudah tamat tempoh berada di Afrika Selatan, visa pemastautinnya di sana
sudah luput, sepatutnya dia ditahan. Dia tidak menukar kerakyatan walaupun
bersuamikan rakyat tempatan. Kira illegal. Tetapi diatas rundingan antara
Foreign Affairs Afrika Selatan dan Wisma Putra, Cik Amy dan keluarga dibenarkan
pulang, dengan syarat dia benar-benar sampai di Malaysia. Tidak lagi berada di
mana-mana tempat di Afrika Selatan. Sayalah yang perlu memastikannya dan
membuar laporan kemudian. Maafkan saya..”sambung si lelaki yang baru
memperkenalkan dirinya sebagai Zaki.
Penjelasan yang
diberi oleh Zaki hanya didengar oleh yang lain, tidak kepada Mona. Semua itu sudah
tidak penting baginya, yang penting anak perempuannya yang di tunggu-tunggu
sudah berada di depan mata. Tangannya liar meremes kepala kedua budak lelaki
yang sudah pasti cucunya. Lantaklah kau Zaki, hendak bercerita apa…
Kehadiran Amy
dan anak-anak cukup mengembirakan semua. Hinggakan hilang terbang kekecewaan
yang tadinya tersangkut di hati.
“Welcome Home
Amy..”mungkin terselit ungkapan ini di hati mereka.
Ya, Welcome Home
Amy and the boys…
***
***
Tercegat di
tubir tingkap. Angin menyapa lembut ke muka Amy. Mata meliar memandang
sekeliling.
Ahhh.. tidak
banyak berubah, sama seperti keadaannya sewakti Amy tinggalkan lapan tahun
lalu. Pokok kelapa yang sama terliang liuk di tampar angin laut. Desingan bunyi
burung layang-layang dari tape yang riuh menipu burung-burung agar masuk
menginap masuk melalui corong khas, menara lama kepunyaan auncle Chin Ah. Amy
tersenyum.. lumayan agaknya hasil air liur burung yang tertipu.
“Apa yang
dimenungkan tu Amy..” tegur emak.
Teguran mampu
membuat Amy tertoleh, namun hanya senyuman sahaja yang mampu dibalas sebagai
jawapan.
“Budak-budak
mana mak?”
“Kat luar dengan
atuknya. Bukan main lagi abah bercakap orang puteh. Sudah lama orang tua tu tak
speaking..”
“Marilah kat
sini.. banyak cerita mak hendak tahu” pinta si ibu yang menagih cerita selama
lapan tahun menghilang dari si anak. Mengharap si anak sebagai narrator akan
menceritakan cerita yang indah-indah. Mana orang mahu tahu cerita yang
sedih-sedih.
Tanpa si ibu
tahu jika mahu cerita yang indah-indah, dari lapan tahun itu mungkin tidak
sampai setahun ceritanya yang akan dia dengar.
Amy, tersengeh
menampakkan gigi taringnya yang halus. Manis sebenarnya si janda beranak dua
ini apabila tersenyum.
Ahhh.. baik
sahaja dia reka-reka cerita sepanjang lapan tahun itu dengan kesah-kesah yang
indah sahaja. Peduli apa, bukannya si ibu tahu kesahihannya. Itu kesah dahulu,
sudah berlalu dan sudah menjadi sejarah, yang penting dia dan anak-anak sudah
berada di depan mata. Yang utama cerita yang indah-indah itu akan muncul di
masa mendatang, Aminnn yarabalalamin.
Terkuman kamit
Amy bercerita, si ibu leka mendengar. Di selit pula dengan gelak tertawa. Apa
yang melucukan, hanya dua wanita itu yang mengetahuinya. Entah apa yang
ditemberang oleh Amy.
Janji di dalam hati
Amy, si ibu tidak akan mengetahui apa yang sebenar yang dihadapinya sepanjang
lapan tahun merantau. Sudah suratan takdir,
Amy, tolong
jangan menyalahkan takdir kerana sebenarnya itu jalan hidup yang dia telah
pilih.
2 comments:
Publiish dulu yang sikit ni. Esok sambung lagi, insyallah
Sudah ada sambungan, selamat membaca dan coretkan komen yang membina untuk saya meneruskan cerita. Mungkin boleh memberi idea.
Post a Comment