Sudah
hampir satu jam mereka di perpustakaan, tetapi Kerry masih tidak dapat mencari
apa yang dia cari. Naik bingung Tok Mama dibuatnya.
“Jumpa
tak?”tanya Tok Mama didalam nada berbisik. Mana boleh bersuara kuat di
perpustakaan. Tengok poster yang tergantung di dinding, gambar bibir seorang
wanita yang bergincu merah menyala meletakkan jari manis di tengah-tengah
bibirnya yang gebu. Tentu pemiliknya seorang wanita yang cantik, Entah-entah
bibir Angelina Jolie!
Ah!
ke situ pula. Jauh sangat sudah tersasar, memikirkan yang bukan-bukan. Hanya
kerana bibir.
“Kerry
cari apa sebenarnya?”tanya Tok Mama dengan nada ingin tahu.
“Adala…”jawab
Kerry
Tok
Mama kerut mukanya.
“Hiss
budak ni, buku bertajuk “Adala”, mana ada kat sini..” rungut Tok Mama sambil
tangan menyelak buku mengenai cara berkebun yang baru diambilnya.
Tok
Ma sudah ralit dengan buku yang begitu banyak bakal memberi ilmu kepadanya
mengenai asas berkebun.
Tidak
disangka, rupanya banyak buku-buku yang berfaedah di Perpustakaan yang buat
pertama kali dijejaki seumur hidupnya. Bayangkanlah. Seandainya dia tahu bahawa
perpustakaan ini sedemikian rupa, sudah tentu dia mengunjunginya sejak dulu
lagi.
Oleh
itu, dia tidak kesah berapa lama waktu yang bakal diambil oleh si cucu, memberi
peluang mencara buku “adala..”
Mata
Tok Ma memandang sambil tersenyum lenggok si anak gadis yang tidak ada gaya
gadis melayu terakhir langsung, laju sahaja meninggalkannya tanpa ada lenggok
yang lemah gemalai.
“Belum
pandai bergaya lagi tu! Beri masa beberapa tahun lagi” kata Tok Ma di dalam
hati.
Kerry
menyusur semula rak rak yang tertulis “novel melayu”. Tekun mencari apa yang dia cari tidak jumpa.
Tetiba dia memaling di bahu kanannya kerana ada seorang budak lelaki yang mungkin
senior sedikit dari dirinya selamba sahaja berdiri di sebelahnya. Kerry hanya
tersenyum apabila kedua-dua berpaling.
Bukan
boleh buat apa, perpustakaan adalah tempat awam.
“Sorry..”katanya.
Kerry
cebik mulutnya, hairan kenapa pula perlu minta maaf. Mungkin dia merasa sudah
mengganggu Kerry yang sedang leka mencari-cari kut.
Okey,
mungkin juga. Kerry masih lagi mencebikkan mulutnya.
“Not
bad.. good manace” katanya di dalam hati.
Berpaling
lagi si lelaki sambil tersenyum apabila terasa dirinya di perhati oleh si gadis.
“Pap”!
sepasang tangan kanan yakni 2 tangan yang berlainan tuan memegang sebuah buku.
Eh,
apa pula ni?
Tetapi
tangan yang kasar berundur, memberi laluan kepada tangan halus Kerry yang mengambilnya keluar dari rak.
“After
you” katanya.
“Maaf,
kita berdua mencari buku yang sama ke?” tanya Kerry perlahan.
Hanya
anggukan yang diberi oleh si budak lelaki.
“Tak
pe, you ambil dulu, I will borrow later..”kata si budak lelaki, lalu berjalan
meninggalkan Kerry yang terkesima.
Bolehkan
dia diberi tanpa perlu berebut.
“Eh,
nanti..” terkuat pula dia bersuara, malah membuat si budak lelaki terhenti dan
memalingkan dirinya ke arah Kerry sambil beraksi dengan mengangkat tangan seperti
bertanya “apa lagi?”
Bukankah
dia sudah beralah dan memberi Kerry buku tersebut, mahu apa lagi si budak
perempuan ini?
Kerry
pula yang mengangkat jari ke mulut dan mara ke arah si budak lelaki.
“We
can share… by the way, I’m Kerry?” kata Kerry memperkenalkan dirinya.
Apalah
salahnya menambah seorang lagi kawan, tidak salahkan?
Tak
kesahlah walaupun berlainan gender, betultak?
Lagipun
Kerry agak tertarik dengan sikap si kawan barunya ini.
Tidak
kasar, malah berbudi bahasa. Malah menghargai wanita gamaknya.
Kawan
ke? Belum tentu lagi akan menjadi kawannya. Pihak yang satu lagi belum lagi
bersetuju menjadi kawannya.
“Hai! Saya Kent.. Kenneth, tapi panggil kent
je” katanya.
Kerry
menarik nafas lega, confirm sudah dia kawannya, sebaik sahaja dia
memperkenalkan dirinya.
“Lepas
habis baca, pulangkan, nanti saya pula yang pinjam..”sambungnya
Kerry
angguk laju.
“Jumpa
kat sini minggu depan boleh?”tanya Kerry.
Kent
pula yang angguk, dan berlalu pergi.
Kerry
masih lagi berdiri tegak menahan rasa dengan memeluk buku yang menjadi rebutan.
Terpampang
tajuk buku “CINTA QAIS PADA LAYLA”
“Kent..
namanya Kent. Yang berdiri ini Barbie tau? Kent… Barbie…Barbie.. Kent ring any
bells?”kata Kerry perlahan sambil berjalan menuju ke arah Tok Ma yang ralit mentelaah.
Hati
berdendang gembira, mendapat kawannya yang kedua sejak pulang ke Malaysia.
Tetapi
kawan yang ini lain sikit, kerana dia berlainan jantina.
“Barbie
will be seeing Kent next week” kata hatinya lagi.
Tetiba
berirama lagu “I’m a Barbie doll” di telinga Kerry.
No comments:
Post a Comment