Bab 3
Masih teriyang-iyang di telinga Amy
apabila teringatkan apa yang telah dikatakan oleh si pemandu. “Master Azmi told
me to make sure you and the boys arrived safely in Pretoria”
Patutlah dia tahu nama Amy dan patutlah
dia sebok menjadi jurucakap dan penyampai maklumat!
Terlopong Amy dibuatnya, membuat Amy
fana mendengar nama lelaki yang baik hati itu disebut oleh si pemandu orang
puteh, Afrika Selatan itu. Terlupa hendak mengucapkan terima kasih. Membuat si
pemandu kerut muka dan berlalu pergi, sambil menolak sedikit topi pemandu,
ala-ala topi pilot, membuatkan sedikit jambul terjulur di dahinya. Terkejut
dengan reaksi Amy yang sudah terpaku bagaikan patong manuquin., agaknya.
Amy mengetuk perlahan kepalanya apabila
dia sedar dari kekakuan akibat tidak sangka.
Semua angkara abang Azmi rupanya…
Kemudian Amy tersengeh..
Abang Azmi, terima kasih. Budi baik dan
jasamu tak terbalas rasanya di dunia ini. Tetapi hairan pula diri Amy, lelaki
sebaik itu masih hidup sebatang kara di bumi asing ini. Dengarnya dia sudah
bermastautin di bumi Mandela ini lebih dari 30 tahun.Tak adakah
perempuan-perempuan yang berkenan di hatinya? Atau perempuan-perempuan di Cape
Town ini sudah buta, tidak dapat mengenal mana lelaki yang baik dan yang mana
lelaki inverted coma?
Eh! Mengata orang? Apa yang berlaku pada
diri sendiri!
“Whats wrong mummy”tanya Halimi si anak.
Tertangkap apabila si ibu mengetuk kepalanya sendiri.
“Nothing.. baby..”jawab Amy senyum.
Si anak hanya angguk. Namun sebenarnya
persoalan masih belum terjawab sepenuhnya.
Muka masih mencerut, apalah mummy ni,
betul ke tidak! Yang sampai ketuk kepala sendiri tu kenapa?
Seperti zombies, ketiga-tiga beranak
perlahan-lahan menaiki tangga bas dua tingkat itu. Bagasi sudah diuruskan
terlebih dahulu di humban ke perut bas. Alaaa, bukan lamapun lagi perjalanan,
Cullinan ke Pretoria, rasanya tak sampaipun satu jam. Setahu Amy Cullinan dan
Pretoria di dalam satu district yang di panggil Gauteng. Macam Putrajaya di
dalam kawasan Wilayah Persekutuanlah tu! Mana tidaknya, Afrika Selatan ni
terlalu besar. Rasanya dari utara sempadan Zimbabwe, pekan bernama Beitbridge
ke hujung Cape of Good Hope, mahu mengambil 24 jam tanpa henti dengan
kenderaan, bayangkanlah.. melalui jalan
yang dipanggil Route N1. Huh! Tanpa
henti? Mana ada orang bodoh yang sanggup memandu tanpa henti. Tak tidur, tak
makan tak ke bilik air? Gedebak bedebuk.. mahu habis 2 hari lah!
Eh! Apa hal pula menyebok kesah jalan di
sini? Cik Amy oi..tak ada jawatan juruukur yang kosong buat awak di bumi afrika
ini!
Bas meluncur laju, debar di dada juga
mengikut dengan nada putaran roda bas.
Hisyyy.. risau juga hendak bertemu
dengan pegawai Kedutaan tu, Encik Helmi. Benarkah dia baik orangnya? Itu kata
abang Azmi.
Kejap..kejap..kat mana pulak hendak
menginap? Jangan dia sewakan hotel yang mahal?
Mampus, tak terbayar nanti. Tiket bas
pun belas ihsan kutipan Encik Azmi dari orang-orang Malaysia. Inikan pula
hendak bayar kos penginapan? Bukan untuk sehari dua, mahu berhari-hari!
Aduh!
Encik Azmi, jangan pula kau letakkan
kami anak beranak di bawah jambatan? Tolong dan kasihanilah kami Encik Azmi?
Rayu Amy di dalam hati.
Belum bertemu lagi dengan orang yang
ditunggu, Amy sudah terbayang apa yang akan berlaku.
“Ladies and Gentleman, we will be
arriving Pretoria in a few minutes time. As you can see, the Voortrekker
Monument on your left. The landmark of Pretoria.”kata si pelayan yang jelita.
Bukan main gembira lagi menunjukkan warisan bangsa. Semua mata tertoleh ke arah
bangunan tinggi empat segi. Jauh di tengah-tengah hutan simpan yang dijaga
rapi. Boleh Nampak beberapa ekor impala dan springbok berlari-lari. Mereka
sudah lali dengan kenderaan yang lalu lalang. Sudah jadi penduduk tetap bandar
Pretoria, bukannya berada di dalam hutan belantara!
Voortrakker Monument, di situlah
bersemadinya sejarah bagaimana mulanya penjajahan orang puteh di bumi Afrika.
Amy pernah membaca kesah itu, dulu-dulu, sewaktu masa bahagia, banyak masa
untuk membelek itu dan ini.
Tidak sampai lima minit perjalanan,
segala pandangan semak dan hutan hilang dan diganti dengan bangunan rumah
kediaman yang cantik-cantik, Waterkloof Height, satu masa dahulu kawasan
residensi mewah orang-orang kulit puteh. Tetapi kini sudah ramai yang bukan
berkulit puteh sahaja yang menghuni, sudah berbagai-bagai warna kulit, kerana
tempat ini menjadi pilihan expatriate, dari serata dunia, terutamanya orang
Kedutaan. Cantik-cantik reka bentuk rumah mereka dan taman yang dijaga rapi dan
yang pasti setiap rumah memiliki kolam renang.
“Another landmark of Pretoria, Magnolia
Dell. Small but a lot of activity happen here. Every Saturday, there will be a
fleemarket. First week of every month, there will be an antique fair, second week is only for crafts, third you can
buy beautiful painting and the fourth week will be free for you to get your
picnic basket out there with your family..”kata si jelita dengan sengeh.
“Wahai cik puan yang jelita, kau ingat
semua orang hairan ke, itu semua? Terutama aku dan anak aku. Untung nasib aje
ni sampai di Pretoria. Itupun jika untung, jika tidak? Entah jambatan mana yang bakal di huni untuk tempat berteduh!
Nauzubillah.. harap-harap itu tidak berlaku” bisik hati kecil Amy.
Bas tetap meluncur laju meninggalkan
semua landmark jauh di belakang. Si pemandu perlu berhati-hati kerana sudah
masuk ke dalam City Centre yang bertali arus dengan kenderaan. Sudahlah
bangunan yang tersergam di kiri dan kanan besar-besar gedabak! Seperti tidak
ada reserve jalan langsung. Yang Amy perasan, semua bangunan cantik itu
bergrill keseluruhannya. Sama seperti yang dia lihat di Cape Town.
Tahu-tahu, bas sudah memperlahankan
pergerakannya, tambahan pula sudah kelihatan banyak bas keluar dan masuk. Sudah
sampai ke terminal bas gamaknya. Seperti terminal keretapi sahaja.
Amy dan anak-anak turut berdiri, apabila
melihat penumpang lain berbuat demikian. Sedangkan bas belum lagi betul-betul
berhenti.
Amy lupa, bagi mereka memang tidak sabar
untuk turun bertemu dengan orang yang tersayang.
Amy pula macammana? Turut gembirakah
hendak bertemu dengan Encik Helmi?
Tiba-tiba Amy digasak dengan seribu satu
perasaan yang tidak dapat dia tentukan.
Ada rasa gembira, rasa hiba, rasa
gelisah dan rasa takut..
Namun tangan yang sudah sejuk itu tetap
memimpin kedua-dua anak-anaknya menuruni perlahan anak-anak tangga bas.
Tiba-tiba bibir Amy mengucapkan surah
al-insyirah berulang-ulang kali tanpa putus. Spontan, bibirnya teringatkan
surah keramat itu sekira hatinya berkata-kata.
Mata melilau mencari-cari orang yang
tidak dia kenal. Manalah tahu ada kelibat orang melayu. Yang pasti melayu yang
tidak memakai songkok atau berbaju melayu. Berpusing-pusing bola matanya
mencari-cari, mamun tidak ada seorang insanpun yang boleh dikategorikan sebagai
orang melayu.
“Miss, you have safe arriving in
Pretoria. I hope the guys that Azmi arrange for you to meet will come soon. I
have to leave back to Cape Town tomorrow. What ever it is, good luck!” kata si
pemandu orang puteh, sambil menangkat perlahan topinya dan meninggalkan Amy dan
anak-anak yang hanya mampu tersenyum dan memerhati dirinya berjalan laju menuju
pintu masuk pejabat.
“Mummy.. I’m tired…”kata Hakimi. Amy
hanya mengesek lembut si anak. Dia mengerti, anaknya bukannya penat, tetapi
lebih kepada manja. Di dalam bas tadi, bukan main lagi energetic dia, kenapa
tiba-tiba sampai Pretoria terus penat?
“Wahai anakku sayang, mummy lagi penat
tahu tak anakku. Penat memikir yang bukan-bukan, sampai otak ini sudah tidak
mampu memikir yang baik-baik. Namun demi kau berdua anakku, mummy kuatkan
semangat” kata Amy di dalam hati sambil cuba melayan si anak semesra yang
boleh, melindung apa yang tersirat di dalam hatinya.
“Kimi nak ice-cream, jom mummy belikan..”
kata Amy memujuk.
Dari pancaran mata, Amy dapat rasakan si
anak sudah bertenaga. Dengan lembut Amy mengheret si anak bersama-sama dengan
bagasi mereka ke tempat duduk di satu penjuru Frozen Deli yang hanya menyediakan ice cream
dan frozen yogurt.
Sambil menghayun kaki, Kimi dan Halim
menekmati frozen yogurt. Amy tidak turut sama, cukup-cukuplah dirinya yang
sudah tahap beku.
“Puan Amirah!” tertoleh Amy kepada suara
seorang perempuan yang memanggil namanya.
“Puan!”
“Eh! Encik Helmi ni perempuankah?”bisik
di dalam hati Amy. Menambah satu lagi persoalan yang sudah berlipat-lipat
memenuhi ruang kepalanya…
No comments:
Post a Comment