Bab 4
“Makan, jemput makan jangan malu, buat macam rumah
sendiri” kata Encik Helmi menegur Amy. Encik Helmi perasan bukannya dia makan, asyik menguis-nguis
nasi yang tidak banyak manapun di dalam pinggannya.
Amy mengangkat mukanya dan hanya mampu
tersenyum. Termalu juga, tertangkap tidak menumpukan menekmati rezeki di depan
mata.
“Ah ah! Amy, makanlah. Tak sedapke masakan
saya?”tegur Dora. Si perempuan yang menjemputnya siang tadi. Isteri Encik Helmi
rupanya yang ditugaskan mengambil dia dan anak-anak di Station bus. Kerana
sudah petang, Encik Helmi menyarankan untuk membawa Amy sekeluarga ke rumahnya
sahaja. Urusan dokumentasi esok aje boleh diuruskan.
Bukan sempatpun hendak buat apa-apa. Buat penat sahaja.
Bukan sempatpun hendak buat apa-apa. Buat penat sahaja.
“Sedap Eh! Saya aje yang tak ada selera.
Untung Encik Helmi dapat isteri yang pandai memasak” puji Amy, membuat Dora
tersipu-sipu. Mendapat pujian dari tetamu. Encik Helmi turut tersenyum.
Senyuman penuh makna, turut gembira mendapat pujian bagi pihak si isteri atau
memperli si isteri?
“Ala Amy.. lauk mudah-mudah aje. Itupun
nasib baik Eve ada tolong prepare? I ni main lebur aje..”jawab Dora, merendahkan diri.
“Boys!!”tegur pula Encik Helmi kepada
kedua beradik.
“Is it too hot?”tanyanya lagi apabila kedua-dua
muka menala ke arahnya.
Hanya gelengan yang diterimanya.
“Okey.. in that case, eat until full ya?”katanya,
bagaikan berbicara dengan dinding, tidak mendapat jawapan, hanya mendapat
reaksi.
“Sorry, Encik Helmi, budak-budak tu tak
pandai Bahasa, tapi dia faham” kata Amy.
“Tak apa, budak-budak.. Malam ni tidur
di bilik abang Naufal ya? Abang Naufal hanya guna bilik tu sekejap-sekejap, bila
datang cuti sekolah..”kata Encik Helmi lagi. Cuba break the ice untuk memulakan
bicara agar kedua beradik itu bersuara. Ingin benar dia mendengar suara emas
kedua beradik itu, asyik si ibu sahaja yang menjadi jurucakap.
“Eve, is the room ready for the boys?” Tanya
Dora dengan suara yang agak tinggi, agar Eve yang berada di dapur dapat
mendengarnya.
“Ready Memmm” jawab Eve, membuat Dora
tersenyum.
“Amy tidur di bilik kecil tu, hendak
tidur dengan budak-budak tupun boleh tapi berhimpitlah sikit… “kata Dora lagi.
“Saya, mana-amanpun boleh Puan. Inipun
bersyukur ada bumbung untuk berlindung. Terima kasih Encik Helmi sekeluarga
menerima kami yang tak ada apa-apa ni..”jawab Amy. Bayangannya berlindung di bawah jambatan sudah boleh di kuis ke tepi.
“Sudahlah tuh, Amy dan budak-budak tentu
penat? Pergilah rehat. Biarkan benda-benda ni, Eve akan uruskan”kata Dora
mengajak Amy dan budak-budak terus berehat di bilik yang telah disediakan buat
mereka.
***
“Amy! Amy! Kenapa” terdengar suara Dora
dari luar bilik yang dihuni Amy.
Sejurus kemudian, pintu terkuak. Nampak
Amy yang sebok mengelap mukanya yang sudah dipenuhi air mata.
Dora secara spontan mendakap Amy.
Tetamunya ini perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang dipendamnya sekian
lama.
“Nangislah Amy.. nagis puas-puas. Ara dah tahu cerita Amy, abang dah cerita
serba sedikit kesah Amy. Kena kuat semangat, demi budak-budak berdua tuh!” Dora
dapat rasakan Amy memeluk erat tubuhnya. Agaknya isyarat yang mahu Amy
beritahu, dia rasa lega ada orang yang mengerti apa yang dia alami.
Perlahan lahan Dora menolak tubuh Amy
agar dia dapat melihat wajah Amy. Masih nampak air jernih berlumba turun melintas pipi .
“Kenapa Amy menangis malam-malam ni…”Tanya
Dora, ingin tahu.
“Ahhh...Bekas mertua call, pujuk Amy dan
budak-budak balik ke sana. Amy tak mahu, lepas tu Mosa call pulak marah-marah..kata
Amy macam-macam”kata Amy
Air mata Amy sudah bergenang semula,
membuat Dora merapatkan semula tubuhnya untuk Amy rasa kehangatannya.
Perlahan-lahan, Dora faham apakah penyebabnya si Amy menangis dan kini dia tahu, Mosa adalah nama bekas suami Amy.
Perlahan-lahan, Dora faham apakah penyebabnya si Amy menangis dan kini dia tahu, Mosa adalah nama bekas suami Amy.
“Sabar Amy..Sabar. Hidup berumahtangga
ni memang macam ni. Bukannya indah sepanjang masa. Bukannya kesah cinta dalam novel, happily ever after. Bukan
juga macam drama, ini reality Amy..reality. Cerita karton Shrek tu betul, kesah
yang ever after tu yang sebenarnya paling mencabar..itulah the truth of life!” kata Dora.
Entah disampuk oleh apa dalam kepalanya, tiba-tiba teringatkan cerita Shrek untuk menasihatkan orang yang dalam dilema. Tak kesahlah Dora, Shrek pun Shreklah, nanti nasihat yang hendak disampaikan itu tepat untuk si Amy.
Entah disampuk oleh apa dalam kepalanya, tiba-tiba teringatkan cerita Shrek untuk menasihatkan orang yang dalam dilema. Tak kesahlah Dora, Shrek pun Shreklah, nanti nasihat yang hendak disampaikan itu tepat untuk si Amy.
“Apa keputusan Amy?” hanya Dora yang
bersuara. Dia tahu, buat masa ini Amy tidak mampu hendak bersuara. Mungkin
fikirannya kacau dan tidak tenang.
Apakah pujukan si ibu mertua itu
benar-benar ikhlas? Sedangkan Amy tahu, dia bukan menantu pilihan. Sudah bertahan mencuba, namun tidak berjaya, sehingga dia di tendang keluar. Agaknyanya kini baru dia sedar, itupun setelah Amy dan anak-anak meninggalkannya. Itulah, sifat manusia, tidak pernah menghargai apa yang ada di depan mata. Bila sudah hilang baru hendak mencari-cari. Ahhh.. lupakan sahaja orang tua itu, dia bukan ada apa-apa ikatan lagi dengannya. Malah sudah
menjadi bekas menantu! Cuma budak berdua itu sahaja yang masih mempunyai pertalian darah, mereka masih cucu-cucu mereka.
Kesah maki hamun si suami, lagi satu hal yang tak sepatutnya Amy fikirkan. Pergi jahanamlah! Tak usah
dikira, Amy sudah masak dengan pegawai dia. Cuma Amy rasa terkilan, ini rupanya
hadiah pengorbanannya selama ini!!
Tapi..tapi, kenapa Amy masih mampu menangis apabila teringatkan hal itu. Di dalam hati cuba menafikan. Berbagai cara dan alasan diberi untuk membuang mereka jauh-jauh, namun tetap satu perasaan itu tidak mahu pergi. Degil betul!
Perasaan apa ek!
Tapi..tapi, kenapa Amy masih mampu menangis apabila teringatkan hal itu. Di dalam hati cuba menafikan. Berbagai cara dan alasan diberi untuk membuang mereka jauh-jauh, namun tetap satu perasaan itu tidak mahu pergi. Degil betul!
Perasaan apa ek!
“Amy banyakkan berzikir.. zikir tu
makanan jiwa. Jiwa yang perlukan ketenangan. Arapun kalau abang Mee lain macam,
Ara zikir aje..”katanya Dora lagi.
“Satu lagi, Ara nak tanya, apa keputusan
Dora? Nak balik semula ke Cape Town ke?”
Eh..eh.. Dora sudah melangkah ke tahap
yang tidak sepatutnya wey!! Bukankah itu peribadi? Seperti membuang undi untuk pilihanraya.
Bukankah itu rahsia? Serupa jugalah dengan pilihan Amy? Ouch.. Puan Doralia
Mustafa.
“Kalau Aralah.. ini kalau Aralah, Ara teruskan
aje niat nak balik Malaysia. Amy, keluarga Amy dah tak sabar-sabar tunggu Amy
dan budak-budak kat sana.. "sambung si Dora lagi.
Lupa dia yang Si Suami hanya menyuruh dia menenangkan
si tetamu, bukannya menjadi ustazah tak bertauliah! Atau ingin menjadi
peguambela..hisy apalah kau ni Dora.
“Amy..Amy..”Amy teragak-agak hendak
menjawab soalan yang dia sendiri tidak ada jawapan.
Di Cape Town, ada memori yang tidak
seindah mana, namun ada secebis hati yang ditinggalkan. Tidak semestinya bekas
suami mahupun mertua, tetapi saudara mara, teman-teman, suasana sekeliling dan
pengalaman hidup merantau. Dan juga perasaan yang tidak dapat dia luahkan. Secebis Kasih!
Di Malaysia, memang tidak dapat
disangkal, lebih dari separuh hatinya telah melekat di sana. Cuma ada perasan
segan, malu dengan tindakan luar jangkaannya yang telah dia lakukan di waktu dahulu membuat dia rasa tidak sanggup memijak bumi bertuah itu. Setiap satu tapak dia mara kehadapan, setapak juga yang dia undur. Namun
dia cuba perlahan-lahan bertatih untuk kembali ke sana kerana sudah tidak ada
tempat lain lagi hendak dituju.
“Tuk..Tuk..Tuk..” dalam keadaan Amy
memikirkan apa jawapan yang terbaik yang boleh diberikan kepada isteri si tuan rumah,
pintu biliknya di ketuk. Amy lega, diselamatkan oleh ketukan pintu!
Siapakah geragan agaknya di sebalik daun pintu!!
Siapakah geragan agaknya di sebalik daun pintu!!
No comments:
Post a Comment