Tuesday 2 June 2015

Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak! - Bab 5



Bab 5

“Kenapa sayang”, sambil Amy mencium kepala kedua-dua anak-anaknya yang sudah duduk di celah ketiaknya. Rindu sangat gamaknya.
Belumpun satu malam berakhir, sudah tidak boleh berpisah. Maklumlah mereka berada di rumah orang yang bukan keluarga, mahupun kawan. Hanya kenalan yang dikenalkan atas kawan! Sudah tidak tahu hubungan apa yang sepatutnya diberikan kepada pasangan baik hati ini. Sanggup membantu orang yang tidak ada pertalian darah langsung, melainkan saudara seislam.


Tersenyum sahaja Encik Helmi apabila melihat gelagat ibu dan dua anak itu. Yang si isteri dilihatnya terkulat-kulat seperti tidak puas hati. Mahu tidaknya, soalan yang diajukan tergantung-gantung. Aaaahh.. lantaklah! Bukan pentingpun untuk meraih jawapannya. Ada jawapanpun boleh, tak ada jawapanpun boleh..
“Dora!” panggil Helmi ke arah si isteri yang tahu-tahu mengangkat punggung, meninggalkan mereka tiga beranak. Perlahan-lahan daun pintu tertutup rapat. Biarlah!
Dari luar pintu hanya terdengar suara seperti bisikan. Entah apalah agaknya yang diceritakan, bisik hati si tuan rumah, senyum..hanya mereka tiga beranak yang tahu.

“Mummyyy… I miss you.” Kata si anak bungsu, Hakimi. Lagi ditarik rapat kepala si anak lekat di dada.
“Mummy miss you both, too..” kata Amy. Lega dan rasa dihargai. Sungguh indah bunyi suara si anak. Pengakuan yang jujur dari seorang budak lelaki, budak tidak pandai bercakap bohong. Apa yang tersirat, itulah yang terluah!
“Let’s sleep sayang. Tomorrow we have to be at uncle Azmi’s office. So be prepared, we have to get ready early. Earlier than him..okey” kata arahan si ibu. Kedua-dua anak yang mendongak, menerima sahaja arahan si ibu.
Kenapa dan apa tujuan ke pejabat Kedutaan, tidak mereka ketahui. Yang penting mereka masih bersama. Yang lain tidak perlu mereka fikirkan.   
Tangan Amy tidak jemu membelai kedua-dua anak lelakinya. Esok yang ditunggu dengan debar.
Adakah semua yang dirancang akan berjalan dengan baik?
Adakah mereka akan tetap bersama? Bagi anak-anaknya, itu tidak menjadi masalah kerana mereka adalah rakyat Afrika Selatan.
Masalah mereka kecil sahaja, yakni apabila sampai di Malaysia nanti, mereka terpaksa membuat visa selepas 3 bulan bermastautin.
Yang jadi masalah adalah dirinya. Masalah besar!
Dia sudah menjadi pendatang tanpa izin negara ini. Pasport sudah bertahun luput tarikh.
Adakah dia akan dipenjarakan? Ngeri dan kecut perut Amy memikirkan.
Mampukah dia berpisah dengan kedua-dua insan yang di dalam pelukannya ini?
Sedangkan berpisah tidak sampai satu malampun sudah cukup terasa rindunya, inikan pula berhari-hari…
Segala-galanya akan diketahuinya pada keesokkan harinya.
Amy hanya mampu berserah dan pasrah..
Mengharap, nasib Sabut bukannya Batu.
Sekurang-kurangnya sabut akan timbul dan akan hanyut mengikut arus, di situlah ketentuan nasibnya.
Memang Amy tidak mengharap langsung nasib batu, yang sudah pastinya tenggelam lalu hilang dari pandangan!

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalimi”.
Berulang-ulang, entah yang keberapa ratus kali diucap dibibir…
Akhirnya terlentuk, tertidur sambil duduk di bilik yang sempit, tetapi cukup selesa buat Amy kerana yang tersayang menghangatkan malamnya…

No comments: