Amy melangkah perlahan, menyusur jalan
menuju masuk ke pejabat Encik Helmi. Mata melilau, terpegun dengan keindahan
seni bina bangunan yang dia bakal masuk.
Wahhh!! Gah dan cantik rupanya
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria ini ya!
Itulah pasal! 7 tahun terperuk di Cape Town, sampai tak ada
masa langsung hendak menjengok Kedutaan, tempat yang sepatutnya semua rakyat
Malaysia yang merantau jengok selalu. Sekurang-kurangnya jika ada apa-apa
berita dari tanah air, boleh disalurkan. Ini tidak? Masing-masing buah hal
sendiri. Bila sudah tersepit dan memerlukan bantuan barulah terhegeh-hegeh
meminta simpati. Rungut Amy sendirian, memarahi dirinya sendiri akan kecuaian
yang telah dia lakukan tanpa dia sedar.
Kedua-dua belah tangan masih memimpin
kejap jari anak-anaknya.
“Mummy! Ini rumah siapa? Besarnya…Cantiklah!”
kata Kimi.
Amy hanya tersenyum.
“Bukan rumah sayang, ini ofis uncle
Helmi..tempat kerja uncle Helmi..” sambung Amy agar dapat menjawab soalan si
anak.
“Apalah adik ni.. ofislah! Ooofiisss..”
kata si abang pula, membuat si adik yang tidak puas hati diperlekehkan ingin
menerkam si abang.
“Dah.. dah.. tu..abangpun, adik tak
tahu. Janganlah usik dia!” kata Amy sambil mengeleng-gelengkan kepala.
Ala.. boys.. will always be boys..
“Mem.. Mr. Helmi’s room is that
way..”tunjuk Sulayman, si pemandu yang mengambil Amy dari rumah En. Helmi
setelah dimaklumkan oleh Dora. Si pemandu kulit hitam yang berkopiah. Sudah
sekian lama memeluk Islam di bumi yang rata-rata berugama Kristian.
Amy hanya angguk, tanda mengerti.
“Boys, come here, you stay will uncle
huh!” pujuk Sulayman.
“Go sayang.. go to uncle..!” terhenti
bicara Amy kerana tidak mengetahui nama si pemandu.
“Sulayman..” ktanya perlahan.
“Go to uncle Sulayman.. mummy will not
be long..”janji Amy sambil menolak perlahan kedua-dua anak-anaknya ke arah si
lelaki berkulit hitam yang sentiasa tersenyum.
Tersusun rapat giginya yang puteh,
melawan dengan warna kulitnya yang hitam legam.
Amy
turut setuju dengan cadangan spontan si pemandu itu. Ya tak ya jugak, biar dia
dan Encik Helmi sahaja yang berbincang di dalam bilik. Anak-anaknya biar sahaja
membaca di bilik perpustakaan Kedutaan. Manalah tahu, banyak majalah yang
sesuai buat bacaan anak-anaknya, daripada budak-budak itu bosan tidak membuat
apa-apa di bilik Encik Helmi.
Anak-anak yang mendengar kata ibunya
hanya berdiri tegak, membiarkan Amy meneruskan langkahnya menuju ke bilik yang
dituju.
Pintu diketuk perlahan. Terdengar suara
halus membenarkan dia masuk.
Hanya senyuman yang dapat dilontarkan
kepada si tuan rumah yang baik hati.
“Eh! Budak-budak
mana?”Tanya si penghuni bilik.
“Ada kat luar,
sama siapa tuh! Driver muslim tu..!”
“Ohhh.. Sulayman.
Diapun baru aje berumahtanga. Susah nak dapat macam dia tu, Muslim yang
betul-betul dapat hidayah. Dapat perform Haji percuma aje dari kerajaan Arab
Saudi, tahun lepas” sambung panjang lebar Encik Helmi.
Orang sebaik itu,
memang murah rezekinya.
Lama juga Amy
berbual, bagaikan disoal siasat oleh penyiasat upahan. Semua soalan Encik Helmi
tidak dapat ditepis oleh Amy. Bagaikan kerbau dicucuk hidung, segalanya
dijawabnya dengan jujur, bagaikan lelaki dihadapannya adalah seorang lelaki
yang cukup Amy percaya. Dia bagaikan seekor lembu yang hanya menyerahkan
lehernya untuk di sembelih. Sedangkan mereka baru sahaja beberapa hari bersua!
Adus! Ilmu apa
agaknya yang dipakainya sehingga begitu rupa jadinya!
“Tuk! Tuk! Tuk!”
tersentak Amy dengan ketukan pintu.
Dengan lembut
Encik Helmi memberi kebenaran untuk siapa sahaja di sebalik daun pintu untuk
memunculkan diri.
Tersuak sahaja
pintu, tercegat dua orang lelaki mat saleh yang lengkap beruniform.
Ahhh… sudah!
Baju Uniform itu
yang sering Amy elak untuk bertemu.
Tetapi kini, sudah
berada di depan mata!
Apa hal pulak
anggota polis berada di sini?
Terkelip-kelip
mata Amy, hanya mampu memerhati
kedua-dua lelaki berbadan sasa itu berjalan menuju ke arahnya.
Badannya sudah
menggigil, rasa seram sejuk. Hendak di katakan deman, tidak pulak.
Baru sesaat tadi
bukan main sihat lagi.
Yang hairannya,
Encik Helmi beriak bersahaja. Bagaikan sudah mengetahui kemunculan
mereka-mereka ini.
“Apa kes
sebenarnya ini Encik Helmi oi?”Tanya Amy di dalam hati yang sudah
berdebar-debar. Muka sudah pucat lesi.
Hancur harapan
Amy, yang baru seminit tadi begitu mempercayai si lelaki yang bernama Helmi.
Kini, mata Amy
sudah berair. Mata tertancap pula ke arah Encik Helmi.
Kemudian berpatah
semula kepada dua orang anggota polis itu.
Helmi, polis,
Helmi polis…
Kini Amy rasa nak
pitam. Silap-silap mahu pengsan..
Pilihan kedua Amy
pilih!! PENGSAN…
No comments:
Post a Comment