Bab 39
Mila
bermain dengan tangannya sendiri, dia serba salah dengan permintaan uncle yang
pernah memecahkan balangnya. Mila memandang ke arah Zamri kemudian pandangan kea
rah Murni. Yang dia nampak ayah Zam hanya tersenyum, namun muka mama, masam.
Masam seperti baru memakan asam kecut!
“Kenapa
pulak nak kena panggil uncle yang baru Mila kenal dengan panggilan “Papa”? Mila
sudah ada papa… tu.. ayah Zam!” jawab Mila.
“Bolehlah..panggil
uncle, papa Am” pujuk Ammar lagi, merayu-rayu.
“Kenapa
pulak papa Am..siapa nama uncle ya?” tanya Mila, hairan senang-senang sahaja
lelaki yang baru dikenalnya beberapa hari meminta untuk memanggil dirinya
dengan panggilan “papa”. Yang Mila hairan, ayah Zam diam sahaja dengan
permintaan lelaki itu, mama lagilah.. tidak bersuara sepatahpun, mahupun
membantah.
Sepanjang
yang Mila tahu, ayah Zam hanya boleh dipanggil ayah setelah ayah Zam berkahwin
dengan mama, lama jugak Mila memanggil dia uncle Zam sahaja. Tapi uncle ini
lain pulak, dia tak kahwinpun dengan mama? Tiba-tiba kena panggil papa. Yang
lebih menjadi misteri kepada Mila, siapa nama penuh uncle tersebut..hanya perlu
singkatan Am. Nama dia Amir kah? Mungkin Amran kut? Entah-entah Ammar, nama
yang sama dengan arwah bapanya…kerana Mila ada terdengar ayah Zam memanggil
lelaki itu dengan nama Ammar, cuma Mila tidak mendengarnya dengan jelas..
mungkin dia tersalah dengar. Lagi pun bukan arwah bapanya seorang sahaja yang
bernama Ammar, ramai lagi lelaki diluar sana yang bernama Ammar, sama seperti
nama arwah bapanya. Bisik hati kecil Mila yang memang dia tidak mengerti.
Seorang lelaki yang muncul tiba-tiba dan meminta dirinya memanggilnya papa,
bukankah itu satu perkara yang misteri?.
Satu lagi
yang menjadi kemusykilan Mila, lelaki yang dia kena panggil papa Am itu
membahasakan dirinya kepada mama, dengan panggilan abang… ramai rupanya abang
mama ya. Ini salah seorang abang Mama yang Mila tidak kenal. Lainlah uncle
Ghous, itu memang sah abang mama, uncle Zamri yang kini sudah menjadi ayah Zam
juga mama panggil abang kerana mama sudah kahwin dengan ayah Zam. Entah berapa
ramai lagi abang-abang mama yang belum muncul. Mila tunjuk muka bingong. Susah
juga dia hendak mencernakan persoalan yang bermain dikepalanya. Mungkin dia
belum cukup dewasa untuk memahami agaknya. Tunggulah sedikit masa lagi, bila
dia sudah dewasa mungkin dia akan faham semua ini. Susah juga menjadi orang
dewasa ini rupanya.
“Uncle
duduk sini ke?” Mila bertanya.
“Bukan
uncle.. papa Am..ya Mila, Papa Am duduk sini malam ni aje, esok papa Am kena
balik semula kat KL.., nanti bila papa Am free papa Am jumpa Mila lagi… boleh?”
tanya Ammar. Mila memandang sekali lagi ke arah Zamri, Zamri mengangukkan
kepala. Mila tidak mahu memandang ke arah mama, kerana dia sudah tahu, muka
mama tentu tidak berubah.. masih masam!
“Hemm..
uncle.. eh..papa Am kena tanya mama dengan ayah Zam..” jawab innocent seorang
budak.
Zamri hanya
tersenyum dan mengangukkan kepala.Murni tidak berkata apa-apa.
“Encik
Zamri terima kasih dan maaf dengan tindakan saya berjumpa Murni siang tadi, saya
tak sangka pula dia cukup bencikan saya. Memangpun patut dia benci saya, saya
buat salah banyak kepadanya. Saya menyesal. Jadi, tolong jaga dia baik-baik… she is a good lady, I terlepas dia..”Ammar mengucapkan terima kasih sambil berjabat tangan.
Zamri hanya
tersengeh. Dia memang sudah tahu lama, isterinya seorang perempuan yang baik,
jika tidak buat apa dia sanggup menunggu selama 8 tahun.
Mila dan
Murni sudah awal keluar meninggalkan kedua lelaki itu bersendirian.
“Tak ada
masalah Encik Ammar, cuma saya minta bantuan Encik Ammar, tolong jangan
pisahkan Mila dari Murni. Mila nyawa Murni. Saya tak ada masalah juga untuk
Encik Ammar jumpa Mila, bila-bila masa yang Encik Ammar mahu. Yang jadi masalah
sekarang, bagaimana hendak terangkan siapa sebenarnya Encik Ammar.. itu sahaja.
Harap Encik Ammar dapat membantu saya dalam hal ini, kita kena cerita kepada
dia perlahan-lahan, takut dia tak boleh terima..dia masih anak-anak” Panjang
lebar permintaan Zamri.
“Saya faham
Encik Zamri… saya pernah berlaku kejam kepada Murni, saya tak mahu buat
kesilapan kali kedua. Saya juga hendak
minta pertolongan dari Encik Zamri. Harap Encik Zamri tolong juga jaga Mila dan
Murni baik-baik dan beri saya peluang untuk bertanggungjawab. Bertanggungjawab
kepada anak yang tidak tahu saya bapanya” Ammar sedikit sedih.
“Don’t worry Encik Ammar, she will find out
sooner or later…” sambil Zamri menepuk perlahan bahu teman dan juga seterunya.
“Oh..ya thanks for the dinner.. and I better be
going..esok Mila sekolah..” sambung Zamri lagi.
“Ya.. tak
ada masalah, perkara kecil aje. Pertolongan encik Zamri lagi besar bagi saya. See you later, nanti saya call bila saya
nak kemari lagi..”kata Ammar
Zamri
berjalan pantas meninggalkan Ammar yang berdiri memerhatikan Zamri berlalu
pergi. Zamri pasti Murni dan Mila sudah lama menunggunya didalam kereta di
tempat pakir. Zamri dapat rasakan Murni tidak selesa dengan pertemuan ini.
Namun kerana Zamri yang mengaturnya, dia terpaksa akur. Bagaikan terlepas dari
mulut singa agaknya dirasakan oleh Murni setelah mereka selesai menjamu makan
malam tadi agaknya. Nasib baik makanan boleh ditelan.
“Murni,
maafkan abang, abang rasa inilah saja jalan yang terbaik untuk semua, yang
mampu abang fikirkan buat masa ini” Zamri bermonolog sendiri.
Zamri
berharap ini adalah langkah pertama untuk memberi peluang Ammar mengenal Mila
dengan lebih rapat. Begitu juga Mila, agar dia dapat perlahan-lahan menerima
lelaki yang dipanggilnya Papa Am. Zamri
juga berharap agar Ammar faham mengapa Zamri sanggup menerima kehadirannya
secara baik. Pertemuan yang dirancang secara aman, supaya Ammar tidak lagi
merobek semula luka di hati Murni. Hati yang baru sahaja beransur puleh. Zamri
akan berusaha apa sahaja untuk perempuan ini. Zamri tidak sanggup lagi melihat
Murni didalam keadaaan berduka. Cukup-cukuplah dengan apa yang dia lihat selama
ini. Berduka sekiranya Mila terpisah darinya. Berduka sekiranya Ammar merampas
Mila darinya kerana Mila adalah nyawanya. Kerana Milalah dia terus hidup.
Mengharung segalanya demi Mila. Yang Murni tidak tahu, Mila juga nyawa Zamri.
“Cian dia..
letih sangatlah tu.. sampai dah tertido..” bicara Zamri sebaik sahaja duduk
ditempat pemandu dan terlihat Mila yang sudah lena ditempat duduk belakang.
“Haah bang,
dia dah tidur, tapi baik jugak dia tidur? Kalau dia tak tidur.. hentamnya dia
tanya itu dan ini pasal si polan tu.. apa kita nak jawab? Lagipun dah memang time tidur dia..” Murni
merasa lega kerana Mila sudah lelap.
“Ia jugak..nasib
baik dia tak tanya. Sayang okey…” teringat Zamri hendak bertanyakan khabar si isteri,
sambil memandu pulang.
“Hem… saya
okey.. terima kasih bang..sekurang-kurangnya dia boleh terima rancangan abang
tu.. janji dia tak tuntut Mila..bang, saya rasa lega..”.ucap Murni lega.
“Jangan
cepat sangat leganya Muni… panjang lagi perjalanan cerita Mila tu, abang harap
apa yang kita rancang si Ammar tu setuju, jangan lepas balik KL , dia ubah
fikiran pulak “ getus Zamri.
Murni
terdiam, ada juga benarnya kata-kata Zamri. Takut juga dia berubah fikiran.
Jika ini berlaku, Zamri dan Murni perlu
memikirkan plan B. Plan B yang belum ada
difikirkannya lagi.
1 comment:
Senyap sahaja blog saya sekarang. Jika cerita ini tidak ada sambutan, saya post cerita lain pula... macammana?
1. Aku Bukan Perempuan itu
2. Bila Kau Ada
3. 30 Jam yang indah bersamamu
Post a Comment