Bab 40 - 42
Satu ciuman
singgah di pipi kiri Zamri. Zamri yang sedang duduk membaca buku ilmiah di atas
katil merasa hairan dan terkejut, dapat hadiah ciuman dari isteri tersayang.
“Apa pulak
ni Muni…” buku diletakkannya di atas katil, tangannya singgah ke dahi Murni
yang duduk betul-betul di sebelahnya. Murni terlentuk di bahunya, sungguh
romantik.
“Tak demam
pun..!” Zamri merasa dahi Murni yang tidak panas, dia ingatkan demam ke sakit
ke kerana bertindak tiba-tiba.
“Tanda
terima kasih Muni pada abang, pasal hal tadi..kalau abang tak ada, tak tahulah
Muni nak buat apa?” penjelasan Murni ke atas tindakannya.
“Oooh pasal
tu.., abangpun bukan pandai manapun, orang yang abang nak hadap tu lagi pandai.
itu aje yang terfikir, nasib baik aje tu dan juga dengan keredaan Tuhan..ahh.. ingatkan tadi tak sihat, tu yang perangai lain macam,
tapi takkan dapat hadiah itu aje?” Zamri
senyum nakal, menagih hadiah yang lain pula.
“Haabis
tu.. abang nak apa lagi..,” tanya Murni ngeri.
Itulah
pandai-pandai beri signal. Cik abang ingat signal lampu hijau. Tapi kan,
perempuan memang suka beri signal yang berbeza dari apa yang difikirkan oleh
orang lelaki. Itulah pasal, memang susah hendak membaca signal yang diberi.
Selalu yang keluar di mulut kata lain, di dalam hati kata lain.
“Ha..ini…”
terus Zamri menarik Murni dan dipeluknya ketat, dibalasnya ciuman di pipi Murni
bertalu-talu. Terkejut dan termengah-mengah
Murni cuba mengelak dan menahan ciuman Zamri. Terjerit-jerit Murni dibuatnya.
Jeritan suka sebenarnya diperlakukan sedemikian. Akhirnya dia berhenti dengan
Murni masih di dalam pelukan.
“Kalau Muni
gembira, abang lagi gembira” dikucupnya kepala Murni yang sudah berada
didadanya. Murni hanya bermain dengan tangannya sendiri, dia suka dibelai
begitu. Mesra.
“Abanggg…
Muni sayang abang, Muni sayang Mila juga..Muni tak mahu kehilangan mana-mana
permata hati Muni ni tau?..” jelas Murni dan meraih tangan Zamri untuk dia
genggam.
“Abang
tahu.. abangpun sayang
Muni dan Mila, don’t worry Muni, kita
kena hadapi aje apa-apa sahaja rintangan yang datang ni bersama-sama as long
as abang ada Muni dan Mila bersama. Kena ingat tu.. Tuhan hanya menduga
orang yang dia sayang, Ini cuma dugaan kecil aje. Patut bersyukur apabila
diduga, dia menambahkan lagi ingatan kita kepada Nya.. Ada orang tu lagi hebat
dugaan mereka, dan mereka tabah..“ kata Zamri tenang. Murni senyum.
Tak nampak
pula kopiah tok haji di atas kepalanya. Bercakap sudah berbunyi seperti ustaz.
Dah pulak! Kalau pakai kopiah tu ustaz. Habis tu, kalau tak pakai kopiah tidak
boleh dipanggil ustaz? Bukan kopiah yang menentukan seseorang itu ustaz atau
tidak cik Murni oi!
“Baiklah
ustaz Zamri..” bisik hati Murni
Tetapi
yang diluahkan “Terima kasih bang..” kan dah kata. Lain yang diucapkan lain
yang di dalam hati. Zamri hanya senyum.
Terserlah
lesung pipit di kedua pipinya. Eh! Lee Min Ho ada lesung pipitkah? Tapi Lee Min
Ho Malaya ni ada okey!
“Hemmm..
dah tu, esok kita kerja.. nanti terlambat bangun pulak.. susah kita nanti nak
berjawab pulak!” Zamri mengetatkan lagi pelukan.
Serta merta
bilik yang tadinya terang menjadi gelap, namun masih terdengar suara orang berbisik dan merengek. Kata
hendak tidur, tetapi masih banyak lagi
cerita yang hendak dibicarakan. Sesekali terdengar gelak ketawa kecil. Buatlah
apa yang mereka suka, jangan terlambat bangun esok sudah!.
Bab 41
Mila
membelek mainan barunya di hadapan Murni.
“Baik betul
uncle .. eh.. papa Am tu ya ma, tengok ni dia belikan Mila ni.. sebab apa ya? Bukan birthday Mila, birthday Mila lama
lagi..” gembira Mila menunjukkan set anak patong Barbie siap dengan kereta
sorong kepada anak patung tersebut. Bukan
itu sahaja, siap beberapa set pakaian
yang boleh ditukar ganti.
Kotak
bungkusan kiriman dengan Pos Laju yang telah diterima petang semalam, cuma baru
dibuka sekarang. Mila memasukkan semula anak patung tersebut dan dia mengangkat
kotak tersebut dan meletakkannya di sudut ruang tamu. Tidak berapa berminat hendak
bermain anak patung tersebut sendirian. Jika ada berteman, pasti seronok. Namun dia tetap
gembira dengan pemberian Papa Am. Tidak kiralah hadiah itu untuk apa, yang penting dia dapat hadiah. Takkan hendak tunggu hari jadi sahaja baru dapat
hadiah? Lagipun orang sudah memberi, kita terima sahaja la..
“Mesti
mahal ni kan ma..?” tambahnya lagi.
Mila
berjalan ke arah Murni yang sedang menyelak suratkhabar. Bagi Murni apa sahaja yang ada kena mengena
dengan lelaki itu, buat dia alergi. Cukup alergi. Tetapi demi kegembiraan si
anak, Murni terpaksa berlakun.
Hari Sabtu
begini, Murni lebih suka berehat, malas dia hendak keluar. Zamri pula bersama
geng golfnya. Selepas subuh
tadi sudah hilang Apakah seronoknya
bermain golf itu agaknya. Murni tidak mengerti. Kenapa perlu bersusah payah
memukul sebiji bola sehingga sampai masuk ke satu lobang. Jika menyabet rumput
di belakang dan dihadapan rumah, lagi ada faedahnya. Sekurang-kurangnya tak
perlu mengupah Pak Dali memotong rumput. Sudah selamat RM35. Tetapi disebabkan
sudah kena badi golf, tidak mengira panas atau hujan, sekiranya ada teman pasti
mereka menghayun batang besi bengkok tersebut.
Murni
teringat soalan Mila, terus menjawabnya“Mahallah agaknya, mamapun tak tahu… tapi
jangan leka main aje, pelajaran kena ingat juga..” pesannya.
Kadang
kala, Murni kasihan juga kepada si bekas suami. Mungkin sebagai salah satu cara
untuk dia membalas waktu yang dia hilang bersama anaknya. Caranya dengan
memanjakan Mila dengan memberikannya hadiah. Tetapi Murni harap jangan terlalu
memanjakannya, dikuatiri Mila terleka.
“Mil tahu
lah ma.Mil janji Mil tak leka. Ni Mil nak pegi jumpa Nana kat padang mainan
dengan basikal, boleh tak ma! bukan Nana aje, ada dua tiga orang lagi, semua
kawan sekolah Mil” Mila lebih suka berbasikal bersama kawan-kawan. Berintereksi
bersama teman, satu aktiviti yang sihat, apa salahnya, dari bermain anak patung
sendirian, tak best.
“Boleh,
tapi jangan lama sangat ya..lunchtime balik tau” Murni memberi kebenaran.
“Hemm..,
Mil balik sebelum lunch” janjinya kepada mama.
“Hati-hati..
tengok kereta..kiri kanan baru jalan ya sayang..” pesan Murni
Mila tidak
menjawab pesan Murni kerana dia terus mengayuh basikalnya, dengan helmet di
kelapa dan knee pad di lutut. Di fikirananya sudah di set akan pulang ke rumah
sebelum waktu makan tengahari.
“Abang
selisih dengan Mil, kejap tadi, dia dengan basikal, pergi mana dia tu..?” tanya
Zamri sebaik sahaja muncul di depan pintu. Tangan menyeret trolli golf yang
masih dengan beg golf. Mata Murni tersorot
kearah suara, tangan terhenti seketika menyelak suratkhabar. Entah
berapa kali dia menyelak suratkhabar tersebut, tetapi tidak ada berita yang
menarik. Yang banyak disiarkan, kesah jenayah dan kemalangan, sudah naik takut
Murni bila difikirkan. Bukan sahaja berlaku di luar negeri, malah lebih hebat
lagi di negara sendiri.
“Hah abang,
dah balik dah.. macammana hari ni, berapa birdie dan berapa bogey abang dapat
hari ini..” soalan Zamri tidak terjawab, ditambah dengan soalan lain.
“Hahh..apa
dia? Muni tanya apa?
Birdie? Bogey? Hari ni tak banyak, abang dapat buat double bogey aje.. tupun
nasib baik sebab angin tak kuat pagi ni..tu hah.. tadi abang selisih dengan
Mila, kat depan tu, dia pegi mana?” Zamri menjawab soalan Murni dan juga
mengulangi soalannya yang masih tergantung tanpa jawapan.
Zamri
menurunkan beg golf biru dari trolli dan mengeluarkan satu persatu setiap 13
batang golf yang tegak berdiri di dalam beg. Murni hanya memandang Zamri yang
leka mengelap kayu golf. Murni tahu, kayu golf perlu dibersihkan sebelum
disimpan semula ke dalam beg golf. Untuk kayu golf yang khas, selalunya yang
paling baik dan mahal, dipanggil driver, digunakan semasa Tee off di Tee box. 3
batang yang dipanggil wood batang golf
ini diperbuat dari kayu dipanggil 3 wood juga untuk Tee off, hanya perlu
pilih sebatang yang rasa sesuai. Kayu ini selalunya kepala dibungkus dengan ponjot. Untuk apa, Murni
tidak mengerti, cuba tanya Zamri, yang Murni pasti juga tidak akan mendapat
jawapannya kenapa perlu dibungkus dengan ponjot tersebut. Bagi 5 batang lagi yang diperbuat dari besi,
yang dipanggil 5 iron, memang perlu dibersihkan kepalanya untuk mengelakkan
dari berkarat dan juga membuang tanah atau rumput yang tersangkut. Begitu juga
perlu dibersihkan kepada batang golf yang tertulis S yang bermaksud sand wedge,
dan P untuk pitching. Akhir sekali putter, yang digunakan apabila sampai di
green, satu-satunya batang golf yang boleh digunakan di green untuk menolak
bola golf ke dalam lubang kecil yang terpacak bendera. Lubang yang hanya
muat-muat untuk sebiji bola golf. Siapalah agaknya yang memulakan permainan
ini, sampaikan menjadi ketagih bila sudah terkena penyakitnya.
“Mil pergi
jumpa Nana dan kawan-kawan dari sekolah kat playground depan tu.. dah Muni pesan, dia kena balik sebelum lunchtime”
jelas Murni. Zamri hanya diam.
“Abang!.. dengar tak Muni cakap ni..” sergah
Murni, tadi bertanya sampai dua kali, bila Murni sudah memberi jawapan, dia buat endah tak endah sahaja
mendengar.
Zamri masih
leka dengan peralatan golfnya, kini sedang membersihkan kasutnya pula. Kemudian
mengheret semula trolley beserta set yang sudah bersih ke dalam stor di sebelah
bilik tamu.
“Abang
dengar .. sayang..abang dengar, tolong sayang ambilkan abang air sikit..?”
pinta Zamri.
Murni
jeling, tahu pulak dahaga, ingatkan sudah cukup kenyang dengan kayu golf tu.
Murni
mengomel sendiri, tidak berani disuarakan. Marah pun marah juga, tetapi
sayangnya kepada Zamri tidak ada bandingannya. Murni berjalan menuju ke dapur
untuk mengambil air yang dipinta.
“Muni
goreng beenhoon ni.. marilah kita sarapan. Lagipun Muni belum sarapan lagi,
saja nak tunggu abang, nasib baik abang balik awal.. kalau balik lambat,
berkeronconglah perut Muni.. jawabnya” jelas Murni dari dapur.
Tangan
sudah tersedia air untuk dihulurkan kepada Zamri.
Zamri
menapak ke dapur dan mengambil gelas yang dihulur Murni, terus meneguknya lalu duduk dimeja makan. Memandang Murni mengisi
beehoon dipinggan dihadapannya.
“Dah cukup
tu.. abang tak lapar sangat, Muni tu yang lapar, baik cepat makan, nanti perut
masuk angin, abang jugak yang susah nanti..lain kali jangan tunggu, kalau rasa
nak makan, makanlah dulu…” tegur Zamri.
Memang
Murni sudah memulakan suapannya, tidak perlu mendengar leteran si suami, yang
mana Murni tahu, tentunya sudah bersarapan di Club bersama geng golf.
“Abang nak
tahu apa yang Ammar hantar semalam? Dia hantar Barbie doll dengan baby
stoller.., Muni tak kesah kalau dia hendak beri Mila hadiah, tapi Muni tak
sukalah bang. cara dia manjakan Mila dengan barang-barang macam mahal macam tu…”
Murni menyampaikan ketidakpuasan hatinya tentang Ammar.
Baru dua
minggu mengenali Mila, sudah disogok dengan barang yang mahal-mahal begitu.
“Muni tak
boleh macam tu.. Mil anak dia jugak, anak yang dia tak tahu ujudnya.. 8 tahun
baru tahu dia ada anak, of course dia excited, lagipun dia cuba nak ganti balik
masa yang dia dah terlepas..itu mungkin salah satu cara dia nak tebus balik
masa yang terlepas tu..Muni kena faham. Kalau kita ditempat dia macammana?”
ujar Zamri lagi.
“Abang ni
sokong siapa..?Memang padanpun dia, dulu buang Muni macam kain buruk aje” Murni
kecewa dengan jawapan Zamri, ingatkan Zamri akan memberi sokongan padu
kepadanya, ini tidak? Jawapan yang diberi membuat hati Murni mendidih geram.
Zamri sudah menghidu masalah isterinya
“merajuk”. Zamri terus bangun dan memegang bahu Murni dan mencium kepala si isteri.
“Jangan
macam tu sayang.. abang sayang Muni dan abang sayang Mila, tapi dalam hal ni
abang kena act neutral. Abang tak mahu Mila jadi mangsa, mangsa
rebutan..abangpun tak mahu Murni kehilangan Mila. Sayang kena ingat, kita kena
berhati-hati buat tindakan, jangan sampai Ammar libatkan mahkamah..sayang kena
ingat tu, Ammar cenderung dalam hal tu.. dah sudah, abang nak mandi, lepas
sayang makan, teman abang kat atas ya.. boleh tak?” pujuk Zamri.
Murni diam
membatu. Dia mengerti kenapa Zamri bertindak sedemikian. Buat masa ini Murni
tidak di dalam keadaan yang membolehkan dia berfikiran waras. Apa yang dikepalanya ialah ingin Mila menjadi haknya
yang total sahaja. Nasib baik ada orang seperti Zamri, orang yang masih boleh
berfikir dengan waras untuk menyelesaikan masalah ini agar kedua-dua belah
pihak mendapat faedah. Win win situation.
Tidak ada siapa yang untung, dan tidak ada siapa yang rugi.
Ehh.. mana
boleh macamtu, Murni nak menang..
Bab 42
Bab 42
Selepas
mencuci pinggan yang telah digunakan dan mengemas meja, Murni dengan longlai
melangkah kebiliknya di tingkat atas. Entah apa lagi yang Cik Abang Zamri mahu
darinya.
“Hemm..
apa-apa aje cik abang sayang ni..siang-siang buta macam ni” getus Murni dalam
senyum, memikirkan yang lain.
Apa-apapun
dia akur akan kehendak Zamri. It’s better
be good Abang sayang. Jika sekadar hendak berbual kosong, kedai kopi, baik
ajelah dia berkebun cuti hujung-hujung minggu begini. Malas dia hendak
melayannya. Jika pasal si Ammar lagilah boleh belah!
Murni duduk
di birai katil menonton TV kecil di biliknya sementara menunggu Zamri keluar
dari bilik air. Masih
terdengar derauan air dari bilik air. Zamri masih belum selesai membersihkan
dirinya. Zamri, mandi seperti itek, tak boleh jumpa air!
Mata Murni
tersorot ke arah Zamri yang keluar dengan hanya bertuala merah hati terlilit
diantara bahagian bawah pusat dan atas lutut badannya. Tangan ligat mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil
berwarna puteh.
“Tolong
abang..” Zamri menghulurkan tuala kecil
yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya ke arah Murni.
Murni tanpa
bicara menyambut tuala dan mengeringkan rambut Zamri yang sudah hampir kering,
duduk membelakangkan dirinya.
“Sayang..
sayang marah kat bang ya?” Zamri cuba memecahkan kesunyian, namun tidak
berhasil.
Murni masih
dengan rajuknya, walaupun tangannya masih memegang tuala kecil mengeringkan
rambut Zamri. Zamri memegang tangan Murni untuk meminta dia berhenti
mengeringkan rambutnya, apabila tiada jawapan yang diberikan kepada soalannya.
“Murni..
dengar sini, abang bukannya apa.. abang tak sokong si Ammar tu,. cuma kalau boleh, kita jangan bincang perkara Ammar
dan Mila di ruang tamu, kalaulah Mila terdengar, kan susah… abang rasa ini
belum masanya untuk dia tahu.. apa-apa nak cerita, cerita kat sini, just within this four walls” jelas
Zamri.
Zamri hanya
mendengar helaan nafas yang panjang dari Murni. Sama ada dia terasa lega atau
tidak puas hati dengan jawapannya, Zamri
tidak pasti. Murni memang selalu unsangkarable.. kan dah kata, perempuan ni
selalu beri signal yang bertentangan. Ingatkan rasa lega, tetapi rupanya tidak
puas hati! Confirm confuse..
Zamri
bangun dan mengambil pakaian yang sudah disediakan oleh Murni di atas katil,
terus menyarungkan kebadannya. Zamri senyum, sayang juga dia, masih sanggup
menyediakan pakaian. Ini masih merajuk atau apa? Memang Zamri tidak dapat
mentafsirkanya.
Murni langsung
tidak melihat apa yang dilakukannya. Ditumpukan pandangannya kearah kaca TV.
Entah cerita apa yang bersiaranpun dia tidak tahu sebenarnya, janji dia tidak
memandang Zamri. Merajuk sungguh dia kepada Zamri, atau lebih kepada protest...
konon.
Zamri duduk
di sebelah Murni, mengetahui Murni tidak ambil pusing akan kehadirannya di sebelah.
Zamri bersuara lagi.“Murni..abang minta maaf
kalau apa yang abang cakap tadi menyakitkan hati Murni” Zamri memegang tangan
Murni dan ditepuknya perlahan.
“Murni tak
marah abang kan?..” pujuk Zamri.
Akhirnya
Murni bersuara, mata memandang kelantai… “takkk” hanya satu perkataan yang
keluar dari mulut Murni dengan nada yang tinggi. Zamri cebik muka.
Kata tidak,
tetapi nada menengking! Masih tidak puas hati rupanya dia.
“Habis tu..
yang tak mahu bercakap dengan abang tu.. kenapa?, kalau Murni tak puas hati
luahkan..luahkan.. abang dengar…” pujuk Zamri.
Tiba-tiba
Murni menangis.
“Muni ingat
abang akan sokong Muni 100 percent.. ni tidak! Jadi dengan siapa lagi Muni nak
berharap.. kalau Mila di ambil orang.macammana?.” jelas Muni dengan esakan.
Zamri
memalingkan muka Murni kearahnya dan menyika air mata yang berlumba-lumba turun
ke pipi Murni. Kan dah sah, Murni masih tidak puas hati. Tetapi baru beberapa
saat, Zamri mendengar yang dia menjawab “Tak”. Hisy.. haru betul!
“Siapa
pulak yang tak sokong Muni… abang sentiasa akan ada di belakang Muni beri
sokongan.. cuma abang nak Muni kena berhati-hati, jangan nanti kita menyesal
dengan tindakan melulu kita tu..Muni kena ingat tu.. orang yang kita nak
lawannya bukan sebarangan orang..dia pakar Muni.. pakar dalam hal-hal
ni..lagipun dia bukan orang..orang luar yang Muni katakan tu.. dia bapa
kepada Mila.. Muni.. dia jugak ada hak.
Opps.. sorry, dia bukan saja ada hak, dia memang berhak! ” kata Zamri.
Hey, dah
merajuk pulak.. susahlah nampaknya.
“Abang
tolong Muni…” Muni terus merangkul suaminya ketat.
Basah jua
baju didada Zamri oleh air mata Muni.
“Sudah tu..
kuatkan semangat, jangan
menangis, karang Mila balik, apa pulak difikirnya.., dah tu.. kita fikir yang
terbaik untuk semua, Muni pun kena bersedia apa-apa aje consequence..nanti.” kini Zamri pula menghela nafas.
Bukan
helaan nafas lega, tetapi helaan nafas buntu. Murni sudah tidak di dalam
pelukannya lagi, tetapi masih berada di sisinya. Dipeluknya dan dikucupnya belakang bahu Murni.
“Be strong sayang.. be strong..” Zamri
berdiri sambil mendepakan tangannya.
“Kita
tengok apa yang akan berlaku seterusnya, kita kena redha. Waktu begini hanya
doa kepada yang Satu itu aje yang boleh membantu. Dia Yang Maha
Mengetahui..ingat tu sayang..” kata Zamri cuba menenangkan si isteri. Memang
dia sejak dua menjak ini bicaranya persis ustaz Zamri.
“Jom kita
turun… abang tolong sayang masak, atau nak makan luar aje hari ni..” Zamri
tidak jemu memujuk Murni. Memberi si isteri pilihan, hendak dia membantu atau
lebih mudah boleh sahaja makan di luar.
Murni
menyambut tangan Zamri yang sudah didepanya panjang dan mereka beredar
ketingkat bawah.
“Abang nak
makan apa hari ni..” akhirnya
bersuara dengan suara yang sedikit sengau, akibat menangis. Zamri lega, sudah hilang rajuknya. Fikir punya fikir,
ada benarnya juga apa yang dikatakan Zamri.
“Sayang nak
masak ke? “ tanya Zamri. Hanya anggukan yang diterima.
“Hemmm let
me see, hemm bagi abang aje yang masak hari ni, sayang duduk..duduk
rehat..” mata Zamri ditala ke syiling, kemudian tangan Zamri meraih bahu Murni
dan menekannya untuk membiarkan Murni duduk sahaja disofa.
“Tak bang, Muni
nak masak jugak.. macam ni la, abang masak apa yang abang nak masak, Muni masak apa yang Muni nak
masak, amacam!..”jelas Murni. Sudah berbunyi riang.
“Hmm..
okey..abang nak masak telur masak kicap special..” kata Zamri sambil mengangguk-aggukkan kepalanya. Masuk telur kicap special. Apalah specialnya masak
kicap telur.
“Sedap ke
bang?..” tanya Murni ingin tahu apa yang specialnya tu.
“Don’t under estimate me okey.?.” jawab Zamri.
Murni
senyum perli, apabila melihat Zamri tidak mahu kalah. Terhibur dengan gelagat
si suami. Memujuk dengan percubaan menunjukkan talentnya. Kepandaiannya
memasak.
Zamri
memang pandai memasak, dia tidak kekok bila berada di dapur. Selama 4 bulan sebagai
suami isteri, banyak perkara yang Murni baru tahu mengenai lelaki ini. Walaupun
dia sudah kenal Zamri lebih dari 8 tahun, rupanya banyak lagi yang Murni tidak
tahu mengenai suaminya. Yang hairannya Zamri yang banyak tahu mengenai diri
Murni. Apa yang Murni suka, apa yang Murni tidak suka, makanan apa yang Murni
gemar, apa masakan yang Murni pandai and the
list continues on and on. Begitu detail pengetahuan Zamri terhadap si isteri. Tetapi Murni…?
“Okey.. lets start the challenge..!” berkobar-kobar Zamri hendak memasak sambil
mengesek kedua belah telapak tangannya. Zamri siap menyarung apron, sedangkan
Murni tidak. Ligat tangannya mengupas bawang dan semua bahan yang diperlukan.
Memang nampak special telur masak kicapnya. Walaupun sebok, Murni sempat juga
menjeling, melihat Zamri dengan masak kicap telur specialnya. Murni hendak
memasak yang main rebus sahaja, iaitu menyediakan masak lemak ayam, Murni lihat
bahan yang disediakan oleh Zamri. Telur, serai, daun limau perut, kentang,
bawang, tomato, bawang puteh, halia, cili merah, cili api dan kicap semestinya.
Jika tidak ada kicap, tentulah resipi itu tidak dipanggil telur masak kicap!
Hanya telur tanpa perkataan kicap di belakang.
Bawang,
bawang puteh dan halia sudah dihiris dan disimpan di dalam mangkuk. Kentang
sudah dipotong bulat, serai sudah ketuk, daun limau perut sudah dikoyakkan,
kedua-dua cili sudah dihiris.
“Tepi sikit
sayang… nanti merecik, berbekas pulak isteri abang yang cantik ni, kena minyak
panas..nanti cacat pulak..” sempat lagi Zamri menyakat isterinya.
Didapurpun
sempat menyakat juga.
Zamri
mengoreng telur mata kerbau, dan diletakkan ke tepi. Kemudian dia mengoreng kentang. Setelah kentang matang
dicampaknya semua bawang dan halia. Layu sahaja bawang Zamri memasukkan serai
yang sudah diketuknya sedikit dan akhir sekali daun limau purut yang sudah
dikoyaknya. Dimasukkannya kembali telur mata kerbau dan tomato yang sudah
dihiris lapan. Akhir sekali, tentulah kicap. Dituangkannya kicap, dan tidak
sampai seminit ditutupnya api. Sedap baunya.
“Ayang ada
beli lemon tak?” tanya Zamri
“Lemon.?.
lemon tak beli..” jawab Murni
“Hemm.. tak
apa la, kalau tak ada tak apa, afterall tomato tu pun dah masam dah..” Zamri
bercakap sendirian.
Hanya dia
yang mengerti, Murni hanya menjeling melihat Zamri bercakap sendirian. Dia
tidak bercakap dengannya.
“Bang..nasib
baik Gordon Ramsay tidak dapat datang.. dia sakit perut!“ Murni cuba membuat
lawak kepada kewibawaan suaminya. Zamri
tersenyum. Amboi! Hendak perli pulak si perempuan yang baru lepas merajuk..
“Tak apa?
Ni.. Gordon Zamri to the rescue…”
kata Zamri, kemudian kedua-dua tertawa dengan lawak spontan Zamri.
“Ma.. bau
sedap ni, Mil rasa lapar tiba-tiba, Ma masak apa?” terdengar suara Mila dari
depan pintu.
“Bukan
mama… ayah Zam..oppss.. Gordon Zamri” jelas Murni
“Siapa ma?”
tanya Mila. Lain benar bunyi nama orang yang baru disebut Murni.
“Tak da pa
apa.. sayang dah lapar ke?” tanya Murni
Mila terus
kedapur. “Hmmm…” sambil menhidu dan mendongakkan kepalanya.
“Bau sedap
la ayah Zam..” kata Mila lagi.
“Itu baru
bau aje..Mil, rasanya lagi sedap..” jelas Zamri dengan bangga.
“Hahh,
kalau macam tu, cepat sikitlah ayah Zam.. Mil nak makan..ni.. dah lapar” Mila
terus duduk di kerusi makan.
“Dah siap
pun.. bagi ayah Zam 2 minutes okey.. Mila duduk situ diam-diam..” kata Zamri,
Murni angkat mata.
Hilang rasa
masalahnya dengan Ammar seketika, apabila 2 tubuh badan insan yang disayanginya
berada di depan mata.
“Mila nak
makan kan…ahhh.. tolong set
meja..” Murni meminta bantuan Mila, dia sudah besar sekarang, perlu diajar
kedapur perlahan-lahan.
Pantas Mila
membantu seperti yang diarahkan mamanya. Bukan dia tidak biasa, sudah banyak
kali dia membantu.
Suasana
riang dimeja makan. Masakan telur masak kicap special Zamri memang istimewa,
terasa seperti paprik sahaja, tetapi menggunakan telur bukan daging hiris.
Agaknya itulah masakannya yang selalu dimasak semasa hidupnya membujang. Telur…
masakan yang menggunakan telur kerana telur mudah, cepat dan senang dimasak.
Apakah agaknya masakan yang akan disediakannya di masa akan datang? Masakan
yang menggunakan telur juga kah? Murni tersenyum memandang Zamri dan Mila yang
berselera mengadap rezeki. Masalah yang ada di kepala ditinggalkan ke tepi.
Biarkanlah sahaja mengikut percaturan yang ditentukan olehNYA. Murni tidak
perlu menjadi tamak, orang tamat selalunya akan rugi. Tidak mampu rasanya
hendak dia halang. Murni hanya menyebut didalam hati “Que sera sera what ever will be, will be”.
No comments:
Post a Comment