Thursday 5 June 2014

Inikah Kesudahannya/Bila Senja Berlalu Bab 43 - 44

Bab 43 - 44
 


Pintu bilik Murni terkuak. Terkejut Murni, tetapi lega, si suami rupanya.

“Muni, nampaknya Muni kena arrange lagi sekali dengan Shiha, kalau abang lambat hari ini, Muni tumpang dia macam last time.eh!.” Zamri meminta Murni menumpang Shiha, sekiranya dia tidak sempat sampai kepejabat untuk menjemputnya pulang.

Badannya merengang pintu bilik Murni. Tergesa-gesa sahaja nampaknya dia. Tugasannya untuk membuat kunjungan ulnagan ke tapak projek Tu Ah Tower yang sepatutnya dilakukan minggu depan, tetapi disebabkan Pejabat Daerah masih mendapat laporan menyatakan tiada sebarang perubahan dibuat, memaksa Zamri mengintai ketempat itu seminggu lebih awal.

“Hemm.. nanti saya aturkan. abang jangan risau hal Muni ..abang tu!, hati-hati driving, jalan licin ni.. kat luarpun suram aje Muni tengok..” nasihat Murni kepada Zamri, hanya meninggikan sedikit suaranya agar Zamri mendengar lebih jelas.

Di hati Murni berkata-kata, memang kalut cik abang sayang hari ini, sampai tak sempat masuk, hanya memberitahu di depan pintu sahaja.

Namun entah didengar Zamri atau tidak, kerana pintu sudah tertutup semasa Murni menghabiskan percakapannya.

Memang Zamri dengar, tetapi hendak cepat punya pasal, dia terus meneruskan perjalanannya. Hatinya riang, sayang juga rupanya si isteri kepadanya, nasihat tidak habis-habis. Zamripun sayang perempuan itu. Yang utama sekarang ialah menyelesaikan tugasan yang telah diserahkan kepadanya. Belumpun jauh, Zamri sudah rasa ingin segera bersama Murni.

Tiba-tiba muka Zamri yang tadinya senyum bertukar masam.

“Kurang asam betul kontraktor, tak faham-faham! Tahu nak untung aje!” omel Zamri sambil berjalan meninggalkan bilik Murni.

“Entah-entah si Lim tu tak beritahu boss dia tak? Atau dia tak faham apa yang dia kena buat? Atau boss dia yang tak faham? Atau pembekal tu yang tidak mengikut ukuran yang sepatutnya…bla..bla..bla.. ” macam-macam andaian bermain di kepala Zamri. Yang terkeluar hanya perkataan “atau”, “atau” dan “atau”.

Betul kata Murni, suasana di luar agak suram. Tambahan pula di waktu musim hujan begini, setiap hari Fraser Hill diberkati dengan anugerah tuhan, air dari langit. Air hujan. Diluar masih rebas, hujan tidak lebat, tetapi tidak berhenti. Ditambah pula cuaca mendung ibarat sudah hampir malam, pada hal hari masih siang. Penglihatan agak terbatas.



Murni menyambung semula kerjanya yang terhenti dek lawatan pengejut si suami sebaik sahaja pintu tertutup. Leka bekerja sehinggakan hampir terlupa memaklumkan Shiha. Cepat-cepat Murni menghubungi Shiha, takut terlupa terus, alamatnya terpaksa menumpang sesiapa sahaja yang boleh membantu.Hendak cari teksi, mana ada perkhidmatan teksi di Frazer Hill ni?.

Hendak menapak jalan kaki pulang ke rumah? Murni memandang dirinya, mata tertala ke kaki. Mahu satu jam baru sampai..dengan kasut wedges dan baju kurung?

Tak mahu eh!

Cepat-cepat tangan menekan punat telefon.

“Shiha.. Muni ..! Nak minta tolong sekali lagi...“



Bab 44

Terjengok-jengok Murni di muka pintu. Bayang Zamri tidak juga muncul. Hari sudah hampir gelap. Lembayung senja sudah hampir hilang kemerahannya. Pada waktu begini, dia sepatutnya sudah sampai di rumah.
Tidak berapa minit lagi pasti gelap.

“Dalam perjalanan pulang agaknya dia tu..” Murni menyedapkan hatinya.

Tetapi dihati bertanya pula “Kemanalah agaknya dia, entah-entah pergi minum dengan teman-teman ke? Mentang-mentang dapat keluar sesekali ni, kembang sayapnya..” Murni membuat andaian, manalah tahu.  


Andaian yang tidak masuk akal langsung. Hendak minum dengan teman buat apa? Minum bersama isteri di rumah lagi best!

Sudah dia cuba beberapa menghubungi melalui telefon bimbitnya, tetapi asyik suara perempuan yang memaklumkan “nombor yang anda panggil tidak dapat dihubungi”. Asyik-asyik suara itu, sampai hendak hafal Murni dibuatnya. Sudah naik jemu mendengarpun. Perasaan marahpun ada juga. Marah kepada telefon atau marah kepada siapa? Marah kedua-duanya, kepada telefon dan juga empunya telefon. Jika tidak pandai hendak menjawab panggilan, buangkan sahaja ke dalam sungai Kelang!!

“Hisy.. Abang ni..kalau iya lambat balik, calllah beritahu, ini tidak!” Murni hampir hilang sabarnya. Marah kepada tuan punya telefon sebenarnya yang lebih.

 “Balik nanti kenalah dia..buar orang risau tak tentu pasal, ishy..” Murni marah kepada Zamri yang tidak menghubunginya. Sekurang-kurangnya memberitahu di mana dia berada.

Mila menghampiri Murni yang tercegat di depan pintu. Tangan mamanya dipegang. “Mama tunggu ayah Zam ya ma? Dah gelap ni tak sampai-sampai..” tegur Mila.

“Hemm.. ma tunggu ayah Zam, tulah! entah mana dia pergi..Mil kalau lapar, Mil makan dulu ya nak! Mama boleh makan sama ayah Zam nanti..mama tunggu ayah Zam..” Murni meminta Mila mengambil makan malamnya dan selepas isyak boleh, biarkan dirinya sahaja yang menunggu Zamri.

Berlegar-legar Murni di dalam rumah. Sudah tidak tahu hendak buat apa lagi. Orang yang diharap, tidak juga pulang.

Dilihat ada cahaya lampu kereta menghala kerumahnya. Murni rasa lega.

“Aaahh.. dah sampaipun dia, alhamdullillah”. Murni sudah mampu tersenyum.

Apabila kereta itu sudah dekat, Murni menjengok keluar dan Murni tertanya-tanya. Itu bukan kereta suaminya.

Murni hairan, kereta siapa pulak? Jantung sudah bergendang laju. Siapakah geragan mereka yang datang di waktu-waktu hampir senja?

Keluar dua orang yang beruniform. Uniform Polis. Ahhh! Polis? Apa hal?

Hati Murni dup dap dup dap.. berirama lebih pantas. Sudah dapat merasakan ada benda yang tidak kena.

Darah sudah naik ke kepala. Apa hal pula polis datang ke rumahnya. Teringat dia tentang Zamri!! Astagfillulahhalazim..tak mungkin. Kunjungan polis itu mungkin mengenai hal lain, bisik hati yang sedang libang libu.

“Assalamulaikum..” bersuara salah seorang daripada Polis di luar pagar.

Samar-samar sahaja wajahnya kerana Murni hanya melihat dari jauh. Dicapainya tudung yang disangkutnya di belakang pintu. Tudung yang memang selalu dibiarkan tersangkut, jika memerlukan, tidak perlulah dia naik ke bilik untuk mengambilnya. Mila mengekori mamanya, apabila Murni mara ke pintu pagar, di mana dua anggota polis itu berdiri.

“Puan, puan ni.. Puan Murni Saleha Majid ke?” soal polis itu lagi.

“Iya.. saya, kenapa Encik?” soal Murni

“Saya hendak minta Puan bertenang ya? Suami puan nama Mohd Zamrizal Mohd Zaki?” ujarnya lagi.

Murni hanya mengangguk kemudian bersuara “Kenapa dengan suami saya Encik?”

Sepintas kilat, Murni memikirkan Zamri sudah kena tahan, tetapi apa kesalahnnya. Jika melihat polis, pastinya tidak ada perkara lain, kecuali ditahan polis. Tetapi setahunya Zamri seorang lelaki yang baik, dia tidak akan buat kerja yang bukan-bukan atau menyalahi undang-undang.

“Puan… saya hendak minta puan bertenang ya.. bertenang puan..” bicara anggota polis lagi. Bukan lagi tenang malah leibh kencang degupan jantung Murni apabila pegawai polis memintanya bertenang.

“Ishy.. polis ni, asyik suruh orang bertenang.. bertenang, hendak cakap, cakaplah cepat, buat orang tertunggu aje..mana boleh bertenang waktu begini!”  bisik hati Murni yang sudah tidak sabar mengetahui apa yang sebenarnya sudah berlaku.

“Suami puan terlibat dalam kemalangan, keretanya jatuh gaung” akhirnya terjawab penantian Murni dengan berita dari anggota polis itu.

“Apa? Jatuh gaung..!” lemah seluruh anggota badan Murni, Murni terduduk.

Mila sudah tidak tentu arah. Polis yang di luar pagar tidak dapat berbuat apa-apa kerana pintu pagar berkunci.

“Puan.. suami puan sekarang di hospital Kuala Kubu Baru..” sambung anggota polis tersebut.

Murni baru sedar yang kelewatan Zamri adalah kerana dia kecelakaan. Murni terus menangis, dia hilang pertimbangan, tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang.

“Puan perlukan apa-apa bantuan?…” soal polis itu lagi.

Hanya anggokan sahaja diterima oleh mereka.

“Suami saya selamat?” soalan dari Murni

“Ya.. insyallah suami puan selamat, tetapi kami tidak tahu lebih detail lagi puan. Puan kena pergi Hospital, baru boleh tahu keadaannya sebenar..” jelas anggota polis lagi.

Murni hanya menangis teresak-esak dan memeluk Mila. Mila juga turut menagis.

“Puan okey.. ada apa-apa lagi yang kami boleh bantu..”

Murni hanya mengelengkan kepala.

“Jika begitu kami minta diri dulu, harap puan bersabar ya puan..? Puan buat panggilan sahaja ke hospital malam ni, jangan kesana pula.. merbahaya. Esok sahaja puan boleh kesana..assalamulaikum” dan kedua-dua orang anggota polis itu beredar.

Tangisan Murni bertambah kuat. Otak sudah tidak boleh berfikir waras, ingatannya hanya pada seseorang… Wajah Zamri terbayang.

“Bang, jangan tinggalkan Muni sorang-sorang. Abang dah janji nak bersama Muni kan..jadi abang jangan tinggal Muni sorang-sorang..” Hani merayu dengan tangisan didalam hati. Murni cukup bimbang, berbagai persoalan muncul dikepala. Persoalan yang paling penting, Murni belum bersedia hendak menjadi janda buat kali kedua!

Malam yang panjang bagi Murni. Hospital Kuala Kubu Baru dihubungi. Tidak banyak maklumat yang dapat diberikan, kerana pihak hospital masih memeriksa dengan  teliti keadaan Zamri. Masih terlalu awal untuk mengesahkan apa yang cedera. Bimbang kecederaan dalaman yang hanya boleh diketahui sekiranya ada yang bengkak keesokkan harinya. Pendarahan dalaman juga hanya boleh diketahui selepas 24 jam berlakunya sesuatu kecederaan.

Dalam terkejut dan teresak-esak, semua keluarga sudah Murni maklumkan. Abah Zaki, Mek Ros di Jengka dan Abah dan Mak di Johor Bharu, termasuk Kak Romlah juga sudah dimaklumkan. Mereka terkejut, dan semuanya risau. Bukan setakat risaukan keadaan Zamri, mereka juga risaukan keadaan Murni. Tetapi apakan daya, mereka tidak dapat ke Fraser Hill secepat yang mungkin kerana adalah mustahil untuk kesitu diwaktu malam. Murni pula memikirkan yang lain. Dia mahu berada disamping Zamri. Bagaimana agaknya keadaanya suami sekarang ini. Sekiranya dia mempunyai sayap mahu sahaja dia terbang untuk berada disamping Zamri saat ini. Zamri memerlukannya. Berulang-ulang kali dia berkata Zamri memerlukannya sekarang ini.

Semuanya akan bergerak ke Fraser Hill sebaik sahaja subuh esoknya.  Hanya Kak Romlah dan suaminya yang mampu datang untuk menenangkan keadaan Murni buat malam ini. Sepanjang malam Kak Romlah telah menemankan Murni. Murni tidak dapat melelapkan mata walaupun sekelip. Risau dia memikirkan keadaan Zamri di hospital bersendirian tanpa dirinya disisi. Bagaimanalah agaknya keadaannya. Tidak sabar rasanya Murni untuk menunggu siang. Keputusan dibuat agar Murni akan ke Hospital bersama Abah Zaki dan Mek Ros. Kerana mereka bimbang dengan keadaan Murni sekiranya memandu bersendirian kesana, Ditakuti lain pula yang akan terjadi. Mak dan Abah yang hanya menunggu dirumah, menunggu Mila.

Semua ahli keluarga tertanya-tanya, bagaimana agaknya keadaan Zamri. Semua berdoa agar Zamri tidak parah. Terutama Murni, dia berharap suaminya hanya mengalami luka kecil, tetapi jika hanya cedera ringan, takkan sampai tidak boleh menghubunginya?.

Melambak lagi air mata Murni, bila berbagai andaian yang muncul. Dia tidak henti berdoa, Zamri hanya cedera ringan. Sepanjang malam  dia tidak dapat melelamkan matanya, bagaikan Zamri berada disisinya.

“Abang, abang hanya cedera ringan kan!” Murni bagaikan bercakap dihadapan Zamri, sedangkan Zamri tidak ada dihadapannyanya. Kerana dia pasti Zamri hanya cedera ringan.

 

 

5 comments:

Anonymous said...

EMMMM....sedih la pulakkk

Rose Ezadora said...

Rasa-rasa Zamri selamat ke tidak? Patutlah kalau saya matikan watak Zamri. Murni balik semula kepada Ammar...Macammana rasa pembaca?

Anonymous said...

tak mau la balik pada ammar .... zamri yg layak dgn muni ... huhuhuhuhu ... sedihnyaaaaa

Anonymous said...

klu nk matikan watak zamri bleh jgk...tp pasti kn watak Ammar tu dh betul2 insaf...atau masukkn skali watak ex wife Ammar...bru mencabar skit citer ni....

Rose Ezadora said...

Terima kasih, beri idea, bekas isteri Ammar... hemm..nnati saya munculkan dia. Atau Mak Ammar..