Zamri masih hidup.. yeay!!! Tak sampai hati nak biarkan Murni jadi balu.
Dan saya ujudkan karekter perempuan misteri.. jeng..jeng..jeng..
BAB 45
Ingatkan
siang tidak akan muncul, lama sungguh di rasa Murni menunggu ketibaan waktu
siang. Sepanjang malam Murni bersolat, berdoa kepadaNya. Kak Melah juga risau
melihat Murni yang sentiasa mengalirkan air mata. risau betul dia. Walaupun dia
yakin, Zamri hanya cedera ringan. Yang dia perlu bersyukur, berita dari
hospital memberitahu suaminya hanya tidak sedarkan diri.
Keluarga
mertua yang muncul di subuh hari. Mek Ros tidak sampai hati melihat Murni yang
asyik menangis disepanjang perjalanan ke hospital. Pantang nama Zamri disebut,
akan tersedulah dia. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari rumah ke
hospital KKB bagaimana 4 jam dirasakan Murni. Jauh sangat perjalannnya. Itu
sebab Mek dan Baba Zaki tidak membenarkan Murni memandu sendirian. Jika memandu
mengikut emosi, takut lain jadinya. Zamri pulang ke rumah sihat, Murni pula
yang terlantar di hospital!
Berlari-lari
anak Murni ke kaunter hadapan hospital sebaik sahaja mereka sampai. Tidak sabar-sabar
lagi dia hendak mengetahui keadaan sisuami.
Doktor
memaklumkan keadaan Zamri sudah sedar dan stabil, cuma dia memerlukan rehat
secukupnya. Doktot juga memberitahu Zamri memerlukan rawatan lanjut di Hospital
Besar Kuala Lumpur kerana kecederaan yang agak serious dibahagian pinggang. Hentakan kuat stering kereta ke pinggang Zamri telah
mencederakan anggota dalamannya. Hospital
Kuala Kubu Baru tidak
mempunyai peralatan secanggih Hospital Besar Kuala Lumpur.
Doktor
mensarankan agar Zamri menggunakan kerusi roda buat sementara waktu. Berapa
lama dia akan memerlukan bantuan ini tidak dapat dipastikan. Hanya doktor pakar
di HBKL yang boleh memberikan jawapan.
Menurut
laporan polis yang masih berada di hospital setelah mengambil keterangan dari
Zamri. Zamri memaklumkan bahawa dia tergelincir ke dalam gaung kerana mengelak
sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. Disyakki lori tersebut membawa
balak keluar dari kawasan larangan. Pihak polis sedang menjalankan siasatan
lanjut. Jangan polis bertindak hangat-hangat tahi ayam sudahlah. Mula-mula
memang berkobar-kobar hendak mencari lori hantu tersebut. Tetapi apabila
ditelan waktu, pelahan-lahan lupa. Memang berdendang sayang nampaknya lori hantu tersebut membawa keluar
balak secara haram.
Ahh.. malam
Murni hendak memikirkan hal polis dan lori haram. Hal suami yang tidak tentu
lagi ini yang paling dirisaukannya.
Terkuak
sahaja pintu bilik Zam, hati Murni lega apabila melihat si suami yang sedang
duduk di atas katil tersenyum. Zamri gembira melihat insan-insan yang istimewa
dalam hidupnya sudah berada dihadapannya. Murni menarik nafas lega, terutama selepas mendengar
penjelasan dari doktor tentang keadaan Zamri. Dia amat bersyukur, doanya di
dengar. Zamri hanya cedera ringan. Betulkah?
“Abang..
abang macammana..” lembut sahaja suara Murni.
Zamri yang kepala berbebat kain puteh hanya
menoleh ke arah Murni. Jelas
kelihatan tanda lebam di muka.
“Muni
nangis ya..” soalan Murni tidak dijawab, soalan lain pula yang dikemukakan
Zamri.
“Mana ada..
Muni hemm..mana ada Muni menangis.!.” jawab Murni masih mahu menafikan,
sedangkan terang-terang nampak muka sudah
sembab dan mata pun bengkak. Hidung berona merah.
Zamri
menggenggam tangan Murni. Tidak dapat berbuat lebih dari itu, kedua orang
tuanya ada bersama. Nanti dikatakan tidak hormat kehadiran mereka pula.
“Abang
tahu..Muni nangis, jangan risau, abang selamat, cuma kaki ni aje tak terasa,
macam kebas sahaja. Lain-lain luka sikit aje...nasib baik abang tak bawak laju”
jelas Zamri.
“Syukur
Alhamdulillah.. Abang selamat..” katanya sayu.
“Kaki tu
kebas temporary aje tu.. Zam, doktor dah beritahu tahu tadi… alhamdullillah tak
teruk injurynya..” jawab baba Zaki.
Zamri
mengangguk kepala, insyallah, itu sahaja harapannya. Dia masih bernyawa itupun
sudah cukup seribu rahmat.
“Zam kena
buat rawatan lanjut kat HBKL, Zam tahu tak?” tanya baba Zaki lagi.
“Saya tahu
bah, tapi bila entah .. dia orang tak maklumkan pulak..?, Muni.. Muni dah inform
office hal abang ni..?” Zamri meminta bantuan isterinya untuk memaklumkan apa
yang telah berlaku kepada dirinya. Dalam sakit-sakit masih juga teringatkan
kerjanya.
“Belum
bang.. kejap lagi, orang belum masuk kerja lagi..ni baru pukul 7, kejap lagi
lah saya call..” Murni memberitahu hanya akan menalefon Tuan DO mengenai diri
Zamri dan juga untuk dia memohon cuti tergempar untuk beberapa hari, mungkin cuti
untuk menemani Zamri sepanjang Zamri membuat rawatan di HBKL juga.
Sekurang-kurangnya ada dia untuk menemaninya disana nanti. Mungkin seminggu,
mungkin sebulan, tempoh tidak dapat ditentukan lagi.
Semua
memandang kea rah pintu apabila terdengar pintu dibuka.
“Apa khabar
hari ini Encik Zamri?” tanya doktor muda bersama pembantunya.
“Macam ni
lah doktor..” jawab Zamri. Murni beredar dari berada di sebelah Zamri untuk
memberi ruang doktor menjalankan tugasnya.
Doktor
membuat rondaan pesakit dan memaklumkan bahawa Zamri akan dihantar ke HBKL
keesokkan harinya.
Murni akan menemankannya kesana dengan ambulance, manakala Abah Zaki dan Mek
Ros pulang ke Fraser Hill. Nasib baik Murni sudah sedia dengan persalinan untuk
dirinya dan juga Zamri di dalam bonet kereta Baba Zaki. Hanya perlu
mengambilnya untuk dibawa bersama ke KL kelak. Mereka ke HBKL dengan ambulan.
“Bila dah
selesai rawatan kat sana, Murni call Bba tau? nanti Baba pergi ambil.. ya
Zam..” Baba Zaki merancang untuk menjemput Zamri dan Murni di Kuala Lumpur
kelak. Mek Ros bersetuju. “Nanti kita boleh jugak singgah rumah Kak Chah ya
bang..” ujar Mek Ros.
Kak Chah,
kakak sulung Mek Ros, emak saudara Zamri. Tinggal di Bukit Kerinci bersama
keluarga anak lelakinya.
“Ha ah..
lama jugak kita tak jengok dia sekeluarga..kalau Zamri sihatpun boleh ikut
sekali, dia tak sempat datang masa majlis Zam dulu, dia dah sakit-sakit, tak
larat nak travel katanya. Bolehlah
dia berkenalan dengan Murni?” sambung Mek Ros.
Zamri dan
Murni hanya tersenyum. Jika Zamri sihat, apalah salahnya berkunjung kesana.
Sambil menziarah, dapat pula berkenal-kenalan. Bukan orang lain emak saudara
sendiri. Bisik hati Murni. Rupanya ramai lagi saudara mara Zamri yang Murni
belum kenal. Kini sudah menjadi keluarga orang Jengka, kenalah pandai-pandai
menyesuaikan diri dengan keluarga orang Jengka jawabnya.
“Saya okey
aje Mek .. kemana saja Abang Zam pergi, saya akan ikut..” jawab Murni,
mengalehkan pandangan ke arah Zamri yang senyum sumbeng. Bangga dengan
pengakuan isterinya yang memang nampak menyayanginya.
“La..
baguslah kalau macam tu.. ah Zam, macammna? Murni dah setuju tu..” tegur Abah Zaki.
“Baba yang
drive, bukan Zam, jadi kemana aje Baba bawa, Zam kena ikutla.. macamana Zam nak
bantah, kalau Zam bantah jawabnya kena tinggal kat hospital sorang-sorang, mana
boleh jadi…?” jawab Zamri.
“Ya tak ya
jugak..: jawab Baba Zaki. Terkedu
dengan jawapan si anak dengan soalan spontannya.
Semua
ketawa berderai..ha..ambik kau..jawapan dari orang sakit.
Belum lagi
sampai di Kuala Lumpur sudah perancangan dibuat, apa-apapun semua perancangan
yang baik, apalah salahnya dituruti. Kunjung mengunjung, mengeratkan silatulahim.
Kak Romlah terintai-intai
dari celah langsir, dia nampak seperti ada orang di luar pagar. . Pada mulanya
dia ingatkan Fifi, emak si Huzna menghantar Mila pulang dari sekolah, tetapi
masih awal lagi. Hendak di katakan Murni, Murni sudah keluar bersama kedua
metuanya ke hospital, mustahil juga dia boleh balik se awal ini. Di selaknya langsir lagi sekali, dia perlu pastikan
betul-betul apa yang dia nampak. Siapa agaknya, mungkin mencari rumah
seseorang. Yang malu hendak bertanya tu kenapa? Hendak gunakan peribahasa “Malu
bertanya sesat jalan“ sudah tidak berapa praktikal hendak digunakan kerana
zaman canggih sudah ada GPS siap bersuara lagi. Google map pun ada. Semua
infomasi boleh di dapati hanya dengan hujung jari, apa lagi hendak?
Kerana si perempuan malu
bertanya, apa salahnya Romlah sahaja yang bertanya.
“Assalamualaikum cik, cik
cari siapa?“ tanya Kak Romlah sopan.
“Mulaikumsalam hemm..Kak.. saya nak tanya, ini rumah Murni ke?“ tanya si
perempuan yang berseluar jeans dan blouse biru. Rambut pendek setakat bahu. Ranggi..
orang KL agaknya, telah Kak Romlah.
“Kenapa cik cari Murni.. cik
ni siapa?” tanya kak Romlah lagi.
“Saya ni dari KL, saya kawan
Murni…” katanya sambil tangan mengelap batang hidungnya yang sudah berkeringat.
Bila di amati wajah si perempuan, cantik juga orangnya. Puteh dan memang nampak
modern.
Kak Romlah tidak berani
hendak memperlawa si perempuan masuk ke rumah. Ini rumah Murni dan Zamri, bukan
rumahnya. Takut pula dia hendak pandai-pandai, zaman sekarang kena
berhati-hati. Banyak sudah dia dengar cerita orang dipukau, perompak di siang hari
dan macam-macam yang tidak terfikir oleh kepala otak orang yang jujur.
“Kawan Murni?” tanya Kak
Romlah lagi, sudah seperti polis.
“Ya.. masa Murni di KL dulu.
Ini betulkah rumah Murni?” ulangnya, apabila bukan jawapan yang dia dapat.
Asyik-asyik soalan dari perempuan separuh umur ini.
“Siapa nama cik?” tanya kak
Romlah seterusnya.
“Jadi betullah ini rumah
Murni? Saya aaa…nak jumpa dia..dia ada?” tanya si perempuan.
“Murni dah keluar..ada
apa-apa yang saya boleh sampaikan kepada dia..?” tanya Kak Romlah. Cukup
sekadar memberitahu Murni tidak ada d irumah. Rasanya tidak perlu diceritakan kesah Zamri yang
terlantar di hospital. Si perempuan kawan Murni, bukannya kawan Zamri.
“Ohh.. bila agaknya dia
balik. Saya betul-betul
nak jumpa dengannya..” kata si perempuan itu lagi.
“Lain kali ajelah cek
datang.. saya pun tak
pasti bila Murni ada. Dia bukan ada di sini, dia ada di tempat lain”
“Ohh.., tak apa kak, terima
kasih. Nanti aje saya datang..” katanya dengan nada kendur, bunyi seperti
kecewa sahaja.
“Terima kasih...“ dan dia
beredar.
Kak Romlah tergaru-garu
kepala, siapa pula perempuan yang tidak bernama itu. Datang dari Kuala Lumpur
mencari Murni. Murni tidak
pernah pula bercerita yang dia masih ada kawan di Kuala Lumpur? Misteri betul
perempuan ini. Yang pasti, si perempuan datang salah timing, di waktu Murni di dalam kerisauan.
***
Kak Romlah
mendekati Murni yang sedang menyusun pakaiannya dan Zamri untuk di bawa ke
hospital.
“Muni,
tengahari semalam, ada seorang perempuan datang cari Muni. Dia kata, dia kawan
Murni dari KL. Yang akak tak faham tu, dia tak beritahu nama dia?“ kata Kak Romlah. Tangan Murni ligat melipat
dan menyumbatkan beberapa helai pakaian ke dalam beg.
“Kawan? KL?
Siapa agaknya ya?“ jawab
Murni acuh tak acuh.
“Macammana
rupa dia? Entah Muni tak ingat… memang Muni ramai kawan masa kerja kat
Putrajaya dulu tu..”
“Muda..
cantik jugak. Orang bandar, tak cantikpun jadi cantik, bila dah bergaya.. “kata
Kak Romlah yang duduk di tubir katil.
“Entah,
mungkin jugak kawan Murni.. masa kat Putrajaya dulu kot? Tapi rasa Murni dia orang tak tahupun Murni tinggal
kat sini?“ kata Murni, dia hairan.
“Tak apa
kak.. kalau dia serious nak jumpa Muni, nanti dia datang lagi la.. “
“Ah
ah..akak dah kata Muni sebok sekarang ni..mungkin.. mungkin dia datang lagi..“
perlahan sahaja suara Kak Romlah. Sekurang-kurangnya dia sudah memberitahu Murni
apa yang berlaku, setelah tertangguh selama sehari semalam. Namun kepala otak Kak Romlah memikirkan,
apakah agaknya si perempuan sanggup mencari Murni sampai ke Frazer Hill ini.
Mustahak sangatkah?
Murni
memegang bahu Kak Romlah.
“Akak tak
usah risaulah kak. Kalau dia datang nanti tahulah Muni siapa orangnya.. kalau
dia datang lagi lah..“ kata Murni sambil tersenyum. Cuma mengembirakan kakak
angkatnya nampak seperti risau pula, apabila perempuan yang entah dari mana
yang tiba-tiba muncul mencari Murni. Kak Romlah dapat rasakan si perempuan
berniat buruk terhadap Murni. Tetapi Murni sudah mengaku dia mungkin kawannya,
hendak buat macammana?
No comments:
Post a Comment