Kepada pembaca yang setia, puas hati tak dengan cerita ini? Jika ada idea yang boleh menambah baikkan cerita ini harap sudi kongsikan bersama saya...
Bab 47
Sudah dua
hari dua malam Murni meneman Zamri di HBKL. Laporan mengenai kecederaan Zamri
masih tidak dapat dipastikan. Jika dilihat dari fisikal, Zamri nampak sihat, tetapi kenapa dia masih
ditahan?
Soalan yang
masih menjadi tanda tanya kepada Murni, begitu juga tuan punya badan, Zamri.
“Murni,
kalau abang cacat, terus tak boleh jalan, Murni masih sayang abang lagi tak?”
soalan yang terkeluar dari mulut Zamri semasa Murni leka mengelap muka dan
badannya dengan air suam. Kerana
dia tidak boleh berjalan, Zamri hanya dry
cleaning sahaja. Mandi hanya sekali sehari, di sebelah pagi.
“Apa abang
ni.. merepek aje la.. abang boleh jalan, cuma lambat aje.” Murni menjawab
soalan yang tidak terduga olehnya.
“Abang
tanya ni.. kalau.?.” sambung Zamri lagi.
“Dahlah tu,
tak ada kalau..kalaunya..baik cerita lain. Cerita yang happy.. happy.. Muni tak
mahulah cerita yang belum pasti macam tu.!”. tangan Murni masih mengelap Zamri.
Jika tadi tangan kanannya, kini sudah beralih
di tangan kiri. Zamri merenung tajam ke wajah isteri yang sangat dekat
kepadanya masih sebok mengelap seluruh tangannya.
“Lepas Muni
selesai lap badan abang, abang nak makan tak? Muni suap..” terhenti sekejap
Murni kerana bertanyakan Zamri niatnya.
“Boleh
juga, makan sama Muni.. tapi abang tak mahu makanan hospital la..abang bukannya
sakit..lauk hospital untuk orang sakit, abang tak sakit, kaki aje yang sakit..
selera masih tajam” ujar Zamri sambil menaikkan matanya ke atas memandang
siling, menunggu apa pula jawapan isterinya yang masih leka memerah tuala di dalam
baldi kecil.
“Hemm..
saya tahu, kaki abang aje yang sakit. Kalau macam tu, Muni beli aje kat kantin, abang nak lauk apa..” tanyanya
lagi
“Apa-apa aje,
yang Muni rasa sedap..sedaplah abang rasa” jawab Zamri.
“K” singkat
aje jawapan Murni.
Selesai
sahaja tugas Murni membersihkan Zamri, Murni menyeluk begnya dan mengambil
dompet duit dan dia turun ke kantin mencari makanan mengikut seleranya.
Dibelinya lauk
masak lemak pucuk paku, ikan kembung sambal dan sambal tempeh. Dia yang
teringin lauk-lauk tu, maka lauk itulah dibelinya. Dia tahu Zamri juga akan
suka dengan pilihannya.
“Abang ni
sebenarnya tak perlu disuap, tangan abang tak cedera. cuma kaki.” jelas Zamri.
Berulang-ulang memberitahu yang dia tidak sakit, cuma cedera di kaki.
“Tak apa,
Muni nak suap juga…” desak Murni.
Berselera
sungguh Zamri makan, tambahan pula disuap si isteri. Bukan main manja lagi
layanan Murni.
“Kalau
macam ni, abang nak sakit selalulah, boleh Muni suapkan..” Zamri bersuara
dengan mulut yang penuh.
“Dah over
pulak.. jangan nak mengada-ngada..” jawab Murni, tetapi didalam hati,
sebenarnya Murni gembira. Jika Zamri mahu disuap setiap haripun tidak mengapa,
dia sanggup. Tidak perlu hanya semasa
dia sakit.
Doktor
membuat lawatan, singgah di tempat Zamri, doktor muda itu tersenyum-senyum.
Mesra dan manja sahaja nampaknya couple itu. Nurse juga turut tersenyum-senyum.
Murni memberhentikan menyuap Zamri. Malu pula dirasakan di perhatikan. Bukan
buat apapun, hanya menyuap si suami makan, salahkah?
Doktor
mendekati Zamri dan menyemak carta di hujung kaki. Segala anggota dipegangnya
dan tertanya sama ada Zamri dapat merasa sentuhannya. Malah Zamri juga dapat
merasa pegangan doktor kepada kakinya, cuba tidak kuat.
Encik
Zamri, saya dapati kaki encik Zamri tidak mengalami cedera yang teruk. Encik
tidak boleh berjalan hanya buat sementara waktu sahaja, tetapi dengan physical
therapy, insyallah encik boleh berjalan semula. Encik boleh buat physical
therapy di tempat Encik atau hendak teruskan di sini. Kami boleh aturkan. Cuma, hemm..cuma saya juga dapati,
pinggang encik mengalami kerosakan agak teruk. Hentakan, mungkin hentakan benda
keras yang penyebabnya. Kerosakan ini mungkin mengganggu reproduction organ
encik, saya harap kerosakan itu juga temporary… encik faham apa yang saya
maksudkan. Tapi encik kena ingat, itu
semua kuasa tuhan, kami doktor, hanya dapat membuat diagnose dan analisa.
Kadang-kadang tidak tepat juga. Jika dirawat dengan betul, mungkin boleh sembuh.”
Doktor muda itu memberi penjelasan di atas rawatannya. Zamri dan Murni setia
mendengar.
“Encik
inform nurse, di mana encik hendak meneruskan rawatan physical thearapy tu,
nanti kami boleh aturkan. “
doktor muda itu meneruskan penjelasannya dan kemudian meninggalkan bilik Zamri.
Ternganga
Murni dan Zamri mendengar penerangan doktor, terutama penerangan yang mengenai reproduction organ tu. Zamri terus
terasa kenyang. Murni faham, Zamri merasa dirinya sudah tidak sempurna sebagai
seorang lelaki. Besar sungguh dugaan mereka.
“Abang nak
thearapy kat sini atau kat Kubu Baru aje..” Murni cuba mengalihkan ingatan
Zamri kepada masalah dirinya.
“Entah..
abang, mana-manapun boleh..” jawab sambil lewa Zamri
“Kalau kat
Kubu Baru, Murni boleh pergi kerja, petang Murni datang teman abang sampai
malam,abang setuju tak.? Tanya Murni
“Hemm..”
sambil lewa sahaja menjawab.
“Abang..
jangan difikirkan sangat hal tu.. kan Muni dah cakap, Muni akan bersama abang,
walaupun dengan apapun keadaan abang.” Kata-kata semangat dari Murni.
“Ya lah,
Muni boleh cakap sekarang, akan datang kita tak tahu...!”
“Ha..
abangpun cakap akan datang kita tak tahu..jadi jangan difikirkan sangat.. yang
penting abang selamat dan Muni ada disamping abang sekarang ni..itu dah cukup,
Muni rasa”
“Abang tak
dapat nak bahagiakan Muni lagi..Murni faham tak?” nada suara Zamri sedikit
tinggi. Bunyi seperti orang hilang harapan, dia kecewa. Kelelakiannya sudah
tidak berfungsi.
“Bahagia
macammana lagi yang Muni nak..Muni dah bahagia sekarang ni bang, Muni ada
abang, Muni ada Mila, Muni dah ada segala-segalanya yang seorang perempuan tu
perlu.”
“Abang tak
boleh beri Muni zuriat..Muni dengar tadi apa doktor tu cakap” sedih sahaja nada
Zamri.
“Shuuut..,
cukup tu bang, jangan cerita lagi hal tu boleh tak, itu semua kuasa tuhan.
Doktor tadi tu pun cakap, itu kuasa tuhan, dah..dah tu.. abang jangan
bangkitkan lagi cerita tu. Sekarang ni kita arrange. Sama ada nak balik Kubu
Baru atau therapy kat sini..hemm kita balik Kuala Kubu lahya..” tangan Murni
sudah singgah di bibir Zamri.
Murni masih
mencadangkan agar therapy di Kuala Kubu sahaja.
“Abang
setuju tak ni?, atau abang nak buat kat sini aje.. kat sinipun boleh, Muni
tunggu la, kalau lama, Muni ambil cuti tanpa gaji aje..” kerana tidak mendapat
jawapan, Murni membuat andaian yang Zamri setuju di KL.
“Ikut
senang Muni.. abang dah malas nak fikir, abang dah tak guna..” Zamri menjawab
sambil lewa.
Penjelasan doktor
mengenai dirinya betul-betul melemahkan semangatnya.
“Abang..
Muni kata jangan fikir lagi perkara tu, abang jangan fikirl.hisy penatlah
bercakap dengan orang degil macam abang ni..”
Murni duduk di birai katil hospital yang sempit dan memeluk bahu Zamri, terus melentokkan
kepalanya di bahu Zamri.
Zamri terangak-agak
hendak memeluk isterinya. Dia masih sangsi dengan kata-kata isterinya. Adakah
Murni bercakap jujur dengannya atau sengaja tidak mahu menyakitkan hatinya.
Sedangkan dia dengar sendiri, bahawa diriya sudah tidak boleh berfungsi sebagai
lelaki normal. Murni mendongak dengan senyuman, Zamri dipeluknya erat. Nasib
baik bilik untuk 2 pesakit itu hanya Zamri seorang sebagai penghuninya. Jika
tidak, pastinya menjadi tontonan pesakit lain.
1 comment:
Boleh percaya ke dengan si Murni ni? Kan saya dah kata, perempuan ini selalu memberi hint yang berbeza. Lain yang keluar dari mulut, tetapi lain pula di hati..kes Murni macammana ek?
Post a Comment