Monday 9 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 48



Nampaknya kesah Murni dan Zamri tidak mendapat perhatian pembaca. Mungkin kesah ini tidak menarik..hemm.. hendak teruskan atau tidak? Mungkin saya mulakan cerita baru, macammana?

Bab 48

Terkejut Murni dan Zamri apabila pintu bilik terkuak.Hendak katakan doktor membuat lawatan, baru sebentar sahaja tadi doktor menjalankan tugasnya. Hendak dikatakan attendant hospital membawa makanan, sudah dimaklumkan oleh Murni bahawa bilik Zamri tidak memerlukan makanan untuk hari ini. Hendak dikatakan pencuci bilik, selalunya lewat petang baru mereka datang. Cepat-cepat Murni mengangkatkan kepalanya dari bahu Zamri.

Muncul seorang lelaki yang bergaya, walaupun hanya dengan memakai kemeja berkolar kelabu dan seluar jeans denim, berjalan menuju ke arah mereka dengan menjinjing sebakul buah yang dihias cantik dengan bunga dan reben. Zamri dan Murni kenal lelaki itu. Murni lebih dari kenal.
“Macam mana pula jantan ini tahu, kita orang ada di KL, siapa pula yang gatal mulut memberitahu dia ” bisik hati Murni yang geram. Lelaki itu terus mara menuju kearah mereka.
“Assalamulaikum.. “Ammar memberi salam.
Salam dijawab oleh Zamri, Murni hanya menjawabnya dalam hati. Dengan lelaki itu, Murni memang tidak selesa, memang dia benar-benar tidak selesa.
“Maafkan saya, datang tak beritahu, yesterday I call your office nak beritahu this week end kononnya nak ke sana.. tahu-tahu the operator inform me that you involved in a car accident.. lepas tu dia kata you kat HBKL, apa lagi, I trace you.and here I’m.” jelas Ammar.
Bercerita panjang seperti hendak mengarang cerpen. Dia ingat suka sangatkah Murni hendak mendengar cerpennya yang tidak menarik langsung itu!
Namun Zamri setia mendengar, cuma tidak bagi Murni, lantaklah kau hendak cerita apa, Murni tidak berminat hendak mendengar. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu membuat Murni jelik. Mahu sahaja dia menutup telinganya, tetapi nanti dikata tidak sopan pula. Jawabnya terpaksa sahaja menadah telinga untuk mendengar, suka atau tidak, itu belakang kira.
Who cares.. ada aku peduli.!.” bisik hati Murni lagi, mulutnya mencebek.
“Terima kasih, datang.. I tak ada apa-apa, semua selamat, as you can see.. cedera sikit aje.” lain pula sambutan dari Zamri.Orang hendak menziarah, apa salahnya.
Ammar pernah terbaca, satu hadith nabi “Setiap orang yang menziarah orang sakit, akan membawa bersama jika pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” Jadi itulah yang dilakukannya sekarang, menziarah. Untuk kesejahteraan seorang yang dia tidak tahu hendak iktirafkan, sebagai seorang kawan atau seorang lawan!
Hendak dikatakan seorang lawan, lelaki yang terlantar terlalu baik menerima kehadirannya. Hendak dikatakan kawan, lelaki yang terlantar ini juga telah merosakkan rancangannya untuk merampas semula hati bekas isteri. Apa hendak dikata, best man win.
“Nah..” Ammar menghulurkan bakul itu kepada Murni.
Mahu tak mahu Murni menyambut dan meletakkannya di meja sisi katil yang kosong kerana meja sisi Zamri sudah penuh dengan berbagai barang.. termasuk sejambak bunga yang diberi Khairuzzaman, anak sulung Mak Chah.
“Alhamdullilaah.. semua selamat, sebab kata operator tu, you involved dengan lori balak.. ngeri jugak bila I dengar.. tambah-tambah lagi, mereka kata kereta you yang masuk gaung tu jatuh upside down. Macammanapun syukur, you tak apa-apa.. hanya cedera ringan” jelas Ammar lagi.
“Ni nak tanya? Tahu tak lori siapa? Dari syarikat mana? Kalau hendak saman mereka, saya boleh bantu..” jelas Ammar. Kalau dah lawyer tu, kemana-mana otak lawyer, ingat saman menyaman sahaja yang mereka tahu!.
“Polis sedang siasat.. susah juga, saya tak dapat beri banyak maklumat sebab dah gelap.. itulah, lori tu pun dah nak cepat, takut tak sempat hendak turun. Saya yang mengelak, tu yang jatuh gaung. Kalau saya tak elak, saya dah di bawah tayar lori tu.. Encik Ammar dah tak bercakap dengan saya sekarang..” jelas Zamri.
Masih lagi hendak bergurau. Ammar hanya angguk.
“Tak apalah, if you need any legal information just buzz me..” katanya.
By the way.. Mila suka tak hadiah yang I hantar?” pertanyaan ditujukan kepada Murni, apabila Ammar menoleh ke arah Murni yang sedari tadi hanya diam membisu.
“She love it..” jawab Zamri.
Soalan ditujukan kepada Murni tetapi Zamri pula yang menjawab. Jika diikutkan hati Murni, mahu rasanya dia memberitahu Ammar supaya jangan menghantar barang-barang sedemikian lagi kepada Mila. Tetapi bila dia teringat pesan Zamri, dibatalkan niatnya.
“Oh..I’m sorry I shouldn’t raise this issue at this moment.. I’m sorry” Ammar tunduk, menyedari dia bertanya tidak kena pada waktu dan tempat.
“Zamri, kalau ada apa-apa yang you perlukan, just let me know. At least di KL ini I akan bantu apa yang I  boleh..” Ammar cuba membantu.
“Thanks.. kami dah nak balik dah, esok mungkin I discharge esok..” jelas Zamri.
That soon? Why so soon, you dah sihat betul ke Zamri?..” soal Ammar
“Ya.. kan I dah kata, I tak serious mana pun..” Zamri menyakinkan dia sihat.
Cerita sebenar tidak diberitahu, biarlah dia dan Murni sahaja yang tahu. Oh ya, dan doktor muda yang merawatnya juga yang mengetahui. Lama juga mereka berbual. Murni langsung tidak ambil pusing mahupun menyampuk dengan apa yang dibualkan mereka. Malas hendak Murni layan. Lelaki itu memang sudah dipadamkan dari kotak fikirannya sejak dia menjadi Mrs Zamri. Cuma sekarang lelaki ini asyik selalu muncul dihadapannya, membuatkan dirinya rimas. Murni faham dan cukup mengerti, lelaki itu akan terus muncul selagi dia tidak dapat apa yang dia hendak. Wajah Mila terbayang.

Lega hati Murni sebaik sahaja Ammar pergi meninggalkan mereka. Sempat pula Ammar menjeling ke arah bekas isterinya. Murni buat tidak nampak sahaja. Dia sudah ada Zamri, Zamri segala-gala bagi dirinya kini. Walau apapun keadaannya, Zamri akan tetap disisinya.
Namun persepsi Zamri lain pula, dia perasan, Ammar masih sayangkan Murni. Dari gerak mata dan renungan Ammar kepada Murni, Zamri dapat mentafsirkan. Masih ada kasih Ammar terhadap Murni, membuat Zamri tercabar.
“Inilah manusia.. bila dapat peluang, bukan main lagi hendak ambil kesempatan, sudah beri betis, hendak peha pulak..” bisik hati Zamri, geram.
Entah mengapa, jika dahulu dia tidak merasa cemburu, tetapi tidak sekarang. Sekarang dia merasa sangat cemburu dan rasa tergugat, terutama apabila menyedari keadaan dirinya. Dirinya yang sudah tidak sempurna sebagai seorang yang dipanggil “Lelaki”.


12 comments:

Anonymous said...

sya suka karya awk.....xsbar rasanya nk tau ending citer ni....
jgn stop yer...

Rose Ezadora said...

Bukan nak stop, nak tukar cerita. Sebab saya memang suka menulis. Nak cari cerita yang boleh gu dengan semua, baru rancak..gitu. Tak apa kita habiskan cerita ni dulu ya..panjang lagi cerita ni. Murni tetap bersama Zamri atau kembali kepada Ammar demi Mila..tunggu!

Anonymous said...

jangan la hentikan citer ni .. best tau .... apa kata awak buat chat box ... lagi seronok nak online dgn penulis ...

ada facebook tak? ... share la your stories kat sana ... kot2 ada publisher yg berminat especialy cerita akram .. hehehe ... lain la citer tu .. tak cliche cam citer lain ... kawen paksa ... etc ... hehehe

Rose Ezadora said...

Dah cuba create chatbox, tapi tak jadi.. tak pandai. facebook nama Rose Ezadora. jemputlah singgah di FB saya.

Rose Ezadora said...

Lagipun, saya kurang percaya dengan kes kahwin paksa ini. Mana ada lelaki yang sabar bila ada ikan depan mata. Lagi tahu, terpaksa bila dah terlanjur. Mana ada? Nak lari adalah...

Anonymous said...

tu la kan ... makin nak larikan diri ... ada satu kes benar ni ... dia (perempuan) kawen atas permintaan keluarga ...lelaki tu pun setuju la jugak ... tapi lepas bertunang lelaki ni berkenalan dgn officemate dia ... jatuh cinta ... tapi still kawen jugak dgn pilihan keluarga ... then lepas dia "balun" perempuan tu .. dia kata dia actually dah ada orang lain ... cerai la mereka ...
cerita benar taauuu ... lelaki mana nak tolak ikan .. lagi2 ikan halal ... huhhu .. sian pompuan tuu ... rasa tertipu

Rose Ezadora said...

Dah kata dah! Apa yang cerita dalam novel tu, tipu aje..nak buat ceritapun biarlah logik..kan..kan..kann..Tapi cerita sayapun tipu jugak..ha..ha..ha..
Ada 30% aje yang betul.
Cerita Akram ada 50%, part ending. Sebab ending sebenar, sedih. Hani kena cerai..dan dah ada 2 anak lelaki. Mungkin saya sambung, dengan kesah 2 anak lelaki kut.. macammana? Tak semua ending, happily ever after. Tang after tu.. yang banyak ranjau dan duri..

Anonymous said...

owwhh. ... siannya haniiii. ...reason cerai sbb yg sama ke? .... huhuhuhu. ..sbb muka sama? ... kalau u kembangkan plot sure ada penerbit nak buku u ni. . hihihihi

Rose Ezadora said...

Tak, bukan sebab muka yang sama tetapi suami masuk penjara, gelap duit. Syarikat travel.

Rose Ezadora said...

Hani memang ex-nurse. Jatuh cinta dengan mamat Cape Town tu masa merawat si mamat accident kereta di Malaysia. Bawa balik Cape Town, hidup susah sebab di benci mertua. Kalau tahu cerita Hani, memang menangis giler. Saya orang luarpun sedih mendengarnya. terutama bila tengok dua budak lelaki yang comel,yang tak tahu apa-apa.. kasihan..

Anonymous said...

alahai haniii ... siannya dia ... harap2 dia ok la skrg ni ... huhuhu ...

Rose Ezadora said...

Itulah cerita Hani. Cerita Murni dan Zamri, hanya rekaan semata-mata. Cuma keadaan sekeliing Frazer Hill adalah kesah sebenar, buat saya jatuh cinta dengan Frazer Hill. Kalaulah saya ada dana, mahu rasanya saya miliki rumah di sana..KALAU!!