Bab 49
Dua minggu
berlalu begitu pantas. Murni sudah lali berulang alik dari Fraser Hill ke Kuala
Kubu Baru. Jadualnya ketat, sehingga tidak ada ruang untuk dia memikirkan yang
bukan-bukan, terutama soal Ammar. Bila sebok, masalah Ammar hilang di bawa terbang dek angin lalu. Routine
hariannya bermula seawal subuh. Selesai
sembahyang subuh di hospital dia akan terus memandu pulang ke rumah. Menukar
pakaian dan terus ke tempat kerja. Waktu rehat tengahari juga dia pulang ke rumah,
untuk bertemu dengan Mila yang di bawah jagaan Kak Romlah, Baba Zaki dan Mek
Ros. Waktu rehat tengahari sahaja dia dapat bertemu dengan anak
kesayangan dan
mertuanya. Sebelum jam 2.00
bergegas semula ke pejabat. Tepat jam 5.00 petang dia memandu ke hospital
semula. Nasib baik tidak ada kesesakan lalu lintas. Semua berjalan lancar, cuma
jika hari hujan Murni terpaksa memandu perlahan, dan akan terlewat sedikit sampai
bertemu Zamri. Hasil dari intensive physical thearapy yang dijalankan ke atas
Zamri, nampaknya Zamri sudah boleh berjalan. Tetapi berjalan dengan bantuan
tongkat berkaki empat. Puhh! Nasib baik dia tidak terus menggunakan kerusi
roda.
Hari ini
hari terakhir kepada routine itu, Murni akan membawa Zamri pulang. Murni mengemas bilik yang menjadi bilik tetapnya
selama dua minggu. Tidak selesa seperti bilik hotel, tetapi mendamaikan kerana
dia sentiasa berada dengan tersayang.
Murni
memeriksa laci-laci, manalah tahu ada barang-barang yang tertinggal. Jika
tertinggal, jawabnya wassalam!
Tidak Murni
lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua doktor, perawat dan juga
pembantu hospital yang sudah bersusah payah membantu Zamri agar dia sembuh di
sepanjang sessi rawatannya di hospital ini. Sedih pula dirasa, apabila sudah
sebati di dalam diri. Namun syukur, Zamri sudah sembuh. Di luaran, di dalaman?
Hanya DIA yang maha mengetahui.
Semua menyambut kepulangan Zamri dengan
gembira. Paling gembira
Mila kerana ayah Zam sudah sihat.
Memandangkan
Zamri agak sukar menaiki tangga, bilik di tingkat bawah menjadi bilik
sementaranya. Semua sudah dikemas oleh Kak Romlah. Bilik yang dahulu menjadi
bilik hinggap Kak Romlah, kini sudah menjadi bilik Zamri dan Murni sehingga
Zamri betul-betul sudah sihat. Cuti juga dipanjangkan sehingga 2 minggu lagi.
Kerana cuti sakit dari hospital, Zamri cuti bergaji penuh. Zamri mengambil
kesempatan bercuti untuk menyiapkan laporan lawatannya ke Tu Ah Tower yang
tertunda. Dia tidak ada masalah untuk menyiapkan, kerana dia hanya sakit kaki,
bukan sakit otak. Tuan DO, Tuan Megat Qalif dan teman-teman sering
menziarahnya, sama ada semasa dia di hospital KKB, mahupun di rumah. Zamri
tidak pernah sunyi, ada sahaja orang datang melawatnya. Popular juga Lee Min Ho
Malaya ni ek!
Dua minggu kemudian,
tongkat kayu pula sudah boleh disimpan ke dalam stor. Baba Zaki dan Mek Ros pun
sudah pulang ke Jengka. Namun
mereka masih saban hari menalifon bertanyakan khabar, begitu juga Papa Majid
dan Mama Seri. Mereka sungguh perihatin, jika bab anak menantu mereka. Esok
hari pertama Zamri bekerja setelah bercuti panjang.
Bukan main
tidak sabar lagi Zamri hendak memulakan tugasnya semula. Barulah dia sedar
betapa bosannya tinggal di rumah jika lama bercuti. Lainlah jika dia bercuti
bersama Murni dan Mila, jika bercuti bersama mereka 2 bulanpun dia sanggup.
Ini tidak,
Mila ke sekolah, Murni ke pejabat. Hanya ada Kak Romlah dan orang tuanya. Bukan
maknanya dia tidak gembira bersama kedua ibu bapanya, cuma suasana itu lain,
bila bersama dengan dua insan yang sudah menjadi sebahagian dari dirinya.
***
“Biar Muni
drive la..abang duduk sebelah diam-diam aje…” kata Murni, memujuk Zamri yang
degil mahu memandu.
“Tak..tak..tak..
abang nak drive.. Muni duduk sebelah jadi mem..kenapa? Muni takut ke,? takut
kaki abang kebas lagi.. dah okeylah sayang..” sambil menjeling kearah
isterinya. Sambil di tepuknya kedua
pehanya, bagi menguatkan katanya yang dia sudah sihat sepenuhnya.
Tangan
menadah, meminta kunci kereta yang sudah dipegang Murni. Murni seba salah.
Melihat wajah Zamri yang meminta simpati, dah rupa si kucing kuning Puss in Boots, Murni jatuh kasihan. Murni
menghulurkan kunci ditapak tangan yang sedia menadah. Hendak buat bagaimana,
suami ada kuasa Veto.
Kak Romlah
hanya mengelengkan kepala melihat telatah adik angkatnya. Pasal kuncipun jadi
masalah.
“Bukan
pasal kaki tu.. pasal Muni nak bagi abang rehat lagi.. bukannya jauhpun, tak
sampai 15 minit …” Murni tidak puas hati. Murni kena akur, arahan suami. Kunci
kereta sudah diberi tetapi Murni masih membebel.
“15 minit
ke, satu minit ke.. abang nak drive..full stop..” jelas Zamri.
“Ialah cik
abang sayang..” Murni malas hendak bertengkar pasal perkara kecil.
“Hemmm
abang rindu bilik abang..” sambung Zamri lagi. Murni jeling sotong, sepatutnya
orang beri cuti, di happy, tetapi lelaki ini terbalik kot, lebih suka bekerja..
“Selamat
kembali Zam..kau dah betul-betul sihat ke?” tanya Hamdan sewaktu bertembung di
lobby pejabat.
“Macam ni
lah Medan..” kata Zamri. Tangan Hamdan metepuk bahu Zamri.
“Janji kau
dah selamat, bro..” katanya lagi. Zamri hanya sengeh.
Melitans
beberapa orang temannya, juga mengucapkan ucapan yang sama. Mereka terharu dan
bersyukur. Jika di lihat dari bentuk kereta Zamri yang remuk.. nauzubillah, memang
orang dah kata, pemandunya tentu tidak ada harapan. Rupanya,Allah beri peluang
kedua kepada Zamri, Syukur..
“Kenapa dia
orang tengok kita tersengeh-sengeh aje ya Murni?” tanya Zamri.
“Entah
bang? Muni pun tak tahu? Sebab mereka tak sangka kut, dapat jumpa abang lagi..”
kata Murni.
“Tak patut
betul dia orang ni..fikir negetif aje..” omel Murni.
“Hisy..
jangan sangka buruk.. mungkin mereka gembira abang dah selamat, mana kita
tahu..” kata Zamri yang sentiasa memikirkan yang baik-baik sahaja. Murni diam,
ada betulnya juga, hati manusia, manalah kita boleh baca.
Murni
menghantar Zamri di pejabatnya kemudian baru ke biliknya.
“Puan, Tuan
Megat nak jumpa Puan dan Encik Zamri, sekarang.. urgent!” kata Shiha, si Pembantu Khas tuan DO. Murni
baru hendak memulakan kerja, sudah di panggil pula. Big boss hendak apa?
“Apa hal
Shiha, tak tahu.. dia nak jumpa kat bilik Meeting. Ada hal penting!” jawab
Shiha, gelabah sahaja gayanya.
“Sayapun
tak tahu puan? Tuan DO suruh panggil.saya panggil lah!, Puan dan Encik Zamri ya
puna?” ulangnya.
“Ya.. Ya..
saya akan datang kejap lagi..” jawab Murni.
Shiha
hilang, berdesup pulang ke bilik, agaknya. Takut di marahi boss, jika hilang
lama-lama.
Murni tanpa
berlegah, berjalan pantas ke bilik Zamri.
“Bang, boss
nak jumpa kita kat bilik mesyuarat, A.S.A.P..” kata Murni cemas,
“Memangpun
abang nak jumpa Tuan Megat, kejap-kejap lagi.. ni dia dah panggil elok
sangatlah..jom lah!” kata Zamri.
Murni yang
masih kurang yakin yang si suami sudah puleh sepenuhnya masih bersungguh-sungguh
memastikan si suami berjalan dengan betul.
“Muni.. please.. I’m okey. Your husband is not cripple
okey..” kata Zamri. Murni hanya senggeh di perli suami.
Kedua—duanya
berjalan pantas ke bilik mesyuarat.
Pintu bilik
mesyuarat di tolak rakus.
Murni dan
Zamri ternganga kaku…Hah! apa hal!
No comments:
Post a Comment