Bab 50
“SURPRISE!!!”
bergema laungan suara semua yang ada, termasuk big boss, Tuan Megat Qalif. Dia
siap bertepuk tangan lagi apabila melihat pasangan Murni dan Zamri yang sudah
terkejut beruk, ternganga, ingatkan mesyuarat tergempar, rupanya..hampeh betul
si Shiha!
Kemudian
mereka tersenyum. Apalah si Shiha ni, dah buat kejutan, pandai kau berlakun ya.
Tadi, mati-mati ingatkan memang ada mesyuarat!
Tuan DO
membuat jamuan mengejut di bilik Mesyuarat. Jamuan doa selamat dan juga jamuan selamat kembali
bertugas kepada Zamri, katanya. Tuan
DO membuat tempahan catering khas dari Shahzan Inn Resort. Murnipun tidak tahu menahu
rancangan mereka, Kalau Murni tahu, bukanlah namanya surprise party kan?.
Siap kain
rentang tertulis “Welcome back Zamri”
berkilau-kilau di dinding. Habis, tidak tertulispun di mana-mana nama Murni?
Dia tumpang nama Zamrilah jawabnya. Gasaklah kau..
Dengan
belon dan bermacam-macam ribbon yang berwarna warni. Angin siapa agaknya yang
memenuhi belon-belon tersebut. Mahu semput si peniup belon. Gaya party birthday
remaja sahaja. Zamri terharu, kepulangannya di sambut begitu sekali.
Zamri yang
sudah tidak bertongkat, merasa malu pula apabila kepulangannya selepas bercuti
selama sebulan disambut sebegitu. Dia bukannya VIP, Cuma pegawai cabok sahaja,
namun Zamri sungguh terharu, Megat Qalif sentiasa menghargai kehadiran setiap
anak buahnya.
“Zamri.. welcome back” tegur Tuan DO
“Are you sure you dah totally recovered.. or you want
somemore leaves..” tanyanya
lagi.
“I’m fine.. Tuan.. and thank you.. saya dah cukup rehat ..tak mahu dah cuti lagi, beku
otak saya lama-lama kat rumah!” jawab Zamri sambil senyum kepada bossnya.
Tunjuk hendak dapat penghargaan khidmat cemerlangkah?
“Tak ..
bukan begitu Zamri, saya hendak pekerja saya betul-betul sihat, takut mudarat
kalau tak sihat lagi dah buat kerja..” soal Tuan DO
“Jangan
risau Tuan.. saya dah sihat..” jawab Zamri lagi. Menjawab dengan bersemangat
sekali.
Hendak beri
cuti lagi? Mahu mati kutu di rumah sorang-sorang. Kak Romlah sudah tentulah tak boleh datang. Nak mampus
berdua sahaja dengan Kak Romlah di dalam satu rumah. Lainlah kalau ada Murni
bersama. Asyik-asyik Murni, asyik-asyik Murni, seperti tidak ada perempuan lain
di dunia selain dia dari Murni.
Bercerita
pasal Murni, kemana dia? Zamri
sedari, sejak sampai tadi dia tidak nampak kelibat isterinya. Sedangkan dia
datang ke bilik mesyuarat itu tadi bersama.
“Nah..
cukup tak?” tertoleh Zamri mendengar suara Murni yang tiba-tiba muncul di sebelahnya
menghulurkan sepinggan makanan. Barulah Zamri sedar, isterinya hilang kerana
pergi mengambil makanan untuknya. Tuan DO yang duduk disebelah Zamri hanya
pandang sinis.
“Tuan ?“
tanya Murni, manalah tahu Tuan DO memerlukan sesuatu. Megat Qaig hanya
menangkat tangan dan mengoyangkannya. Phew.. Murni lega. Takut pula nanti
dikatakan mengampu boss...
Bukan Murni
hanya pentingkan hal suaminya sahaja, tanpa memperdulikan big boss. Murni tahu,
hal Tuan DO akan di uruskan oleh si Shiha, PAnya.
“Muni pergi
ambil air kejap?” Murni berlalu, tidak sempat Zamri hendak bertanya, dia sudah
beredar ke tempat air.
Kawan-kawan
Zamri yang berada di dalam bilik mesyuarat hanya memerhati sambil senyum
simpul. Bertuah badan kau Zamri, semua sudah diuruskan, hanya perlu suap aje.
Murni duduk
disebelah kerusi yang kosong bersama kawan-kawan perempuan yang lain, setelah
meletakkan secawan air di depan Zamri. Cukup-cukuplah di cop belangkas.
Zamri
menjadi perhatian rakan-rakan. Tidak habis-habis mereka bertanya. Sudah beratus
kali Zamri bercerita, sudah naik bosan. Dahlah tadi tergempar menjadi guest of honour.
Penganjur dan penyumbangnya ialah big boss. Naik malu pula Zamri dibuatnya.
“Ohh..
surprise parti.. cepat-cepatlah selesai, sekarang ni bukan lagi guest of honour, tetapi lebih kepada guest of horror” bisik hati kecil Zamri.
Mata
memaling ke arah Murni yang rancak berbual dengan rakan-rakannya. Sedangkan dia
disebelah boss, tak tahu cerita apa hendak dibuka.
Hendak
bercerita pasal kerja, dia sudah sebulan bercuti kerana tersadai di hospital!
Hendak
bercerita mengenai dirinya, rasanya tidak sesuai pula…
Habis
hendak cerita apa?
Akhirnya,
boss pandang Zamri dan Zamri pandang boss!
Tersengeh
macam kerang busuk.
Sabar
ajelah kau Zamri a.k.a guest of horror!!!
No comments:
Post a Comment