Friday 13 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 51


Teremo pula bila mencoret bab ini, terfikir hendak buat Murni sengsara sekali lagi ke? Tak Sampai hati pulak!. She deserves happiness  with Zamri in the next chapter.. betul tak?

Bab 51

Di Kuala Lumpur

Berkerut muka Ammar membaca fail kes yang telah di sediakan oleh Swee Mee di atas meja.
Kes bunuh. Seorang anak di dakwa menyembelih bapanya sendiri kerana si anak mendengar satu suara meminta dia membunuh bapanya sebagai menebus dosa keluarga. Ammar geleng kepala, dunia semakin tua, dan manusia semakin gila. Ammar terpaksa membacanya dengan teliti. Ini melibatkan nyawa satu insan. Adakah benar si anak tidak siuman atau memang si anak ada niat membunuh. Tugasnya membela si anak. Jika sabit kesalahan, si anak pasti akan ke tali gantung. Satu nyawa yang sudah hilang, sudah ditakdirkan ajalnya. Nampaknya satu lagi nyawa bakal hilang, menyusul. Dia tidak boleh melawan takdir, Dia juga tidak mahu mengumpul dosa, melepaskan orang yang sudah sahih bersalah. Menjadi pembelapun ada hadnya, jangan cuba menempah neraka. Dia akan cuba sedaya upaya menyelamat, tetapi jika sudah tersurat dan tersirat, dia redha. Dunia, dunia, macam-macam.!!.

“Treet..“ tersentak Ammar dengan bunyi interkom, membuat Ammar terus menekan butang untuk menjawab. Orang sedang sebok, ada saje gangguan mendatang.
“Ya.. Swee Mee..“ katanya dengan nada letih. Suarapun sudah meleret sahaja bunyinya.
“Puan Qistina is here..“ katanya.
Ammar menarik nafas panjang. Apa lagi yang mummynya hendak darinya. Tidak cukupkah dia mengatur hidupnya sehinggakan sudah mencicah umur 40an masih di kongkong oleh ibunya.  Adakah  mummy mahu terus mengongkong hidupnya sehingga rambutnya sudah memutih uban.. Biar betul mummy oi! Sudah dua kali gagal dalam perkahwinan. Pilihan sendiri bungkus, pilihan mummypun bungkus. Jadi siapa yang hendak disalahkan?
"Mummy..  please give me a space, I need that space to breath" katanya di dalam hati,  tetapi tidak terluah, tidak sampai hati menyakitkan hati seorang ibu.
Sudahlah bekas isteri mengganggu hidupnya saban hari, sampaikan dia naik bosan.
Swee Mee juga memberitahu Edwina, bekas isteri, sering menalifon pejabat bertanyakan hal ehwal dirinya. Edwina sudah mula syak kenapa Ammar selalu tidak ada di pejabat. Ini tidak pernah terjadi di sepanjang Ammar menjadi suaminya. Tetapi kini, sejak mereka berpisah dia sering hilang pula. Kenapa dan ke mana agaknya bekas suaminya menghilang. Yang pasti usaha untuk memujuk sudah tidak berguna.
Ammar sudah berpatah arang berkerat rotan dengannya. Terutama apabila cerita lama yang sudah 8 tahun berkubur, tiba-tiba terbongkar. Terbongkar setelah di asak oleh Ammar apabila dia terjumpa sekeping nota di celah-celah buku kepunyaan Murni yang tersimpan di dalam kotak di dalam stor. Itu bukan tulisannya, dia kenal tulisannya sendiri. Juga bukan tulisan Murni, dia kenal tulisan Murni. Tetapi dia perasan tulisan itu, memang selalu dia lihat, sangat familiar. Siasat punya siasat, Ammar membandingkan tulisan yang selalu tergantung di pintu peti sejuk. Nota yang selalu di tinggalkan oleh Edwina, jika keluar bertemu teman, atau jika dia pulang lewat. Sah! Tertangkap.
Tidak jauh rupanya bukti yang selama ini dia tidak perasan. Jika dia tidak mengelidah kotak untuk mencari buku-buku rujukannya yang lama bagi kes bunuh ini, sudah pasti dia tidak bertemu dengan nota yang sudah 8 tahun terletak aman dicelah buku tersebut. Murni menyimpan nota itu secara tergesa-gesa, main selit sahaja waktu itu.
Apa lagi meletuplah Bom Hiroshima! Habis semua terbongkar, tersedu-sedu Edwina meminta maaf. Hendak minta maaf sepatutnya bukan kepada dirinya, tetapi kepada Murni dan clientnya dari Singapura itu, tak pasal-pasal mereka menjadi mangsa!
Terbayang wajah Murni dan wajah client dari Singapura, apabila Ammar teringatkan hari kejadian silam. Mereka langsung tidak di beri peluang untuk membela diri.  Tidak guna berhujjah dengan seorang peguam kerana sudah tahu, tidak akan berhasil. Mati-mati dia ingatkan Murni yang curang, rupanya dia di perangkap. Macammana dia boleh buta waktu itu! Dia sendiripun tidak faham. Edwina yang meletakkan sampul surat di concierge hotel untuk Murni. Surat yang menyatakan Ammar meminta dia menunggu dirinya di dalam bilik bernombor sekian.. dan sekian. Di mana nombor bilik adalah nombor si client Singapura. Pandai betul dia. Sementara itu, dia telah mengatur JAIS datang menyerbu. Rupanya, Edwina menggunakan namanya untuk memerangkap Murni. Kasihan kau Murni...
Yang mummy pula, bila mengetahui menantu bukan pilihan ditangkap khalwat, apa lagi?Menggunakan jarum untuk mencucuk Ammar agar menceraikan sahaja si isteri yang malang. Yang jadi mangsa ialah Murni. Dan tanpa Ammar menyedari, rupanya ada satu lagi mangsa yang masih belum melihat dunia juga terlibat!
Sudah berbulan Ammar tidak menjenguk mummynya, hatinya masih panas kerana mummy yang mendesak Ammar agar menerima Edwina, anak perempuan adiknya sebagai ganti isteri yang curang. Tanpa dia mengetahui semua itu adalah rancangan licik si menantu pilihan, Edwina. Hebat..hebat..tapi “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua“ .
Edwina sepatutnya bersyukur kerana dia hanya diceraikan dengan talak satu, tidak tiga. Tidak semalang Murni yang mendapat talak sekali gus tiga. Nasib baik hanya ada talak tiga. Jika ada empat, lima atau enam, pasti juga di mendapat talak yang paling maksima. Ammar cukup marah tatkala itu, mengikut nafsu amarah dan nafsu mudanya. Ammar sedar, dia tidak perlu memeningkan kepalanya mengenai perkara yang sudah lepas.
Ammar memegang pelipisnya, dia tahu dia akan lebih pening memikirkan mummy dari kes bunuh yang sedang dibacanya.

Yes, lets her in..“ hendak buat macammana? Dari orang lain di pejabat tahu kancah kepincangan keluarganya, baik sahaja dia benarkan ibunya masuk.
“Am?Kenapa lama tak jenguk mummy?“ tanyanya sebaik sahaja dia masuk. Dudukpun belum lagi, soalan sudah muncul.
Ammar hanya mendiamkan diri. Ammar kerut muka. Mummy sudah ada jawapannya, kenapa masih perlu bertanya?
“Am! Dengar tak mummy tanya ni..?” Tanya mummy Tina lagi. Ammar hanya tunduk dan berpura-pura membaca.
“Mummm..apa hal mum nak jumpa Am, sampai datang sini..Am kan sedang kerja ni mum..” tanya Ammar
“Sejak bila seorang ibu tak boleh jumpa anaknya?“ soal mummy.
“Mummy call banyak kali, Swee Mee beritahu Am cuti dan keluar daerah..Am pergi mana? Atau Am memang mengelak dari bercakap dengan mummy” Tanya mummy Tina. Nada bukan main tinggi, kalah suara hakim.
“Apa salahnya Am bercuti?..itupun kena beritahu Mummy jugak ke?” kata Ammar sinis.
Mummy Tina diam.
“Tak cukupkah Mummy interfere hidup Am?“ tanya Ammar
“Amm.. tak ada seorang ibupun dalam dunia ni yang sanggup tengok anaknya menderita dan kecewa Am.Terutama apabila seorang ibu itu membesarkan anaknya sendirian. Mummy salah seorang ibu tu..“ kata mummy Rina tunduk.
“Am tahu, kalau mummy tahu susahnya membesarkan anak sendirian, kenapa mummy buat pada orang lain? Sampai perempuan tu terpaksa membesarkan anaknya sendirian?” tanpa Ammar sedar, dia telah memecahkan tembelang kehilangannya selama ini ialah berjumpa dengan anaknya.
Ternganga Mummy Rina, dia tidak faham. Apa yang sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Ammar kepadanya? Siapa yang membesarkan anaknya sendirian? Yang dia tahu yang membesarkan anak sendirian ialah dirinya? Ammar dan Edwina pula mana ada anak?
“Am, Am cerita apa ni..?” dia memberanikan diri bertanya.
“Am ada anak mum..anak yang Am biarkan selama 8 tahun..anak yang Am biarkan si ibu menjaganya sendirian..“ mendatar sahaja suara Ammar.
Mummy Tina ternganga dengan mata terbeliak...
Anak dengan siapa pula? Ammar ada isteri lainkah tanpa pengetahuan dirinya? Atau Ammar ada misstress di mana-mana, sampaikan menghasilkan anak? Itu tidak mungkin, Ammar bukan kaki perempuan. Hati mummy Tina berbelah bagi. Ammar ada anak tak sah taraf kah? Bagaimana ini boleh terjadi, walaupun kehadiran seorang cucu memang sangat-sangat diharapkannya, tetapi dia tidak sanggup berdepan dengan consequence yang begini. Ammar stop giving me riddle? I need answer, not riddle? Bisik hati mummy Tina, geram!!
Ammar masih mendiamkan diri membiarkan mummy Qistina memikirkannya sendiri. Ammar hendak melihat, apa reaksinya nanti, apabila anak yang disebut Ammar adalah dari perkongsian perkahwinannya bersama Murni. Menantu yang dia benci, satu waktu dahulu, yang kini sudah menjadi bekas menantu. Adakah dia boleh menerima hakikat itu atau Murni dan si anak bakal menjadi mangsa buat kali kedua!

3 comments:

Anonymous said...

jangan la bagi muni and mila to mamar please ... even zamri dah tak ada dalam dunia ni ... ammar dont deserve it!! ...hehhehe ... emo sat ...

Anonymous said...

aduh.....bertambah conflik la pulak....ni xsabar nk tggu next entry ni......

Rose Ezadora said...

Itulah... saya serba salah. Ammar juga sebenarnya seorang lelaki yang baik, cuma ikutkan baran dan suka mendengar cakap mummy dearest...