Pendek sahaja, chapter ini.. malam nanti saya sambung lagi okey.. buat masa ini, layan dulu.
BAB 52
Kembali ke Frazer Hill
Lengan
Zamri melintang di atas dahinya. Menoleh di sebelah kiri didapati Murni sedang
lena tidur mengereng dengan sebelah tangan di atas perut Zamri. Kelihatan turun
naik, turun naik perut Zamri mengikut helaan nafasnya beriring dengan sebelah
tangan si isteri, bagaikan irama yang
tidak ada tempo, cuma senada. Tangannya
yang di dahi berpindah mengulis tangan Murni. Murni tersedar apabila tangannya
diulis Zamri.
“Kenapa
bang.. abang tak tidur lagi ke?” tanya Murni dengan suara yang meleret.. orang mamai, terkejut dari lena.
“Tak..abang
nak tidur la ni.. Muni tidur aje la..kejap lagi abang lena ..” jawabnya, entah Murni dengar entah kan
tidak, kerana tiada jawapan yang diterima, selepas itu.
Murni
menyambung lenanya. Malah telah beralih posisi, kepalanya sudah berada di dada
Zamri. Diulisnya perlahan rambut Murni. Murni hanya bergerak sedikit, apabila
merasa ada sesuatu menganggu di kepalanya. Zamri memeluk erat si isteri,
lagilah Murni rasa comfort dibelai begitu. Diciumnya rambut Murni perlahan.
Hemm.. harumnya..
“Berapa
lamakah agaknya aku akan menekmati kebahagian seperti ini” bisik hati Zamri.
“Adakah
sehingga akhir hayat, atau hanya sementara, aku tak mahu menyiksa perempuan
yang di dalam pelukan aku ini, kasihan dia..” bisik hatinya lagi.
Tidak disedari air jernih mengalir perlahan di
pipi. Mengalir air mata seorang lelaki. Diperhatinya puas-puas wajah Murni yang
tidak tahu menahu dirinya diperhatikan kerana memang dia lena .. lena sungguh
di dalam pelukan seorang suami yang sangat dia percaya akan melindunginya.
Sedangkan Zamri didalam mempertimbangkan apa yang harus dilakukannya. Dia rasa
kerdil dengan dirinya, kerana dikepalanya sudah tersimpan ayat “Zamri, kau sudah tidak lagi lelaki yang
sempurna, kau tidak layak untuk perempuan ini”.
“Ya ALLAH..
berilah aku kekuatan untuk mengharungi hidup ini. Jika boleh bersama perempuan
ini hingga ke Jannah, ya ALLAH..tetapi
adakah tindakan aku betul! Kau yang maha mengetahui, tunjukkan jalan kepada
hambamu ini, Ya ALLAH ” doa Zamri di dalam hati.
Zamri
mengalih kepala Murni ke bantal dan dia mengambil uduk dan bersolat sunat.
Jiwanya perlu mencari ketenangan. Ketenangan yang hanya boleh diberi oleh Pencipta, Allah yang Satu. Kemudian
dia bertasbih, membaca apa sahaja zikir yang terlintas di kepalanya.
Selesai
bertasbih, hatinya sedikit terubat. Baring semula disebelah perempuan yang
sudah hanyut di alam mimpi. Diperhatinya puas-puas, kemudian layu.. dan layu.. dan
akhirnya dia juga terlena. Sama seperti lena Murni. Jika boleh ingin mereka
berjumpa di dalam mimpi. Sama-sama mengejar rama-rama di padang hijau yang
entah di mana lokasinya. Atau sama-sama berguling-guling di atas salji entah di
banjaran gunung mana mereka singgah!
Bolehkah?
No comments:
Post a Comment