Bab 53
“Bang..
saya betul-betul tak setuju dengan si Ammar tu.. ni tengok?” tangan Murni
menarik sebuah basikal bukit yang terbaru. Hadiah buat Mila dari Ammar yang
baru dihantarnya petang tadi sebaik sahaja dia sampai di Fraser Hill. Esok hari
Sabtu, dia ingin meminta kebenaran dari Zamri dan Murni untuk membawa Mila ke
Bukit Merah New Village.
Dari Fraser
Hill hanya memerlukan pemanduan lebih sedikit dari 2 jam. Dengan kereta
Mercedes E350 miliknya lagi cepat sampai. Zamri berbelah bagi hendak
membenarkan atau tidak, jika ditanya Murni
sudah pasti mendapat jawapan yang mengecewakan.
“Biarkanlah
Murni.. hadiah bukan dari orang lain..dari bapa dia sendiri” jawab Zamri, yang
sebenarnya juga tidak berapa setuju dengan cara Ammar cuba memikat Mila.
Memikatnya dengan barang yang mahal. Katanya
untuk hadiah harijadi yang tidak pernah dia hadiahkan, jadi sekarang Mila sudah
berumur 7 tahun, nampaknya Mila akan memenerima 4 lagi hadiah misteri dari Papa
Am. Dua sudah diberinya, 4 akan mendatang dan hari jadinya yang ke7 lagi 2
bulan, entah apa lagi hadiah yang akan Mila akan dapat? Mungkin juga bulan dan
mungkin juga bintang! Andai boleh dipetik seperti buah di pohon kayu, mahu
rasanya si Ammar menghadiahkannya..
“Abang ni
serba salah..Murni kena bantu abang kali ni, Ammar ada tanya abang boleh tak dia
nak bawa Mila whole day tomorrow. Dia nak bertolak awal pagi dan balik sebelum gelap.
Macammana? Murni beri kebenaran tak?” Zamri mengajukan pertanyaan kepada Murni,
“Bila dia
tanya abang?.. pandai dia ya, tak mahu tanya Murni… dia dah tahu jawapannya
kalau tanya Murni.. Murnipun dah naik menyampah bang..! lat 2 minggu ada aje
muka dia kat sini..” Murni meluahkan kemarahannya kepada Ammar yang kerap
berkunjung ke Fraser Hill. Nasib baik Fraser Hill bukan kepunyaannya, jika dia
yang punya, mahu dipagarnya dengan tembok setebal tembok besar negeri China.
Zamri hanya
diam, dia mengerti, Murni masih marah kepada bekas suaminya. Tetapi keras-keras
kerak nasi.. kalau selalu berjumpa, mahu juga lembut hatinya satu hati nanti. Ini lagi membuat hati Zamri risau. Takut Murni pada
mulanya benci, lama-lama timbul perasaan lain pula! Mahu haru..nahuzubillah..dia
sayang perempuan ini.
Murni
menghulurkan air juice kepada Zamri yang duduk disofa menonton TV. Satu lagi
yang ada di tangannya dihirupnya
perlahan, duduk di sebelah Zamri.
Ikutkan
hati, Zamri tidak benarkan, tetapi kasihan pula Ammar datang dari jauh
semata-mata hendak berjumpa dengan anaknya sendiri. Zamri tidak mahu isterinya
dicop hanya mementingkan diri sendiri. Bukan darahnya seorang yang mengalir di dalam
diri Mila, malah ada darah Ammar juga. Darah yang tidak boleh ditukar dengan
darah orang lain, walau menggunakan teknologi dialysis yang canggih manapun.
Tetap ada darah Ammar yang mengalir di dalam tubuh budak perempuan yang bernama
Mimi Sharmila Ammar Aidid.
“Sayapun
rasa macam tu jugak bang.. ser..ba sa…lah, nanti kalau tak izinkan takut pula
dia buat tektik lain, tektik kotor” tukas Murni.
Mengerti
kretibiliti bekas suaminya sebagai seorang peguam. Di kepala sentiasa ada idea
untuk menjalan jalan. Idea yang tidak terfikirpun oleh insan yang bukan
berjawatan peguam.
“Kasihan
pulak abang, dia sanggup datang dari jauh semata-mata nak jumpa Mila..
tiba-tiba kita tak beri dia bersama..cuba kalau kita ditempat dia, macammana?”
Zamri juga merasa simpati, kalaulah letakkan dirinya ditempat Ammar, bagaimana
pula dirasakan.
“Abang ni,
baik sangatlah..tu yang si Ammar tu naik minyak. Macammana kalau kita kata tak
boleh, hanya boleh jumpa kat sini aje..dia nak kata apa?” Zamri mengerti memang Murni sudah tidak larat lagi dengan si
Ammar, walaupun sebenarnya dia tahu hubungan Ammar dan Mila.
Marah Murni
masih menebal. Ammar patut tahu, di mana dia semasa Murni hamil?
Di mana dia
semasa Murni sakit hendak melahirkan?
Di mana dia
semasa Murni berjaga malam semasa Mila bayi?
Di mana dia
semasa sakit pening Murni dan Mila?
Di mana?
Kini Mila
dah besar pandai pula dia sogok itu dan ini untuk menawan hati anaknya.
Bukankah itu juga boleh dikategorikan hanya mementing diri sendiri namanya.
Lainlah jika Mila lahir-lahir sahaja sudah boleh berlari dan berdikari seperti
sekarang.
“Muni bukan
hendak membantah cadangan abang, tetapi Muni still stand on my decision, my decision is final.. big NO..” jawab
Murni.
“Macammana
kalau kita pergi sama..” tanya Zamri.
Mulut
bercakap, tetapi diselangi dengan hirupan juice.
“Hah…kita
ikut sama? Mahu ke si Ammar tu.. dia nak bawa Mil .. bukan kita..” jawab Murni.
“Ia lah..
kita pergi sama, tapi Mil masih kita perhatikan dari jauh, at least she is not out of our sight..” kata Zamri dan memaling kearah si isteri yang sedang berkerut berfikir.
Bagus juga
cadangan itu.
Mug juice
yang kosong Zamri serahkan semula kepada Murni. Murni meletakkannya di depan
meja kopi bersama dengan mugnya yang juga sudah kosong.
“Ia jugak..
cuba abang tanya dengan si Ammar tu.. kalau dia setuju, elok juga rancangan
abang tu.., kalau nak bermalam kat sanapun best juga, saya belum pernah pergi
sana lagi..” jawab Murni teruja dengan rancangan Zamri.
Zamri
meraut wajahnya. Pulak!. Tadi bukan main marahnya dia dengan Ammar, kini sudah
setuju pula. Cepat betul terpusingnya keputusan perempuan ini. Kalau berjalan..
hidup dia!
Murni
nampak Zamri seperti sedang bingong. Dipeluknya Zamri erat-erat, hingga hendak
rebah mamat itu dibuatnya.
“Abang..
abang jangan salah sangka pulak dengan saya, abang ingat saya suka sangat nak
berjalan sampai satu hari dengan si jantan tak guna tu!.. saya nak bersama dengan abang dan Mila aje, tapi sebab
diapun hendak bersama Mila jadi kita kena kongsilah..berkompromi..” jelas Murni
yang masih merangkul leher Zamri.
“Banyaklah
ayang punya kongsi.. abang tarik balik rancangan abang tu..” tukas Zamri,
memikirkan rancangan itu tidak sebagus yang difikirkan. Memberi peluang Ammar
untuk lama bersama dengan bekas isteri yang masih dia kasih.. itu mengundang Bahaya!
“Hemm.. tak
apa.. kita tetap jugak pergi tapi kita-kita aje, without Ammar in the picture…ya bang..” pujuk Murni.
Digoyang-goyangnya tubuh Zamri.
“Hemm..,
jadinya ni.. benarkan ke tidak?” tanya Zamri dengan nada tinggi.
Sudah
berjam-jam berbincang, tetapi tidak pergi kemana-mana. Keputusan tidak juga
dibuat, asyik berpusing-pusing, sama ada beri kebenaran ataupun tidak.
Zamri perlu
berfikir waras dan sebaik mungkin dengan setiap rancangan perlu diatur dengan
betul kerana dia perlu berhati-hati takut rancangan tersebut bukan merapatkan
Mila dengan bapanya, tetapi merapatkan Murni dengan Ammar. Hisy runsing..
runsing.. buat ini tak kena, buat itupun tak kena.
“Okey
macamni lah sayang.. kita tanya Mil, lagi elok.. sama ada dia nak kita pergi
sama atau dia boleh aje dengan papa Amnya..” Zamri memberi satu lagi cadangan.
“Abang
tanyala.. bila Mil balik dari kelas mengaji tu nanti..” Bagi Murni, apa sahaja
cadangan yang datang dari Zamri, pasti dia setuju.
Tidak pula
dia ketahui yang kini Zamri sudah bermain teka teki dengannya. Sejak dua menjak
merasa diri tergugat. Terutama sejak merasakan dirinya tidak sempurna. Tidak
sempurna untuk menjadi suami kepada Murni. Apa sahaja bersangkutan dengan Ammar
akan menjadi ancaman kepadanya. Dia takut Murni akan berpaling semula kepada
Ammar, tambahan pula mereka ada anak bersama. Anak adalah penghubung satu
keluarga, sedangkan dirinya tidak mampu berbuat demikian. Betulkah alasan anak
sebagai penghubung? One Big Question Mark??
***
“Mila tak
mahu pergi kalau ma dan ayah Zam tak pergi” itu jawapan dari Mila apabila
ditanya Zamri sebaik sahaja anak itu pulang dari mengaji.
Terjawab
sudah persoalan yang menjadi masalah Zamri dan Murni yang tidak berhasil
mencari penyelesaian. Tidak perlu berpusing-pusing berbincang, tetapi tidak
berhasil.
Zamri lega
dengan keputusan Mila, Murni lagi lega. Sekurang-kurangnya Zamri boleh
memberitahu Ammar bukan dia tidak memberi kebenaran, tetapi kerana tuan punya badan
sendiri yang menolak. Nampaknya,
mereka dua beranak hanya akan bersama di sekitar Fraser Hill sahaja.
Fuhhh.. lega…bisik Murni.
Fuhhh.. lega…bisik Murni.
No comments:
Post a Comment