Saturday 14 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 58

Happy tak? Saya upload 5 bab sekali.. harap pembaca dapat memberi comment untuk saya baiki.. Salam Sejahtera...


Bab 58


Murni paling membelakangkan dirinya. Merujuk pulak dah… tidak puas hati dengan jawapan yang diterima. Hemm.. susah betul! Jawab salah, tak jawab salah!! Hisyy…
“Apa halnya pulak ni Muni?” Zamri naik suara, naik lagi satu oktaf, menjadi dua.
“Abang saja nak menyebelah jantan tu.. abang suka ke dia ambil Mila kan?” suara Murni dengan nada rajuk.
“Eh.. tadi minta abang jangan marah dengan soalan.. Muni.. sekarang ni dah terbalik kot, siapa pulak yang marah..” jawab Zamri.
“Dah .. pandang abang ni..” Zamri cuba memujuk.
“Dah merajuk pulak.. tadi dia yang nak jawapan, bila orang dah beri jawapan, tak satisfy pulak..dah tu pandang abang niiii..”  sambil tangan Zamri cuba memalingkan badan Murni menghadapnya.
“Murni.. Murni jangan biarkan suami tidur dalam keadaan marah.. ingat tu..” tegur Zamri. Yang sebenarnya dia tidak marah, sengaja hendak lihat reaksi Murni. Perlahan-lahan Murni memalingkan badannya kearah Zamri. Zamri senyum, dia tahu Murni seorang isteri yang baik. Dia beruntung, dan bagi menjawab soalan Murni kenapa Zamri tidak cemburukan Ammar. Biar Zamri menjawab sendiri sahaja didalam hati. Jawapannya, dia tahu Murni tidak akan meninggalkannya, itu janji Murni kepadanya. Yang tidak sedap tu.. sampai suruh tumbuk sehingga tertanggal gigi tu nak buat apa, hendak kena tahan polis kerana mencederakan orang adalah! Orang yang hendak dibelasah tu bukan sembarangan orang, lawyer beb! Masuk mahkamah dah tentu kalah punya! Murni lupa ke apa? atau dia buat-buat lupa! Inilah jadinya jika terlalu lama duduk di atas bukit, jadi orang bukit..
Murni Murni, kadang tu ada juga sifat manja dan tidak matang dalam dirinya. Itu yang membuat Zamri sayang kepada perempuan yang merajuk yang sudah berpindah kedalam pelukannya. Buat malam ini, baik diam sahaja dahulu sehingga hatinya yang sedang sakit dengan jawapan Zamri itu sejuk. Zamri tersenyum sumbing. Murni menutup matanya, buat-buat tidur. Zamri tahu dia hanya berpura-pura, sengaja dipeluknya si isteri ketat-ketat.
Murni yang menutup matanya, menyedari Zamri memerhati dirinya. Dalam pejam dia berfikir. Betul juga apa yang dijelaskan oleh si suami. Ammar ada hak ke atas Mila, kenapa mesti hendak direbutkan. Diapun sudah membuat sedikit penyelidikan tentang hal ini, mengapa mesti ragu. Undang-udang Islam itu adil, apa yang termaktub oleh akta Islam, adalah untuk kebaikan semua umatnya. Kenapa perlu berebut, kenapa perlu bertengkar, kenapa perlu masuk mahkamah, sedangkan boleh diselesaikan secara aman. Seperti yang Zamri lakukan. Turun naik mahkamah, bukannya dapat menyelesaikan perebutan dengan cepat, silap-silap bertahun-tahun. Akhirnya anak-anak sakit jiwa jadi rebutan. Ibu dan bapa yang merebut, anak jadi mangsa, mental dan fisikal!
Tersedar Murni, setiap tindakan yang Zamri lakukan adalah untuk kebaikan semua. Tiba-tiba Murni tersenyum sendiri dengan mata masih terpejam.
“Apa hallah pulak tu.. ingatkan dah tidur, tapi tersenyum senyum tu kenapaaa?” tegur Zamri apabila menyedari Murni tersenyum dalam tidur, yang berpura-pura tidur sebenarnya.
“Taknak share dengan abang ke? boleh abang senyum sekali..” tanya Zamri yang sebenarnya ingin mendengar suara Murni yang dia tahu sudah tidak angin lagi.
“Ha.. abang tahu, ini mesti pasal suruh abang tumbuk  si Ammar sampai tertanggal gigi dia tu kan?..” sela Zamri.
“Kalau pasal tu, abang surrender, tak mahulah tumbuk orang sampai tertanggal gigi, sebab abang takut, abang yang tertanggal giginya bukan dia.. takut Muni tinggalkan sebab abang yang dah rongak..” jawab Zamri.
Tiba-tiba Muni tertawa berderai “Abang ni.. “ sambil tangannya menumbuk perlahan ke dada Zamri.
“Ehh.. apa ni.. tak dapat tumbuk Ammar nak tumbuk abang pulak ke?..” Zamri tahu perempuan yang tunjuk garang disebelahnya ialah Murni Salihah, isterinya. Dalam senyum dipeluknya Murni erat..
Sudah tidak bercerita pasal merongakkan orang, tetapi cerita yang lebih serious. Pada mulanya rancak, tetapi kemudian, perlahan.. dan terus perlahan.. akhirnya terus senyap.


6 comments:

Anonymous said...

saya senyum lebar mlm ni ..... heeeeeeee .... byknyaaaa entryyyyyy ..... nak like 150 juta kali .....


yeaahhhhhhh

Rose Ezadora said...

Thanks. Saya dah tak sabar nak sambung cerita ini seterusnya...harap pembaca happy...

Anonymous said...

sambung2 .... jgn malu malu .... hehehe .... suka la dgn zamri ni ... hrp2 'isu' zamri tu tak la serius mana ....

Rose Ezadora said...

I love my Hero, Zamri sebab he is cool as a cucumber...he..he..he..

Anonymous said...

best nyer...........

Anonymous said...

cik roseee ... lama tak ada entry ... hehehe ... walaupun u baru up sedebuk ... still tak puas baca .. hehehe ... ke u tak sihat? ... take care ye ... minum air kosong byk2 musim panas ni ....