Bab 54
Mila hanya
mengayuh basikal barunya di hadapan rumah. Tidak mahu membawanya keluar ke
jalan besar, takut tercalar, dia sayang pemberian papa Am. Basikal canggih,
tentu mahal harganya. Kalau boleh Mila tidak mahu tercalar sedikitpun,
berdebupun dia tidak mahu, dia hendak lihat basikal itu berkilat sepanjang masa.
“Adik, adik
duduk sini ya?“ tanya seorang perempuan kepada Mila yang terhenti mengayuh
apabila ditahan oleh si perempuan.
“Hemm.. ni rumah Mila, kenapa untie?“ tanya Mila ingin tahu.
“Uncle yang
hantar basikal semalam tu siapa?” tanyanya.
Mila
memikirkan, bagaimana ek! Perempuan ini tahu pula papa Am datang menghantar
basikal untuknya semalam?. Siapa pula perempuan ini ya?
“Papa Am..”
jawab jujur seorang budak.
“Ahhhh..
papa?“ jantung Edwina sudah bergendang kencang.
Sah, dia
diceraikan kerana budak perempuan itu. Dia tidak sangka, Murni masih menjadi
pencabarnya, walaupun dia telah berjaya menghalaunya jauh dari kehidupan Ammar.
Rupanya di dalam diam mereka masih berhubung, sehinggakan mempunyai seorang
anak! Tak guna punya perempuan!
“If I cant have him, no body can..“ jawab
Edwina.
Hatinya
bengkak, Murni tak sudah-sudah menjadi penyebab dia kalah. Tanpa dia sedar,
kemenangannya dulu adalah kerana dia menggunakan tektik kotor. Tetapi sekarang dia kalah sekali lagi, malah
telah kalah lebih teruk, kalah dengan TKO. Yang hairannya, apa hebatnya Ammar
sehinggakan dia tidak rela Ammar dimiliki oleh orang lain, melainkan dirinya. Adakah
kerana kedudukan Ammar atau harta Ammar? Sungguh selfish!
“Mama ada?”
tanyanya lagi.
“Ada! Untie
siapa?”tanya Mila
“Kawan
mama..” kata Edwina. Kawanlah sangat!
“Nanti Mila
panggil ya..? Mama tentu happy jumpa kawan dia…” ujur Mila.
Mata Ediwna
menala ke langit.
”Your are right girl, She will be very very
happy to see me! Ya, ini kawan Murni yang paling rapat!” bisik hatinya,
geram.
Mila terus
menyorong basikalnya masuk ke porch. Edwina menunggu diluar pagar. Apa
sebenarnya yang dia hendak dari Murni? Dia mahu merayu agar Murni melepaskan
Ammarkah, atau dia mahu melakukan adengan tarik tarik rambut hanya berebutkan
seorang lelaki. Sedarkan dirinya sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan
si Ammar? Ammar sudah menjadi bekas suami? Dia sudah diceraikan?
Ahhh.. dia lupa agaknya, atau masih berharap.!!
Mila
memimpin tangan Murni, dia memberitahu ada kawan mama yang hendak berjumpanya
di luar pagar. Murni hanya mengikut tangan Mila yang menariknya laju. Murni
tertanya-tanya, siapa agaknya yang menganggu dirinya di hujung-hujung minggu
ini.
“Mil..
perlahan sikit, mama tak boleh jalan selaju Mila..sabar.. sabar.. mama turun
ni..“ kata Murni.
“Tu...
ah..“
Terperanjat
Mila, apabila melihat yang berdiri di tengah panas, adalah perempuan yang
pernah menganiaya dirinya. Apa lagi yang dia mahu.
Dia
hendakkan Ammar, dia sudah dapat.
Dia
hendakkan mama Ammar, dia sudah berjaya menguasainya.
Dia hendak
menjadi Mrs. Ammar, peguam terkenal, dia sudah mendapat gelaran itu.
Dia
hendakkan kedudukan di kalangan orang VIP kerana Ammar seorang peguam terulung.
Dia sudah berada di kalangan itu.
Apa lagi! Murni
tidak faham, jika seseorang itu tamak, memang apa sahaja yang dia ada, pasti
tidak cukup.
Murni mara
ke arah Edwina. Walaupun masa 8 tahun yang ditinggalkan, sedikit sebanyak
merobah wajah Edwina, namun dia tetap nampak Elegan. Walau secantik mana pun
wajah, jika hati kotor, tidak guna juga.
Murni cuba
berlagak cool demi untuk mengelakkan pertengkaran berlaku, kerana kehadiran
Mila. Mila tidak sepatutnya tahu siapa sebenar perempuan yang dikatakan
kawannya itu.
“Win..”
tegur Murni
“Muni.. “ Edwina pula menegur Murni.
Mila hanya
memerhati. Memang sah kawan mama, kerana mereka kenal di antara satu sama lain.
“Mila pergi
masuk sayang.. mama nak cakap dengan mama..” pinta Murni. Mila yang tidak tahu
menahu hanya menurut dan meninggalkan mamanya dengan perempuan yang dikatakan
kawannya.
“Apa hal, kenapa
you cari Muni lagi? Bukankah
kau dah dapat apa yang kau hendak?” Muni memulakan kata-kata dengan nada kasar,
dengan ganti nama “kau“ dan “aku“.
Itupun setelah di menoleh dan memastikan Mila sudah masuk ke dalam
rumah.
“Sebab, aku
tak sangka selama ini Ammar masih berhubung dengan kau, sampai kau dapat anak
haram tu.. “ bukan main celupar lagi mulut Edwina, menuduh Mila anak haram. Dia
masih menyangka selama ini Ammar menjalinkan hubungan dengan Murni.
“Hey..
perempuan, baik kau balik. Kalau kau tak tahu apa yang sebenarnya, baik kau
balik...“Murni sudah mengeluarkan kata yang kasar.
Edwina
tiba-tiba datang merapati Murni dan hendak melepaskan satu tamparan yang sudah
lama dia hajatkan. Menampar perempuan sentiasa membuat hidupnya tercabar.
Tangannya
sudah ringan sahaja hendak menghayun, terapi tangan tidak sempat sampai ke pipi
mangsa. Ada satu tangan lain yang menghalang!
“Edwina!“
kedua-dua pasang mata tersentak mendengar suara lelaki yang bernada tinggi.
Kemunculan
hero yang entah datang dari celah mana. Tiba-tiba muncul...
No comments:
Post a Comment