Empat bulan
masa berlalu begitu pantas. Mila
sudah semakin rapat dengan Ammar. Tambahan pula Ammar menyogoknya dengan hadiah
yang tidak pernah Mila impi untuk dia memiliki. Ammar pasti akan menjenguk Mila
jika ada masa terluang. Banyak kes dipejabat diserahkan kepada associatenya
atau pembantunya. Mila lebih utama bagi dirinya. Dia harus mengejar masa 8
tahun yang dia sudah tertinggal bersama Mila. Kini baru dia sedar, selama ini
telah mengabaikan dua insan yang tidak berdosa hanya kerana mengikut nafsu
amarahnya.
Murni makin
naik bosan dan menyampah. Hendak ditegah, difikirkan dirinya zalim pula, cuba
memutuskan hubungan seorang anak dengan bapanya. Diberi peluang pula, Ammar sudah naik tocang, dengan
suka suki mendidik Mila menjadi materialistik. Aduh.. berat kes ini, rasanya
lebih berat dari kes-kes jenayah yang Ammar selesaikan.
Mila masih
tidak mengetahui identity sebenar Ammar. Tidak tahu bagaimana hendak
memberitahu kenyataan sebenar. Adakah Mila dapat menerima kebenaran ini? Sudah
bersediakah dia untuk mendengar apa yang sepatutnya dia ketahui diumur itu. Apa
pula tindakannya nanti apabila dia mengetahui.. berat..memang berat. Yang
paling berat ialah mulut, kerana tidak tahu cara bagaimana hendak membuka mulut
menjelaskan keadaan sebenar.
“Macammana
bang.. what do you think.. should we tell
her the truth…is it the right time?.” tanya Murni disamping Zamri yang
berbaring dengan lengan tangan melintang di dahi. Entah apa yang difikirkan
oleh Zamri sehingga lengan tangan di dahinya.
“Entah..
abangpun tak tahu..kita dah arrange situation supaya tak ada rebut merebut.. so far so good… buat masa ni Mila still ours.. tapi bila Mila dah tahu
Ammar tu bapa dia, nampak gayanya kita kena beri dia untuk bersama dengan
bapanya once in a while.. Murni
sanggup ke? Sanggup berpisah dengan Mila maksud abang.. bukan selamanya, tetapi
kerap..” panjang lebar Zamri memikirkan
implikasinya. Tangannya sudah tidak didahinya lagi, tetapi sudah dijalinnya
terletak diatas dadanya.
“Murni tak
sanggup..” Murni menjawab soalan Zamri.
Zamri
berpaling kearah Murni, cuba meminta agar Murni faham. Lambat laun Mila kena
tahu, apa hubungannya dengan Ammar itu sebenarnya dengannya. Tetapi Murni tidak
mahu faham-faham. Masih menidakkan hak Ammar. Susah betul perempuan ini hendak
faham. Zamri sebenarnya bukan hendak menyerahkan Mila terus kepada Ammar. Dia
sayang anaknya itu, tetapi hakikat sebenar kena faham. Zamri faham, yang tidak
faham-faham ialah perempuan yang disebelahnya yang sudah mula merapatkan
tubuhnya, sehinggakan boleh dilihat nafasnya yang turun naik. Kasihan pulak Zamri.
“Sini
sayang…” Zamri mendepakannnya tangan untuk Murni mengalas lengannya menganti
bantal. Diciumnya rambut Murni yang wangi.
“Bang..
Muni nak tanya, abang jangan marah ya..” dah mula dah.
Kalau
soalan begini yang timbul, adalah soalan yang tidak kena.
“Apa dia.?.”
tanya Zamri.
“Ni.. Muni
nak tanya ni.. abang jangan marah..” ulang Murni. Hisy.. tanya aje la, wahai isteriku.
“Iaaa..
apaaa dia..” Suara Zamri naik satu oktaf. Bertanya banyak kali, tetapi soalannya tidak juga
muncul. Yang muncul bunga-bunga soalan!
“Abang tak
marah.. kan.. betul abang tak marah nanti bila Muni tanya..” tanya Murni lagi.
“Tak payah
tanyalah Muni.. penat dah abang jawab.. ” Zamri sudah fedup menunggu soalan.
“Hem..
ialah ialah.., soalannya..kenapa abang baik sangat dengan si Ammar tu?, abang
tak cemburu langsung dengan dia ke, Muni tengok.. abang tak ingat ke dia tu Ex
Muni.. setahu Muni orang lain pasti dah ditumbuknya si Ammar tu sampai hilang
gigi.. ni abang tidak.. tu yang jadi kemusykilan Murni..” soalan Murni yang menjela-jela.
Zamri sudah ada jawapan yang pendek sahaja untuk soalan menjela Muni tu.
“Dia ada
hak mutlak pada Mila..” terkejut Zamri apabila satu bantal kecil singgah
dimukanya sebaik sahaja dia menjawab pendek kepada soalan Mila yang panjang
menjela. Bantal kecil sempat disambutya. Nasib baik bantal, kalau pisau!!
Hisy.. Murni ni.. sudah kenapa?
No comments:
Post a Comment