Kesah
pertemuan singkat di antara Ammar, Murni dan si perempuan bernama Edwina hilang
tanpa persoalan. Zamri tidak bertanya, malah Murni tidak menceritakannya.
Biarkan ianya lenyap bersama angin lalu. Murni lega.
Bagi Zamri
pula, yang dia tahu, Ammar bertujuan baik, ingin mengetahui sama ada hadiah
pemberiannya, sesuai atau tidak untuk si anak, takut pula, jika tidak sesuai
akan mengundang bahaya kepada anaknya, itu sahaja. Pertemuanpun hanya di luar
rumah.
Manakala, siapa
si perempuan yang bersamanya, bukan halnya.
Dia hanya
mengatur rancangan seperti yang telah diatur untuk si anak bertemu bapanya,
setiap kali si bapa berkunjung ke Frazer Hill. Sudah berbulan-bulan, rancangan
berjalan lancar. Selagi tidak menyusahkan mana-mana pihak, selagi itu akan
diusahakan oleh Zamri. Asalkan Ammar tidak membuat tuntutan mahkamah, dan Mila
masih di bawah jagaan Zamri dan Murni. Minggu ini tidak terkecuali. Zamri akan
menjemput Mila di Shahzan Inn di mana Ammar menginap.
“Yang..
abang pergi ni..” katanya.
“Hem..
jangan lupa singgah belikan Muni blueberry muffin kat kafe Shahzan tu bang..” kata
Murni yang duduk bersila di atas hamparan, membaca buku resipi. Kerjanya
mengumpul buku resipi, tetapi mempraktiknya tidak.
“Ya..
sayang.. insyallah. Kalau tak ada blueberry, abang beli aje apa-apa muffin.
Semua muffinnya sedap…” kata Zamri. Murni bangun dan mengekori suami dari
belakang.
“Yalah.
Tapi cari blueberry dulu.. kalau tak ada barulah beli muffin yang lain..”balas
Murni lagi.
“Baiklah
tuan puteri, patek akan usahakan..” dah mula dah, Zamri bergurau.
“Mengada-ngada..” kata Murni sambil tangan menampar
manja belakang suami yang sedang memakai kasut.
“Hati-hati,
Mila pun..” nasihat Murni kepada kedua-dua insan yang sangat dia sayang.
“Baik tuan
puteri..patek akan carikan..”
“Cukup-cukuplah
tu bang..” jerit Murni kepada Zamri yang sudah di dalam kereta. Hanya terdengar
suara tertawa dari Zamri yang tidak sudah-sudah suka menyakat si isteri.
Mila yang
berdiri disebelah ayah Zam juga hairan. Sejak bila pula mama menjadi tuan
puteri!!
***
Murni
terjenguk-jenguk di muka pintu. Bayang Zamri yang sepatutnya menjemput Mila di
Shahzan Inn tidak juga muncul. Entah berapa puluh kali dia menjenguk, dia sudah hilang kiraan. Risau sangat
sudah jam 8 malam, mereka masih belum pulang. Yang hairannya, orang yang
dijemput tak sampai, orang yang menjemputpun tak muncul.. kemana agaknya mereka?
Murni
sesekejap bangun menuju ke muka pintu. Ini bukan seperti kucing hilang anak,
tetapi seorang perempuan kehilangan suami dan anak. Amboi hendak tukar
peribahasa pula…
Sudah
penat, berdiri, bangun, berdiri, bangun , akhirnya dia ambil keputusan untuk duduk disofa. Baru sofa hendak hangat, Murni
nampak cahaya dari lampu kereta. Dia
pasti cahaya itu datangnya dari lampu kereta Zamri. Murni lega, orang yang
ditunggu sudah pulang. Tadi bersungguh-sungguh menunggu, bila sudah sampai,
tidak mahu keluar pulak! Buat-buat cool, seperti tidak ada apa-apa berlaku.
Yang tadi risau bagai nak rak, hilang serta-merta!
Mila terus
berlari masuk sebaik sahaja sampai. Zamri mengunci pintu pagar dan berjalan
perlahan sambil tangan mengulis kumisnya yang sejemput.
“Best..
keluar dengan papa Am. Ma.. tadi… masa Mila makan kat restaurant mahal tu..
adalah akak perempuan tu .. kakak yang hidang makan tu la..dia tanya papa Am..this your daughter? Papa
Am kata Yes my daughter..
lagi dia cakap oh.. patutlah she looks
just like you…dia kata macam tu ma..”
bersungguh-sungguh Mila bercerita.
Murni hanya
menganggukkan kepala, tidak mahu Mila terhidu something fishy dengan ceritanya.
“Tapi kan
ma.. Mil rasa nak cakap aje.. No..no..this is not my father.. my father is at home
with my mum..” Mila
menunjukkan reaksi dia bercakap semasa di restaurant, Mila siap angkat tangan
apabila dia hendak menunjukkan perkata “No”.
Terbuntang
sedikit mata Murni, apabila mendengar penjelasan Mila.
“Betul ke
ma.. Mila ada rupa papa Am..” tanyanya lagi termengah-mengah.
Rasanya
sungguh interesting cerita yang hendak disampaikan. Murni berharap, Mila hanya
bercerita dan tidak meninggalkan sebarang kesan difikirannya.
“Entah.. ma rasa Mil ikut rupa mama.. ya tak bang..” tanya
Murni kepada Zamri yang sedang mengunci pintu hadapan.
“Hah… apa
dia?” Zamri yang tidak tahu hujung pangkal, tiba-tiba ditanya soalan, mati akal
hendak menjawab soalan yang perlu dijawabnya secara spontan. Akhirnya hanya
menayangkan giginya yang sebaris.
“Sudahlah
tu.. Mil tentu dah penatkan.. pergi naik atas, mandi, lepas tu gi tidur..”
arahan dari Murni.
Sambil
Murni memukul punggung Mila perlahan, untuk memintanya beredar. Belum beberapa
tapak Mila berjalan, Murni bersuara.
“Ehhh…
nanti..Mila dah makan ke belum.ni.” baru teringat, Murni hendak bertanyakan
anaknya sudah dinner atau belum.
“Dah.. “
jawabnya pendek dan berlari naik ke atas menuju kebiliknya.
Murni
memegang pelipisnya. Bukan dia pening kepala tetapi pening dengan soalan
cupumas Mila. Aduh.. nampaknya perlahan-lahan rahsia hidup Mila sudah
tersingkap. Bagaimana agaknya bila dia tahu cerita sebenar kelak. Murni
memandang kearah Zamri, Zamri juga memandang kearah Murni, kedua-dua clueless.
No comments:
Post a Comment