Ammar
datang dan menyekang tangannya melindungi Murni dari mendapat tamparan dari
Edwina. Buat pertama kalinya, Ammar melindungi Murni. Perbuatan yang sepatutnya
dia lakukan 8 tahun lalu. Murni terharu, tidak dia sangka Ammar datang
melindungi dirinya. Murni tiba-tiba rasa simpati dan hatinya yang sedikit cair
dengan tindakan spontan itu.
“Ehh..
abang..Win.. ah..Win..“Edwina menjawab dengan nada teragak-agak, terutama
apabila melihat wajah Ammar yang sudah seperti singa jantan yang lapar!
“Murni, you better get inside...“ pinta Ammar
“I will handle this..“ sambungnya lagi.
Sudah
seperti drama melayu, episod Samarinda TV3. Seorang duda cuba meleraikan
pergaduhan di antara janda-jandanya. Sungguh kliche.
Cepat-cepat
Murni masuk ke dalam rumah tanpa menoleh. Biarkan Ammar menyelesaikan masalah
domestik mereka berdua. Murni tidak mahu masuk campur, bukan urusannya pun. Tambah-tambah
lagi apabila sudah tahu Ammar sedang marah, telinganya sudah nampak memerah.
Apa lagi apabila melihat Ammar dengan mata terbeliak di hadapan perempuan yang
sudah mengelabah. Dia pernah melihat wajah itu kira-kira 9 tahun yang lalu. Ahhh..
tak kuasa hendak melayan orang yang gila talak. Lantaklah kau orang..
“Mana Win
tahu, abang ada kat sini..?“ tengking Ammar
“Win ikut
abang, banyak kali, bila Swee Mee kata abang kerap bercuti sejak akhir-akhir
ini...Win ikut kereta abang..“ terketar-ketar Edwina menjawab. Jawab tetap
jawab..
“Habis tu..
buat apa kat rumah Murni ni?“ Tengking Ammar lagi.
“Abang
tanya Win? Abang tu kenapa berada kat sini. Abang nak tengok anak haram abang tu
kan?“ tanya Edwina berani. Memang cukup berani minah ini. Mulut tidak ada
insuran, main cakap sahaja.
“Edwina!“
tangan sudah hampir memcicah pipi Edwina, tetapi terhenti. Kemudian Ammar
tunduk dan ketawa kecil. Tersedar, yang tadi Edwina yang hendak menampar Murni,
kini dia pula yang hendak kena tampar. Sabar Ammar, sabar!
Ammar tersedar, kerana setahunya, Mila belum lagi mengetahui
identiti sebenar dirinya.
“Kau diam,
baik kau beredar.. tak malu ke buat hal di rumah orang?“ kata Ammar, cuba
mengawal perasaan marahnya, dengan cara menghalau Edwina pergi.
Edwina
hairan, bekas suaminya masih boleh tertawa dengan kenyataannya.
Muka Edwina
sudah naik pucat kerana hampir kena penampar sulong Ammar. Tidak pernah lelaki
yang pernah menjadi suaminya itu bertindak sedemikian rupa, tetapi disebabkan
Murni dan budak perempuan itu, dia boleh bertindak sedemikian.
“Assalamulaikum?“
kedua-dua insan berpaling ke arah suara memberi salam.
“La...awalnya
Encik Ammar sampai? Kan janji pukul 11.00. Ni baru pukul 10.30?“ tanya Zamri
sambil tersenyum. Zamri yang tidak tahu menahu, episod samarinda yang di
filemkan di depan rumahnya memberi salam.
Dia juga
tersenyum dengan perempuan di sebelah Ammar. Amboi Ammar sudah berani bawa
perempuan pula, bisik hatinya. Ingatnya teman wanita baru si Ammar.
“Ehh.. dah
jumpa Muni?..marilah masuk..Apa hal kat luar aje? Panas ni!“ pelawa Zamri.
Pelawa ayam sebenarnya, jika Murni tahu, mahu perang sabil!
Tanpa Zamri
mengetahui, bukan setakat cuaca sahaja yang panas, hati mereka juga panas.
Panas tahap mencairkan batu.
“Tak apalah
Encik Zamri.. kita jumpa tempat biasa aje. Saya tunggu kat sana? Tadi tergerak
hati nak singgah sekejap, nak tanya, Mila boleh naik basikal yang saya hantar
semalam tak? Takut besar sangat untuk dirinya...takut bahaya pula untuk dia,
takut dia jatuh...“ kata Ammar, cuba menahan rasa agar tidak ketara yang dia
sedang marah. Rupanya hatinya tergerak hendak singgah ke rumah Murni, rupanya
bersebab. Dia bertembung dengan Edwina yang sesedap rasa ingin mencederakan
Murni yang disangka penyebab dirinya diceraikan.
“Hemm..okey
aje saya tengok. Nanti saya tanya Mila.! Ya lah, See you in half a hour time..orang jemput masuk, tak mahu?“ kata
Zamri, masih mampu tersenyum, phew!!lega juga di dada, bila Ammar menolak
pelawaannya untuk masuk ke rumah.
“Terima
kasih.. nanti jumpa di tempat biasa..“ ulang Ammar.
Ammar
beredar menuju keretanya tanpa mempedulikan Edwina yang terhinjut-hinjut
mengikutnya dari belakang.
Zamri hanya
memerhati dan merasa hairan, siapa sebenarnya perempuan itu, Ammar tidak
melayan perempuan itu. Teman wanita baru atau.., ahhh.. biarkanlah.
“Bang..siapa
lelaki tu bang?“ Edwina masih mahu bertanya.
“Suami
Muni..“ jawab Ammar, agar sekurang-kurangnya Edwina faham. Nanti di tuduhnya
pula Murni bermain kayu tiga.
“Ah!, suami
Muni? Jadi abang..?“ jawapan yang
membuat Edwina lagi pening.
“Apanya
Win? Sudahlah tu.. Win dah lupakah, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi?“
tengking Ammar, dia sudah jemu dengan soalan Edwina.
“Tapi Win
masih sayangkan abang?“ Edwina pula masih berusaha memujuk.
“Tapi abang
tidak..“ jawab Ammar berterus terang. Jawapan yang telah beratus kali
diberitahu, namun Edwina masih tidak mahu menerima kenyataan.
“Cukuplah
sendiwara tu Win.. abang dah bosan! And
please get lost, get lost from my sight Edwina“ Terus sahaja Ammar masuk ke
keretanyaa dan menghidupkan engin lalu meninggalkan Edwina yang terkulat-kulat
di tengah panas dengan seribu satu pertanyaan. Pertanyaan yang tidak ada
sesiapapun yang sudi memperjelaskan kepadanya. Nasiblah kau.
Edwina yang
masih terpacak di tengah panas, Memerhatikan kereta Ammar meninggalkan dirinya sambil menghentakkan kaki, geram di
tinggalkan. Menghentak kaki bagaikan seorang kanak-kanak tidak mendapat
gula-gula. Tetapi perempuan ini menghantak kaki kerana tidak mendapat perhatian
bekas suami. Kasihan dia.
Apa yang
dia faham, Murni bukan penyebab dia diceraikan kerana Murni sudah bersuami. Cuma
budak perempuan yang dia jumpa di awal tadi, kenapa dia memanggil Ammar, papa
Am? Ahh...Tidak kuasa pula dia hendak memikirkan lebih detail. Yang dia harus fikirkan
sekarang, ialah cara hendak mendapatkan semula Ammar kembali kepada dirinya. Mungkin
tidak sekarang, kerana Ammar masih marahkan dirinya. Begitu besar harapan seorang
janda bernama Edwina, untuk Ammar kembali kepadanya. Sedangkan Ammar memang
tidak ada niat sedikitpun di hati untuk rujuk kepadanya. Kasihan kau,
Edwina...
No comments:
Post a Comment