Bab 58
Murni
paling membelakangkan dirinya. Merujuk pulak dah… tidak puas hati dengan
jawapan yang diterima. Hemm.. susah betul! Jawab salah, tak jawab salah!! Hisyy…
“Apa halnya
pulak ni Muni?” Zamri naik suara, naik lagi satu oktaf, menjadi dua.
“Abang saja
nak menyebelah jantan tu.. abang suka ke dia ambil Mila kan?” suara Murni
dengan nada rajuk.
“Eh.. tadi
minta abang jangan marah dengan soalan.. Muni.. sekarang ni dah terbalik kot, siapa pulak yang
marah..” jawab Zamri.
“Dah ..
pandang abang ni..” Zamri cuba memujuk.
“Dah
merajuk pulak.. tadi dia yang nak jawapan, bila orang dah beri jawapan, tak
satisfy pulak..dah tu pandang abang niiii..”
sambil tangan Zamri cuba memalingkan badan Murni menghadapnya.
“Murni..
Murni jangan biarkan suami tidur dalam keadaan marah.. ingat tu..” tegur Zamri.
Yang sebenarnya dia tidak marah, sengaja hendak lihat reaksi Murni.
Perlahan-lahan Murni memalingkan badannya kearah Zamri. Zamri senyum, dia tahu
Murni seorang isteri yang baik. Dia beruntung, dan bagi menjawab soalan Murni
kenapa Zamri tidak cemburukan Ammar. Biar Zamri menjawab sendiri sahaja didalam
hati. Jawapannya, dia tahu Murni tidak akan meninggalkannya, itu janji Murni
kepadanya. Yang tidak sedap tu.. sampai suruh tumbuk sehingga tertanggal gigi
tu nak buat apa, hendak kena tahan polis kerana mencederakan orang adalah! Orang
yang hendak dibelasah tu bukan sembarangan orang, lawyer beb! Masuk mahkamah
dah tentu kalah punya! Murni lupa ke apa? atau dia buat-buat lupa! Inilah
jadinya jika terlalu lama duduk di atas bukit, jadi orang bukit..
Murni
Murni, kadang tu ada juga sifat manja dan tidak matang dalam dirinya. Itu yang
membuat Zamri sayang kepada perempuan yang merajuk yang sudah berpindah kedalam
pelukannya. Buat malam ini, baik diam sahaja dahulu sehingga hatinya yang
sedang sakit dengan jawapan Zamri itu sejuk. Zamri tersenyum sumbing. Murni
menutup matanya, buat-buat tidur. Zamri tahu dia hanya berpura-pura, sengaja
dipeluknya si isteri ketat-ketat.
Murni yang
menutup matanya, menyedari Zamri memerhati dirinya. Dalam pejam dia berfikir.
Betul juga apa yang dijelaskan oleh si suami. Ammar ada hak ke atas Mila,
kenapa mesti hendak direbutkan. Diapun sudah membuat sedikit penyelidikan
tentang hal ini, mengapa mesti ragu. Undang-udang Islam itu adil, apa yang
termaktub oleh akta Islam, adalah untuk kebaikan semua umatnya. Kenapa perlu
berebut, kenapa perlu bertengkar, kenapa perlu masuk mahkamah, sedangkan boleh
diselesaikan secara aman. Seperti yang Zamri lakukan. Turun naik mahkamah,
bukannya dapat menyelesaikan perebutan dengan cepat, silap-silap
bertahun-tahun. Akhirnya anak-anak sakit jiwa jadi rebutan. Ibu dan bapa yang
merebut, anak jadi mangsa, mental dan fisikal!
Tersedar
Murni, setiap tindakan yang Zamri lakukan adalah untuk kebaikan semua.
Tiba-tiba Murni tersenyum sendiri dengan mata masih terpejam.
“Apa hallah
pulak tu.. ingatkan dah tidur, tapi tersenyum senyum tu kenapaaa?” tegur Zamri
apabila menyedari Murni tersenyum dalam tidur, yang berpura-pura tidur sebenarnya.
“Taknak
share dengan abang ke? boleh abang senyum sekali..” tanya Zamri yang sebenarnya
ingin mendengar suara Murni yang dia tahu sudah tidak angin lagi.
“Ha.. abang
tahu, ini mesti pasal suruh abang tumbuk
si Ammar sampai tertanggal gigi dia tu kan?..” sela Zamri.
“Kalau
pasal tu, abang surrender, tak mahulah tumbuk orang sampai tertanggal gigi,
sebab abang takut, abang yang tertanggal giginya bukan dia.. takut Muni
tinggalkan sebab abang yang dah rongak..” jawab Zamri.
Tiba-tiba
Muni tertawa berderai “Abang ni.. “ sambil tangannya menumbuk perlahan ke dada
Zamri.
“Ehh.. apa
ni.. tak dapat tumbuk Ammar nak tumbuk abang pulak ke?..” Zamri tahu perempuan
yang tunjuk garang disebelahnya ialah Murni Salihah, isterinya. Dalam senyum
dipeluknya Murni erat..
Sudah tidak
bercerita pasal merongakkan orang, tetapi cerita yang lebih serious. Pada
mulanya rancak, tetapi kemudian, perlahan.. dan terus perlahan.. akhirnya terus
senyap.
6 comments:
saya senyum lebar mlm ni ..... heeeeeeee .... byknyaaaa entryyyyyy ..... nak like 150 juta kali .....
yeaahhhhhhh
Thanks. Saya dah tak sabar nak sambung cerita ini seterusnya...harap pembaca happy...
sambung2 .... jgn malu malu .... hehehe .... suka la dgn zamri ni ... hrp2 'isu' zamri tu tak la serius mana ....
I love my Hero, Zamri sebab he is cool as a cucumber...he..he..he..
best nyer...........
cik roseee ... lama tak ada entry ... hehehe ... walaupun u baru up sedebuk ... still tak puas baca .. hehehe ... ke u tak sihat? ... take care ye ... minum air kosong byk2 musim panas ni ....
Post a Comment