Nampaknya kesah Murni dan Zamri tidak mendapat perhatian pembaca. Mungkin kesah ini tidak menarik..hemm.. hendak teruskan atau tidak? Mungkin saya mulakan cerita baru, macammana?
Bab 48
Terkejut
Murni dan Zamri apabila pintu bilik terkuak.Hendak katakan doktor membuat
lawatan, baru sebentar sahaja tadi doktor menjalankan tugasnya. Hendak
dikatakan attendant hospital membawa makanan, sudah dimaklumkan oleh Murni
bahawa bilik Zamri tidak memerlukan makanan untuk hari ini. Hendak dikatakan
pencuci bilik, selalunya lewat petang baru mereka datang. Cepat-cepat Murni
mengangkatkan kepalanya dari bahu Zamri.
Muncul
seorang lelaki yang bergaya, walaupun hanya dengan memakai kemeja berkolar
kelabu dan seluar jeans denim, berjalan menuju ke arah mereka dengan menjinjing
sebakul buah yang dihias cantik dengan bunga dan reben. Zamri dan Murni kenal
lelaki itu. Murni lebih dari kenal.
“Macam mana
pula jantan ini tahu, kita orang ada di KL, siapa pula yang gatal mulut
memberitahu dia ” bisik hati Murni yang geram. Lelaki itu terus mara menuju
kearah mereka.
“Assalamulaikum..
“Ammar memberi salam.
Salam
dijawab oleh Zamri, Murni hanya menjawabnya dalam hati. Dengan lelaki itu,
Murni memang tidak selesa, memang dia benar-benar tidak selesa.
“Maafkan
saya, datang tak beritahu, yesterday I
call your office nak beritahu this
week end kononnya nak ke sana.. tahu-tahu the operator inform me that you involved in a car accident.. lepas
tu dia kata you kat HBKL, apa lagi, I
trace you.and here I’m.” jelas Ammar.
Bercerita
panjang seperti hendak mengarang cerpen. Dia ingat suka sangatkah Murni hendak
mendengar cerpennya yang tidak menarik langsung itu!
Namun Zamri
setia mendengar, cuma tidak bagi Murni, lantaklah kau hendak cerita apa, Murni
tidak berminat hendak mendengar. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut
lelaki itu membuat Murni jelik. Mahu
sahaja dia menutup telinganya, tetapi nanti dikata tidak sopan pula. Jawabnya
terpaksa sahaja menadah telinga untuk mendengar, suka atau tidak, itu belakang
kira.
“Who cares.. ada aku peduli.!.” bisik
hati Murni lagi, mulutnya mencebek.
“Terima
kasih, datang.. I tak ada apa-apa, semua selamat, as you can see.. cedera sikit aje.” lain pula sambutan dari Zamri.Orang
hendak menziarah, apa salahnya.
Ammar
pernah terbaca, satu hadith nabi “Setiap orang yang menziarah orang sakit, akan
membawa bersama jika pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat
rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu
petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga
ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh
dipetik pada bila-bila masa.” Jadi itulah yang dilakukannya sekarang,
menziarah. Untuk kesejahteraan seorang yang dia tidak tahu hendak iktirafkan,
sebagai seorang kawan atau seorang lawan!
Hendak dikatakan seorang lawan, lelaki yang terlantar terlalu baik
menerima kehadirannya. Hendak dikatakan kawan, lelaki yang terlantar ini juga
telah merosakkan rancangannya untuk merampas semula hati bekas isteri. Apa
hendak dikata, best man win.
“Nah..”
Ammar menghulurkan bakul itu kepada Murni.
Mahu tak
mahu Murni menyambut dan meletakkannya di meja sisi katil yang kosong kerana
meja sisi Zamri sudah penuh dengan berbagai barang.. termasuk sejambak bunga
yang diberi Khairuzzaman, anak sulung Mak Chah.
“Alhamdullilaah..
semua selamat, sebab kata operator tu, you
involved dengan lori balak.. ngeri jugak bila I dengar.. tambah-tambah lagi,
mereka kata kereta you yang masuk gaung tu jatuh upside down. Macammanapun syukur, you tak apa-apa.. hanya cedera
ringan” jelas Ammar lagi.
“Ni nak
tanya? Tahu tak lori siapa? Dari
syarikat mana? Kalau hendak saman mereka, saya boleh bantu..” jelas Ammar.
Kalau dah lawyer tu, kemana-mana otak lawyer, ingat saman menyaman sahaja yang
mereka tahu!.
“Polis
sedang siasat.. susah juga, saya tak dapat beri banyak maklumat sebab dah
gelap.. itulah, lori tu pun dah nak cepat, takut tak sempat hendak turun. Saya
yang mengelak, tu yang jatuh gaung. Kalau saya tak elak, saya dah di bawah
tayar lori tu.. Encik Ammar dah tak bercakap dengan saya sekarang..” jelas
Zamri.
Masih lagi
hendak bergurau. Ammar hanya angguk.
“Tak
apalah, if you need any legal information
just buzz me..” katanya.
“By the way.. Mila suka tak hadiah yang I
hantar?” pertanyaan ditujukan kepada Murni, apabila Ammar menoleh ke arah Murni
yang sedari tadi hanya diam membisu.
“She love it..” jawab Zamri.
Soalan
ditujukan kepada Murni tetapi Zamri pula yang menjawab. Jika diikutkan hati
Murni, mahu rasanya dia memberitahu Ammar supaya jangan menghantar
barang-barang sedemikian lagi kepada Mila. Tetapi bila dia teringat pesan
Zamri, dibatalkan niatnya.
“Oh..I’m sorry I shouldn’t raise this issue at this
moment.. I’m sorry”
Ammar tunduk, menyedari dia bertanya tidak kena pada waktu dan tempat.
“Zamri,
kalau ada apa-apa yang you perlukan, just
let me know. At least di KL ini I akan bantu apa yang I boleh..” Ammar cuba membantu.
“Thanks..
kami dah nak balik dah, esok mungkin I discharge esok..” jelas Zamri.
“That soon? Why so soon, you dah sihat
betul ke Zamri?..” soal Ammar
“Ya.. kan I
dah kata, I tak serious mana pun..” Zamri menyakinkan dia sihat.
Cerita
sebenar tidak diberitahu, biarlah dia dan Murni sahaja yang tahu. Oh ya, dan doktor muda yang merawatnya juga yang
mengetahui. Lama juga mereka berbual. Murni langsung tidak ambil pusing mahupun
menyampuk dengan apa yang dibualkan mereka. Malas hendak Murni layan. Lelaki
itu memang sudah dipadamkan dari kotak fikirannya sejak dia menjadi Mrs Zamri.
Cuma sekarang lelaki ini asyik selalu muncul dihadapannya, membuatkan dirinya
rimas. Murni faham dan
cukup mengerti, lelaki itu akan terus muncul selagi dia tidak dapat apa yang
dia hendak. Wajah Mila terbayang.
Lega hati
Murni sebaik sahaja Ammar pergi meninggalkan mereka. Sempat pula Ammar menjeling ke arah bekas isterinya.
Murni buat tidak nampak sahaja. Dia sudah ada Zamri, Zamri segala-gala bagi
dirinya kini. Walau apapun keadaannya, Zamri akan tetap disisinya.
Namun persepsi
Zamri lain pula, dia perasan, Ammar masih sayangkan Murni. Dari gerak mata dan
renungan Ammar kepada Murni, Zamri dapat mentafsirkan. Masih ada kasih Ammar
terhadap Murni, membuat Zamri tercabar.
“Inilah
manusia.. bila dapat peluang,
bukan main lagi hendak ambil kesempatan, sudah beri betis, hendak peha pulak..”
bisik hati Zamri, geram.
Entah
mengapa, jika dahulu dia tidak merasa cemburu, tetapi tidak sekarang. Sekarang
dia merasa sangat cemburu dan rasa tergugat, terutama apabila menyedari keadaan
dirinya. Dirinya yang sudah tidak sempurna sebagai seorang yang dipanggil
“Lelaki”.
12 comments:
sya suka karya awk.....xsbar rasanya nk tau ending citer ni....
jgn stop yer...
Bukan nak stop, nak tukar cerita. Sebab saya memang suka menulis. Nak cari cerita yang boleh gu dengan semua, baru rancak..gitu. Tak apa kita habiskan cerita ni dulu ya..panjang lagi cerita ni. Murni tetap bersama Zamri atau kembali kepada Ammar demi Mila..tunggu!
jangan la hentikan citer ni .. best tau .... apa kata awak buat chat box ... lagi seronok nak online dgn penulis ...
ada facebook tak? ... share la your stories kat sana ... kot2 ada publisher yg berminat especialy cerita akram .. hehehe ... lain la citer tu .. tak cliche cam citer lain ... kawen paksa ... etc ... hehehe
Dah cuba create chatbox, tapi tak jadi.. tak pandai. facebook nama Rose Ezadora. jemputlah singgah di FB saya.
Lagipun, saya kurang percaya dengan kes kahwin paksa ini. Mana ada lelaki yang sabar bila ada ikan depan mata. Lagi tahu, terpaksa bila dah terlanjur. Mana ada? Nak lari adalah...
tu la kan ... makin nak larikan diri ... ada satu kes benar ni ... dia (perempuan) kawen atas permintaan keluarga ...lelaki tu pun setuju la jugak ... tapi lepas bertunang lelaki ni berkenalan dgn officemate dia ... jatuh cinta ... tapi still kawen jugak dgn pilihan keluarga ... then lepas dia "balun" perempuan tu .. dia kata dia actually dah ada orang lain ... cerai la mereka ...
cerita benar taauuu ... lelaki mana nak tolak ikan .. lagi2 ikan halal ... huhhu .. sian pompuan tuu ... rasa tertipu
Dah kata dah! Apa yang cerita dalam novel tu, tipu aje..nak buat ceritapun biarlah logik..kan..kan..kann..Tapi cerita sayapun tipu jugak..ha..ha..ha..
Ada 30% aje yang betul.
Cerita Akram ada 50%, part ending. Sebab ending sebenar, sedih. Hani kena cerai..dan dah ada 2 anak lelaki. Mungkin saya sambung, dengan kesah 2 anak lelaki kut.. macammana? Tak semua ending, happily ever after. Tang after tu.. yang banyak ranjau dan duri..
owwhh. ... siannya haniiii. ...reason cerai sbb yg sama ke? .... huhuhuhu. ..sbb muka sama? ... kalau u kembangkan plot sure ada penerbit nak buku u ni. . hihihihi
Tak, bukan sebab muka yang sama tetapi suami masuk penjara, gelap duit. Syarikat travel.
Hani memang ex-nurse. Jatuh cinta dengan mamat Cape Town tu masa merawat si mamat accident kereta di Malaysia. Bawa balik Cape Town, hidup susah sebab di benci mertua. Kalau tahu cerita Hani, memang menangis giler. Saya orang luarpun sedih mendengarnya. terutama bila tengok dua budak lelaki yang comel,yang tak tahu apa-apa.. kasihan..
alahai haniii ... siannya dia ... harap2 dia ok la skrg ni ... huhuhu ...
Itulah cerita Hani. Cerita Murni dan Zamri, hanya rekaan semata-mata. Cuma keadaan sekeliing Frazer Hill adalah kesah sebenar, buat saya jatuh cinta dengan Frazer Hill. Kalaulah saya ada dana, mahu rasanya saya miliki rumah di sana..KALAU!!
Post a Comment