Bab 14
Hari ini sibuk
sangat pula. Banyak betul kucing-kucing dibawa oleh tuannya yang mengadu
binatang peliharaan kesayangan mereka tidak ada selera makan dan banyak memuntahkan
hairball. Bukan sahaja binatang yang mengalami masalah ini. Manusia juga
terjejas dengan avian influenza yang sedang menular global. Bagi manusia
pandailah mereka mencari ubat, tetapi yang kasihan binatang-binatang peliharaan
ini. Jika kucing kampung, bolehlah mereka merayau mencari daun-daun herbal yang
boleh merawat mereka, kerana mereka sudah biasa survival untuk hidup. Tetapi
tidak kepada kucing belaan, yang manja. Makanpun tuannya yang terpaksa isikan
dibekas makannya. Inikan pula keluar mencari daun-daun herbal. Tuannya tidak
membenarkan mereka keluar sebarangan. Bukannya apa, takut hilang dicuri orang
ataupun dibaham anjing. Mahu
menangis si tuan atas kehilangan kucing yang bernilai beribu ringgit.
“Lyna could you
help me with this one!” tegas sahaja suara Dr. Amelda kearah ku. Terkejut aku
yang sedang sebok membelai si pesakit berbulu.
Dr. Amelda kawan
baik ku di hospital binatang ini. Berbangsa Cina yang berkahwin dengan Rao, doktor MD yang berbangsa
India. Kes doktor bertemu jodoh dengan doktorlah ni, kahwin muhibbah.
“Ya..ya kejap. Mel.” jawab ku kepada Amelda.
“I rasa this one
will not last much longer.. tengok.. nafas dia dah pendek dan I think the
kidney dah fail..” kata Amelda lagi.
Dia merujuk
kepada seekor kucing berwarna kelabu yang sudah tidak ada harapan untuk
diselamatkan.
Aku telek collar
dileher, tertulis “Smokie” nama sikucing.
Benar seperti
yang diberitahu, tidak beberapa minit aku lihat kucing tersebut bernafas laju
dan mengakhiri nafas terakhirnya panjang. Sudah masuk 5 ekor yang sudah selamat
sampai ke syurga. Yang pasti aku akan melihat tuan-tuan binatang peliharaan itu
yang bakal mengalirkan air mata apabila mengambil bangkai binatang kesayangan
mereka, kejung dan kaku. Banyak sudah aku lihat, selalunya sudah bersedia
dengan kain batik untuk membalut bulu-bulu lembut binatang peliharaan
kesayangan mereka buat kali terakhir. Sedih memang sedih. Nampaknya Smokie akan
menambah bilangan bangkai yang sudah tersusun didalam kandang masing-masing.
Hanya menunggu dikutip oleh tuan-tuan mereka.
“You have how
many more patients..” tanya Amelda lagi.
“I have two
more.., this one I have to quarantine, sebab si Kopi ni tak berapa serious..”
aku maklumkan kepada Amelda yang kucing parsi hitam jantan yang bernama Kopi,
yang sedang aku belai, nampaknya tidaklah tenat sangat.
Masih
bersinar-sinar lagi mata si Kopi, disebalik bulunya yang hitam pekat dan
berkilat itu, terbeliak memandang aku. Aku tahu dia sakit, tetapi masih ada harapan untuk dia
selamat.
“The other one
is that one..” aku tunjuk ke arah satu lagi kandang yang ada penghuni seekor
kucing putih yang bertumpuk hitam, coklat dan kuning.
“That one too
not so serious..’ kataku.
“Aku lapar dah..” jawab Amelda.
Ohh.. baru aku tahu kenapa dia bertanya, dia hendak
mengajak aku keluar makan tengahari.
“Boleh.. kejap
lagilah Mel.. after we clear all the vaccination..” kataku.
Amelda hanya
angguk.
“Apa hal.. tak
ada lunch date dengan Rao ke..” aku cuba mengusik Amelda.
“Not today lah
Lyna.. dia ada major operation to attend..entah katanya dia kena transplant
hati. First time in Malaysia tau? First time tu..” katanya lagi.
Seperti mudah
sahaja Amelda memberitahu bahawa suaminya akan melakukan perpindahan hati yang
pertama di Malaysia. Memanglah aku tahu, Dr. Rao tu pakar bedah, tidak pulak
aku tahu begitu serious dia dengan kes pemindahaan hati yang baru sahaja
berjaya dilakukan oleh seorang doktor di Afrika Selatan beberapa bulan lalu
akan dilakukan oleh seorang lagi doktor. Doktor dari Malaysia pulak tu.
Pastinya akan gempar didada akhbar esok hari, sekiranya pemindaan ini berjaya.
Amelda tentu berbangga dengan cerita itu esok yang bertajuk “ seorang doktor
dari Malaysia merupakan doktor kedua yang telah berjaya membuat pemindaan
hati..”. aku jelling Amelda.
“Jom kita
bersihkan diri sebelum lunch..” kata ku kepada Amelda yang hanya duduk
menunggu, setelah dia melihat aku sudahpun memasukkan Kopi kedalam kandang khas
yang berkaca.
“Hemm.. jom..”
jawab Amelda.
Memang tidak
pelat langsong nyonya ini apabila berbicara didalam bahasa Melayu. Amelda
dibesarkan di Lukut, banyak komuniti Cina, India dan Melayu. Tetapi kerana berada di kampung,
pergaulan sudah menjadi muhibbah. Bahasa Malaysia dijadikan bahasa harian, itu
yang membuatkan dia tidak pelat untuk berbicara.
***
Letih betul aku hari ini, balik terus tersandar di
sofa. Lia aku biarkan sahaja bermain sendirian didalam babycourt. Nasib baik
Lia juga baik hari ini, tidak banyak songel, mungkin mengerti ibunya penat
sangat.
Aku memejamkan mata, sekadar dapat melapangkan fikiran.
Jangan terlelap sudah, nanti bahaya. Lia sudah pandai memanjat, mahu nanti dia
memanjat keluar dari kandang kayu itu. Suasana unit
apartmentku sunyi, hanya terdengar bunyi kipas diruang tamu yang berpusing
ligat. Aku beralih ke sofa 3 seater. Aku lunjurkan kakiku. Sungguh lega
rasanya, jika dapat melelapkan mata 40 winks, baru segar rasanya badan.
Terkejut aku apabila aku terdengar Lia menangis. Aku
terlelap rupanya. Ingatkan hendak lelap 40 winks, rupanya entah beratus winks
yang aku ambil. Aku cepat meluru kearah Lia yang melaung. Kakinya terjulur
keluar rupanya. Aku geleng kepala. Cepat-cepat aku mengeluarkan kaki yang
terkeluar dijaring baby court lalu mendukungnya.
“Lia kenapa keluarkan kaki.. nasib baik tak tersepit
tau?” kataku memujuk Lia dan mennyapu air mata yang masih tertakung dikelopak
matanya.
“Lia, janganlah nakal.. ibu letih sangat hari ni..
untie Yan pun tak balik-balik, maghrib dah nak habis ni..” aku membelel
sendiri.
Bercakap dengan kanak-kanak yang berumur tidak sampai
dua tahun. Apa yang dia faham. Jika ada Dian, boleh juga dia tengok-tengokan
Lia, sementara aku menunaikan solat.
“Lia nak nenen..ibu buatkan ya.. tapi kena mandi
dulu..jom..” aku dudukkan Lia dan membuka bajunya dan terus memandikan Lia.
Setelah siap berpakaian tidur aku buatkan dia sebotol
susu seperti yang telah aku janjikan. Cepat sahaja dia
mengambil botol dan memegangnya dengan cermat lalu mengisapnya. Tidak habispun
sebotol, Lia lena. Inilah peluang aku untuk membersihkan diri dan mengerjakan
solat maghrib yang tinggal waktu kecemasan.
Sebelum aku sempat memberikan salam, aku dengar pintu
depan dibuka orang. Dianlah tu, baru balik. Aku lega, ada Dian untuk berbual.
Liapun masih tidur.
Aku kemaskan serba sedikit bilik aku dan kemudian
keluar. Aku lihat Dian duduk disofa menonton TV.
“Kau dah makan ..” tanyanya.
“Belum..” jawabku
“Ahh.. ada satay aku beli untuk kau, sama dua ketul
nasi impit.. kita orang dinner kat Satay Kajang tadi..” katanya yang sedang
duduk dengan kedua-dua kakinya bersila diatas sofa.
Tersenyum aku, ada rezeki dari Dian, satay pulak tu,
kegemaran aku. Memang aku suka makan satay, terutama satay Kajang. Walaupun
Kajang tidak jauh dari rumah, tetapi aku jarang kesana kerana ramai sanat
orang. Dengan budak sekecil Lia, agak susah apabila terpaksa berdiri menunggu.
“Siapa yang beli, kau ke Jeff..” tanya ku, apabila
satay yang dimaksudkan sudah ada didalam pinggan yang ku tatang didepan TV.
“Jangan banyak
tanya, makan aje“ jawab Dian.
“Jeff la..siapa
lagi!” sambungnya.
“Say thanks to
him..” kataku dengan sedikit mulut yang penuh kerana secucuk satay sudah
selamat didalam mulut ku.
Ingat juga
rupanya Jeff pada aku, jangan Dian jealous sudah..aku sengeh nakal.
“Hemm..Lyna,
kita orang dah decide, we will be getting married by end of this year..” tesengeh
sahaja Dian memberitahu rancangannya.
“Serious!
Congrat Yan..” kataku.
Aku tumpang
gembira dengan berita itu, tetapi aku juga sedih kerana akan kehilangan
housemate yang baik.
“So.. dah ada datenya ke? Senang sikit aku boleh ambil
cuti awal sikit.. takut nanti, orang lain dah booked, tak merasa aku nasi
minyak kau?” kataku lagi.
“Kita orang
cadang Chritmas day, at least, boleh cuti sampai Januari..” jawab Dian dengan
rancangan hari bahagianya.
“Chritsmas
day..hemm.. bagus jugak tu, tapi aku Christmas susah sikit nak cuti sebab ramai
orang Kristian di Vet tu yang nak raya. Kita yang bukan Kristian ni lah kena
tunggu hospital. Macamanapun aku akan cuba..” kataku dengan nada yang agak
kecewa.
Kecewa kerana
sudah tahu, bakal tidak dapat menghadiri hari bahagia Dian. Mana tidaknya, di
Vet, hampir 50% berugama Kristian. Bukan seperti agensi kerajaan yang lain,
ramai orang Melayu. Lain kesahnya ditempat kerja aku, kerana banyak kena handle
binatang-binatang yang najis, yang tidak dibenarkan oleh orang Islam seperti
anjing dan kadang tu terpaksa ke ladang babi untuk penyiasatan dan lain-lain. Tidak mengapalah Dian, tanpa kehadiran akupun,
majlisnya tetap akan berlangsung. Betul tak? Bisik hati kecewaku.
“Hemm..Lyna, next month aku bertunang, lepas tu aku kena
kursus kat Singapore sebulan.. jadi kau tinggal soranglah nampaknya..ajaklah
adik kau temankan kau? Siapa namanya yang kat Uni tu..” sambung Dian lagi.
“Aliya..” jawab ku, apabila susah sangat hendak
mengingatkan nama Aliya. Aku tahulah, hanya nama Jeffry sahaja yang memenuhi
dikepala otaknya, sehinggakan nama orang lain sudah tidak dapat diingatkannya.
“Ah..Aliya..diapun dah lama tak datang sini..” katanya
lagi.
“Dia sibuk,
exam, last week aku balik, dia study break.. lepas tu berperanglah dia dengan papers..” kataku.
Aku memang tahu bagaimana rasanya menjadi pelajar
Universiti, kerana aku pernah berada ditempat itu satu ketika dahulu.
Kesah aku bertemu dengan abang Rafiq yang diatur
keluarga tidak dapat aku luahkan kepada Dian. Biarkanlah sahaja buat sementara
waktu menjadi rahsiaku. Yang penting sekarang ini, berkongsi berita kegembiraan
dirinya yang bakal menjadi isteri Jeffry. Hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi ke
hari bahagia mereka.
Hari bahagia aku bila pula?
Hemm.. itu masih
menjadi satu tanda tanya. Rasanya tidak kemana, kerana sudah seminggu pertemuan
pertama, tetapi tidak ada pula berita untuk pertemuan seterusnya.
Berat hatiku menyatakan abang Rafiq bukan
jodohku. Mampukah aku mengikis tangkapan
aku terhadap abang Rafiq yang sedari kecil aku kenali sebagai kawan abang Fadil
dan kawan sekampung, tidak lebih dari itu.
Jujur aku katakan, aku suka dia dipertemuan pertama.
Pertemuan itu mampu membuat hatiku berdetik, tetapi tidak berlari laju dengan
debaran. Tidak dapat pula aku tafsirkan bagi pihak dirinya, entah-entah
berdetikpun tidak dihatinya apabila berjumpa denganku tempoh hari.
Wallahuallam.
Perasaan kasih sayang tidak boleh dipaksa-paksa. Itu
semua datangnya dari ALLAH. Hanya dia yang mampu mengerakkan seketul darah yang
dipanggil hati untuk sayang atau tidak. Bukan boleh dibuat-buat. Perasan itu
juga tidak datang dengan sekelip mata, itulah, mungkin aku harus memberi masa
kepada perhubunganku dengan abang Rafiq. Seperti mengharap sahaja aku ini. Aku
harus tepis harapan itu kerana aku takut, jika harapan itu bakal mengecewakan
aku.
Skrin TV yang bersiaran, masih menayangkan cerita yang
aku sendiri tidak faham. Kerana fikiran ku memikirkan tentang diri aku yang
akan tinggal sendirian beberapa bulan lagi, apabila Dian berumahtangga. Aku tarik
nafas panjang, tetapi tidak mengeluh. Dian pandang hairan.
“Hei..Lyna .kenapa kau?” tanyanya
“Tak da pa pa?” jawabku yang sebenarnya memang ada
apa-apa.
“Betul? Ahhh..aku tahu kau risau nak cari orang bila
aku kahwin nanti kan!..” soalnya, cuba menyelami hatiku.
“Relaxlah Lyna, aku dapat rasakan kaupun akan kahwin
tak lama lagi..” katanya bersahaja. Aku bulatkan mata, biar betul, Dian ni. Dia
tahu ke, sudah ada orang merisik aku dikampung.
Seingat aku, aku tidak cerita lagi hal itu kepadanya.
Jika aku bercakap didalam mimpi tak tahulah pulak aku.
“Mana ada?
Calonpun tak ada lagi..” jawabku
pantas.
“Siapa kata? Abang sebelah tu..” katanya lagi
Ishy.. kesitu pula si Dian ni. Dia juga tidak tahu,
mungkin Fahmi yang aku sudah ingat namanya itu sedang mengistiharkan perang
dingin dengan aku sejak aku memberitahu Kak Rozi mengenai suara perempuan itu.
Aku tahu perkara ini kerana sudah seminggu aku tidak bertembung dengannya.
“Suka hati kau lah Yan.. yang aku tahu dah seminggu
aku tak jumpa mamat tu..dia marah aku agaknya cerita kat Kak Rozi pasal suara
perempuan tu..” dengan nada sedih, kerana tersilap cakap.
Dian memandang aku, menyesal agaknya menyakat aku
dengan perkara itu.
“Sorry Lyna, aku gurau-gurau aje..” Dian memang rasa bersalah.
Entah kenapa, aku juga rasa bersalah terhadap si
rambut kerinting. Sebagai jiran aku tidak akan membiarkan perkara ini
berpanjangan. Aku akan meminta maaf, jika aku bertembung dengannya. Cuma
sekarang ini, sama ada aku berani atau tidak untuk melakukannya.
“Lyna, kau kena berani, kerana mulut kau yang celupar,
orang lain yang susah..” bisik hati kecil ku.
“Go Lyna go,
clear the matter dengan meminta maaf..” bisik hati kecil ku.
“Minta maaf
dengannya..ya minta maaf” berulang-ulang hati kecilku berbisik. Tapi bila dan
bagaimana?
No comments:
Post a Comment