Bab 12
“Macammana
Lyna?” tidak sempat lagi aku hendak duduk sudah ada soalan dari kak Shimah.
Terbalik kot! Dia pula yang terover excited. Aku senyum. Hai kakak ipar aku ni…
“Bolehhh..la..” jawab ku, panjang sahaja ucapan “boleh
tuuu”.
“Bolehlah aje?” tak cukup menyakinkan jawapan tu
Lyna..adake bolehlah aje pulak..” kata Kak Shimah, tidak berpuas hati dengan
jawapanku. Dia menanti jawapan yang sepatutnya ‘boleh jugak!, bukan bolehlah
aje’. Hemm..hemmm.
Aku menyerigai, tunjuk gigi yang tidak tersusun
cantik, manalah ada rawatan gigi yang pakai dawai braces tu, gadis kampung
katakan. Dia hendak aku jawab apa lagi? Aku agak, dia hendak mendengar jawapan
aku “Lyna sukalah dia tu.., Lyna dah jatuh hati dengannya.. macam tu!..tapi
memang benarpun aku dah tinggalkan secebis hatiku kepadanya, hanya perlu tahu
sama ada secebis hati aku itu diterima atau tidak olehnya, tetapi malu hendak
mengaku” bisik hati kecil ku. Aku sengeh lagi.. sengeh gatal!
“Akak ni, tak sabar-sabar la..ni baru jumpa, itupun
dengan mak dengan kakak dia? Belum date yang betul-betul.. akak tunggulah.
Nanti..di siaran akan datang.” akhirnya aku terangkan kepada Kak Shimah apa
percangan aku, sebenarnya hanya bergurau. Untuk memuaskan hatinya
agar dia tidak bertanya lagi.
Emak hanya
tersenyum. Emak aku, biasalah, dia sudah boleh baca fikiran anaknya. Dia tahu
aku sudah suka kepada abang Rafiq. Aku ni entah apa-apa! Sebelah pagi bukan
main lagi mengelak hendak berjumpa. Kini sudah lain pula didalam
dikepala…hampeh betul.
Cuma tidak
terkeluar ayat “I told you!” dari mulut mak, baru padan muka aku. Jika tidak mahu berdesing dan bernanah telinga aku diperli
emak.. emak
aku.
“Lia mana?”
tanya ku kepada kak Shimah, aku cuba metukar topik.
“Tu.. tak
sudah-sudah main dengan budak-budak tu..” jawabnya hanya memuncungkan mulutnya
ke arah beranda. Kak Shimah buat muka, dia tahu aku sudah malas melayan soalannya.
Datang pula
abang Fadil, menanya soalan yang sama. Sama sahaja mereka ini suami isteri,
tidak sabar-sabar. Abang duduk disebelahku.
“Lyna tengok,
okey tak si Rafiq tu..abangpun dah tak selalu jumpa dia, sejak abang kahwin,
last sekali abang terserempak dengan dia, kat kedai runcit depan tu. Entah..
rasanya last month.” kata abang, dengan muka berkerut, seperti serious sahaja
wajahnya.
“Dia sekarang
dah rupa lain ya bang.. terkejut juga Lyna masa jumpa dia tadi.. dia memang dah
lain..” kata ku berulang-ulang, memang aku tidak percaya dengan penampilan
barunya.
“Apenya yang
lain?” tanya abang, ingin mengetahui apa yang lain mengenai kawannya itu.
“Hemm.. ialah
orang overseas graduate memanglah lain.. bertahun-tahun kat luar negeri sana
tu, kulit dah jadi kulit mat salleh, penampilanpun sikit-sikit dah terikut
jugak. Dia boss kat Rafiq & Co. tu, Lyna tahu tak?, siapa tak tahu Rafiq
& Co.” panjang lebar abang Fadil memuji kawannya. Manalah tahu, sedikit
sebanyak dapat memasukkan jarum, agar
aku menyukai kawannya.
Aku tahu dia
cuba memancing aku, agar aku terus sahaja setuju dengan perancangan keluarga
dan menerima cincin tanda yang masih berada di tangan emak.
Cincin..ya
cincin yang mak beritahu petang semalam, sabar dulu Lyna, ini baru pertemuaan
pertama. Perlu ada pertemuan susulan, selami perlahan-lahan, hati dia dan juga
hati Lyna sendiri. Jangan dek kerana sudah terjatuh hati oleh raut mukanya yang
kacak itu sudah cukup untuk Lyna terus setuju. Banyak perkara lagi yang perlu
Lyna ambil kira okey! Tidak kenyang dengan menatap wajahnya sahaja. Tahulah dia
dianugerahkan segala-galanya, wajah yang menarik, fisikal yang tidak kurang
hebat, harta yang lebih dari cukup untuk menyara keluarga dan dari keturunan
yang baik-baik. Siapa tidak kenal anak Tuan Taib, cakap sahaja Tuan Taib, pasti
semua orang kampung kenal. Tapi
aku! Aku hanya seorang gadis kampung, biasa-biasa sahaja. Rupa, penampilan
sederhana dan segala-galanya sederhana… TYPICAL KAMPUNG GIRL.
“Lyna nak balik lepas asar. Abang?” tanya ku kepada
abang Fadil.
“Ahhh..
pandailah tu, dah nak tukar topik. Lyna.. Lyna...Abang pun rasanya bertolak
lepas asar..” jawabnya dan beredar.
Dia mengetahui
aku tidak berminat untuk meneruskan perbualan mengenai diriku dan si lelaki
kawannya, bakal adik iparnya konon.
Sementara Lia
leka bermain, aku mengambil kesempatan berkemas barang dan pakaian dibilikku
dan terus aku masukkan ke dalam bonet
kereta. Hanya aku tinggalkan yang perlu seperti beg bekalan dan pakaian Lia
yang akan dipakainya sebelum pulang. Aku lihat mak dan abah di pangkin wakaf.
Adalah mereka berdua itu, yang pasti emak membuat laporan terkini mengenai
diriku, itu sudah pasti.
“Aliya, balik
nanti nak tumpang akak ke abang?” tanya ku kepada adikku, mengemas
barang-barang mainan yang sudah bersepah bersama Rizal dan Jaja.
“Aya ikut
abanglah kak?” laungnya.
“Fadly mana?”
tanyaku lagi. Bertanya adik lelaki aku
yang pulang bercuti. Rindu
sangat dia dengan tanah air, hilang entah merayap kemana!
“Abang Lee pergi pekan, nak cari sim kad telefon
katanya tadi..” dari jawapan Aliya, aku akan menunggu adikku pulang dari pekan.
Bukannya selalu aku bertemu dengan adik aku yang satu
ini.
“Dia pergi dengan apa?” tanya ku lagi.
“Motor” jawab
Aliya lagi. Aku kerut muka “Motor?, motor siapa?” tertanya-tanya
“Motor siapa
Aliya?”
“Abah..” jawab Aliya sepatah.
Hemm.. hidup lagi ke lessen motor adik aku tu. Main
rembat sahaja motor abah, bukannya round keliling kampung, tapi ke pekan.
“Abang..Abang,,
kejap..” aku menahan abangku yang baru hendak keluar menemui mak dan abah di
wakaf.
Abang Fadil
berpaling dan berkerut muka.
“Apa dia..”
serious sahaja mukanya.
Tadi cuba
mengelak bila ditanyanya, kini panggil pulak. Agaknya pening juga abang aku
memikirkan fikiran aku yang tidak berapa betul sejak pertemuan tadi.
“Hemm… apa
dia..” ulangnya, lain macam jawapan sahaja abang aku, tidak mesra alam
langsung.
Aku hendak mengorek maklumat tentang kawannya. Hisy
tak sporting langsung abang aku hari ini.
“Hemmm.. tadikan Lyna jumpa abang Rafiq..” dan dia
sudah tahu, pasti mengenai kawan dia, jadinya dia cuba jual mahal.
“Hahh, kenapa dengan Rafiq..” belum sempat aku
bertanya, dia sudah tanya aku balik. Apalah abang ni,
tunggulah soalan aku dulu.
“Abang ada jumpa
dia tak?” Pap soalan apalah aku ini, Kan tadi baru sekejap abang beritahu dia
ada jumpa, tapi tidak selalu.
“Ada jugak, tapi
tak selalu laaaa..kenapa?” lagi satu soalan kepada soalan aku.
Abang Fadil,
cubalah bantu Lyna yang sedang memang memerlukan banduan abang, tak
faham-faham.
“Tak ada
apa-apa, Cuma..cuma Lyna terkejut tengok dia dah lain..tak macam dia
budak-budak dulu..” aku cuba meluahkan apa yang aku rasa mengenai sidia.
“Ialah adik oi..
itu zaman budak-budak,
sekarang dah dewasa.. dah bergaya, dah ada duit, mestilah lain..” jawab abang,
amboi abang aku ni.
“Taklah abang.. dia nampak handsome la sekarang..”
dah..dah tu Lyna, berani kata anak lelaki orang kacak ni.
“Bukan ke abang lagi handsome?” jawab abang sambil
angkat keningnya laju.
Perasan. Aku kerut muka, melihat abangku, bukannya dia
membantu, lagi menyakat ada.
“Perasan..” jawab ku sepatah.
“Lyna suka dia tak?.. kalau Lyna pilih dia, abang
setuju aje, dia orang baik apa?” akhirnya abang memberi secebis pendapatnya.
“Siapa kata dia tak baik? Cuma Lyna musykil, kenapa
dia tak kahwin-kahwin. Orang macam dia, petik jari aje dengan perempuan 10
bersusun datang..” kataku kepada soalan abang yang bukan soalan sebenarnya.
Lebih kepada desakan.
“Entah, abang pun tak tahu, dia tunggu Lyna agaknya
tak?” jawapan yang buat aku tertanya-tanya. Abang aku ada simpan rahsia
pasal kawannya ni ke?
“Ahhh.. malaslah
hendak cakap dengan abang ni.. orang cakap serious, dia main-main pulak”
rajukku.
“Abangpun
serious lah Lyna.. dia tunggu Lyna, dia memang dah suka Lyna dari dulu, dari
zaman kita budak-budak, dari zaman sekolah. Dia pernah cakap dengan abang, dia
nak jadi adik ipar abang, tapi abang ingatkan dia main-main.” Jawab abang.
Aku terlopong,
biar betul!
Terjawab sudah,
keraguan aku terhadap abang dengan kawannya. Kan aku dah kata, mereka ni ada rahsia, pasal aku.
Aku masih ternganga, apabila mendengar penjelasan
abang. Aku terus terduduk di sofa, nasib baik aku berada tidak jauh dari sofa.
Betul ke dengan apa yang aku dengar, dia menunggu aku selama ini. Tetapi kenapa
tunggu begitu lama?
“Bila dia tanya abang pasal Lyna bulan lalu, baru
abang teringat kata-kata dia yang dia sukakan Lyna..abang jumpa diapun secara
tak sengaja, jumpa kat kedai Best One depan tu..” ulang abang dengan
pertemuannya dengan Rafiq.
“Jadi selama ni, abang memang jumpa dia la..” aku
ulang lagi soalan hal jumpa, seperti tidak percaya.
“Ialah, kan abang cakap tadi, memang abang ada jumpa
dia sekali sekala.. dia kan kawan abang.., ishy adik ni.. penatlah abang jawab”
abang aku sudah malas melayan aku.
“Tahu.. dia kawan abang..Cuma Lyna rasa Lyna tak
sepadan pulak dengan dia. Walaupun dia dekat 10 tahun berbeza umur dengan Lyna,
tapi dia nampak muda..” sekali lagi aku pertikaikan penampilan Rafiq yang
diluar jangkaan aku. Bukan beza 10 tahun, hanya 7 tahun, sengaja aku
tambah-tambah, hendak sedapkan cerita.
“Tak usahlah Lyna nak fikir perbezaan umur.. fikir
hati Lyna, Lyna rasa sesuai atau tidak, itu aje, umur tu hanya angka.. kalau
dia boleh jaga Lyna dengan baik, dengan kasih sayang apa nak difikirkan dia
lebih tua 10 ke, 20 tahun ke..ishy adik aku ni.. banyak songel, nak suruh
kahwinpun susah..” Abang Fadil meninggalkan aku yang masih duduk ternganga di
sofa, mendengar kuliah selepas asar tidak rasmi dari abangku.
Abang Fadil tidak faham agaknya, mencari calon suami
bukannya semudah mencari kucing di SPCA, Tunjuk sahaja dan kemudian sudah boleh
terus bawa balik.
Sekarang ini hendak mencari teman seumur hidup.
Seorang yang boleh membimbing kejalan yang lurus, bukan setakat membimbing
isteri tetapi juga anak-anak jika diberi rezeki. Lagipun jika boleh hendak
suami tu biarlah sehingga akhir hayat. Bukan seperti lelaki boleh
beristeri sampai 4 orang serentak.
Aku lihat abang, mak dan abah, bergelak ketawa di
pangkin. Ini buat aku jelous ingin turut serta.
“Lyna..Lyna nak pergi kat sana ya? Tolong panggil
abang kejap, akak dah ready barang dalam bilik, hendak minta dia simpan dalam
kereta..” pinta Kak Shimah, sebaik sahaja dia melihat aku berdiri. Seperti
tahu-tahu sahaja aku hendak bertemu mereka dipangkin.
“Lyna.. dah fikir pasal Rafiq tu.. kalau akaklah ,
akak terima aje, dia handsome apa? Baik dan banyak duit lagi..” Tertoleh aku
kearah Kak Shimah apabila mendengar statementnya mengenai Rafiq.
Dia kenal juga dengan Rafiq rupanya. Agaknya aku
sorang sahaja yang tidak pernah jumpa dia sekian lama. Nanti aku cuba tanya
Aliya pula, manalah tahu, entah-entah diapun tahu Rafiq sekarang bukan Rafiq
yang berjerawat penuh dimuka. Kasihan aku.. selalu ketinggalan.
Perkataan “you always be the last to know“ berulang-ulang bermain dikepalaku.
“Kak.. Aya dah mandikan Lia.. nah..” Aliya menurunkan
Lia yang tadi dikeleknya. Lia terkedek-kedek berlari kearah ku, telanjang
bulat, setelah tuala yang membalutinya terlerai dari tubuhnya, dan dijinjing
oleh Aliya. Memang manja Lia dengan Aliya setiap kali balik kampung. Untunglah
Lia kerana ramai yang sayang kepadanya. Rizal dan Jaja juga sudah bersedia
untuk pulang.
Aku pula mengelek Lia dan berjalan kearah pangkin,
apabila Lia sudah berpakaian kemas.
“Bang, akak beritahu minta abang masukkan barang dalam
kereta..” kata ku terus tanpa memberi salampun. Semua memandang ke arah aku.
Sungguh korang sopan. Aku pandang kelangit, mengetahui sudah melakukan
kesalahan.
“Hemm.. ialah.. kejap lagi..” jawab abang, seperti
tidak bertenaga sahaja bunyinya. Aku juga duduk dipangkit. Dia aku lepaskan.
Bermain sendiri sahaja dia.
“Abah nak tanya ni.. macammana rasanya Lyna dengan
Rafiq tu..” bersuara abah yang tidak pula aku sangka.
Abah yang
selalunya hanya meminta emak yang menjadi jurucakapnya, tetapi hal ini dia pula
yang bersuara.
“Entahlah bah!
Masih awal lagi, nanti-nantilah Lyna beritahu.. takutpun ada, takut Lyna tak
dapat jalankan tanggungjawab seperti yang dia harapkan” Jawab aku
“Bukan suruh
buat keputusan sekarang, Lyna fikirkan dulu..” sambung abah lagi.
“Ialah bah..itu
yang Lyna akan buat nanti, bila dah ada jawapan Lyna telefon abah iya.” Kata
ku.
“Jangan lama
sangat pulak fikir tu.. oh ya..cincin tu Lyna nak pegang atau nak emak
simpankan dulu..” tanya mak pula.
“Mak simpan
dululah, tengoklah nanti, bagi Lyna fikir macamana?..” Lia yang sedang bermain
,aku kelek, sibuk pula dia bermain dengan rantai di leherku.
“Lia .. mari kat
nenek..” aku suakan Lia kepada emak dan kemudian Lia duduk diatas pangkuan mak.
“Lyna dah nak gerak dah ni..” kataku.
“Hati..hati, jangan lupa call bila dah sampai nanti..”
nasihat mak.
Aku angguk dan bersalaman dengan semua orang yang ada.
Lia
terus aku kelek semula dan memasukkannya dibaby seat disebelah pemandu. Aku
terus memandu meninggalkan mereka yang aku tahu masih memerhatikan aku yang
sudah bergerak perlahan.
Di kepala terbayang wajah abang Rafiq. Aku senyum.
Hisy.. tak boleh berangan Ilyna, kau sedang memandu, bahaya. Apa-apapun fikir
baik-baik. Jika dia jodoh kau, tidak akan lari gunung dikejar, insyallah..Aku
tersenyum sendiri. Tetapi gunug yang ini ada kaki.. Jahat rupanya hati aku, tersuka
kepada lelaki yang pada awalnya ingin aku elak.. penambahan “ter”
bermaksud tidak sengaja..he..he..he.. padan muka.
1 comment:
Entah mengapa jiwang sekejap dengar lagu ni..Oh Sam!!
Post a Comment