Bab 19
Seperti yang aku janji dengan emak, hujung bulan aku
pulang ke kampung. Longlai sahaja aku
keluar dari perut kereta dengan Lia di pinggang aku kelek. Seperti biasa
kehadiran Rizal dan Jaja meringankan pengawasan aku kepada Lia. Memberi peluang
untuk aku berbincang bersama emak. Ada perkara yang harus aku minta
pandangannya.
Dari istikharah yang aku buat, aku masih tidak dapat
mentafsirkan apa yang harus aku lakukan,
Kedua-dua lelaki itu tidak muncul dalam mimpi ku. Usahkan muncul dalam
mimpi, bayangpun tak ada. Bunga-bunga mimpi yang sipi-sipi juga tidak muncul. Nampaknya
aku sendiri yang perlu membuat keputusan.
“Hah! Lyna.. kenapa lemah aje mak nampak” bersuara
orang yang aku cari, emak aku...
“Bagus benarlah Lyna dah sampai.. ni ah..mak nak
tanya, Lyna dah fikir tak, hal si Rafiq tu..sibuk kakak dia tanya. Dia orang tu
hendak langsongkan cepat-cepat, dah lama sangat si Rafiq tu membujang..” kata
mak lagi.
Belum sempat aku hendak berbincang, emak dengan wajah
ceria sudah merencanakan hal aku. Aku tidak sampai hati pula hendak
menceritakan yang aku ada satu lagi calon menantu, yang ini pilihan aku
sendiri.
Aku menghenyakkan punggung aku ke sofa. Emak mengambil
tempat di sebelah aku. Aku hanya diam membisu, hanya mendengar suara mak yang sungguh
riang. Aku memang tak sampai hati menghancurkan harapannya.
“Lepas Rafiq balik jumpa Lyna tempoh hari, Rehan
telefon mak. Katanya Rafiq dah dapat baca fikiran Lyna. Katanya dari riak Lyna,
Lyna sudah dapat terima dia. Tapi mak hendak dengar dari mulut Lyna sendiri.. jadinya
Lyna nak terimalah cincin tu ya?” tanya mak.
Aku hanya senyum. Senyuman terpaksa.
“Mak
rasa macammana?” akhirnya aku bertanya dengan mak.
Secara
simbolik, soalan aku kepadanya ingin meletakkan mak di tempat aku, apa agaknya
yang mak akan buat!
“Apa
pulak mak yang nak rasa..? ishy.. budak ni, kita tanya dia, dia tanya kita
balik..bukannya mak yang nak kahwin?” emak sedikit hairan dengan soalan aku.
“Tak
laaaa..kalau mak, mak terima ke tidak?” soal ku lagi. Kali ini aku mengharapkan jawapan, bukan soalan dari
mak.
“Mak ni orang kampung Lyna.. apa
yang atuk dan nenek Lyna aturkan, mak terima aje. Tengok!, alhamdullillah, emak
kahwin dengan abah, kami bahagia apa! Abah jaga mak dengan baik..jaga anak-anaknya
jugak dengan baik” jawab mak, memuji abah.
Memang
tidak aku sangkal abah seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.
Memanglah emak beruntung dapat bersuamikan abah.
Mak memang tak ada pilihan lain selain abah, jadi dia terpaksa terima.
Andainya dia ada pilihan lain seperti keadaan aku sekarang, tentu dia juga di
dalam dilema seperti yang aku rasa sekarang.
Emak dah sah sah memang beruntung, tetapi aku
bagaimana? Beruntungkah aku jika berkahwin dengan abang Rafiq? Aku tidak
nafikan dari segi harta benda, memang abang Rafiq mampu untuk membahagiakan
aku. Dari segi lain aku tidak tahu.
Cukupkah hanya dengan harta bendanya?
Tetapi Fahmi.. Fahmi mampu membuat aku gembira, aku
rasa selamat apabila bersamanya. Tiba-tiba pula nama Fahmi terlintas di kepala
ku.
Kini aku betul-betul tersepit. Aku sudah mula rasa
tamak. Kedua-duanya aku sayang. Masalahnya aku tidak boleh memilih
kedua-duanya. Aku hanya boleh memilih satu. Salah seorang perlu aku kecewakan.
Yang aku nampak sekarang ini, aku terpaksa lepaskan Fahmi.
Maafkan aku Fahmi, demi keluarga, aku ikutkan sahaja
perancangan mereka.
Aku sudah tidak ada pilihan lain. Fahmi juga terpaksa berkorban untuk aku.
Ahhh...apalah aku ni, Fahmi tidak pernah meluahkan
perasaannya, mana aku tahu dia serious dengan aku. Entah-entah aku yang perasan
sendiri.
Lain pula kesnya dengan abang Rafiq, dia sudah berani
melamar dan sudah terang-terang bersedia mengambil aku sebagai isterinya.
Fikiranku jauh, memikirkan sama ada sanggupkah aku melepaskan
Fahmi kerana terpaksa, walaupun wajah abang Rafiq acapkali datang menutup wajah
Fahmi.
Nampaknya, abang Rafiqlah jodohku.
Aku masih dengar mak bersuara, tetapi aku tidak
memberi tumpuan dengan apa yang emak cakapkan. Yang aku nampak mulutnya yang
berkumat kamit.
Mak berjalan meninggalkan aku, tidak lama kemudian
muncul kembali dengan bekas cincin di tangan.
“Nah ambil ni, nanti bila jumpa dia, pakai..nanti dia
tahulah, itu tanda Lyna dah terima
dia..” katanya, kata-kata penghujung yang aku dengar jelas dari mak.
Bekas baldu berwarna biru berisi cincin aku sambut. Mulut ternganga, mak ni.. main-main paksa pula. Aku
buka perlahan bekas cicin yang sudah ditangan. Ada cincin belah rotan di dalamnya.
Aku keluarkan cincin tersebut dan aku telek.
“Telek
buat apa? Pakai!” suara mak lagi.
“Cuba pakai, muat tak? Guna jari si Kelly kata
Rehan hari tu.” mak aku, siap panjang lebar jika bercerita.
Cincin aku sarung perlahan ke jari manisku. Longgar
sedikit, tetapi tidaklah terlalu longgar, Cuma aku harus berhati-hati jika
memakainya, takut melorot, nanti hilang pula.
“Pakai aje dulu, nanti jari tu nak guna cincin tunang
pulak..” bersemangat sungguh mak aku mengharap yang aku menerima abang Rafiq.
Nampaknya memang aku sudah tersepit dan suka atau
tidak, aku sudah tidak ada pilihan lain. Abang Rafiq jawapannya, berulang-ulang
kali aku pasakkan di kepala.
Selamt tinggal Fahmi..
Aku dapat rasakan yang mak gembira apabila aku
menyarungkan cincin itu ke jariku. Demi membahagiakan mak, aku turutkan. Aku
terpaksa korbankan orang yang aku sayang.
Tidak menyempat-nyempat mak sudah bangun dan terus
menghubungi untie Rehan. Apa lagi hendak menceritakan yang aku sudah menyarung
cincin merisik tu lah!
Terdengar gelak
ketawa mak, dan pastinya juga dari pihak untie Rehan. Dari perbualannya yang
aku curi-curi dengar, untie Rehan akan ke rumahku petang nanti.
***
Di sebelah petang, bukan sahaja untie Rehan yang
muncul, abang Rafiq juga ada bersama dengan abang Fadil. Aku biarkan mereka
berbincang. Emak, abah, untie Rehan dan suaminya di ruang tamu. Abang Fadil dan
abang Rafiq di hujung beranda, bergelak ketawa. Cerita orang lelakilah tu
gamaknya. Lama mereka berbual, sehingga hampir waktu maghrib, baru untie Rehan
dan suaminya pulang.
Abang
Fadil dan abang Rafiq sudah lama lesap, entah ke mana, tidak aku peduli. Itulah bila kawan baik bertemu, ada sahaja aktiviti
yang mereka lakukan.
Di sebelah malamnya mak memberitahu aku, yang majlis
bertunang telah ditetapkan pada penghujung bulan hadapan dengan mas kahwin 5
ribu serba satu. Sewaktu itu 5 ribu, sangat besar. Sama nilainya 15 ribu
sekarang. Orang berada, 5 ribu, kecil sahaja nilainya bagi mereka. Mereka akan
menghantar 7 dulang hantaran, dan pihak aku akan membalas 9 dulang.
Soal cincin bertunang dan cincin nikah, untie Rehan
meminta aku dan abang Rafiq berbincang, design bagaimana yang aku suka kerana
semua akan ditanggung oleh abang Rafiq.
Aduh! penghujung bulan depan, dalam masa sebulan. Aku mejangkit dari Dian agaknya. Dian sibuk
hendak kahwin, aku pula sibuk hendak bertunang.
Apabila aku sudah membuat keputusan untuk memilih
abang Rafiq, aku perlu sedaya upaya untuk melupakan Fahmi. Kini baru aku
mengerti, rupanya Fahmi juga bertindak pindah dari rumah kak Rozi semata-mata
memberi aku ruang agar aku tidak bertembung lagi dengannya. Dengan cara itu aku
akan perlahan-lahan dapat melupakan dirinya. Fahmi juga sebenarnya menjauhkan
dirinya dari aku, demi masa depan ku. Fahmi..maafkan Lyna, Fahmi.
*****
“Kak, ada orang nak cakap..” Aliya memanggil aku yang
sedang membantu Kak Shimah menyediakan sarapan. Tangannya memegang gangang
telefon.
Aku berjalan deras ke arah telefon. Masa itu, masa ada
lagi telefon bimbit bagai..
“Siapa..” sempat lagi aku bertanya, sebelum corong
telefon yang sedang Aliya pegang berpindah tangan. Aliya hanya angkat bahu.
Terus sahaja dia hulurkan kepada aku.
“Hello..” jawab ku, sebaik sahaja corong telefon sudah
melekap ke telinga.
“Lyna.. abang ni..” aku dengar suara lelaki dihujung
talian.
Aku kerut mukaku, seperti tidak percaya, lelaki ini
sudah berani menghubungi aku di rumah. Siapa lagi kalau bukan bakal tunangku, abang
Rafiq.
Adik akupun sudah pandai mengena aku rupanya,
sedangkan dia tahu siapa sebenarnya si pemanggil. Nanti kau Aliya, dah pandai
mengenakan akak ya? Bisik di hati yang geram. Tetapi terpaksa berlakun seperti
tidak ada apa yang berlaku, kerana aku hendak bercakap dengan bakal tunang ni. Soal
Aliyah kena tolak tepi buat sementara waktu. Mulut kena manis beb! Lembut gigi
dari lidah.
“Ya..
bang..” tanya ku, kenapa menalifon, dengan nada selembut-lembut yang termampu
aku lakunkan..
Petang kelmarin baru sahaja bertemu, walaupun tidak
berbual. Hari ini dia sudah mencari aku lagi, dia rindukah? Sayangnya aku
tidak!
“Lyna senang tak? Abang nak ajak pilih cincin di
pekan..” kata abang Rafiq.
Riang sahaja, sudah tidak sabar hendak bernikah
agaknya.
“Hemm.. sempat ke? Lepas asar Lyna nak balik KL dah..”
jawabku cuba mengelak. Harap-harap alasanku menjadi..
“Kejap aje, lepas lunch kita balik lah!..” pujuk abang
Rafiq lagi.
“Hemmm..Nanti Lyna tanya mak, abang tunggu kejap ya..?”
aku mencari alasan, kerana aku tidak sanggup untuk mengata tidak.
Aku
letakkan corong telefon di tepi.
Emak
aku cari.
Aku
nampak mak sedang menelek bunga orkidnya. Cepat-cepat aku mendapatkannya.
“Mak..ohh
mak.. abang Rafiq telefon nak ajak Lyna cari cincin, tapi lepas asar Lyna dah
nak balik, sempat ke kalau keluar sekarang?..”tanyaku, mengharap emak akan
faham apa yang hendak aku sampaikan.
“Ehh..
boleh sangat, baik beli sekarang, tak adalah kelam kabut nanti..”jawab mak.
“Hahh.. dia masih tunggu tu..” aku berlari anak masuk semula
ke dalam untuk menyambung semula perbualan aku dengan abang Rafiq yang masih menunggu.
“Bang..
abang.. hello..” aku berhello hello, apabila aku tidak mendengar apa-apa suara
di hujung talian.
“Ya..ya..
macammana?” akhirnya muncul semula suara abang Rafiq.
“Bila
kita nak pegi..” tanya ku.
“Lyna
siap, pukul 10 macam tu.. abang sampai ambil Lyna okey..boleh tak?”katanya. Dah
dia yang buat rancangan, macammana aku hendak kata tak okey!
Mata
aku beralih ke arah jam dinding berpendulum koleksi abah.
Sudah
menunjukkan 8.15 pagi. Masih banyak masa untuk aku bersiap.
“Okey..10”
jawab ku.
“Assalamualaikum..”
aku menamatkan perbualan dan salam aku disambut oleh abang Rafiq. Salam pertama yang aku terima dari lelaki yang bakal
menjadi tunangan ku.
Lia aku lihat bersama Aliya. Fadly,
Rizal dan Jaja sedang menonton TV yang menyiarkan rancangan cartoon. Emak, apa
lagi jika tidak dengan orkidnya.
Abang
Fadil dan abah di beranda membaca suratkhabar. Hanya Kak Shimah sorang-sorang di dapur. Kasihan pula
aku kepadanya. Baik sahaja aku bantu dia dan jam 9.00 baru aku bersiap.
Bukannya hendak bermake up sakan. Aku hanya perlu 10 minit untuk aku bersiap.
Belumpun jam 10 pagi, sudah aku lihat abang Rafiq di hujung
beranda, berbual bersama abah dan abang Fadil, Fadly pun turut sama.
Perlahan aku mendekati mereka.
“Haah, dah siap pun..” tegur abang.
Aku yang berseluar jeans denim dengan kemeja T
berkolar lengan pendek, biru. Simple sahaja, kerana baju itu sahaja yang aku
jumpa di dalam almari baju. Abang Rafiq pun kasual sahaja dengan jeans denim
dan kemeja T berkolar kuning air.
“Lia?”
tanyanya dengan sedikit membesarkan matanya.
“Lia,
tak ikut..” jawabku kendur.
Seperti
tahu-tahu sahaja yang abang Rafiq bertanyakan sama Lia akan turut serta,
walaupun hanya dengan sepatah perkataan. Main hentam aje aku ni, entah-entah
dia hendak bertanyakan hal lain!
“Dah..jom,
pergi awal, kita boleh balik cepat.” katanya sambil mengeluarkan kunci kereta
Volvo dari poket seluarnya.
“Saya
pergi dulu pakcik..Dil aku gerak dulu..” katanya meminta diri.
“Kau
jaga adik aku baik-baik, pergi pekan aje, jangan melencong ke tempat lain pulak
tu..itu adik aku tau? Kalau jadi apa-apa, lebam bijik mata kau!“ kata abang
Fadil, bergurau dengan kawannya.
Abang
Rafiq hanya tersengeh dan mengangkat kedua ibu jarinya sambil menginget
matanya.
Aku pun meminta diri terus mengikutnya dari belakang.
Tidak banyak yang kami bualkan di dalam kereta. Aku
seperti kematian idea untuk berbual mesra. Sebenarnya, memang tak ada idea, apa
yang hendak dibualkan.
Di kedai emas, pemilihan aku serahkan seratus peratus
kepada abang Rafiq. Apa sahaja yang dipilihnya, aku akan setuju, kerana dia
yang akan membayar, manalah aku tahu budgetnya. Takut pula aku terpilih yang
mahal, nanti nampak sangat aku yang terlebih over, mata duitan. Bagiku semua
yang dipilihnya cantik-cantik belaka. Tambahan bukan harga cincin bukan menjadi
ukuran. Tetapi nilai hati si pembeli yang harus ikhlas dan jujur yang patut
menjadi pertimbangan.
Selesai
memilih 2 bentuk cincin, abang Rafiq
mengajak aku minum di restaurant hotel, tempat pertemuan pertama dahulu.
Aku akur.
“Abang
tengok Ilyna, macam tak happy aje?” tanyanya apabila sedang duduk menunggu mee
goreng special siap. Juice orange yang di depan mata aku sedut perlahan.
“Tak
ada apa?” jawabku perlahan.
“Ilyna
tak happy nak jadi isteri abang ya..” telahnya.
“Tak
lah!” pantas aku menjawab.
“Ilyna..
masih ada masa lagi, jika Ilyana hendak tukar fikiran.. ini masa depan Ilyna
yang kena fikir.. abang tak mahu, abang yang jadi halangan dalam hidup Ilyna,
trust me sayang.. abang boleh aje terima apa sahaja keputusan yang Lyna
ambil..” tegasnya.
Aku angkat muka dan memandang tepat ke arah wajahnya. Dia
pula yang tunduk, tidak sanggup melihat aku agaknya.
“Tak
bang.. Lyna setuju, Lyna patut bersyukur abang sanggup ambil Lyna dan Lia
sekali dalam hidup abang..” jawabku.
Pandai
pula aku menyakinkan dia.
Tapi
memang betulkan, memang susah lelaki yang sanggup mengahwini ini dan mengambil
Lia sekali ke dalam hidup mereka. Kecuali lelaki yang berada di hadapanku dan
seorang lagi lelaki yang bakal aku kecewakan.
Aku dengar seperti helaan nafas lega yang dia tarik. Aku
tahu dia masih menaruh harapan kepada aku. Yang aku ni kenapa? Sudah
terang-terang abang Rafiq sayang kepada aku. Aku pula yang hendak buat hal
pulak! Berilah ruang untuk Fahmi dengan hidupnya. Lepaskan Fahmi, bisik hati
kecil ku. Tersedar aku dengan tindakan yang tidak berfaedah yang sedang aku
lakukan.
Abang Rafiq punyalah baik sangguh tunggu aku, sampai
aku sedia, tak patutlah aku sia-siakan. Tiba-tiba aku sudah boleh tersenyum
apabila suara kecil itu bertalu-talu menggasak difikiranku.
“Ahh.. macam tu lah, senyum sikit, lega hati abang
dari tengok Ilyna yang muram semacam macam ayam berak kapor..” perasan rupanya
abang Rafiq, tetapi kerana dia bersikap matang dilindunginya.
“Dah tu.. mari kita makan”
ajaknya kerana mee goreng special sudah terhidang di depan mata masing-masing.
Masih panas, asap nipis melayang ke udara setiap kali garfu dan sudu ditolak.
“Oh
ya, bercerita pasal kita, abang dah survey rumah yang abang rasa sesuai untuk
kita. Locationnya
tengah-tengah, dekat dengan tempat kerja Ilyna dan dekat dengan ofis abang.”
Sambungnya. Jauh betul perancangan orang yang sudah matang begini. Aku tidak
terfikirpun begitu jauh perancangannya.
“Abang dah berkira-kira nak beli rumah kat Nilai,
murah, ruangnya besar pulak tu… Tak sibuk, masih lagi macam kampung kita ni..
Ilyna okey tak kawasan tu.?.” tanyanya, apabila aku hanya diam mendengar
perancangannya.
“Saya okey aje..” jawabku mendatar.
Malu pula aku ditegur sebegitu. Ketara agaknya
perlakuan aku. Rumah dia, dia yang beli. Sebagai seorang isteri aku harus
berada di mana sahaja dia berada. Tak kan pula kami hendak ada dua rumah?
Seorang di selatan dan seorang di utara. Tambahan
pula aku tahu, sebagai jurutera dan seorang contractor class A, tentu dia tidak akan duduk di apartment seperti
yang aku sewa sekarang ini.
“Lepas
kita tunang nanti, abang bawa Ilyna kat rumah tu, dah 90 percent complete,
tinggal wiring dan plumbing aje. Abang nak mintak anak buah abang buat interior
décor kat rumah tu nanti..” bersungguh-sungguh dia dengan rumah yang bakal
menjadi mahligai kami kelak.
Aku
lihat abang Rafiq menelek jam tangannya. Kemudian memandang tepat ke arah aku.
Aku
yang masih terkial-kial menghabiskan rezeki di depan mata. Dia sedut air minumannya, menemankan aku menghabiskan
makanan. Aku dapat rasakan dia pasti ada hal lain, selain dari menemankan aku
makan. Businessman.. masa itu duit.
Namun dia tidak memaksa aku agar segera menghabiskan
makanan ku. Apabila dia pasti yang aku sudah selesai, baru dia membuka mulut
untuk mengajak aku pulang.
Sikapnya yang matang membuat aku perlahan-lahan
memahat hatiku dengan namanya. Beralih ke tepi ukiran Fahmi di hatiku yang aku
terpaksa kuis.
Aku yakin, dialah jodohku yang aku tunggu. Aku juga
sepatutnya sedar bahawa kerana aku membuatkan dia menunggu sehingga usia sudah
dipertengahan 30an. Ilyana kaulah jodohnya. Ingat tu, kaulah jodohnya..
berulang-ulang aku dengar suara hati aku berkata-kata.
No comments:
Post a Comment