Bab
20
“Makcik,
saya kena pergi, saya ada hal sikit..” katanya sebaik sahaja dia menghantar aku pulang. Perkataan
“Makcik“ yang bakal tertinggal “cik“. Tidak lama akan kena panggil “Mak“, tak
mahu practise ke?
Tersusun ayat abang Rafiq menolak pelawaan emak supaya
dia singgah sebentar untuk minum kopi. Adap orang melayu, melawa setiap tetamu
untuk secawan kopi.
“Jumpa lagi bro..” katanya sambil mengangkat tangan ke
arah abang Fadil yang tegak berdiri, hanya sebagai memerhati. Abang Fadil
faham, kawannya sibuk memanjang. Masih banyak masa untuk berbual, tambah-tambah
apabila sudah menjadi adik iparnya kelak.
“Selesai dah?” tanya mak, apabila aku duduk
disebelahnya.
Aliya menghulurkan Lia dan aku sambut. Lia hanya duduk
diam di atas pangkuan aku. Rindu sangat agaknya dirasakannya dengan kehilangan
aku beberapa jam. Yang penting aku kembali, cuak juga agaknya dia aku tidak
kembali menjemputnya. Dari itu lebih baik dia menjadi budak baik agar dia tidak ditinggalkan lagi.
“Dah mak..abang yang pilih, Lyna ikut aje mana yang
dia pilih..” jawabku sambil aku mencium ubun-ubun Lia yang duduk diam di pangkuanku.
Lia mendongak memandang aku. Agaknya dia hairan, sejak
akhir-akhir ini, apabila pulang ke kampung
kerap sekali dia ditinggalkan. Takut juga agaknya dia akan ditanggalkan terus
oleh ku. Jika itu yang ada di dalam fikiran anakku Lia, Lia jangan risau, ibu
tidak akan meninggalkan Camelia ku sayang sampai bila-bila.
“Dah kenyang ke orang tu?” tiba-tiba suara Kak Shimah
bergema.
Tak sudah-sudah kakak ipar aku mengusik aku.
“Mana
kenyangnya kak.. akak masak apa? Tiba-tiba rasa lapar pulak, bila ingat lauk
akak..” tanyaku.
“Akak
ingatkan dah kenyang tatap wajah tersayang..” jawabnya masih dengan nada
bergurau.
“Mana
ada.. tak betul ungkapan tu.. mana boleh kenyang dengan lihat wajah orang
tersayang.. temberang aje tu..kembong angin ajelah jawabnya” jawabku sambil
tersenyum
“Ala Lyna, akakpun pernah mudalah Lyna.. dulu
ada orang tu, tak makanpun tak apa, rasa kenyang bila dapat jumpa. Tak caya
tanya orang kat hujung sana tu..” kak Shima memerli abang aku, abang Fadil yang
dihujung beranda hanya mencebikkan muka.
“Itu
kakak dengan abang, Lyna tak rasa macam tu pun!” jawapan aku cuba menafikan.
Sebenarkan aku gembira juga bertemu dengan abang
Rafiq.
Kemudian abang Fadil mara ke arah kami dan memeluk
isterinya.
“Itulah, dulu Shima kurus sebab kenyang tengok muka
abang, tak perlu makan.. tapi sekarang lain
pulak jadinya.. ah.. tengok apa dah jadi..” sambil abang mengeratkan pelukan
isterinya yang sedikit gempal.
Tepukan
manja kak Shimah singgah ke bahu abang aku.
Abang hanya menyerigai, puas bergurau dengan
isterinya.
“Abang apa kurangnya..?” jeling kak Shima kearah
abangku.
Memangpun
abangpun sudah naik badan. Perutnya sudah kelihatan sedikit buncit. Abang Fadil mengurut sedikit perutnya.
Cukup-cukup dia menyakat isterinya. Kak Shimah cuba berjalan ke dapur semula.
Direntapkannya
tangan kak Shima agar tidak pergi.
“Abanggg..
malulah sikit depan mak tu..” kata kak Shima.
Abang
julingkan mata ke siling. Bukan makan saman abang aku itu, sebab dia makan
nasi.
Mak dan aku turut tumpang tersenyum melihat drama
sekesah mereka. Sudah mempunyai dua orang anak yang sedang membesar, tetapi
masih mesra suami isteri. Adakah aku juga akan sama seperti mereka nanti? One
big question mark?
“Ahh.. Lyna nanti, jaga makan si Rafiq tu, biar dia
gemuk macam abang ni. Tak ada perempuan nak mengurat dia.. kalau dia maintain
macam sekarang ni, susahlah abang nak cakap..” kata abang, sengeh.
Amboi
abang aku, statement mulut yang tidak ada insuran. Aku lepuk baru tahu. Bukan
boleh pakai nasihat abang tu. Abang minta aku jaga makannya agar dia naik
berisi, yang aku takut bukan dia yang naik badan, tetapi aku. Mahu nanya
dibuatnya.
“Mak
gembira sangat bila Lyna setuju nak dijodohkan dengan Rafiq..” akhirnya mak
meluahkan hatinya.
Aku
diam. Nasib baik aku tidak sempat bercerita hal Fahmi kepada emak. Jika tidak,
sudah tentu emak akan rasa serba salah. Cukuplah aku sahaja yang rasa
kehilangan dia. Aku tidak mahu libatkan emak. Aku mahu mak gembira. Gembira
untuk aku dan juga gembira untuk dirinya. Aku terpaksa melupakan Fahmi, kerana
melupakan Fahmi adalah pengorbanan aku agar dapat membuat keluargaku gembira.
Aku tahu abang Rafiq mampu membuatkan aku gembira. Yang aku takut, aku tidak
mampu membahagiakan dia, namun aku akan usahakan.
Jodoh seorang doktor haiwan dengan seorang engineer,
aku sibuk dengan binatang, dia sibuk dengan machine..hemm.. combination yang
tidak sesuai langsung, awkward. Mahukah dia mendengar masalah aku dengan
masalah di hospital binatanga dan segala jenis penyakit binatang? Dan
aku pula, tahukah terms engine atau mechanical apabila dia bercerita mengenai
masalah kerjanya? Nampaknya aku terpaksa menjadi burung belatuk, hanya pandai
mengangguk. Susah-susah cerita tak perlu cerita pasal kerja, cerita sahaja
pasal cuaca, seperti yang dilakukan oleh orang British. Mereka hanya akan
membicarakan pasal cuaca, entah kenapa mereka obsess tentang cuaca? Entah!
Tetapi jika difikirkan, adalah lebih baik berbicara mengenai cuaca, dari
membebel tidak tentu arah mengenai orang lain, dapat dosa kering lagi ada, kerana
mengumpat.
****
Seperti
biasa, aku sampai ke apartmentku sebelum waktu maghrib. Aku pimpin Lia dan satu tangan lagi beg bekalannya.
Beg pakaian akan aku ambil kemudian. Perlahan sahaja aku menapak, mengikut
rentak hayunan tapak kaki kecil Lia.
“Lyna!”
suara orang memanggil ku.
Aku tersengeh. Suara Kak Rozi, menegur aku dari belakang,
Dia dengan hanya beg tangan tersangkut dibahunya
“Baru sampai dari kampung ke?” tanyanya.
Seperti tahu
sahaja yang aku baru sampai dari kampung. Aku angguk dan senyum.
“Akak dari mana ni?” tanyaku ingin bermesra.
“Dari rumah Fahmi.. akak saja nak tahu mana dia
tinggal, nanti senang nak ziarah dia..” kata kak Rozi.
Sayang sungguh dia dengan adik bongsunya itu. Aku
hanya angguk, tidak mahu bercerita panjang-panjang mengenai si dia. Buat hati
aku libang libu, rasa serba salah. Tambahan, aku sedang berusaha untuk tidak
mefikirkan mengenainya. Jangan membuat hati aku berbelah bagi, aku sudah
membuat keputusan untuk memilih abang Rafiq. Fullstop.
Kami berjalan beriringan.
“Akak dengar Lyna dah tunang, ya?” tanya kak Rozi.
Aku toleh ke arahnya dan meangguk. Perasaan serba
salah sudah menerpa dengan soalan dari kak Rozi.
“Hujung bulan ni..” jawabku pendek.
“Ohh.. jadi betullah kata Fahmi, tunang Lyna datang
minggu lepas?” tanya kak Rozi lagi, aku masih dengan hanya sign language,
mengangguk.
“Adik akak tu dah terlambat rupanya..” perlahan sahaja
suara kak Rozi, tetapi aku masih boleh mendengar.
Aku tidak faham, apa yang terlambat? Aku kerut muka.
“Apa yang terlambat?”
“Apa dia kak?” tanyaku agar aku dapat mengetahui
perkataan tu dengan jelas.
“Tak ada apa-apa” jawabnya kendur.
“Lia.. mari kat untie..” segera tangan kak Rozi
mengendung Lia yang dengan senang hati menunggu untuk dkendungnya.
Lia gembira. Kami berjalan laju menuju ke lif yang
sudah ada beberapa orang yang juga sedang berdiri menunggu. Semua senyap
apabila memasuki lif.
“Bila kahwin?” tanya kak Rozi lagi, sebaik sahaja kami
keluar dari lif dan menuju ke apartment masing-masing.
Tidak habis lagi rupanya soalan dari Kak Rozi mengenai
diriku.
“Tak tahu lagi kak, awal tahun depan rasanya.. tunggu
hari tunang nanti, baru confirm..” kata ku.
Memangpun aku tidak tahu perancangan keluarga aku dan abang Rafiq. Aku
hanya menurut kehendak keluarga.
“Hemm.. ya la.. akak doakan semua selamat..” jawab kak
Rozi lagi.
Aku dapat rasakan kak Rozi seperti ada sesuatu yang
hendak disampaikan, tetapi tidak terkeluar, tersangkut di kotak suara agaknya.
Sebaik sahaja aku masuk ke unit apartmentku, aku lihat
Dian memandang aku dari sofa dengan TV. Terkejut juga aku, tidak pernah-pernah
minah itu lekat di rumah, hari ini dia sudah bersila elok di atas sofa.
“Kau tak balik kampung ke minggu ni.?.” tanya ku.
“Balik! Tapi kejap aje, aku hantar Jeffrey balik
Sabah..” jawabnya.
Juga terjawab kepada persoalan aku.
“Lyna.. aku tak jadi kahwin Disember ni la.. mungkin
tahun depan, sebab keluarga Jeff nak dia study lebih dalam lagi family business
dia sebelum dia ambil alih. So..
dia kena tumpu hal tu dulu. Baru boleh kahwin dengan aku. Aku terpaksa ikut
rancangan keluarga dia sebab lepas tu aku kena resign kerja dan ikut dia ke
sana..” kata Dian panjang lebar. Tidak mahu aku bertanya lebih-lebih agaknya.
Jauh betul perancangan mereka. Dan Dian sanggup
berkorban karier dia. Susah juga hendak menjadi menantu orang kaya ni ya? Bisik
hatiku.
Aku harap abang Rafiq tidak minta aku berhenti, jika
aku berkahwin nanti. Bisik hati ku lagi. Aku sayang dan suka dengan kerja ku.
“Lia, mari kat makuda.. mai..mai sayang..” Dian
meminta Lia ke pangkuannya.
Lia memang sudah biasa dengan Dian. Terkedek-kedak dia
merapatkan dirinya kepada Dian. Sementara ada orang melayan Lia, aku mengemas
apa yang ada dan mengambil barang aku yang masih tertinggal di dalam kereta.
Nampaknya, Dian yang terpaksa mencari rakan serumah
baru, kerana perancangan aku dengan abang Rafiq, tidak berubah. Aku yang akan
keluar dari rumah ini setelah aku bernikah nanti. Pindah ke mahligai kecil kami
yang telah di sediakan oleh abang Rafiq.
Itulah dalam bulan ini macam-macam berlaku. Bulan
September, dari awal bulan sehingga kini sudah penghujung.
Di bulan ini Dian menyatakan yang dia akan bertunang
dan akan berumahtangga, tetapi pernikahan terpaksa ditangguh kewaktu yang
bersesuaian..
Bulan ini aku bertemu dengan sirambut kerinting. Aku
gembira walaupun sekejap.
Bulan ini aku mencederakan jiranku yang satu ini
sehinggakan aku menjadi penyeluk saku. Bulan ini aku ditunangkan dengan lelaki
yang aku kenal sejak kecil.
Memang kenalah dengan lagu Syarifah Aini “Kenangan
Indah di Bulan September” buat ku. Aku senyum. Lagu itu aku nyanyi perlahan.
“Ku masih ingat Perkenalan ku di bulan
September, September
Kau merenungku
Dan mengukir senyum mesra
Padaku, padaku
Perkenalanku kini semakin erat
Saling bertemu
Melepas rasa rindu..
Belum aku menghabiskan rangkap yang seterusnya,
Dian bersuara.
“Oii.. cek kak, baik ajelah tak payah nyanyi,
takut disaman Kak Pah je.. suara kau tu sumbang.” Tegurnya bergurau.
“Tak hendak dengar, tutup aje telinga tu..“
laung ku dari dalam bilik.
Menghantar beg tanganku dan hanya menjinjing
kunci kereta dan kunci rumah.
Aku tutup mulutku dengan tanganku sambil
tersenyum. Aku berhenti menyanyi
sambil ketawa kecil. Kurang asam punya kawan, kalau hendak kutuk kawan tu,
biarlah berpada-pada. Aku tahu, Dian bergurau sebenarnya.
“Hampeh betul kawan aku ni..” kataku perlahan.
Namun hatiku riang. September
oh September.
No comments:
Post a Comment