Bab 23
Akhirnya, kehadiran untie Rehan mengembirakan aku di pagi
itu, tetapi kegembiraan itu hanya bertahan sekejap sahaja. Ingatkan untie Rehan
membawa berita baik untuk ku, rupanya bukan. Satu lagi kejutan aku terima dari untie
Rehan, yang sepatutnya aku panggil Kaklong, tetapi tidak kesampaian. Dia tetap
untie Rehan buatku. Dia datang kerumahku memberitahu untuk membatalkan semua
majlis, termasuk memutuskan pertunangan. Menurutnya, abang Rafiq tidak mahu
meneruskan rancangan pernikahan, walaupun ada ura-ura rancangan untuk majlis
nikah diteruskan di kemudian hari, jika segalanya lega.
Tetapi kedatangan untie Rehan menjelaskan segalanya.
Jawapannya, ialah BATAL.
Aku terduduk sekali lagi, lutut ku lemah. Hasrat aku
yang sanggup menunggunya sehingga keadaan lega, musnah! Menurut untie Rehan,
ini semua adalah permintaan abang Rafiq sendiri. Dia perlukan masa untuk
menjernihkan keadaan dan dia tidak mahu mengheret diriku ke kancah kehidupannya yang sedang
bergolak.
Memang susah menjadi seorang businessman yang berjaya.
Mereka mempunyai banyak musuh yang mereka tidak ketahui, masing-masing sanggup
berbuat apa sahaja demi untuk menjatuhkan pesaing.
Aku faham itu semua, malah aku sanggup menghadapi
resiko menjadi isterinya, aku sanggup susah senang bersamanya. Mengapa abang
Rafiq tidak mahu memberi aku peluang untuk membuktikan yang aku sanggup
menghadapi itu semua bersamanya? Yang paling aku hairan, mengapa dia tidak
datang sendiri berbincang denganku. Tidak beranikah dia untuk berdepan sendiri
dengan aku? Sudah hilangkan sifat matang dan kejantannya?
Ini tidak, hanya berwakilkan untie Rehan, kakaknya.
Abang Rafiq yang aku banggakan, dan yang aku fikir matang, rupanya tidak. Malah
pengecut, takut hendak mengambil resiko kepada perkara yang belum berlaku.
Kini baru aku tahu, siapa abang Rafiq sebenarnya.
Untie Rehan menghulurkan aku sampul surat sebelum dia
beredar. Pasti daripada suami tidak jadiku, abang
Rafiq.
Terketar-ketar dan berdebar-debar aku membuka surat
tersebut sendirian di dalam bilik. Itupun setelah untie Rehan beredar.
Perlahan-lahan aku baca coretan yang hanya beberapa
baris sahaja.
Coretan tertulis, “Maafkan abang. Abang terpaksa lakukan ini semua demi keselamatan
Ilyna. Abang tidak mahu Ilyna dibabitkan dalam hal abang. Biar abang seorang
sahaja yang menanggungnya. Abang masih sayangkan Ilyna. Walaupun abang tahu
Ilyna marahkan abang. Takdir menentukan kita tidak dapat bersama sekarang ini.
Tetapi abang berdoa agar takdir akan menemukan kita semula. Abang akan tunggu
takdir itu.
Sayang, Rafiq”.
Aku genggam sampul dan surat yang sudah basah oleh
airmataku. Aku rapatkan ke dada. Aku bayangkan abang Rafiq yang berkata-kata di
hadapanku, bukan hanya sekeping coretan darinya. Aku ulang dan ulang membacanya,
kerana aku tidak faham apa yang dimaksudkannya.
Dia melepaskan aku teruskah?
Atau dia mahu aku menunggunya?
Jika itu takdir yang tersurat, aku redha dan aku hanya
akan mengikut apa sahaja yang akan ditakdirkan buatku.
Adakah ini takdir yang dimaksudkan oleh abang Rafiq?
Bantal yang dibasahi air mata semalam tidak sempat
kering, hari ini ditambah lagi dengan air mata, menjadi ianya lebih basah.
Lebih-lebih lagi setelah membaca nota itu. Aku mengurung diri di dalam bilik.
Aku sudah tidak pedulikan kesihatan diriku sendiri. Lia langsung tidak aku
hiraukan. Pandai-pandailah emak dan
Aliya merengkoh Lia. Nasib baik Lia seorang anak yang baik, tidak banyak ragam.
Lia seperti mengerti yang ibunya di dalam gundah gulana.
Makan dan minum tidak aku hiraukan. Tidak terasa lapar atau dahaga.
Namun emak tidak putus asa, setiap kali waktu makan dia akan memaksa aku makan,
sesuappun jadilah pintanya.
Aku nampak, dia yang paling risau melihat keadaan aku. Itulah hati
seorang ibu, aku kira dia dapat rasakan apa yang aku rasa. Aku paksa diriku, demi menjaga hati emak yang
tidak jemu memujukku. Sesuap makanan yang masuk ke mulut, aku rasakan bagaikan
tidak mempunyai rasa, hambar, air yang di minum rasanya payau sahaja.
Tersekat-sekat di kerongkong, payah rasanya hendak ditelan, semuanya tersekat
di tengah kerongkong.
Demi emak, aku gagahkan juga menelan.
Aku banyak menghabiskan waktu mengadu ke hadrat Ilahi,
kerana aku tahu, hanya Dia yang mampu mendengar doa ku dan hanya Dia sahaja
yang mampu mengubat hatiku yang remuk ini. Dalam sendu aku baca dari baris ke
sebaris ayat Al-Quran, kerana aku rasa sedikit tenang apabila berbuat demikian.
Setiap kali lidahku menyebut ayat Al-Quran yang ku baca, bagaikan menyelinap
sedikit tenaga untuk aku menerusan ke hidupanku. Seolah-olah memberi semangat
untuk aku menghadapi hari hadapan yang belum pasti apa lagi yang akan berlaku.
Aku tahu apa yang berlaku ke atas diriku mempunyai
hikmah. Hikmah hanya Dia yang mengetahui. Yang paling jelas kini, aku lebih
kerap mendambakan diriku dekat denganNya. Terlalu dekat, aku bagaikan tidak
segan mengadu segala yang terbuku di hati ku kepadanya.
Cuti yang sepatutnya menjadi cuti bulanmadu, aku
habiskan dengan mengembalikan semangat. Semangat yang telah hilang, melayang
bagaikan angin lalu.
Setiap saat dan detik aku berkata, aku harus bangun
dan teruskan penghidupan ini.
Bukan untuk diriku, tetapi untuk Lia.
Aku tidak boleh berterusan begini, Lia perlukan
aku,Yang pasti, apa yang berlaku bakal menjanjikan sesuatu yang lebih baik
buatku, insyallah.
***
Cuti dua minggu berlalu begitu pantas. Di atas nasihat
emak, aku pulang semula ke Kuala Lumpur sendirian, tanpa Lia bersama. Emak
risau dengan keadaanku, walaupun aku sudah dapat perlahan-lahan menerima
hakikat yang abang Rafiq bukan jodohku.
Aku
tidak sepatutnya marah atau menyimpan dendam kepadanya. Aku kena faham, abang
Rafiq meninggalkan aku bukan di atas kehendaknya, tetapi kerana keadaan.
Keadaan yang tidak membenarkan dia meneruskan niatnya menjadi suamiku. Yang
lebih penting, aku kena faham, pihak abang Rafiq lebih terluka dan kecewa. Dia
lebih malu dijatuhkan maruahnya di khalayak ramai, di waktu sepatutnya hari
bahagia aku dan dia. Yang aku tidak faham, sudah berkali-kali aku beritahu, aku
sanggup susah senang bersamanya, tetapi dia berkeras tetap mahu membatalkan
pernikahan kami, sehingga dia selesai membersihkan namanya. Tambahan pula dia
takut, kerana kesibukannya yang turun naik mahkamah akan menjejaskan hubungan
suami isteri yang baru kami bina, jika perkahwinan ini diteruskan. Betulkah?
Apa
lagi yang aku boleh buat, keputusan mutlak di tangan pihak lelaki. Aku sebagai
disebelah pihak perempuan hanya mampu menerima sahaja keputusan itu, walaupun
aku tidak rela.
Sepatutnya
aku pulang dengan gelaran baru, gelaran “Puan:, tetapi nampaknya tidak
kesampaian, aku pulang masih dengan memegang gelaran “Cik”.
***
“Hey!
Lyna.. cheer up dear, tak jadi
kahwin, is not the end of the world you
know..?Itu namanya kau tak ada jodoh dengan dia.. ” kata-kata peransang dari Amelda, lancar sahaja nyonya
itu berbahasa melayu. Loghat melayunya membuat aku sedikit terhibur.
Jemu agaknya dia melihat aku yang asyik termenung di
bilik kubicalku.
Memang mudah orang
bercakap, kerana orang yang memandang tidak dapat merasa apa yang aku rasa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Tangan lembutnya mengurut di belakangku perlahan,
apabila dia melihat aku asyik banyak termenung dan tidak ceria seperti selalu.
Dia dan beberapa kawan ku yang lain, mengetahui apa yang berlaku, kerana mereka
ada bersama sewaktu kejadian itu berlaku. Bersamaku kononnya ingin berkongsi
moment bahagiaku, rupanya lain jadinya. Mereka
berkongsi permulaan deritaku, rupanya.
Kini aku hilang kata-kata, yang mampu aku buat hanyalah
tersenyum tawar. Memanglah bukan akhirnya dunia jika tidak menjadi seorang
isteri! Tetapi hatiku yang luka dan parah yang harus aku ubati, agar tidak
menjadi lebih parah dan bernanah.
“Lyna..
can you help me..?” tanyanya lagi.
Amelda
sengaja meminta bantuan agar aku sibuk dan tidak hanya leka mengenang nasib. Dia berharap dengan kesibukan, aku mungkin dapat
mengalihkan pemikiranku ke arah tugasan. Tidaklah aku memikirkan
perkara-perkara yang tidak sepatutnya aku fikir lagi. Perkara yang tidak
mendapat faedah apa-apapun jika difikirkan. Memikirkan masalah yang bukan
masalah sebenarnya.
“Apa
dia Amel..pa dia?” tanyaku kerana aku tidak menumpukan perhatian ku kepada
pertanyaannya.
“That two cats, we need to neuter that cats,
boleh? Boleh tolong” katanya, sambil menunjuk kearah dua sangkar putih.
Ke
arah dua ekor kucing, kucing kampung yang gemok, seekor berwarna kuning
bertompok putih dan seekor lagi berbelang cicak. Aku angguk tanda setuju. Bulat
sahaja mata kucing-kucing itu memandang aku dan Amel. Comel! Kucing kampungpun
jika dijaga betul memang comel. Mereka lebih aktif dan lebih mudah dijaga.
“Okey.. let’s do it..” katanya tegas dengan
penuh semangat, konon, tunjuk sudah okey. Yang sebenarnya hanya lakunan.
Amel
senyum, mengetahui kawannya yang seorang ini sudah back to her senses.
Aku
menurut dan mengekorinya di belakang menuju ke bilik pembedahan dengan menjinjit
kandang kucing seorang satu.
Aku
harus menumpukan perhatian sepenuhnya keatas tugasku, kerana aku tidak mahu
terjadi apa-apa kepada binatang yang tidak berdosa itu. Sekurang-kurangnya
kesibukan aku di hospital membuat aku lupa perlahan-lahan masalah yang tidak
sepatutnya dipanggil masalah itu.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, akhirnya
aku redha sepenuhnya dengan ketentuan yang berlaku.
Dua bulan peristiwa itu berlalu. Berlalu pergi dengan
sedikit merobek hatiku. Hidupku sudah perlahan menjadi normal, namun tidak
tetap ada parutnya.
Yang nyata, inai dijarikupun sudah hampir ke penghujungnya.
Aku sudah boleh tersenyum semula. Aku selalu berfikir, Abang Rafiq
muncul secara tiba-tiba dalam hidupku, dan dia juga pergi mendadak meninggalkan
aku.
Sejak aku ditinggalkannya, tidak sekalipun aku menghubunginya. Bukan aku
tidak merinduinya, bohong jika aku kata “tidak”. Tetapi aku keraskan hatiku,
dia yng tidak mahu aku terlibat langsung di dalam hidupnya, kenapa pula aku
perlu terhegeh-hegeh?. Demi
keselamatanku katanya. Jika itu yang dia mahu, itu yang dia akan dapat.
Aku bukannya sombong, dan aku juga bukannya murah,
mengendeng kepada orang yang tidak sudi.
Jika dia ada prinsip hidupnya, begitu juga aku. Biarlah
dia dengan dunianya, dan aku dengan dunia baru ku. Mungkin aku seorang sahaja
di dalam dunia ini yang mengalami di tinggalkan sendirian di hari
pernikahan. Tetapi aku harus
mengambilnya secara positif, aku di tinggalkan kerana aku bukan jodohnya.
Peristiwa yang berlaku membuat aku lebih dewasa,
dewasa untuk menerima apa sahaja halangan yang bakal menunggu aku di hadapan.
Aku sangat berterima kasih kepada keluarga dan
kawan-kawan yang tidak jemu-jemu menyuntik nasihat untuk aku terus lalui
kehidupan yang penuh berliku. Semua manusia hadapi halangan di dalam hidup
mereka. Apa yang berlaku anggaplah hanya asam garam kehidupan. Asam garam
kehidupan yang membuat kita lebih cekal dan tabah untuk mengharungi kehidupan
seterusnya.
Lia juga sudah aku jemput hujung minggu yang lalu. Mak
sudah rasa confident yang aku sudah boleh menjaga Lia seperti biasa.
Sekurang-kurangnya Lia dapat membuat aku sibuk.
“Hey..
dokter, tak usahlah menung-menung lagi?” terkejut aku dari hayalan apabila Kak
Ita menegurku. Apalah Kak Ita ni.. tidak boleh tengok orang senang. Aku
tersenyum.
Mana
ada aku termenung, aku hanya tersasar sedikit mengelamun, sudah tertangkap pulak.
Mengelamun
melihat suratkhabar muka hadapan yang memaparkan majlis besar-besaran
perkahwinan Putera Charles dengan Lady Diana Spencer. Beruntung kau, Putera Charles mendapat isteri muda dan
cantik.
“Mana ada saya menung kak.. saya tengok ni ah..apa
tu..Lady Di ni.. cantik.. untuk Charles” kataku. Macamlah Prince Charles dan
Lady Diana, kawan-kawan sekampung sahaja aku buat.
Kak Ita mendekati aku, dia juga ingin melihat
kecantikan puteri yang dikatakan berhati rakyat itu.
“Ah..ah..
memang cantik kan Lady Di.. ya dokter!, tak padan dengan Prince Charles tu..
dahlah tua..tak hensem langsung! beza 13 tahunn, jauh tu..” komen Kak Ita
dengan aksi muka yang bersungguh, aku hanya memandangnya sambil tersenyum.
Bukan main lagi Kak Ita, pasal gossip, beri pada dia, memang nombor satu!
Terkenang
aku, jika aku menjadi isteri abang Rafiq, perbezaan umur kami 7 tahun. Aku
masih terkenangkan dia. Ahh.. kenapa aku masih ingatkan dia, sedangkan dia aku
pasti langsung tidak teringatkan akupun.
Lyna wake up!!
“Apalah
akak ni.. ini lah namanya jodoh?” jelasku.
“Banyak sangat bezanya dokter Lyna.. banyak
tu.. 13 tahun..” balas kak Ita lagi.
“Tak
apa lah Kak Ita, janji dia orang bahagia.. dapat title Princes lagi..” kataku.
Kak
Ita hanya angguk.
“Dah
time nak balik ni.. akak kena
siap dah.. jumpa esok dokter Lyna. Nanti suami akak tunggu lama pulak kat
parking tu. Akak tengok macam nak hujan aje. Dokter tahulah akak naik motor ni,
takut tak sempat, hujan tengah jalan, mahu kami basah..” panjang lebar pulak
celoteh kak Ita, lalu meninggalkan aku yang masih mengkelebek surat khabar.
Bukan bacapun action sahaja.
Aku pandang ke lengan, melihat jam tanganku. Memang
sudah hampir jam 5.30 petang. Aku pandang pula di luar, juga benar dengan apa
yang kak Ita beritahu, awan mendung sudah berarak berlahan. Dari kelabu sudah
beransur kelabu pekat. Aku juga harus bersiap, aku takut kesesakan lalu lintas
akan berlaku jika hari hujan. Akibatnya aku akan lambat menjemput Lia di
Tadikanya.
Cepat-cepat aku melipat suratkhabar yang tadinya aku
bentang di atas meja. Aku perhatikan dua rakan sekerjaku juga sedang berkemas.
Semuanya ingin lari dari kesesakan lalu lintas jika hujan turun. Hujan dan
kesesakan lalu lintas memang serasi, tidak dapat dipisahkan. Jika hujan akan
berlakunya kesesakan dan jika jalan sesak tentunya kerana hujan..
Cepat-cepat juga aku mengetip kad kedatangan dan
menuju laju berjalan ke pakir kereta. Hujan rengai sudah turun. Cepat-cepat aku
menutup kepalaku dengan kedua telapak tanganku. Acah sahaja, mana boleh dengan
hanya dua tapak tangan yang kecil itu melindung kepala ku. Tak kesahlah..
sekurang-kurangnya aku usaha dari basah.
Dan perlahan aku memandu meninggalkan ruang hospital.
Nasib baik aku bertugas di hospital haiwan, jika hospital manusia, mana mungkin
aku boleh berlalu begitu sahaja. Silap-silap aku kena on call.
Baru sahaja aku bergerak meninggalkan hospital, hujan
telah turun dengan lebat sekali, sehinggakan vision penglihatan amat terbatas.
Aku nyalakan lampu hazard dan bergerak perlahan. Aku lihat kenderaan lain di
lebuhraya itu juga memasang lampu hazard sebagai amaran supaya berhati-hati.
Berhati-hati kerana penglihatan yang terbatas dan juga jalan yang licin.
“Bum!” tiba-tiba aku terdengar sesuatu, bunyi dari
arah tayar belakang sebelah kiri keretaku.
“Aduh! apa pulak ni, dahlah kat luar hujan lebat,
tayar buat hal pula” aku mengomel sendiri.
Pamanduan aku berat, tidak boleh berjalan dengan lancar
seperti terhenjut-henjut. Aku tidak boleh teruskan perjalanan pulangku. Jika aku berterusan begini akan
merosakkan lagi tayar keretaku. Silap-silap rim jadi kemik. Akhirnya aku
perlahan-lahan memberi isyarat untuk ke tepi jalan sahaja.
Aku memasang niat akan meneruskan semula perjalanan dan
mencari bengkel yang berdekatan sebelum pulang apabila hujan reda. Yang mana
aku sangkal akan berlaku dalam masa terdekat, memandangkan hujan masih turun
mencurah-curah, bak kata orang putih pouring
like cats and dogs.
Terbayang aku wajah Lia yang tertunggu-tunggu ibunya
yang tidak muncul diwaktu yang sepatutnya dia dijemput pulang. Tetapi apa yang
boleh aku buat sekarang ni, hendak menukar tayarpun aku tidak pandai.
Aku on radio dan mendengar apa sahaja yang bersiaran,
janji aku tidak sunyi, ada suara radio menemaniku.
Hari pula sudah merangkak gelap. Ditambah dengan hujan
yang masih turun dengan lebat, cuaca memang nampak cepat gelap. Aku pastikan
kesemua pintu berkunci, takut pula perkara yang tidak diingini berlaku, oleh
itu baik sahaja aku berhati-hati. Aku hanya duduk di seat mendiamkan diri
sambil mendengar radio, dari 10 minit berganjak ke 20 minit, tahu-tahu aku
sudah tersadai di tepi jalan hampir 45 minit. Hujan tidak juga menunjukkan
tanda akan reda. Aku sudah mula risau.
Berdendang
lagu “No matter what” oleh penyanyi kumpulan British Boyzone. Sedap pula aku
mendengar liriknya. Memang selalu aku mendengar lagu yang menjadi hits sewaktu
itu, tetapi aku tidak pernah pedulipun rangkap-rangkap liriknya. Tetapi petang
itu, mungkin kerana sudah tidak tahu apa hendak buat, aku seakan-akan
menghayati pula maknanya..Hemm Ilya Suffiyah…
No matter what
they tell us
No matter what they do
No matter what they teach us
What we believe is true
No matter what they call us
However they attack
No matter where they take us
We'll find our own way back
No matter what they do
No matter what they teach us
What we believe is true
No matter what they call us
However they attack
No matter where they take us
We'll find our own way back
No matter what,
terkeluar ayat itu dari mulut aku. Yes,
no matter what!
“Tuk!
Tuk! Tuk!” cermin pintuku diketuk orang.
Terkejut
aku.
Baru
sahaja aku memasang semangat dengan ayat No
matter what, sudah ada dugaan baru.
Dari bayangan yang aku nampak susuk tubuh seorang lelaki yang sedang
berpayung, meminta aku menurunkan cermin.
“Oh..
tidak.. maaf aku tidak akan berbuat demikian” jantungku laju mengepam darah laju
kekepalaku.
Lagu yang bersiaran di radio aku kecilkan, hati
sudah dup dap dup dap.. siapa pulak yang si lelaki itu hendak dari aku.
“Tuk..tuk..
tuk..” lagi kuat ketukan
dari luar cermin tingkap buat aku sangat takut.
Kali ini sudah susuk tubuh orang lain pula. Dari imbasan cermin
nampaknya, dia memaksa aku membukanya.
“Apa
sebenarnya lelaki ini mahukan dariku.. jangan-jangan hendak merompak aku, atau hendak mengambil kesempatan dengan
hujan yang lebat dan cuaca yang hampir gelap, silap-silap hendak… hisy selisih
malaikat 44, nauzubillah!!” aku tidak fikirkan perkara yang baik, yang
terbayang hanya perkara yang buruk sahaja, rompak atau rogol..
Aku masih sangsi dengan lelaki yang masih mengetuk
cermin pintu keretaku.
Lama
dia sabar mengetuk cermin pintu.
No way, and no matter what,
aku tidak akan membuka pintu itu.
Ketukan masih aku dengar. Aku sudah menggigil
ketakutan. Kemudian lelaki itu menampakkan wajahnya dekat dicermin kereta ku
apabila dia ketahui aku enggan membukanya.
“Ya Allah!” Terkejut aku, apabila wajah yang masih
menjengok-jengok di cermin kereta aku adalah anggota Polis!!.
Perlahan aku turunkan cermin kereta.
“Cik okey tak?“ tanyanya.
Apa punya soalan wahai abang polis oi.. tak nampakkah aku sudah pucat
muka ni!!
“Okey..okey..saya okey“ tetapi jawapan akupun songsang juga.
Di hati punyalah takut, tetapi yang keluar di mulut, kata “okey“
pulak.
Namun aku lega dengan kehadiran abang polis.
“Cik.. cik kenal tak lelaki ni..?“ sambil tangannya memanggil seseorang
Terkejut aku, lelaki yang di panggil itu memang aku kenal.
Cepat-cepat aku angguk laju dan berkata “Ya Encik, Kenal, saya kenal
dia..”
“Saya nampak dia mengetuk pintu kereta cik tadi. Tu yang saya berhenti
takut cik ada masalah..” kata abang polis lagi.
“Ohh..nampaknya dia akan bantu cik. Tayar kereta cik tu dah koyak.
Saudara boleh bantu tak perempuan ni..” tanyanya kepada si lelaki.
“Ya..Encik, saya akan bantu dia..”
“Okey.. saya
bergerak, jangan lupa bantu ha!” kata-kata akhir dari abang polis sebelum beredar.
Cepat-cepat aku menaik punat lock, untuk membenarkan
si lelaki masuk untuk duduk di seat penumpang. Kasihan dia, sudah basah kuyup,
gara-gara aku tidak mahu tahu siapa yang mengetuk. Kejam betul aku rasakan saat
itu.
Nafas aku tarik panjang. Aku lega, ada orang yang akan
membantu aku menukar tayar akhirnya. Dia penyelamatku.
“Alhamdullillah…”
Alyna Suffiyah, sabar dulu, jangan begitu cepat rasa
lega kerana kau kena ingat, banyak jenayah berlaku adalah melibatkan orang yang
kita kenal!
No comments:
Post a Comment