Bab 25
“Lyna.. aku dah nak pegi kerja dah ni.. kau tu kenapa
tak siap lagi?..” tanya Dian, hairan kenapa aku tidak bersiap lagi, selalunya
aku yang siap dulu dari dirinya. Aku masih dengan pajama berjalurku. Kuyu
sahaja mata, menahan pening lalat yang aku alami. Aku gagahi juga bangun kerana
Lia sudah jaga. Aku siapkan dia dan dia leka bermain.
“Hari ini aku nak emergency leave la..Aku rasa macam nak
demam aje ni..” dengan suara yang sedikit serak.
Aku akan memaklumkan pihak hospital sebentar nanti.
“Lia.. Lia macammana? Nak aku hantarkan..” tanya Dian.
Dian memang mengerti, dia ada juga sesekali membantu
aku menghantar Lia ke tadika, jika aku tidak sempat. Dian memang seorang kawan
yang baik.
“Kau boleh ke!” kata ku.
“Boolehh.. mana barang-barang Lia, Kalau Lia kat
tadika, kau bolehlah rehat, cepat sikit sembuhnya..” betul jugak kata Dian,
kenapalah aku tak terfikir begitu, Dian pula yang cerdik. Aku ni, nama aje
seorang doktor, hal-hal simple macam tu pun tidak aku terfikir.
Dalam
kepala yang pening-pening lalat, otak jadi beku, tidak dapat berfikir waras. Aku cepat-cepat menyiapkan beg bekalan Lia dan aku
hulurkan kepada Dian. Berselang seli dengan bersin. Teruk nampaknya deman
selsema aku kali ini. Deman selsema bercampur dengan demam..dot..dot..dot.!
Lia
sudah siap dikelek oleh Dian.
“Kalau macam tu, aku gerak dulu.. kalau ada apa apa
kau call tau? Ingat tu call aku, jangan buat diam aje.. kalau sakit call aku..”
berulang-ulang memesan, prihatin betul Dian.
Tetapi bercakap seperti gangster beri amaran. Dian
beredar bersama Lia, aku tahu dihatinya mungkin risau juga memikirkan kesihatan
aku.
Aku membaringkan diri, sebaik sahaja aku dengar pintu
ditutup Dian. Aku sudah biasa hanya mengambil panadol jika aku demam. Malas
hendak ke klinik.
Adakah seorang doktor yang tidak suka pergi klinik.
Ada, orang itu akulah! Bukan penakut doktor, tetapi
pemalas.. jika orang sakit, bukan main lagi beri nasihat, tetapi jika diri
sendiri, ambil ringan!.
Entah berapa lama aku terlelap, terjaga sahaja sudah
tengahari, perut tidak masuk sebutir nasipun sejak pagi. Tidak ada selera,
tetapi perlu makan sesuatu sebelum perut masuk angin. Masalahnya apabila aku
bangun aku asyik bersin dan kepala masih pening-pening lalat, berpinar-pinar.
Rasa hendak rebah sahaja.
Paling mudah yang terfikir di kepala aku, M.A.G.G.I
makan mee segera. Aku ke dapur menjerang air.
Sementara air masak aku membaringkan diri di sofa. Dalam baring-baring aku
terlelap lagi. Terkejut aku apabila aku mendengar cerek yang membunyikan suara,
entah berapa lama menjerit di atas tungku dapur.
Cepat-cepat aku berjalan ke dapur. Terperanjat aku
apabila aku lihat cerek sudah hampir kering, cepat-cepat aku alihkan. Tetapi
entah mana silapnya aku terlepas cerek yang berisi air panas. Air panas yang
berbaki tertumpah di kedua-dua tanganku. Tangan kanan yang paling teruk.
Kali ini aku harus ke klinik, tidak boleh ambil ringan
lagi. Aku tidak boleh memandu dengan keadaan tanganku yang sudah memerah. Hanya
seorang sahaja yang muncul di dalam kepalaku.
Kak Rozi, aku tahu kak Rozi pasti ada di rumah kerana
dia surirumah. Tentunya yang lain pasti sudah pergi bertugas.
Cepat-cepat aku keluar dan menekan loceng pintu rumah
kak Rozi bertalu-talu. Belum pintu dibukapun aku sudah melaungkan namanya dalam
nada cemas.
“kak Rozi, kak Rozi.. tolong Lyna kak Rozi..tolong
Lyna..” rayuku dengan suara yang sedikit serak.
Ke mana pulak Kak Rozi ni..
Kepala masih berpinar, orang sedang demam..pertolongan
yang diharap tidak muncul pula!
Aku laung lagi nama Kak Rozi, biarlah sampai satu
apartment dengar..aku dah tak kesah.
Cepat sahaja pintu dibuka, tetapi yang muncul bukan
kak Rozi, tetapi Fahmi.
Tersenyap aku. Dia bukan orang yang aku harapkan
muncul. Kenapa dia berada di rumah? Tidak bertugaskah dia?
“Lyna kenapa?” juga dengan nada yang cemas.
Matanya sudah memandang ke arah tanganku yang aku
angkat paras dada, tangan yang sudah memerah dan terketar-ketar.
“Ya Allah Lyna.. kenapa tangan tu..” di pegangnya
tanganku.
“La..
panas, Lyna demam ni,. tangan tu kena apa? Api? Air panas?” banyak pula
soalannya.
“Air
panas..” jawabku
Kemudian
muncul kak Rozi. Dia juga
memegang lenganku. Memang aku demam.
“Ha.. air panas? Mi.. bawak Lyna kat clinik cepat!,
dia demam ni.. tangan pulak kena air panas..” kata
kak Rozi juga cemas.
Bertimpa-timpa,
sudah demam kena air panas pula.
“Lia
mana?” tanya kak Rozi lagi
“Tadika.. Dian hantar..” jawabku.
“Jom.. akak pergi sekali.. tutup pintu tu..” katanya
lagi.
Aku yang menahan sakit hanya menurut. Berdenyut-denyut
rasanya kedua-dua belah tanganku.
“Kak
tolong ambil purse saya dulu..” pintaku.
Kak Rozi terus masuk ke dalam rumah. Tidak lama dia
muncul dengan menyandang beg tanganku.
Aku dipapah kak Rozi, Fahmi mengikut di belakang.
Tidak mahu dia bertindak lebih-lebih di hadapan kakaknya, sedangkan aku rasa
dihatinya sangat runsing memikirkan hal aku..itulah aku, kenapalah clumsy
sangat.
Di klinik, semua diuruskan oleh Fahmi, kak Rozi duduk
menemani aku. Kedua-dua tanganku berbalut. Apabila memandang balutan tanganku,
teringat aku semasa Fahmi berbalut tangannya angkara aku. Kini tangan aku pula
berbalut, hukum karma. Aku juga diberikan cuti sakit selama 2 hari.
Fahmi meleret matanya di lengan, jam menunjukkan pukul
2 petang.
“Dah makan?” tanyanya. Seperti tahu-tahu sahaja aku
belum makan.
Tangan ku melecur kerana hendak menyediakan makanan,
tetapi tidak aku cerita perkara itu kepada sesiapa. Gara-gara hendak merebus
maggi.
“Makan kat rumah ajelah Mi.. kan akak ada masak tu..”
usul kak Rozi.
“Hemm..” jawab
Fahmi angguk.
Aku hanya berdiam, mendengar perbualan dua beradik. Yang laparnya aku, yang setujunya orang lain.
Aku tidak terus pulang ke rumahku, aku diheret ke rumah kak Rozi. Cepat sahaja kak Rozi
menghidangkan makanan di atas meja. Kerana tanganku berbalut, kak Rozi sediakan
sudu dan garpu. Terketar-ketar aku
menyuapkan rezeki aku hari ini ke mulut, bagi mengisi perut yang sudah
berkeroncong. Fahmi memerhatikan aku makan, aku tahu dia seolah-olah hendak
membantu aku. Aku tidak mahu, ada sukarelawan yang sudi menyuap aku. Setiap
suapan aku dikiranya. Sehingga aku selesai. Fahmi.. Fahmi.. sampai begitu sekali.
“Kak, saya balik dululah.. terima kasih kak, Fahmi jugak..dah bawak Lyna ke klinik? Siap beri makan
lagi” kataku.
“Tak usah balik lagi, rehat aje kat sini.. Lyna deman
selsema tu.. tulah main hujan lagi..nanti Lyna tinggal sorang-sorang, apa-apa
jadi sorangpun tak tahu..” sambil tangannya menghulur segelas air kosong untuk
aku mula memakan ubat.
Ubat dihulur sebaik sahaja perut aku diisi, kerana
tidak baik mengambil ubat sekiranya perut kosong.
“Nasib baik Fahmi ada, tengah cuti semester ni..kalau
akak sorang-sorang mahu jugak akak panic..” kata kak Rozi, lalu mengambil
tempat disebelahku.
“Akak pun sebenarnya nak tanya Lyna..Lyna jangan marah
ya akak nak tanya ni..”
Aku kerut muka, dalam aku masih di awang-awang, kak
Rozi ada pertanyaan pulak. Hendak baring di sofa yang seperti memanggil-manggil
aku, tidaklah aku berani. Kena pulak Fahmi masih duduk elok sahaja di sofa
paling hujung. Akhirnya aku lentukkan aje kepala ku di kepala sofa.
Lega..Ahh.. kak Rozi, sekarang boleh tanya.. tanyalah
sepuas-puasnya. Yang mana aku boleh jawab aku jawab, yang mana soalan cupumas,
tunggu ajelah dilain siaran.
Tangan kak Rozi melengkar di bahuku.
“Lyna.. akak dah kenal lama dengan Lyna, dah lebih dua
tahun akak rasa, akak tahu siapa Lyna. Tulah.. akak ada cuba-cuba..” belum
sempat kak Rozi menghabiskan cerita Fahmi bangun.
“Mi nak ke mana? “ soal kak Rozi kepada adiknya yang
sudah berdiri hendak beredar.
“Saya pergi bawah kejap..” katanya.
Rozi hanya angguk. Aku hanya menghantarnya dengan mata
sehingga dia keluar pintu.
“Akak pernah cuba.. cuba tanya Lyna tapi tak
kesampaian, sebab adik akak beritahu Lyna dah bertunang.. tapi bila..hemm..tak
jadi..akak nak tanya, Lyna dah sedia ke
hendak terima orang baru dalam hidup Lyna..” Kak Rozi tidak sanggup bercerita
detail, cukup dengan kata-kata yang aku dan dia mengerti.
Dia tidak mahu mengguris hatiku dengan mengenang
peristiwa yang aku cuba lupakan. Patutlah Fahmi lari,
kerana dia tahu kakaknya hendak bertanya soal itu. Soalan antara aku dan dia.
Aku
hanya diam. Jika tidak kerana aku melecur kena air panas dan dia tidak
menghantar aku ke klinik, rasanya perbualan ini tidak akan terjadi. Hisy..
tulah tidak berhati-hati, nasiblah kau Lyna dengar apa yang kau kena dengar.
Aku hanya diam, membelek balutan kemas di kedua belah
tanganku. Apa lagi yang boleh aku lakukan saat itu, selain dari mengalihkan
pandangan dari melihat wajah sayu kak Rozi..
“Ahh.. Lyna jangan marah akak ek.. adik
akak memang sukakan Lyna sejak first day dia jumpa Lyna lagi.. hemm. Masa Lia
pimpin tangan dia. Masa tu dia duduk
rumah ni, waktu akak pergi umrah hari tu. Tapi dia ingatkan Lyna dah kahwin sebab dah ada anak. Dia siap tanya akak kat Mekah
..bila akak cerita, Lia anak angkat, dan Lyna masih single, dia punyalah
seronok. Tiap kali call, tak pernah tak ada
cerita Lyna dengan Lia.. tapi bila akak balik, Lyna dah tunang pulak..adik akak terlambat..Tapi kan, itulah! Takdir kita tak tahu. Kita cuma merancang dan DIA yang
menentukan,,” kata kak Rozi, tunduk.
Lama kami diam.
Aku tertampan dengan soalan kak Rozi.
Terkejut tetapi gembira. Rasanya ungkapan yang paling
sesuai, Pucuk di cita, ulam mendatang.
Hendak
jerit Yahoo.. atau Ya beda bedu…
Aku
tidak bertepuk sebelah tangan rupanya.
Tetapi
itu semua hanya ungkapan yang aku simpan di dalam hati. Kau jangan tunjuk gatal
sangat Alyna…behave yourself girl.. behave!
Tidak
aku sangka Fahmi ceritakan kesah Lia memimpin tangannya di dalam lift kepada
kak Rozi, buat aku malu sahaja. Nasib baik cerita itu hanya aku, Fahmi dan kak
Rozi sahaja yang tahu, aku harap orang lain tidak mengetahuinya.
“Lyna..
Lyna..” teragak-agak aku hendak menjawab.
“Tak
pa, Lyna rehat, jawapan tu boleh nanti
nanti. Bila dah sedia
beritahu akak ye?”kata Kak Rozi.
“Meh.. akak hantar Lyna balik, tapi jangan kunci,
kejap-kejap akak intai..jom..” dipapahnya aku pulang ke apartmentku.
Aku terus ke bilikku. Kemudian aku dengar rung rang
di dapur. Kak Rozi membantu aku mengemas
barang-barang yang berselerak di dapur tadi agaknya. Mana sempat hendak kemas,
tangan sudah melecur.
Di dalam bilik aku bukannya boleh tidur, soalan kak
Rozi teriyang-iyang di telingaku.
“Adik
akak memang sukakan Lyna sejak first day dia jumpa Lyna lagi..” berulang-ulang
suara kak Rozi bermain di kepalaku.
“Huwek..”
Sedang aku berfikir-fikir, tiba-tiba aku rasa mual dan terus berlari kebilik
air. Tidak aku sedar tangan lembut kak Rozi sudah mengurut perlahan belakangku.
Aku sapu mulutku dengan tangan dan menoleh dengan mata yang kuyu menagih
simpatinya. Teruk sangat sakit aku, gayanya. Sudahlah deman, tangan kena air
panas, kerana lapar, perut masuk angin pulak, ditambah dengan soalan yang
kepala aku yang pening ini untuk memikirnya. Adakah ini masa yang terbaik untuk
aku memberi jawapan? Jawapan yang sudah lama aku simpan.
“Dah
masuk angin perut tu..ahh.. tadi pagi Lyna tak makan kan?” tanya kak Rozi.
“Pergi
baring dulu, nanti akak buat bubur sikit untuk Lyna… pergi rehat..” Terus
dipimpinnya aku dan aku baring.
Aduh, banyak betul aku terhutang budi dengan
keluarga ini.
Belum sempat kak Rozi berlalu, aku sentap tangannya.
“Kak.. terima kasih..” kataku terketar-ketar dan
perlahan.
Kak Rozi senyum dan membiarkan pergelangan tangannya
masih aku pegang dengan tangan yang masih berbalut.
“Kak.. “ kak Rozi menunggu dengan sabar apa yang akan
terkeluar dari mulut aku, yang sedang pening lalat.
“Lyna..Lyna pun sukakan adik akak tu..” kataku, antara
sedar dengan tidak, sudah terkeluar apa yang tersimpan sekian lama.
Kak Rozi senyum. Aku harap itu senyum gembira, sama
gembira dengan dendangan hatiku.
“Dah..tu, rehat dulu, nanti akak datang bila bubur
siap ya..” katanya lembut, tangannya terus mencapai selimut dan menutup tubuhku
yang sudah berbaring.
Aku terlelap, cepat betul ubat yang aku makan memberi
kesan kepadaku. Atau bukan kerana ubat, tetapi kerana aku sudah luahkan segala
isi hatiku yang selama ini tersimpan.
Aku hanya tersedar apabila terdengar laungan suara
azan asar dari surau berdekatan.
Buka sahaja mata, aku sudah lihat kak Rozi duduk di birai
katil, cuba membantu aku duduk dengan selesa.
“Dah lama akak kat sini..” tanya ku, kerana ingin tahu
sudah berapa lama dia didalam rumahku.
“Baru aje..Lyna nak bubur, ada akak panaskan kat dapur
tu..” tanyanya.
Aku senyum. Memang aku lapar. Tandanya aku sudah
kebah, bila sudah ada selera.
Perlahan aku berjalan ke bilik air, mencuci muka hanya
melalukan air ke muka kerana tanganku masih berbalut. Kemudian aku sapu dengan
tuala muka. Kak Rozi berada di dapur kerana aku dengar lentang lentung yang
datang dari arah itu.
“Nah.. makan Lyna.., sempat pulak Fahmi belikan buah
orange tadi kat supermarket kat bawah tadi untuk Lyna..” mataku tersorot ke arah
beberapa hirisan buah orange yang terletak di dalam piring.
“Akak dah beritahu dia..” senyum sahaja kak Rozi
menyampaikan yang dia sudah memberitahu adiknya tentang jawapan yang telah aku
beri.
Aku yang termalu, cepat sangat agaknya aku memberi
jawapan.
“Makan..Lyna kena sihat cepat sebab minggu depan
rombongan akak nak datang.. boleh?” begitu cepat sekali perancangan kak Rozi.
Aku hanya mampu tersenyum, di hati berkata-kata, cepat
betul aku mencari mengganti abang Rafiq dalam hidupku.
Habis bubur yang dimasak kak Rozi aku makan, begitu
juga buah yang dibeli Fahmi. Amboi, lapar sungguh aku. Selera yang datang
tiba-tiba, terutama apabila aku mengetahui, Fahmi masih sudi menerimaku,
setelah aku menolaknya ke tepi, sewaktu aku mabuk berkasih dengan abang Rafiq
dulu.
****
“Assalamulaikum…” terdengar aku suara Dian di depan
pintu, baru balik dari ofis gamaknya.
“Lia.. mana ibu ni senyap aje, Makuda tak tahu pulak
mana perginya” terdengar juga aku Dian bercerita dengan Lia.
Manalah budak sebesar itu hendak faham. Ada-ada sahaja
Dian ni. Hendak buat jenaka pula. Aku dengar bunyi tapak kaki Lia, berlari
mencari akulah tu. Aku di dalam bilik, pergerakan dengan kedua-dua tangan
berbalut amat terbatas. Namun aku gagahi juga.
“La..Lyna kenapa pulak dengan kau? Aku baru tinggalkan
sorang satu hari aje, dah berbalut tangan bagai, tu kenapa?” Dian datang
mendekati aku dan menelek tangan aku yang berbalut.
“Kena
air panas.. nak masak maggi punya pasal..” kataku selamba, menyalahkan maggi,
sedangkan diri sendiri yang tidak berhati-hati, gopoh.
“Maggi? Habis tu kau dah makan ke belum ni..?” kata
Dian lagi sambil melihat jam dipergelangan tangannya. Sudah petang, takkan
belum makan lagi?
“Dah, makan masakan kak Rozi. Fahmi yang hantar aku ke
klinik..” kataku, memberitahu kebaikan Fahmi dan kak Rozi, walaupun Dian tidak
bertanya.
“Ah! Fahmi? Tak kerja ke dia tu..?” tanya Dian lagi.
“Siapa?” aku bertanya balik kepada Dian. Ingin penjelasan
“dia” yang dimaksudkan.
“Ehemm.. kura-kura dalam perahu.. Fahmilah siapa
lagi..” jerit Dian
“Akupun mulanya tak tahu yang dia ada, aku nak minta
tolong kak Rozi, rupanya dia cuti semester la..” jawabku girang.
Sakit-sakit masih lagi ceria.
“Ohhh.. sebab ada Fahmi, tu yang kau cepat sihat ni.. ya?”
Dian sudah mula mengusik.
Mungkin,
ada juga kemungkinan kerana kahadiran si lelaki misteri aku, membuat aku cepat
sembuh..
Lia berkedek-kedek datang kepadaku. Aku lengkarkan
tanganku di pinggangnya walaupun dengan tangan berbalut untuk merapatkan
dirinya denganku.
Kedua-dua belah tangannya yang kecil, tiba-tiba
memegang mukaku dan dia mencium pipiku bertalu.
Aku sungguh terharu dengan perbuatan Lia. Lia penghiburku. Ohh.. Lia..
“Lia! Mari kat Makuda, jangan kacau ibu, ibu tu sakit.. macam-mcam
sakit, termasuk sakit cinta..” kata Dian lagi, mengusik aku.
Namun
aku tidak ambil pusing, aku kenal Dian yang suka mengusik aku.
“Yan..!” aku bersuara
“Hemm..” jawabnya pendek dengan mangkuk berisi makanan
Lia.
Dia
memanggil Lia kerana ingin memberinya makan. Lia mengendeng di atas pangkuan Dian. Menganga setiap
kali sudu hampir ke mulutnya.
“Fahmi lamar aku..” kata ku mendatar. Sebenarnya bukan
Fahmi, tetapi berwakilkan kak Rozi,
tetapi untuk mengelakkan panjang cerita, baik sahaja aku guna nama Fahmi.
“What?” Dian terkejut.
Sudu yang sepatutnya masuk ke mulut Lia, terhenti di tengah
jalan. Bagaikan, ayat aku membuat Dian menjadi kaku seperti batu, terkejut!
Lia tetap menganga, akhirnya dia merapatkan sendiri mulutnya
ke arah sudu, yang dia pasti sudu tidak akan bergerak ke mulutnya kali ini.
Entah apa yang ibu katakan kepada Makuda, membuat
Makuda terkaku seperti patong cendana.
“Serious
Lyna?” tanyanya lagi seperti tidak percaya dengan apa yang baru aku beritahunya.
Aku
angguk.
“Habis
tu kau, setuju tak?” tanyanya lagi, aku angguk sekali lagi.
Terus mangkuk berisi makanan Lia diletakkannya ke tepi.
Dia
datang mara dan memelukku.
“Baguslah
Lyna, congrats.. I’m happy for you, you
deserve better, macam Fahmi. Aku tahu dia seorang lelaki yang baik..
lupakanlah abang..apa? ah.. whatever!”
kata Dian lagi.
Dia
kembali mengambil mangkuk dan menyudu makanan semula kepada Lia yang tidak tahu
apa yang telah berlaku diantara makuda dan ibunya. Yang dia tahu, kedua-dua perempuan
ini berpelukan. Sama seperti pelukan yang selalu dia dapat. Tetapi, makuda
pulak terover, Lia ni, lapar!!
“Yan” bersuara lagi aku.
“Hemm.. ada kejutan lagi ke? Tell me” kata Dian senyum.
“Rombongan merisik dan tunang minggu depan” kataku
Dian terus terpaku sekali lagi, melopong dengan mulut
ternganga. Sudah tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi. Aku tahu, dia gembira
untukku.
“Dian!” jeritku.
Barulah dia tersedar, mulut ternganga, nasib baik
tidak masuk lalat.
“Lia! Lia akan dapat new daddyyy…” kata Dian kepada
Lia.
Seperti biasa Lia hanya angguk. Sudah tahu si Lia ni
memang suka menjadi burung lelatuk..
Bagi Lia, si rambut kerinting memang sudah lama menjadi daddynya, cuma
tidak rasmi...
No comments:
Post a Comment