Bab 24
“Lama dah ke Lyna tersadai kat sini? Saya tengok tayar
belakang sebelah kiri Lyna tu dah pecah.. teruk pecahnya tu.. Lyna langgar apa?
Koyak macam tu sekali?” katanya dengan raut muka garang. Aku masih mendiamkan
diri.
“Kenapa tak buka pintu awal-awal. Sampaikan polis
datang, ingatkan saya ni entah apa?“ katanya lagi. Nada masih tinggi.
Amboi, masuk-masuk sudah meninggikan suara kerana
bertanya bagaimana tayar kereta aku terkoyak begitu sekali. Marah juga dengan
kehadiran abang polis yang hampir memberkasnya.
Part tayar, manalah aku tahu, aku sudah memandu
berhati-hati, bukannya aku main hentam sahaja langar apa yang tidak sepatutnya.
Dia marah kerana aku mengambil masa yang agak lama untuk membuka cermin dan
membenarkan dirinya masuk, agaknya..
Dia tidak fikirkah, hendak mampus, membenarkan orang
yang tidak dikenali main hentam duduk di sebelah.. Hisy…Ya ampunnn…!!
Part abang polis, itukan sudah menjadi tugasnya, menjaga keselamatan
rakyat. Manalah tahu, memang ada lelaki yang mengambil kesempatan ke atas
perempuan yang tersadai seperti aku.
Nada bunyi suaranya, seperti marah, tetapi marah mengenai tayar bukan
pasal lambat, dan juga bukan mengenai abang polis, tanpa memandang ke arahku.
Tidak bertanya khabar, terus terjah begitu sahaja. Aku
terdiam. Biar betul si rambut kerinting ni. Dia lupa ke? Ini Ilyna Suffiyah,
bukannya adik atau anak buah dia yang sesedap rasa sahaja dia hendak berleter.
Namun aku kena berlembut, kerana aku yang perlukan pertolongannya. Biarkanlah
dia berleter, janji dia tukarkan tayar keretaku nanti.
“Lyna..Lyna
tak perasan pulak, langgar apa..ingatkan pancit biasa..” kataku sedikit hairan dengan sikap berani Fahmi.
Seingat aku, sudah lebih dari 6 bulan aku tidak bersua
muka dengannya. Sejak dia pindah dari rumah kak Rozi dan sejak aku bertunang
dan sejak aku... ahh..malas aku hendak mengingatkan kesah itu.
Mungkin dalam masa 6 bulan tidak bertemu, aku rasakan
dirinya sedikit berbeza. Dia sedikit kurus dan rambut juga sudah sedikit
panjang. Namun dia tetap si rambut kerinting yang aku kenal. Dia yang duduk di seat
penumpang, menolak ke belakang rambutnya yang sudah nampak basah. Boleh nampak
air yang berlumba-lumba menitis ke baju kemejanya.
Aku jatuh kasihan, sedar yang aku yang menyebabkan dia
lokos di simbah hujan, sedangkan aku relax berada di dalam kereta. Tetapi aku
masih geram dengan cara dia menegur aku.
Kami tersenyap seketika. Mungkin dia perasan dengan
apa yang telah terkeluar dari mulutnya.
“Lyna ada tayar
spare tak?” akhirnya dia memandang ke arah ku, dengan nada yang sedikit lembut.
Ha.. macam tulah sepatutnya bercakap dengan perempuan,
bukan main hentam hendak marah orang. Aku senyum.
“Ada..” jawabku sepatah
“Jack?” tanyanya lagi.
“Ada” sepatah lagi aku jawab.
Petang ini aku main cakap sepatah sepatah sahaja.
Menjawab kepada soalannya yang sepatah juga, tak perlu keletah sangat.
“Macamnilah..haaa..tolong buka bonet, saya ambil tayar
spare sama jack, dan tukar tayar yang dah koyak tu, lepas tu ikut saya perlahan
ke workshop yang paling hampir.. saya rasa saya tahu kat
mana.. on the way balik ..” katanya
serious sahaja kata-katanya.
“On the way balik, balik ke mana? Ke
rumahnya atau ke rumah aku.:?.” aku masih tidak jelas. Namun, elok sahaja
ditukar tayar yang pecah itu dahulu. Ikut sahaja rancangannya.
Menghala ke rumah siapa, kita tunggu, baru tahu..
Selesai bercakap dia terus keluar apabila mendengar
aku sudah menekan butang untuk membuka bonet belakang. Dari cermin sisi aku
boleh nampak dia yang berhempas pulas cuba membuka tayar yang koyak. Tidak berapa
jelas kerana hujan masih lebat.
Sekali lagi aku simpati kepada dan tidak sampai hati
aku lihat dia basah lencun berhujan, sedangkan aku elok sahaja duduk di dalam
kereta.
Aku
keluar dengan payung yang aku simpan di seat penumpang. Aku payungkan dia, lalu
dia mendongak apabila sedar aku di belakangnya memayungi dia yang sudah lencun.
Akhirnya
aku pun lencun sama, sekaki payung untuk dua orang berteduh adalah tidak masuk
akal. Namun aku gembira, dapat memberikan sedikit khidmat kepada penyelamatku, walaupun aku tahu bukan
berfaedahpun. Basah tetap basah.
Tidak
sampai setengah jam, tayar yang koyak sudah diganti sementara dengan tayar
spare.
“Dah..
Lyna ikut saya boleh?” tanyanya.
Aku
begitu rapat dengannya di dalam keadaan kedua-duanya basah lencun di dalam satu
payung. Aku rasa sungguh
mesra. Kemudian dia berlari ke keretanya yang dipakir di belakang keretaku. Aku
pula masuk ke keretaku.
Sebaik sahaja dia bergerak, aku mengekorinya. Lampu
hazard masih terpasang.
Sampai dibengkel, Fahmi yang membuat urusan. Segalanya
diuruskannya, sehinggakan berapa bayaranpun aku tidak ketahui. Aku akan
jelaskan apabila sampai di rumah nanti.
Eh! Lupa di rumah siapa?
Apabila selesai, aku masih mengikutinya di belakang.
Alangkah leganya aku apabila dia menyusur jalan yang aku lalu setiap hari.
Baru
aku faham, on the way back, bermaksud on the way ke rumah aku, dan ke rumah kak
Rozi.
“Dah jom… nak ambil Lia kan?” katanya lagi.
Tahu sahaja dia akan routine aku. Apa lagi, aku angguk
laju. Kereta kami bergerak bersama menuju ke Tadika Lia.
Dari jauh aku sudah lihat Lia yang sudah berdiri di
grill pintu, sungguh gembira melihat aku dan Fahmi berdiri untuk membawanya
pulang.
“Maaf
Cikgu, tayar kereta saya pancit..” alasan ku beri kerana kelambatan mengambil Lia
“Tak apa Puan.. sebab hujan, ada dua tiga orang lagi
tu yang masih belum diambil..tu ah! Tengah bermain..Lia dah nak balik ya, esok
jumpa lagi ha!” kata Cikgu Hana.
Lia berpindah tangan.
Cikgu Hana tersenyum-senyum, mungkin menyangka Fahmi
suamiku. Maklumlah selama hampir sepuluh bulan menjaga Lia, ini pertama kali
melihat bapa Lia, agakya itu yang difikirkannya.
Aku balas
senyumnya. Biarkanlah apa yang hendak mereka sangka, asalkan dia menjaga Lia
dengan baik. Lia pula bukan main lagi hendak Fahmi mendukungnya, aku
hulurkan Lia kepada Fahmi. Sampai
dikeretaku, Lia aku ambil dan aku masih mengekori keretanya sehingga sampai ke
aparmentku.
“Dah pindah balik kat sini ke?” tanya ku semasa di dalam lift.
“Tak..”
jawabnya pendek.
“Habis
tu..” tanyaku kerana kurang puas hati dengan jawapan pendeknya.
“Nak
jengok kak Rozi..” katanya lagi.
Aku
angguk.
“Terima
kasihlah bantu Lyna tadi, kalau tak, Lynapun tak tahu bilalah boleh sampai
rumah.. kasihan Lialah lambat ambil..Nasib baik juga Fahmi jenguk Kak Rozi hari
ini, kalau tak, siapalah agaknya yang tolong Lyna. Silap-silap tersadai kat tepi jalan tu, sampai malam..”
kataku.
“Ya..Lia, kasihan Lia..tak apa next time, kalau ibu
lambat, uncle boleh ambilkan ya?” katanya.
Aku bulatkan mata. Kenapa dia ni, kata tidak duduk
lagi dengan kak Rozi?
Tidak mengapalah, apa sahaja yang dia hendak cakap.
Yang penting aku sudah terhutang budi dengannya hari ini.
“Terima kasih banyak-banyak Fahmi.. I
owe you this time..” ucapku kepadanya.
Dia
hanya senyum segaris. Dengan
bekalan Lia dijinjingnya.
Hei alah, si rambut kerintingku. Dia
muncul kembali di dalam hidupku.
***
“Kenapa
kau lambat sampai hari ni Lyna?” pertanyaan dari Dian, sebaik sahaja aku masuk.
Tidak sempat-sempat dia hendak bertanya. Dia sudah elok bersela di atas sofa
menonton TV.
“Tayar
kereta aku pecah, kena pulak hujan lebat.. Aku langgar apa ntah sampai pecah
macam tu, Akupun tak perasan. Langgar divider kot?” aku membuat andaian.
Menyalahkan divider, yang sebenarnya cara aku memandu yang tidak cermat sampai
melanggar divider.
“Habis
tu!..” tanya Dian. Seperti seronok sahaja mendengar cerita aku.
“You know who help me?” aku memberitahu
Dian, sambil hendak berteka teki pulak.
“Who?
Hail Amir?” tanya Dian.
Dian
pulak menjawab teka teki aku.
Menjawab
dengan jawapan Hail Amir, pelakun yang popular diwaktu itu. Hail Amir pelakun
pujaannya.
“Ha ah.. Hail Amir aku!” jawab ku dengan bangga.
“Serious?”
tanya Dian seperti ingin tahu, siapalah agaknya Hail Amir aku.
“Fahmi”
kataku sepatah.
Sepatah
sahaja sudah cukup untuk menerangkan apa yang tersirat dihatiku, apabila aku
menyebut namanya dengan hati yang gembira.
“Fahmi!
Fahmi the guy next door, lelaki
misteri kau tu!!” tanya Dian cuba mempastikan Fahmi yang mana satu.
Aku
angguk. Bukan banyakpun kawan yang aku kenal yang bernama Fahmi. Itulah
seorangpun yang ada, dan satu-satunya Fahmi si rambut kerinting. Buat susah-susah
aje si Dian hendak berfikir.
“Serious
Lyna?” tanya Dian lagi, aku masih mengangguk.
“Aku
ingatkan Hail Amir..” Hisy, tak sudah-sudah Dian dengan Hail Amirnya, habis!
Jeffry hendak campakkan kat mana?
“Dia
nak jengok kak Rozi, nasib baiklah jumpa dia, dialah tolong tukar tayar spare
lepas, tu hantar kat garage.. semua dia uruskan..” kataku dengan bangga, hanya
kata pujian sahaja yang terkeluar dari mulutku.
Hilang
sekejap rasa dukaku.
Dian
berlopong sahaja mendengar cerita yang aku sampaikan, bagaikan anak-anak leka
mendengar cerita fairy tales sahaja.
“Alamak!”
aku menepuk dahiku.
“Kau
kenapa pulak ni?” Dian rasa
pelik dengan perbuatan ku.
Rasanya
ceritanya seronok sahaja, tidak ada pula yang tergantung. Aleh-aleh aku tepuk
dahi, tentulah menghairankan Dian.
“Dia
yang bayar tadi, aku lupa bayar duit dia balik..alamakkk.. kenapa pulak aku
jadi pelupa niii..” aku memarahi diri.
Perlukah
aku mengetuk pintu rumah kak Rozi? Malu pulak aku, seperti aku sengaja hendak
berjumpa dengan adiknya. Tetapi
aku yang berhutang, berhutang duit dan berhutang budi.
Kejap-kejap lagi la.. akhirnya aku membuat kesimpulan
untuk berjumpanya kemudian hari.
Lia aku letakkan ke dalam baby cot.
“Yan! Tolong tengok-tengokkan Lia, aku nak mandilah ..
dah kena hujan ni takut demam nanti..” pinta ku.
“Hemm.” Jawab Dian.
Terus aku ke bilik air dan membersihkan diri untuk
bersolat maghrib.
Sedang aku mengeringkan rambutku, Lia terlena apabila
pekena sebotol milo suam. Terfikir aku tentang hutangku dengan Fahmi.
“Yan, kalau Lia jaga tolong panggil aku?” aku terus
mencapai purse dan menuju ke pintu keluar.
“Kau
nak gi mana pulak tu?” tanyanya.
Memang aku hendak beritahu, tetapi soalan Dian sampai
dulu.
“Rumah kak Rozi, nak bayar balik duit Fahmi..” kataku
mendatar.
Malu
pula aku, Dian akan memikir yang bukan-bukan pula nanti. Dari riak mukanya, dia
nampak bersahaja, di dalam kepala otaknya tak tahulah aku, aku belum jadi
psychic yang boleh membaca fikiran orang.
Aku menapak berlahan keluar rumah dengan purse di tangan.
Pintu hanya aku rapatkan dan grill tidak aku tutup. Aku hanya ingin berjumpa
Fahmi di depan pintu rumahnya sahaja.
Perlahan aku menekan loceng pintu, rasanya hanya
berbunyi sekali. Tidak mahu menekan banyak kali, takut mengganggu keluarga kak
Rozi yang sedang merehat di dalam.
“Ahhh.. Lyna.. kenapa Lyna..” tanya kak Rozi, dia yang
membuka pintu.
“Kak.. Fahmi ada..” tanya ku tanpa malu-malu dengan
kak Rozi.
Kak Rozi hanya senyum.
“Eh.. mana Lyna tahu Mi ada sini?..” tanya
kak Rozi, hairan bagaimana aku tahu.
“Terjumpa
dia petang tadi..” kataku, menyatakan imbuhan awal “ter”, menunjukkan perbuatan
yang tidak sengaja. Tanpa aku perasan, imbuhan itu juga bermaksud sudah
tersedia, atau ada upaya. Itulah muslihat penambahan imbuhan “TER”.
Kak
Rozi berpaling dan terus bersuara “Mi..kat luar ni ada orang nak jumpa..”
luangnya.
Tiada
jawapan yang didengar.
“Lyna
sihat?” tanya kak Rozi, mesra. Aku
angguk.
“Lia?” kak Rozi bertanya lagi.
“Sihat jugak..” jawabku
“Alhamdullillah.. akak..” tidak sempat kak Rozi hendak
menghabiskan kata-katanya, Fahmi muncul.
“Eh..eh.. Mi, jumpa Lyna ke tadi?” tanya kak Rozi
untuk mepastikan kebenaran kata-kataku. Seperti tidak percaya sahaja kak Rozi.
“Ya kak” katanya.
Dari perbualan itu aku mengerti, dia tidak memberitahu
mereka apa yang terjadi. Dia tidak memberitahu
mereka yang dia telah membantuku di lebuhraya.
“Fahmi.. sorry ganggu sedang rehat.. ni.. Lyna nak
tanya, berapa duit kat bengkel tadi..” tanya
ku terus, tidak perlu banyak soal.
“Tak
banyak pun.. ahhh kira saya tolong Lyna aje la..” katanya.
“Tak
boleh Fahmi, dahlah Fahmi tolong tukar tayar, lepas tu kena keluar duit pulak?”
rayuku agar aku membayar sahaja jumlah yang dia telah bayar di bengkel tadi.
“Macam
nil ah Lyna, Lyna belanja saya makan sudahlah.. memangpun dah lama saya tunggu,
sampai sudah, Lyna tak beri jawapan” katanya.
Teringat
aku yang memang Fahmi pernah meminta aku keluar dengannya, aku sahaja yang jual
mahal sewaktu itu, kerana aku tunangan orang sewaktu itu, tetapi tidak lagi
sekarang.
Aku tarik nafas.
“Bila?” tanyaku.
“Bila Lyna senang la..” tersenyum sahaja dia.
“Yalah, nanti Lyna fikir, tapi Fahmikan tak duduk
sini, macamana Lyna nak beritahu?”
usulku.
“Tunggu jap” katanya dan dia berjalan pantas masuk ke dalam.
Aku di luar menunggu dengan debar, apa lagilah di
rambut kerinting ini hendak buat.
Tidak lama kemudian Fahmi keluar dengan sekeping
kertas di tangan.
“Nah” kertas beralih tangan.
Aku baca perlahan. Tertera nama penuhnya, nombor
telefon ofis dan juga nombor telefon rumah. Amboi lengkap maklumat yang diberi.
Tidak boleh tidak, nampaknya aku kena tunaikan permintaan yang ini.
“Yalah.. nanti Lyna call..” mendatar sahaja aku masih
memandang ke atas sehelai kertas yang ditanganku.
Aku angkat muka, rupanya dia memandang tidak berkelip
ke arahku.
“Fahmi” tegurku.
“Ah.. sorry Lyna..” jawabnya termalu, kerana dia
tertangkap merenung aku.
Aku senyum.
“Nanti Lyna call” sudah dua kali aku memaklumkan
perkara yang sama.
Aku lupa aku asyik mengulang-ulangi perkataan yang
sama.
“Lyna masuk dulu..” aku terus berjalan pantas ke unit
aparmentku, tanpa memperdulikan Fahmi yang aku tahu masih memandang aku
meninggalkannya.
Aku selitkan kad namanya dicelah purse aku.
Tiba-tiba aku terhenti, tidak sempat aku hendak
menolak pintu..
“Ah Choo..ah Choo..” tidak sempat bersin yang ketiga
aku bergegas masuk.
Malu terbersin
di depan Fahmi. Hey, rasa tak sedap badanlah pulak
tiba-tiba. Inilah dapatnya jika bermain hujan.
***
Sampai
di bilik, sebelum aku memasukkan semula purse, aku tarik keluar sekeping kertas
itu. Nama penuhnya, pekerjaannya dan dimana dia bertugas, lengkap.
Tidak
ada alasan untuk aku mengatakan yang aku tidak tahu siapa dia.
Pensyarah
rupanya dia, bertugas di Kolej Timur. Hemm.. pendidik, patutlah berhemah.
Aku
senyum. Kad aku masukkan semula di belakang kad pengenalanku agar ianya tidak
hilang dan agar senang aku ingat.
Teringat aku kepada renungan Fahmi sebentar tadi. Aku
suka dia memandang aku begitu, kerana banyak bunga yang sudah mulai kembang di taman
hatiku. Aku tahu di hati Fahmi juga ada bunga yang sama kembang, di dalam
hatinya. Bunga-bunga yang sudah layu, kini segar semula.
No comments:
Post a Comment