Saturday 27 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 30



Bab 30

Aku duduk di kerusi bertentangan dengan abang Rafiq. Satu buku menu dihulurkan abang kepada ku, aku sambut, manakala satu lagi dipegangnya. Dia mahu aku yang memilih. Susah juga hendak membuat pemilihan. Hendak memesan menu sarapan, jam sudah sebelas lebih. Hendak memilih makan tengahari pula, masakan belum siap sepenuhnya. Aku bingung hendak memilih, akhirnya, aku tanya abang Rafiq apa yang dia hendak makan.

“Abang ajelah pilih, tak tahu Lyna nak decide..” kataku, tanpa aku beritahu yang aku tidak dapat memilih sama ada memilih menu untuk sarapan atau menu  makan tengahari.
“Ilyna lapar tak?” tanyanya.
“Sikit..” kataku pendek.




3 comments:

Rose Ezadora said...

Jam sudah hampir 1 pagi. Siapa nak teman abang Rafiq..silakan.

blu4sky said...

Hari tu dah terfikir sape yg sesuai jd abg rafiq..x sempat nak komen..now dah lupa..as for lyna..rasa vanidah imran sesuai :)

Rose Ezadora said...

Dah boleh bayangkan wajah abang Rafiqkah?