Friday 26 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 29


Bab 29


Aku menjinjing kandang yang berisi si anak kucing kuning. Kandang aku letakkan di atas meja kaunter.

“Maaf ya..Kelly kena tunggu lama? Bukannya apa, budak volunteer tu budak baru, tak pandai lagi hendak mandikan kucing..ahh..kucing tu dah bersih, dah vaccine dan deworm. Kelly pilih kandang mana yang hendak dan juga some cats food jangan lupa. Nanti ada kucing yang kebulur sebab tuan terlupa beli makanan. Jangan beri tulang tau, nanti tercekik. Ini kucing manja, bukan kucing kampung yang baham apa saja..” Nasihatku kepada Kelly sambal tersenyum. Aku lihat Kellypun tersenyum juga, mengerti yang aku cuba sekadar memberi pandangan dan nasihat.



“Kelly pernah ada kucing tak sebelum ni..” tanyaku lagi.

“Ada..” jawabnya.

“Ha..Kalau macamtu, mudahlah sikit, dah pernah bela kucing..” jawabku sedikit lega, tidak perlu banyak berceloteh kerana pembeli sudah pernah ada pengelaman menjaga kucing.

“Untie.. kitten tu makan, makanan apa?” tanya Kelly lagi.

“Kalau untie, untie beri dia yang ni..” sambil tanganku mencapai sepeket kecil Royal Canin, khas untuk anak kucing berumur dua bulan hingga 6 bulan.

“Yang ni mahallah sikit, tapi bagus, tapi nak yang murah sikit yang ni” aku tunjukkan bungkusan besar Iams kitten.


“Tapi, untie rasa Paksu tak kesahkan berapa harga, jadi Kelly ambil yang ni..lebih baik..” sekali lagi aku menunjukkan ke arah deretan bungkusan Royal Canin. Mahal tetapi bagus.

“Paksu macammana?” tanya Kelly kepada abang Rafiq, yang sedari tadi hanya sebagai pendengar.

Akupun hanya berbicara dengan Kelly. Dia, aku cuba elakkan dari berbual.

“Ikut yang untie Ilyna advise la..” katanya.

Aku senyum. Terus sahaja aku mengambil sebungkus besar Royal Canin kitten, sebungkus susu untuk binatang, bekas makan, bekas minum dan kandang.

Barang asas untuk permulaan menjaga seekor kucing.

“Mainan nak tak, Kelly?” tanyaku lagi kepada Kelly.

“Ah..” terkejut Kelly yang leka mencari collar berloceng untuk si anak kucing.

“Mainan..” ulangku

“Ya..ya.. nanti saya pilih.. bolehkan Paksu?” tanyanya lagi.

Abang Rafiq hanya angguk.

“Datang lagi bulan depan untuk vaccination kedua, lepas tu terserah Kellylah hendak neuter atau tidak..selepas kucing tu umur 3 bulan.. ni si kuning ni baru sebulan lebih sikit” lembut tanganku mengusap kepala si anak kucing yang baru aku keluarkan dari kandang.

Si kuning seronok dibelai selepas mandi. Tambahan pula mendapat haba tangan manusia. Sama panas dengan haba ibunya.


“untie.. kalau Kelly perlu nasihat hal-hal masalah kucing,  Kelly call untie boleh?” tanya Kelly.

Hendak bermanja pula Kelly denganku. Abang Rafiq masih sebagai pemerhati.

“Boleh..” kataku dengan nada meleret.

“Nak call mana?” Kelly sudah siap dengan telefon bimbit ditangan.

Aku jadi sangsi, bolehkah aku memberikan nombor telefon aku kepadanya.

“Hemm.. telefon rumah ajelah ya?” kataku. Kelly hanya angguk.

“03 6175667”

Cepat sahaja jarinya menekan abjad di telefonnya.

“Dah” katanya.

“Dah cukup ke? boleh kira atau nak tambah lagi.. beli barang kat sini, sekurang-kurangnya menderma jugak.. untuk tampung perbelanjaan kat sini.. macam charity macam tu..” kataku lagi.

Berlagak seperti jurujual sahaja sedang mempromosikan barangan.


“Kalau sudi boleh jugak terus menderma kat sini..” sambil aku tolak ke tengah kaunter, tabung yang sentiasa ada di atas meja kaunter untuk sesiapa sahaja yang sudi menderma.

“Dah selesai agaknya kan Paksu.?.” kata Kelly kepada abang Rafiq.

“Ilyna.. dah cukup ke semua keperluan tu..” tanya abang Rafiq sambil tangan memegang barang-barang yang telah aku kumpul di depan cashier.

Dia meminta pendapatku sebagai seorang bekas doktor haiwan.

“Cukuplah buat permulaan.. tapi sebelum habis, kena beli lagi la.. ni.. Lyna rasa untuk dua bulan cukup..pack besar, pack 5 kilo tu” kataku.

“Kelly, jangan beri makan banyak sangat tau? Small portion aje at a time. Ikut time, bubuh segenggam pagi, sengenggam petang. Air minum kena tukar selalu.

Kucing ni pembersih, kalau air lama tak diminumnya..” kataku lagi, memberi tips yang patut tuan baru kucing ketahui.

Aku tahu perangai kucing. Perangai Ginger lagi aku tahu, kucing yang mengada-ngada tu. Ginger suka air yang keluar dari paip, itu sebab selalu sahaja dia berada di atas sinki di dapur menunggu aku membuka paip air untuk dia minum.


“Pushpa.. boleh kiralah..” kataku kepada Pushpa, cashier yang bertugas hari ini.

Setiap barang dilihat. dan ditekan butang mengikut harga lalu dimasukkannya ke dalam beg plastic. Kecuali yang besar, seperti kandang dan makanan, hanya dibiarkannya, tanpa perlu di balut.

“RM675.80” kata Pushpa nyaring, memandang ke arah Kelly dan juga abang Rafiq.

Diapun tidak tahu, siapa yang sepatutnya membayar.


Abang Rafiq tampil dan menyeluk saku belakang seluarnya dan mengeluarkan dompet. Satu persatu helaian note dikeluarkannya. Sebanyak RM700.00, dan Pushpa memulangkan bakinya. Terus sahaja tangan kasar abang Rafiq memasukkan baki wang ke dalam tabung yang masih berada di tengah kaunter. Aku senyum, murah hati sungguh abang Rafiq. Jangan di depan mata aku sahaja dia bermurah hati. Tak ada maknanya!


“Kereta Encik parking kat mana?” tanya Pushpa lagi.

“Alex tolong!” sambungnya meminta Alex, pembantu stor memindahkan barangan yang sudah terjual ke dalam kereta pembeli yang terpakir di luar.

“Ahh..kereta saya…Honda Civic Maroon” Kelly keluar dan menekan kunci kereta agar bonet kereta boleh dibuka untuk memasukkan barangan, kecuali kucing dan kandang.

“Terima kasih Paksu..Paksu nak balik sekali ke atau terus nak balik rumah?” tanya Kelly kepada abang Rafiq.

“Paksu balik kejap lagi.. Paksu terus balik rumah la.., see you next week.then.” kata abang Rafiq. Kelly hanya angguk. Dia tidak tahu, apa pula perancangan Paksunya. Yang dia pasti, si kucing kuning perlu dibawa pulang segera.

“Untie.. saya balik dulu lah.. nanti saya telefon ya..?” sambil menghulur tangannya dan aku sambut. Kemudian dia menjinjing kandang yang berisi si kuning, anak kucing yang sudah mendapat tuan yang baru, wania muda yang bergaya.


Sebelum Kelly bergerak, dia bercakap perlahan kepada abang Rafiq. Aku hanya memerhati. Akupun ingin meminta diri sebenarnya, tetapi tidak mahu pula meninggalkan mereka terus begitu sahaja.. Nanti dikatakan sombong pula. Tambahan aku sudah setuju  hendak berjumpa abang Rafiq setelah segalanya selesai.

“Lyna nak sambung kerja semula, jumpa lagi abang ..” kataku.

“Ilyna..abang nak ajak Lyna minum jap, boleh?” katanya

La.. pulak! Tadi kata hendak jumpa, dah jumpa, tetapi tidak ada benda mustahakpun hendak diceritakan. Ini dah ajak pergi minum pulak!

“Kat restaurant depan tu aje..” rayunya.


Aku serba salah. Perlukah aku menerima melawaannya.Aku takut akan menimbulkan fitnah. Aku ni janda dan bekas tunangnya, dan dia tentunya sudah beristeri. Sudah tua-tua ini aku tidak mahu pula jadi perosak rumahtangga orang. Aku terdiam, diam memikirkan cara yang terbaik untuk aku menolak.


“Lyna ada kerja lagi kat belakang tu bang..” akhirnya aku terfikir untuk memberi alasan.

“Abang tunggu..” katanya.

Aku kerut muka, dia hendak menungguku. Bagaimana cara aku hendak lari ni!

“Lyna lama ni.. bang..” kataku menguatkan lagi alasanku.

“Lama manapun abang akan tunggu Ilyna..” katanya sedikit tegas.

“Abang ada benda nak tanya Ilyna?” katanya masih dengan nada tegas.

Lain macam sahaja bunyinya.


Aku tarik nafas. Kenapa pula abang Rafiq ni, tidak reti bahasakah?, aku menolak cara berhemah, memberi alasan agar dia pergi. Atau dia mahu dengar jawapan “Maaf, Lyna  tak mahu pergi minum dengan abang” agaknya baik sahaja aku beritahu dia dengan ayat itu, baru dia mengerti.


Aku pandang wajahnya, dia tidak berkelippun memandang aku. Akhirnya aku yang kalah, aku tunduk. Tidak mahu termakan dengan renungannya. Renungan yang pernah satu ketika membuatkan aku tidak boleh tidur malam mengenangkannya. Renungan itu masih boleh membuat hatiku berdebar.

“Kalau itu kata abang.. abang tunggulah. Lyna pergi belakang..” kataku dan terus beredar tanpa melihat riak wajahnya.


Aku tidak ketahui sama ada dia perasan atau tidak yang muka aku sudah bertukar warna.

Aku ke belakang menyambung tugas ku yang terbengkalai. Dari satu jam ke  dua dan jam yang ketiga, Lia memberitahu yang dia perlu pulang. Takut pula Sandra buat hal, kuatir Halim tidak boleh handle.


Aku akur, sebenarnya jika sampai ke petangpun aku sanggup berada di situ, dari keluar bersama abang Rafiq. Di dalam hati aku berdoa agar abang Rafiq sudah beredar kerana tidak sanggup menunggu ku selama 3 jam sendirian di depan kaunter.

Doktor Amelda sudah beberapa jam pulang. Dia sukarelawan yang kerap membantu, dia boleh sahaja datang dan pergi mengikut masanya yang terluang. Lain pula kes aku, ada kala muncul, ada kala tidak. Ikut kelapangan aku dan Lia. Jadi kerana hanya muncul sesekali, aku selalu spend lama sedikit masa di sini.


“Ibu.. Lia rasa uncle tadi tu masih ada kat depan la..kitten tu dah selesaikan? Ibu dah uruskan tadi kan?” tanya Lia bertalu-talu dan dia tertanya-nya.

 Hairan juga Lia, kenapa abang Rafiq masih berada di ruang kaunter tetamu.

Aku jadi  serba salah, perlukah aku beritahu atau tidak kepada Lia.

“Dia nak ajak ibu keluar minum dengannya. Ibu kata, kalau nak keluar minum kena tunggu ibu habis kerja. Tak sangka pulak dia sanggup tunggu..lama tu dia  tunggu, hampir 3 jam” kataku. Rasa simpati pula mendera abang Rafiq.

“Ibuu..kenapa ibu tak beritahu Lia? Ibu pergilah minum dengan uncle tu..diakan kenal ibu. Dia siap kenal Lia lagi.. Lia aje yang tak kenal dia, janganlah ibu hampakan harapan orang” panjang lebar pula si Lia memberi pendapat.

Aku jeling Lia, budak ni.. tak tahu hujung pangkal, senang-senang sahaja meminta aku keluar minum dengan lelaki itu.

“Nanti Lia beritahu uncle tu.. yang ibu akan siap kejap lagi..” terus sahaja Lia berjalan pantas tanpa mempedulikan aku yang berulang-ulang menyebut namanya agar tidak membuat kerja bodoh itu.


Tetapi terlambat. Dari jauh aku lihat dia dan abang Rafiq bukan main mesra lagi dan sesekali menoleh ke arahku yang berjalan berlahan menuju ke arah mereka.

“Lia balik dulu, nanti uncle Rafiq hantar ibu balik ya? Betulkan uncle nak hantar ibu Lia balik?” tanya Lia kepada abang Rafiq. Rafiq hanya angguk dengan soalan Lia.

Sedangkan aku tidak mempunyai masalah. Jika dia tidak menghantar aku balikpun tidak mengapa, teksi banyak, hanya perlu panggil sahaja..


“Kalau macam tu Lia gerak dulu. Nanti Lia call ibu ya.. hemm.. malam nanti..” katanya dan terus menyalami aku dan mencium kedua belah pipiku.

Semua perbuatan aku dan Lia diperhatikan oleh abang Rafiq yang sudah berdiri, hanya menunggu aku untuk ke restaurant di depan bangunan.

Aku menerima pelawaannya hanya kerana tidak mahu menghampakan dirinya, tidak lebih dari itu.

Terpandang aku kepada kereta Lia yang melintas di hadapan SPCA, tiba-tiba hati ku berbisik.

“Lia..Lia tidak sudah-sudah hendak menjadi match maker. Jika dulu dia berjaya menyatukan aku dengan Fahmi, tetapi kali ini jangan harap dia akan berjaya!“


5 comments:

Rose Ezadora said...

Satu lagi episode buat pembaca yang mengikuti...layan.

Rose Ezadora said...

Dh boleh starat cari calon watak untuk jadi abang Rafiq sebab mulai hari ini watak abang Rafiq akan ada, sampai pembaca jemu...he.he..he.., jangan marah!

blu4sky said...

hahaha...tunggu dulu... tak dapat baca lagi character abag rafiq..tak nampak bayang-bayang lagi..hahaha...

Anonymous said...

Rafik masih solo ke masih setia tggu lyna

Rose Ezadora said...

Nantikan dia di episaod akan datang