Bab 28
“Ibu, Lia sampai dalam setengah jam lagi..ibu dah
siapke?” tanya Lia setelah aku mengangkat cellphone ku yang berbunyi.
“Ya..ya, ibu pun dah ready ni..“ jawabku, ringkas.
Awal aku bangun hari ini, setelah penat mengimbau
kesah silam. Kesah kebahagian aku bersama arwah Fahmi. Suami yang aku cinta.
Sarapan sudah aku siapkan Aku hanya menunggu Lia untuk
bersarapan bersama sebelum ke SPCA seperti yang telah aku janjikan semalam.
Tidak sampai setengah jam, Lia sudah muncul di depan
pintu yang telah aku buka untuknya.
“Amboi sedapnya bau. Ibu masak nasi lemak dengan ayam
goreng berempah ya?” tanya Lia.
Tajam betul deria hidungnya, walaupun masih berada di depan
pintu.
“Hem.. jom teman ibu makan, lepas makan baru kita
pergi” pinta ku.
Lia menonong
sahaja ke dapur, tidak perlu dipelawapun dia akan menyingkap tudung saji di atas
meja. Memang itu yang diharapnya.
“Ibu nampak letih aje ni, Lia tengok!.. kalau letih,
biar Lia je sorang yang pergi..”tegur Lia.
Dia sudah duduk bertentang dengan ku, tangan sudah
berisi nasi lemak, hanya menunggu disuap.
“Takkk..ibu okey” kataku sebenarnya bukannya letih,
cuma kurang tidur sahaja.
Berselera aku makan dengan bertemankan Lia. Pagi ini
aku tidak bersarapan bersendirian, Lia ada menemaniku.
Kami bertolak sebaik sahaja mengemas apa yang patut di
dapur. Sampai juga on time seperti yang Lia
janjikan. Lia memandu santai kerana tidak ada traffic kerana waktu orang masih
di pejabat. Belum lagi waktu
orang keluar makan tengahari atau mengambil anak sekolah.
“Hello doktor, apa khabar?” tegur Dr. Amelda sebaik
sahaja dia nampak aku.
Dia selalu menabur khidmatnya secara sukarela di
tempat ini.
“Saya macam ni lah doktor.. lama
kita tak jumpa?” jawabku.
“Bukan
lama kita tak jumpa, tapi sebab you lama tak datang..” jawabnya.
Kami
tertawa.
Memang
tepatpun jawapannya, aku yang sudah lama tidak berkunjung ke SPCA. Bukannya
tidak mahu, tetapi aku sedang menghabiskan coretan hidupkan dengan penulisanku.
Insyallah, akan aku usahakan untuk kerap ke sini di masa-masa hadapan.
“Hey..Lia
pun ada kah?” becok betul doktor pencen ni.
“Ada..
how are you untie?” jawab Lia,
mengerti yang doktor Amel memang kenal dirinya sejak dia kecil lagi.
“I’m fine..and you?” Amel bertanya semula
kepada Lia.
“Saya
pun..” jawab Lia pendek.
“You should bring your mummy here regularly
lah Lia.. at least kita boleh jumpa selalu. We can talk about old times.. good old times” tangannya sudah
menepuk ke belakang aku.
Hisy doktor pencen ni.. ada ada aje dia ni.
“Eh..
Lyna, welcome to our club ha.. club doktor-doktor pencen..” katanya lagi, berseloroh.
Kami pecah ketawa. Begini rupanya hidup orang pencen
ya!
“Doc Amel, we have some visitorsat the
receptiom, they want to adopt kittens,
could you please entertain them?” Tiba-tiba muncul seorang pekerja SPCA
meminta Amel membantu mereka.
Sesiapa
yang tidak sibukpun boleh membantu kepada pelanggan yang ingin mengambil anak
kucing.
“Amel, you just continue whatever you are
doing, I take charge that one..” kataku, ingin membantunya.
Laju sahaja aku berjalan ke kaunter reception. Lia
sudah entah ke mana, dia sering kesini, jadi dia memang tahu apa yang perlu
dilakukannya.
“Ya Encik.. nak adopt anak kucing ya?” kataku kepada
seorang lelaki yang berdiri membelakangkan aku.
Aku terpampan apabila melihat lelaki itu menoleh.
Lemah rasa lututku, tetapi aku gagahkan juga dengan menyokong diri di meja
kaunter reception.
“Abang?” hanya sepatah sahaja perkataan yang mampu
terkeluar.
“Ilyna” juga sepatah daripada mulutnya.
Kedua-dua kami terdiam. Tidak sangka menemui lelaki
ini di tempat begini.
“Abang.. nak adopt anak kucing?“ ulangku, melindung
riak yang terkejut dengan soalan.
“Nak ambil anak kucing untuk siapa?” aku mulakan
bicara,
“Ha ah!\Untuk birthday cucu..” jawabnya.
“Ooohh.” Di dalam hati aku berbicara, untuk cucu dia rupanya, cepatnya
dia ada cucu.
Aku
bermonolog sendiri. Tiba-tiba datang seorang perempuan
“Ada
tak anak..” terhenti ayat yang tidak sempat dihabiskannya.
“Eh..
ini untie Ilyna Suffiyah kan?..” tanyanya.
Aku
hairan, bagaimana dia tahu nama penuhku, aku tidak kenalpun perempuan muda ini? Tidak mungkin isterinya,
kerana nampak muda sangat.
Ehh..
aku ni, fikir yang bukan-bukan.
Entah-entah
memang isterinya, manalah tahu abang Rafiq, kahwin lambat.. isterinya lah ni..
tapi dia memanggil aku dengan panggilan ‘untie” pulak!.
“Untie..
tak ingat saya ke?. Saya...saya Kelly..anak buah Paksu” katanya sambil
menghulurkan tangan yang aku sambut dalam kepala memikirkan wajah Kelly, anak
bongsu, untie Rehan.
Budak
perempuan remaja yang comel tetapi pendiam.
“ni
ah, saya datang ni nak cari anak kucing untuk birthday anak saya” sambungnya
lagi.
Ternganga
aku, Kelly rupanya. Jauh berbeza wajahnya. Kali terakhir aku melihat dia, 25 tahun yang lampau,
dia masih remaja.
“Ohhh..
Kelly..sorry untie tak cam tadi.. manalah nak cam.. dah lama sangat tak jumpa” alasanku.
Sebenarnya aku memang tidak dapat membayangkan itu
adalah Kelly, kerana pertemuan aku dengan keluarga abang Rafiq, tidaklah kerap.
“Ni
ah.. Paksu nak beri present anak saya
next week.. birthday dia yang ke 10, ada anak kucing tak untie?” tanyanya lagi.
“Ada..ada..
mari ikut untie, Kelly boleh pilih.. nak cari yang umur berapa bulan, sebab
semuanya dah cerai susu, umur dah 2 bulan ke atas. Yang dah dewasapun ada..
mari..mari ikut auntie” aku mengarahkan
mereka mengikut aku.
Tetapi
ajakan lebih kepada Kelly bukan kepada abang Rafiq, aku malas hendak
melayannya.
Aku berjalan mendahului mereka yang mengekori aku.
Kami berhenti di hadapan kandang besi besar.
Aku
baru sahaja hendak membuka kunci kandang, Lia pula muncul.
“Lia.. do you remember ?” tanya ku kepada
Lia.
“Uncle
Rafiq” sambungku
Lia geleng kepala perlahan. Tentulah dia tidak ingat kerana peristiwa itu berlaku,
dia masih anak-anak.
“Maaf
uncle Lia, tak ingat..” namun Lia tetap menghulurkan tangannya kepada abang
Rafiq.
“Ilyna..
ini Lia? Our Lia?” abang Rafiq terkejut melihat Lia.
Lia
lagi terkejut, terutama dengan ungkapan “Our”.
Aku
angguk, anggukan laju, mengiyakan kenyataan abang Rafiq.
“Ini
uncle Rafiq, Lia.. uncle Rafiq..” ulangku. Lia kerut muka, namun diteruskan
menghulurnya juga tangan sebagai tanda hormat.
“Okey..
Kelly boleh masuk dalam kandang besar tu.. dan pilih anak kucing mana yang
Kelly hendak. Lepas tu boleh register, kalau hendak beli makanan kucing dan
kandangpun boleh..kat sana” ajuku kepada Kelly, agar masuk ke kandang besar, di
mana banyak tersusun kandang-kandang kecil yang menempatkan binatang-binatang,
di dalam kandang berasingan. Kelly berjalan perlahan membuka pintu pagar
kandang besar.
Aku
dan abang Rafiq masih berdiri, hanya memerhatikan Kelly yang terbongkok-bongkok
melihat satu persatu kandang yang ada berisi anak kucing.
Lia dan dr. Amel sibuk membersihkan kandang di hujung
kawasan yang telah kosong.
“Ilyna” .
“Abang”
Kami bercakap serentak. Kemudian aku terus diam.
“Ilyna apa khabar?” tanyanya.
“Lyna sihat aje.. abang
sihat? Lyna tengokpun abang sihat juga..
abang selalu datang sini ke?” tanya ku, kerana sepanjang aku menjadi sukarelawan
di sini, kami tidak pernah bertembung.
“Selalu jugak, sebab abangpun suka binatang” katanya
tanpa melihat diriku.
“Dulu abang kehilangan seseorang yang abang sayang,
dia sukakan binatang..” sambungnya lagi, perlahan.
Aku hanya diam, pasti dia tidak maksudkan diriku
kerana dia tahu, setelah dia membuat keputusan untuk membatalkan semua
rancangan masa depan bersama, aku terus menjauhkan diri darinya.
Takkan pula dia mencari pengganti aku dengan seorang
doktor haiwan juga?. Pelik betul!
Dari jauh dilihat Kelly melambai tangannya ke arah
abang Rafiq.
“Abang masuklah.. Lyna rasa Kelly dah jumpa kitten
mana yang dia dah berkenan tu..” kataku.
“Jom,
teman abang, kita masuk sekali, Lyna boleh advise apa yang patut..” pintanya.
Aku
menurut sahaja, kami jalan beriring masuk ke kandang besar di mana Kelly sudah
menunggu di depan kandang kecil.
“Paksu,
Kelly rasa, this one is suitable for Didi..”
sambil tangannya menunjukkan ke arah seekor anak kucing berwana orange.
Jari Kelly di masukkan ke dalam kandang dan sianak
kucing menolak jari Kelly. Seronok sahaja Kelly cuba bermain bersama anak
kucing yang dia sudah berkenan.
“Ilyana
rasa macammana, kucing tu sesuai tak
untuk cucu abang..” abang Rafiq meminta pandangan aku sebagai seorang doktor
haiwan.
“Kelly..
yang ni kucing betina, belum di vaccine lagi. Kalau Kelly nak adopt, untie rasa
bagus juga. Sebelum register for adoption, doktor akan vaccine dan beri ubat
cacing. Semua Kelly yang kena bayar, tak mahalpun.. paling minima. Untie tengok
kucing tupun sihat.. hyper active, tahu nak main aje. Budak-budak tentu suka”
kataku, mempromosikan si kucing kuning yang terkebil-kebil kena usapan oleh
Kelly..
“Paksu,
kita ambil yang ni ajelah ya?” kata Kelly tanda setuju.
Aku
pandang abang Rafiq, bersinar-sinar sahaja matanya memandang aku.
Yalah!,
Ilyna preparelah apa yang patut..” katanya.
“Kelly
sama abang, tunggu kat depan..nanti Lyna minta orang SPCA uruskan.boleh?.”
kataku. Mereka angguk.
Kelly
dan abang Rafiqpun beredar seperti yang diberitahu. Kemudian aku lihat abang
Rafiq berpatah balik, aku yang masih berdiri, hanya menunggunya dekat denganku.
“Ilyna..
lepas ni abang nak jumpa kejap, boleh?” tanyanya.
Aku angguk tanda setuju.
Aku bersetuju tanpa berfikir.
Bukannya aku marah atau berdendampun dengannya. Aku
tahu semua yang berlaku sudah takdir buat ku. Sudah jodohku bukan dengannya,
jodohku sudah terbukti dengan Fahmi. Semuanya bersebab. Lagipun dia hanya
hendak berjumpa denganku, apalah salahnya. Bukan dia hendak buat apapun!.
“Ya.. jumpa aje pun... bukan nak buat apa!“ bisik hati
kecil ku lagi, menguatkan keputusan yang aku buat adalah keputusan yang betul..
Tanpa aku sedar, rupanya pertemuan ini adalah titik
permulaan kesah hidup ku yang akan huru hara dan tunggang terbalik akan berulang
kembali...
4 comments:
Salam,
I hv been waiting for this story..rasa sedih..bila tau fahmi dah meninggal..kesian lyna..but at least she has a happy life with fahmi..
same feeling i have when i read p/s i love you..
Kalau buat movie cerita ni mesti best..terbayang meg ryan as lyna and tom hanks as fahmi..
Wow.. amboi jauhnya ke situ pulak ah! Tom Hanks and Meg Ryan ah? he..he..he.. Pelakun melayu tak ada ke? Anyway, thanks readers..I love you too. Teruskan menjenguk untuk next episode.
As for me, I am thinking of Dian sebagai Lyna dan Rahim Razali sebagai Fahmi dan siapa pulak sesuai untuk abang Rafiq?
Ntah terus terbayang muka meg ryan and tom hanks..hahaha..muka lovey dovey gitu..
kalau pelakon melayu..emmm ..maybe piere andre as fahmi..rambut pun dah lebih kurang.. abang rafiq..belum nampak character dia lagi..maybe in next episode baru dpt hayati watak abg rafiq ni.. :)
anyway looking forward for the next episode.
Post a Comment