Bab 27
“Apa yang riuh aje mak dengar malam tadi?“ tanya ibu
mertua aku semasa bersarapan.
Aku termalu, apa sebenarnya yang telah didengar oleh
ibu mertua ku.
Banyak perkara yang berlaku “malam tadi“.
“Ni ah..si Lyna ni.. takutkan kunang-kunang“ kata
Fahmi, sambil tangannya yang melengkar dibahuku digoyang-goyangnya.
Tersenyum pulak tu!
“Lyna jangan takurlah kat kunang-kuang tu, dia tak
bahaya..“ kata ibu mertuaku.
Sama sahaja ibu dan anak, memberitahu aku, si
kunang-kuang tidak merbahaya. Aku sengeh, terasa bodoh takutkan serangga yang
kecil. Serangga itu mampu aku picit sahaja jika ianya mengganggu aku.Hu..hu..
Sehari semalam di rumah mertua mengajar aku
berbagai-bagai perkara. Dikuti dengan hari kedua, ketiga sehingga masuk hari
yang ketujuh. Berbagai pengalaman dan pertemuan baru yang aku temui. Indah
sungguh berada di kampung Fahmi. Berlainan sama sekali dengan kampungku, yang
sudah tidak boleh disebut kampung lagi kerana cir-ciri yang sepatut dipanggil
kampung sudah tidak ada.
Setiap malam, aku sudah tidak hiraukan kehadiran
kunang-kunang yang berterbangan di dalam bilik kami. Biarkan serangga itu
berkeliaran, memnag betul bukan mengganggupun. Sebaliknya aku harus berterima
kasih kepadanya kerana kehadirannya membuat Fahmi lebih mengambil berat tentang
keselesaan dan keselamatanku. Dia mahu yang terbaik buat diri ku.
Hari kedua di kampung Fahmi, aku dibawanya bersama ibu
mertua ku ke pekan rabu. Pekan yang kecil sahaja tetapi dipenuhi dengan
gerai-gerai kecil. Rata-rata penjual orang kampung sendiri
kerana mak Tijah kenal hampir semua penjual di situ. Tanpa aku sedari, mak
Tijah tidak secara langsung memperkenalkan aku sebagai menantu barunya. Aku sungguh terharu dengan penerimaan diriku kepada
ibu mertuaku ini. Habis berbelanja, kami memasak bersama-sama menggunakan
bahan-bahan yang dibeli di pasar rabu. Yang kelakarnya, namanya pasar rabu,
tetapi tidak perlu menunggu sehingga hari rabu untuk ke sana kerana ianya
dibuka setiap hari.
Hari ketiga aku mengikut Fahmi memancing sepat siam di
tali air. Orang kampung di sini memanggil tali air, aku pun panggil tali air
juga, rupanya parit yang sekeliling sawah yang mengawal pengaliran air. Air
dikeluarkan terus ke tali air sekiranya air terlalu tinggi atau memasukkan air
jika sawah kekurangan air. Menurut Fahmi berbagai jenis ikan boleh ditangkap,
tetapi dia ingin mencuba memancing sepat siam. Katanya sepat siam sedap
digoreng garing.
Hisy.. ada-ada sahaja
suami aku memberi informasi mengenai kesah ikan kepada seorang doktor haiwan.
Aku tahulah dia seorang pensyarah, pensyarah ekonomi, bukannya pensyarah
pertanian.
Aku ini banyak
tahu melalui theory sahaja, bukan realiti. Tetapi bersama Fahmi aku imbaskan
pengetahuan theory menjadi realiti.
Awal-awal lagi dia sudah menyediakan dua batang pancing dari buluh siap
terikat dengan tali tangsi dan mata kail. Halus sahaja mata kailnya. Teringat
aku peristiwa ini.
“Kita nak guna
apa untuk umpan?” tanyaku.
“Cacing.. tu
dalam bekas sana tu..” Fahmi menunjukkan dengan mulut.bekas plastic ice cream
biru yang penuh dengan cacing merah.
Aku menunjukkan
rasa geli, terutama melihat cacing-cacing itu bergerak.
“Sayang
janganlah buat muka macam tu, geli ya?” katanya
“Ya lah..Lyna
geli.. Lyna tak mahu pegang la..” kataku.
Fahmi senyum.
“Siapa pulak
yang nak suruh sayang pegang. Abang yang akan isi umpan tu
nanti..
dah siap, jom..” kata Fahmi lagi.
“Topi tu jangan
lupa bawak.. panas tu, nanti pening pulak berjemur tengah panas tu..” terdengar
suara mak Tijah mengingatkan aku dengan topi jerami yang sudah diletakkannya di
atas meja.
Sayang rupanya ibu mertua aku dengan menantu barunya
ini. Takut
nanti menantu yang tidak berapa cantik ini berbelak pula kerana sun burn.
“Ah.ah Lyna,
kena pakai topi, nanti panas, takut Lyna tak tahan. Boleh bawak pitam. Lyna tak
payah ikut la..” kata Fahmi memujuk aku supaya melupakan sahaja niat hendak
mengikutnya memancing sepat siam.
“Tak pa lah
bang, Lyna nak merasa macammana orang kata syoknya memancing, sampai ada orang
tu, ketageh nak memancing, macam suka giler..” kataku.
“Yalah, tapi
kalau nak ikut kena pakai topi tu.. yang abang risau, nanti kulit Lyna kena
sunburn pulak.. tak cantiklah isteri abang dah tak putih melepak lagi..” kata
Fahmi sambil memeluk erat lengankku.
Aku sengeh, aku tahu Fahmi hanya bergurau.
Aku tahu, dai menyayangi aku bukan pasal kulitku yang
putih. Jika kulit aku hitam dia sudah tidak sayangkah?
“Dah jom” katanya.
Fahmi
menghulurkan kepada aku kedua-dua batang joran, topi jerami dan sehelai tuala
good morning. Manakala dia membawa bekas cacing, tin cat yang sudah tidak ada
cat, sudah kosong. Lehernya dililit tuala good morning dan kepalanya sudah
memakai satu lagi topi jerami. Jika dari persiapan and attire, boleh diberi
markah 90 peratus, tetapi hasil penangkapan, wallahualam.. mengikut rezeki,
insyallah.
Aku mengikut langkahnya yang laju. Betul kata mak
Tijah, belum sampai lagi ke tali air, aku sudah terasa bahang panas. Beginilah
agaknya nelayan yang ke laut tu ya? Bahang air laut lagi panas. Namun bahang
panas tidak aku hiraukan. Aku ingin bersama Fahmi.
Kaki aku juntaikan ke tali air, duduk dititi kecil
dengan Fahmi di sebelah. Bertegur sapa dengan beberapa saudara mara dan kenalan
yang lalu. Fahmi yang kenal, aku hanya tunjuk muka manis.
Sudah satu jam menunggu, namun seekor ikanpun tidak
mengena. Menurut Fahmi yang sentiasa bercerita, ikan akan mencari makan diwaktu
tengahari. Memandangkan masih awal, ikan
belum naik ke permukaan mencari makanan. Itulah sebabnya pemancing
perlukan kesabaran.
Benar seperti yang dikatakan Fahmi. Selang beberapa
minit umpan aku dan Fahmi mengena. Terus sahaja Fahmi membantu aku mengeluarkan
ikan dari mata kail dan memasukkannya ke dalam tin cat yang diletak di hujung
titi. Memang
rasa seronok yang tidak dapat digambarkan apabila umpan mengena. Patutlah ramai
orang menjadikan memancing sebagai hobi. Dua jam masa berginjak, ikan yang kami
dapat cukup untuk makan malam bagi kami bertiga. Untuk makan tengahari tidak
sempat rasanya, kerana waktu sudah hampir tengahari rembang. Jika diharapkan
tangkapan kami untuk lauk tengahari jawabnya pukul 3 petang belum tentu siap.
Fahmi mengajak aku pulang, aku menurut. Entah mana silapnya, aku tersalah
langkah dan tidak dapat mengawal imbangan badan dan aku jatuh ke dalam taliair.
Airnya tidaklah dalam mana, separas pinggang sahaja, Fahmi sungguh cemas, terus
mengheret aku naik semula ke tebing. Tetapi bukan aku sahaja yang naik. Ada
benda yang aku rasa melekat di kaki kiriku. Seluar panjang aku sengseng.
“Oi.. mak.. benda apa tu bang..?” jerit ku, terkejut
Cepat-cepat Fahmi menarik benda itu keluar.
Lintah rupanya. Aku hampir pengsan dibuatnya. Darah
masih keluar ditempat gigitan lintah.
“Sayang, cepat kita balik, nanti kena isi ubat kat kaki
tu.. tulah abang tak nak sayang macam ni..” kata sesalan dari Fahmi.
Takut betul dia kehilangan aku. Aku lagi takut
kehilangan dia, kerana aku sayang kepadanya, dia sebahagian dari diriku.
Perjalanan pulang, semua barang Fahmi yang bawa. Aku
yang basah kuyup hanya berlenggang kangkung. Kasihan pula aku, tetapi Fahmi
tidak membenarkan aku membawa apa-apa.
Memang benar seperti yang diberitahu Fahmi. Enak
sungguh rasanya memakan ikan yang kami pancing untuk makan tengahari. Mak Tijah
sempat menyediakan ikan tersebut. Dia hanya mengoreng kunyit garam, tetapi ikan
digoreng garing. Kemanisan ikan baru memang sungguh enak. Rasanya berbaloi
menunggu beberapa jam hanya untuk beberapa ekor ikan, tetapi tidak termasuk
pengalaman berkenalan dengan sang lintah. Tidak dilupa darah yang aku dermakan
kepada beberapa ekor lintah tersebut.
Hari keempat mak Tijah, ibu mertua ku memperkenalkan
aku dengan resepi tidak pernah aku duga. Rendang burung merpati. Burung merpati
yang dibela dihadapan rumah. Enak rupanya rasa daging burung kecil itu. Bukan
boleh didapati di mana-mana. Hanya boleh didapati di dapur ibu mertuaku, dapur
mak Tijah.
Hari kelima, aku meminta mak Tijah berehat dari ke dapur.
Aku dan Fahmi pula menyediakan makanan. Dari sarapan, ke makan tengahari dan seterusnya
makan malam. Makan malam kami turut menjemput kaklang Intan dan keluarga untuk
makan bersama kami. Alangkah seronoknya dengan riuh rendah anak-anak kaklang
seramai empat orang. Semua lelaki, anak lelaki berusia 4
sehingga 12 tahun. Budak lelaki yang sedang membesar. Amir yang berusia 6 tahun telah memecahkan
gelas neneknya, nasib baik tidak luka, Hamzah yang berusia 4 tahun pula telah
menumpahkan air sirap di atas tikar. Apa hendak dikata, boys will always be boys.
Tidak aku sangka
Fahmi memang pandai memasak. Mungkin
berada sendirian di New Zealand bertahun-tahun, mengajar dia berdikari termasuk
memasak. Aku dan Fahmi tidak mempunyai masalah untuk menyediakan itu semua.
Yang penting mak Tijah gembira dengan kehadiran aku, seperti yang diperkenalkan
kepada kenalannnya sebagai menantu barunya. Aku cukup terharu.
Hari keenam kami sudah bersiap-siap untuk pulang. Mak
Tijah meminta Fahmi mengambil pisang muda, buah betik dan ulam-ulam untuk
dibawa pulang. Hari ini juga mak Tijah memperkenalkan aku dengan lauk betik
muda masak air dan pucuk cemperai masak lemak bersama keledek. Tidak aku tahu
yang buah betik yang mengkal boleh dimasak lauk. Yang aku tahu hanya boleh
dimakan bersama colek seperti petis atau otak udang. Pucuk cemperai masak
lemak, pertama kali aku rasa dan pertama kali aku tengok pokoknya apabila aku
meminta mak Tijah menunjukkan aku rupa pokok cemperai. Rupanya pokok renik ini
terdapat di belukar. Hanya orang yang kenal rupa pokok cemperai dapat
membezakan, sama ada pokok semak atau pokok cemperai. Maaflah, jika aku disuruh
menentukan, pasti aku tidak dapat membezakan diantara pokok semak dengan pokok
cemperai. Bagi aku, aku nampak sama sahaja semua pokok semak yang ibu mertua
aku tunjukkan. Ibu mertuaku mahu memastikan perut kami penuh sebelum bergerak
pulang ke Kuala Lumpur.
Oh ya, satu lagi, aku berkenalan dengan pokok asam
gelugur. Masyaallah, cantik rupanya bunga dan buah gelugur ini. Terima kasih
suamiku kerana menerima aku di dalam hidupmu dan memperkenalkan aku dengan
berbagai-bagai perkara yang tidak mungkin aku dapat jika tidak bersama
denganmu.
Kami pulang semula ke Kuala Lumpur di hari ketujuh.
Berat rasanya aku hendak meninggalkan mak Tijah. Namun aku berjanji akan pulang
menjenguknya setiap bulan. Alhamdullillah, selama aku bersama Fahmi, aku tidak
lupa menunaikan janjiku. Sehingga,kadangkala aku dan Fahmi akan pulang berhari-hari
menghabiskan cuti kami semata-mata untuk bersama ibu mertuaku, si bangau, kunang-kunang
dan juga tidak ketinggalan si lintah.
Syukur alhamdulillah terlebih kerana, ibu mertua ku,
bukan Nyonya Mansor ya!!
No comments:
Post a Comment