Bab 29
Aku menjinjing kandang yang berisi si anak kucing kuning. Kandang aku letakkan di atas meja kaunter.
“Maaf ya..Kelly kena tunggu lama? Bukannya apa, budak
volunteer tu budak baru, tak pandai lagi hendak mandikan kucing..ahh..kucing tu
dah bersih, dah vaccine dan deworm. Kelly pilih kandang
mana yang hendak dan juga some cats food jangan lupa. Nanti ada kucing yang
kebulur sebab tuan terlupa beli makanan. Jangan beri tulang tau, nanti
tercekik. Ini kucing manja, bukan kucing kampung yang baham apa saja..”
Nasihatku kepada Kelly sambal tersenyum. Aku lihat Kellypun tersenyum juga,
mengerti yang aku cuba sekadar memberi pandangan dan nasihat.
“Kelly pernah
ada kucing tak sebelum ni..” tanyaku lagi.
“Ada..”
jawabnya.
“Ha..Kalau
macamtu, mudahlah sikit, dah pernah bela kucing..” jawabku sedikit lega, tidak
perlu banyak berceloteh kerana pembeli sudah pernah ada pengelaman menjaga
kucing.
“Untie.. kitten tu makan, makanan apa?” tanya Kelly
lagi.
“Kalau untie, untie beri dia yang ni..” sambil
tanganku mencapai sepeket kecil Royal Canin, khas untuk anak kucing berumur dua
bulan hingga 6 bulan.
“Yang ni
mahallah sikit, tapi bagus, tapi nak yang murah sikit yang ni” aku tunjukkan
bungkusan besar Iams kitten.
“Tapi, untie
rasa Paksu tak kesahkan berapa harga, jadi Kelly ambil yang ni..lebih baik..”
sekali lagi aku menunjukkan ke arah deretan bungkusan Royal Canin. Mahal tetapi
bagus.
“Paksu
macammana?” tanya Kelly kepada abang Rafiq, yang sedari tadi hanya sebagai
pendengar.
Akupun hanya berbicara dengan Kelly. Dia, aku cuba
elakkan dari berbual.
“Ikut yang untie
Ilyna advise la..” katanya.
Aku senyum.
Terus sahaja aku mengambil sebungkus besar Royal Canin kitten, sebungkus susu
untuk binatang, bekas makan, bekas minum dan kandang.
Barang asas
untuk permulaan menjaga seekor kucing.
“Mainan nak tak,
Kelly?” tanyaku lagi kepada Kelly.
“Ah..” terkejut
Kelly yang leka mencari collar berloceng untuk si anak kucing.
“Mainan..”
ulangku
“Ya..ya.. nanti
saya pilih.. bolehkan Paksu?” tanyanya lagi.
Abang Rafiq
hanya angguk.
“Datang lagi
bulan depan untuk vaccination kedua, lepas tu terserah Kellylah hendak neuter
atau tidak..selepas kucing tu umur 3 bulan.. ni si kuning ni baru sebulan lebih
sikit” lembut tanganku mengusap kepala si anak kucing yang baru aku keluarkan
dari kandang.
Si kuning seronok dibelai selepas mandi. Tambahan
pula mendapat haba tangan manusia. Sama panas dengan haba ibunya.
“untie.. kalau
Kelly perlu nasihat hal-hal masalah kucing,
Kelly call untie boleh?” tanya Kelly.
Hendak bermanja
pula Kelly denganku. Abang Rafiq masih sebagai pemerhati.
“Boleh..” kataku dengan nada meleret.
“Nak call mana?”
Kelly sudah siap dengan telefon bimbit ditangan.
Aku jadi sangsi, bolehkah aku memberikan nombor
telefon aku kepadanya.
“Hemm.. telefon rumah ajelah ya?” kataku. Kelly hanya
angguk.
“03 6175667”
Cepat sahaja jarinya menekan abjad di telefonnya.
“Dah” katanya.
“Dah cukup ke? boleh kira atau nak tambah lagi.. beli
barang kat sini, sekurang-kurangnya menderma jugak.. untuk tampung perbelanjaan
kat sini.. macam charity macam tu..” kataku lagi.
Berlagak seperti jurujual sahaja sedang mempromosikan
barangan.
“Kalau sudi boleh jugak terus menderma kat sini..”
sambil aku tolak ke tengah kaunter, tabung yang sentiasa ada di atas meja
kaunter untuk sesiapa sahaja yang sudi menderma.
“Dah selesai agaknya kan Paksu.?.” kata Kelly kepada abang Rafiq.
“Ilyna.. dah cukup
ke semua keperluan tu..” tanya abang Rafiq sambil tangan memegang barang-barang
yang telah aku kumpul di depan cashier.
Dia meminta
pendapatku sebagai seorang bekas doktor haiwan.
“Cukuplah buat
permulaan.. tapi sebelum
habis, kena beli lagi la.. ni.. Lyna rasa untuk dua bulan cukup..pack besar,
pack 5 kilo tu” kataku.
“Kelly, jangan beri makan banyak sangat tau? Small
portion aje at a time. Ikut time, bubuh segenggam pagi, sengenggam petang. Air
minum kena tukar selalu.
Kucing ni
pembersih, kalau air lama tak diminumnya..” kataku lagi, memberi tips yang
patut tuan baru kucing ketahui.
Aku tahu
perangai kucing. Perangai
Ginger lagi aku tahu, kucing yang mengada-ngada tu. Ginger suka air yang keluar
dari paip, itu sebab selalu sahaja dia berada di atas sinki di dapur menunggu
aku membuka paip air untuk dia minum.
“Pushpa.. boleh kiralah..” kataku kepada Pushpa,
cashier yang bertugas hari ini.
Setiap barang dilihat. dan ditekan butang mengikut
harga lalu dimasukkannya ke dalam beg plastic. Kecuali yang besar, seperti
kandang dan makanan, hanya dibiarkannya, tanpa perlu di balut.
“RM675.80” kata Pushpa nyaring, memandang ke arah
Kelly dan juga abang Rafiq.
Diapun tidak tahu, siapa yang sepatutnya membayar.
Abang Rafiq tampil dan menyeluk saku belakang seluarnya
dan mengeluarkan dompet. Satu persatu helaian note
dikeluarkannya. Sebanyak RM700.00, dan Pushpa memulangkan bakinya. Terus sahaja
tangan kasar abang Rafiq memasukkan baki wang ke dalam tabung yang masih berada
di tengah kaunter. Aku senyum, murah hati sungguh abang Rafiq. Jangan di depan
mata aku sahaja dia bermurah hati. Tak ada maknanya!
“Kereta Encik
parking kat mana?” tanya Pushpa lagi.
“Alex tolong!”
sambungnya meminta Alex, pembantu stor memindahkan barangan yang sudah terjual
ke dalam kereta pembeli yang terpakir di luar.
“Ahh..kereta
saya…Honda Civic Maroon” Kelly keluar dan menekan kunci kereta agar bonet
kereta boleh dibuka untuk memasukkan barangan, kecuali kucing dan kandang.
“Terima kasih
Paksu..Paksu nak balik sekali ke atau terus nak balik rumah?” tanya Kelly
kepada abang Rafiq.
“Paksu balik
kejap lagi.. Paksu terus balik rumah la.., see
you next week.then.” kata abang Rafiq. Kelly hanya angguk. Dia tidak tahu,
apa pula perancangan Paksunya. Yang dia pasti, si kucing kuning perlu dibawa
pulang segera.
“Untie.. saya
balik dulu lah.. nanti saya telefon ya..?” sambil menghulur tangannya dan aku
sambut. Kemudian dia menjinjing kandang yang berisi si kuning, anak kucing yang
sudah mendapat tuan yang baru, wania muda yang bergaya.
Sebelum Kelly
bergerak, dia bercakap perlahan kepada abang Rafiq. Aku hanya memerhati. Akupun
ingin meminta diri sebenarnya, tetapi tidak mahu pula meninggalkan mereka terus
begitu sahaja.. Nanti dikatakan sombong pula. Tambahan aku sudah setuju hendak berjumpa abang Rafiq setelah segalanya
selesai.
“Lyna nak
sambung kerja semula, jumpa lagi abang ..” kataku.
“Ilyna..abang
nak ajak Lyna minum jap, boleh?” katanya
La.. pulak! Tadi
kata hendak jumpa, dah jumpa, tetapi tidak ada benda mustahakpun hendak diceritakan.
Ini dah ajak pergi minum pulak!
“Kat restaurant
depan tu aje..” rayunya.
Aku serba salah.
Perlukah aku menerima melawaannya.Aku takut akan menimbulkan fitnah. Aku ni janda dan bekas tunangnya, dan dia tentunya
sudah beristeri. Sudah tua-tua ini aku tidak mahu pula jadi perosak rumahtangga
orang. Aku terdiam, diam memikirkan cara yang terbaik untuk aku menolak.
“Lyna ada kerja lagi kat belakang tu bang..” akhirnya
aku terfikir untuk memberi alasan.
“Abang tunggu..” katanya.
Aku kerut muka, dia hendak menungguku. Bagaimana
cara aku hendak lari ni!
“Lyna lama ni.. bang..” kataku menguatkan lagi
alasanku.
“Lama manapun abang akan tunggu Ilyna..” katanya
sedikit tegas.
“Abang ada benda nak tanya Ilyna?” katanya masih
dengan nada tegas.
Lain macam sahaja bunyinya.
Aku tarik nafas. Kenapa pula abang Rafiq ni, tidak
reti bahasakah?, aku menolak cara berhemah, memberi alasan agar dia pergi. Atau
dia mahu dengar jawapan “Maaf, Lyna tak
mahu pergi minum dengan abang” agaknya baik sahaja aku beritahu dia dengan ayat
itu, baru dia mengerti.
Aku pandang wajahnya, dia tidak berkelippun memandang
aku. Akhirnya aku yang kalah, aku tunduk. Tidak mahu termakan dengan
renungannya. Renungan yang pernah satu ketika membuatkan aku tidak boleh tidur
malam mengenangkannya. Renungan itu masih boleh membuat hatiku berdebar.
“Kalau itu kata abang.. abang tunggulah. Lyna pergi
belakang..” kataku dan terus beredar tanpa melihat riak wajahnya.
Aku tidak ketahui sama ada dia perasan atau tidak yang
muka aku sudah bertukar warna.
Aku ke belakang menyambung tugas ku yang terbengkalai.
Dari satu jam ke dua dan jam yang
ketiga, Lia memberitahu yang dia perlu pulang. Takut pula Sandra buat hal,
kuatir Halim tidak boleh handle.
Aku akur, sebenarnya jika sampai ke petangpun aku
sanggup berada di situ, dari keluar bersama abang Rafiq. Di dalam hati aku
berdoa agar abang Rafiq sudah beredar kerana tidak sanggup menunggu ku selama 3
jam sendirian di depan kaunter.
Doktor Amelda sudah beberapa jam pulang. Dia
sukarelawan yang kerap membantu, dia boleh sahaja datang dan pergi mengikut
masanya yang terluang. Lain pula kes aku, ada kala muncul, ada
kala tidak. Ikut kelapangan aku dan Lia. Jadi kerana hanya muncul sesekali, aku
selalu spend lama sedikit masa di sini.
“Ibu.. Lia rasa
uncle tadi tu masih ada kat depan la..kitten tu dah selesaikan? Ibu dah uruskan tadi kan?” tanya Lia bertalu-talu dan
dia tertanya-nya.
Hairan juga
Lia, kenapa abang Rafiq masih berada di ruang kaunter tetamu.
Aku jadi serba
salah, perlukah aku beritahu atau tidak kepada Lia.
“Dia nak ajak ibu keluar minum dengannya. Ibu kata,
kalau nak keluar minum kena tunggu ibu habis kerja. Tak sangka pulak dia
sanggup tunggu..lama tu dia tunggu,
hampir 3 jam” kataku. Rasa
simpati pula mendera abang Rafiq.
“Ibuu..kenapa ibu tak beritahu Lia? Ibu pergilah minum dengan uncle tu..diakan kenal ibu.
Dia siap kenal Lia lagi.. Lia aje yang tak kenal dia, janganlah ibu hampakan
harapan orang” panjang lebar pula si Lia memberi pendapat.
Aku jeling Lia,
budak ni.. tak tahu hujung
pangkal, senang-senang sahaja meminta aku keluar minum dengan lelaki itu.
“Nanti Lia
beritahu uncle tu.. yang ibu
akan siap kejap lagi..” terus sahaja Lia berjalan pantas tanpa mempedulikan aku
yang berulang-ulang menyebut namanya agar tidak membuat kerja bodoh itu.
Tetapi terlambat. Dari jauh aku lihat dia dan abang
Rafiq bukan main mesra lagi dan sesekali menoleh ke arahku yang berjalan
berlahan menuju ke arah mereka.
“Lia balik dulu, nanti uncle Rafiq hantar ibu balik
ya? Betulkan
uncle nak hantar ibu Lia balik?” tanya Lia kepada abang Rafiq. Rafiq hanya
angguk dengan soalan Lia.
Sedangkan aku
tidak mempunyai masalah. Jika dia tidak menghantar aku balikpun tidak mengapa,
teksi banyak, hanya perlu panggil sahaja..
“Kalau macam tu Lia gerak dulu. Nanti
Lia call ibu ya.. hemm.. malam nanti..” katanya dan terus menyalami aku dan
mencium kedua belah pipiku.
Semua perbuatan
aku dan Lia diperhatikan oleh abang Rafiq yang sudah berdiri, hanya menunggu
aku untuk ke restaurant di depan bangunan.
Aku menerima
pelawaannya hanya kerana tidak mahu menghampakan dirinya, tidak lebih dari itu.
Terpandang aku
kepada kereta Lia yang melintas di hadapan SPCA, tiba-tiba hati ku berbisik.
“Lia..Lia tidak
sudah-sudah hendak menjadi match maker. Jika dulu dia berjaya menyatukan aku dengan Fahmi,
tetapi kali ini jangan harap dia akan berjaya!“
5 comments:
Satu lagi episode buat pembaca yang mengikuti...layan.
Dh boleh starat cari calon watak untuk jadi abang Rafiq sebab mulai hari ini watak abang Rafiq akan ada, sampai pembaca jemu...he.he..he.., jangan marah!
hahaha...tunggu dulu... tak dapat baca lagi character abag rafiq..tak nampak bayang-bayang lagi..hahaha...
Rafik masih solo ke masih setia tggu lyna
Nantikan dia di episaod akan datang
Post a Comment