BAB 6
Perlahan-lahan aku menarik grill untuk
menutup dan mengunci pintu aparmentku. Diharap tidak mengganggu jiran-jiran aku
yang lain, terutama jiran sebelah, si rambut kerinting. Perlahan-lahan juga
aku memimpin Lia berjalan menuju ke lif.
Dah jadi macam pencuri, berjalanpun terjengkit-jengkit. Hati girang, kerana nampaknya aku berjaya
kerana tidak tertembung dengan si dia!
“Awal cik keluar hari ni..”
“Ah!“ tertoleh aku apabila mendengar suara garau seorang lelaki
menegurku. Bulat mata ku kerana terkejut. Aku lindung perasaan terkejut dengan
menayang gigi. Nasib baik gigi aku tersusun cantik, walaupun tidak layak untuk
menjadi model iklan ubat gigi. Aku tersengeh.
No comments:
Post a Comment