Bab 8
Deringan telefon begitu nyaring kedengaran, memecah
kesunyian, yang tadinya hanya terdengar bunyi angin kipas siling di ruang tamu.
Aku yang sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur cepat-cepat mengelap tangan
yang masih berbueh sabun, laju aku berjalan menuju ke arah deringan.
Siapalah agaknya yang menalifon aku di waktu
hujung-hujung minggu begini. Bukannya apa, tidak mahu deringan yang nyaring itu
mengganggu lena Lia yang nampak sudah bergerak, tetapi dia masih tetap lelap.
Jika dia terjaga, alamat terbengkalailah pinggan mangkuk yang belum habis aku
cuci.
Ialah, dikala ini, hanya ada telefon tetap di rumah.
Telefon mudah alih, hanya ada dalam movie James Bond. Itupun saiznya besar
gedabak dan berat. Telefon rumah sahajalah alat komunikasi selain dari surat.
Walaubagaimanapun kita kena juga berterima kasih kepada Alexander Graham Bell
kerana mencipta telefon dan Rowland Hill kerana sistem setem postal.
Komputerpun belum digunakan secara meluas. Hanya Pentagon di US sahaja, yang
mempunyai komputer yang canggih. itupun hanya sebagai urusan pengumpulan data.
Akupun menggunakan komputer di hospital, tetapi bukan dipanggil komputer waktu
itu, tetapi dipanggil word processor.
Masih menggunakan floppy disk a.k.a cekera liut. Skrin berwarna hijau dan
maklumat masih terhad, hanya penggunaan untuk menaip dokumen dengan words. Internet explorer sudah dicipta
tetapi hanya pengguna yang terhad sahaja, oleh agensi kerajaan yang betul-betul
memerlukan. Hanya pada penghujung tahun 90an sahaja, baru internet digunakan secara meluas untuk penggunaan
awam.
“Mualaikaum salam mak” aku terus sambut salam emak.
Emak aku rupanya, menalefon aku dari kampung. Perasaan
yang sedikit marah tadi, tiba-tiba menjadi sejuk sebaik sahaja mendengar suara
mak. Pasti ada perkara yang mustahak, kerana emak tidak akan membuat panggilan
sekiranya tidak ada perkara yang betul-betul penting yang hendak disampaikan.
Aku hanya mendengar apa yang hendak emak sampaikan. Aku menjadi pendengar
setia.
“Ya.. mak.. minggu depan, ya mak Lyna balik.. hemm..
hemm.. ya…ya..” aku masih menjadi mendengar setia, setiap kali bercakap dengan
emak. Menjawab apa yang perlu mendapat jawapan sahaja.
“Tido” jawab ku apabila emak bertanyakan hal Lia.
“Kemas dapur” jawapan yang aku beri apabila emak
bertanya apa yang sedang aku buat.
Dan akhirnya aku mengucapkan salam bagi mengakiri
perbualan singkat kami. Aku mengerti apa yang hendak diceritakan. Message utama
yang perlu disampaikan sudah terlaksana. Messagenya, aku perlu balik kampung
hujung minggu. Mesti balik, tidak boleh tidak!
noktah.
Aku sayang emak aku, bagi aku setiap butir katanya
adalah kata-kata nasihat, walaupun ada kalanya nada percakapannya agak keras.
Berbeza seratus peratus dengan abah. Abah seorang lelaki yang tidak suka banyak
bercakap, hanya bercakap apabila perlu. Jika aku menelefon ke kampung,
sekiranya abah yang mengangkat, pasti dia akan meminta aku bercakap sahaja
dengan emak. Dia tahu, emak yang pandai melayan anak-anaknya.
Abah…abah.. itulah abah aku. Sekarang sudah tinggal mereka berdua sahaja di
kampung. Itulah, walaupun mempunyai ramai anak, akhirnya tinggal berdua.
Nama sahaja ada
empat orang anak, apabila sudah dewasa semua bersepah-sepah. Ada yang berhijrah
kerana bertugas, seperti abang dan aku, manakala yang lain berhijrah kerana
menuntut ilmu.
Emak menelefon meminta aku balik ke kampung hujung
minggu depan. Katanya mustahak. Apa yang mustahak sangat tu, tak
tahulah aku. Bagi mak, semuanya mustahak. Jika emak tidak menelefonpun
memangpun aku bercadang hendak pulang ke kampung, sekurang-kurangnya hujung
minggu nanti aku boleh tenang. Aku
boleh lari dari jiranku si rambut kerinting itu. Hemm.. good idea.
Lagipun, menurut emak tadi, adik lelaki ku, Fadly yang
menuntut di Cardiff, Wales akan pulang bercuti summer selama dua bulan. Abang
Fadil dan isterinya kak Shima juga akan balik kampung minggu depan bersama dua
anaknya, Rizal dan Jaja.
Tinggal Aliyah Jasmin, adik perempuan bongsu, menuntut
di ITM yang belum tahu, sama ada dapat balik atau tidak hujung minggu nanti.
Tetapi sekiranya dia tahu abang Fadly akan pulang bercuti, aku pasti dia akan
muncul. Mereka berdua sangat rapat, kerana jarak umur 5 tahun di antara mereka
membuat Fadly sangat ambil berat dengan adik perempuannya yang seorang ini.
Emak dan abah pasti menunggu saat semua anak, menantu dan cucu mereka ada bersama.
Bukan senang hendak berkumpul begini. Aku sendiripun tersenyum gembira apabila
memikirkan minggu hadapan akan berkumpul adik beradik. Lia juga pasti gembira
dimanjakan oleh adik-adik ku, tambahan pula Lia akan dapat bermain dengan
anak-anak abang Fadil. Rizal dan Jaja. Berkumpul bersama sepupu sendiri.
Aku berjalan menuju ke arah Lia, untuk mempastikan dia
lena semula. Aku lihat Lia masih lena. Aku lega. Kemudian aku menyambung
tugasku di dapur.
Terdengar grill ditarik. Tidak ada orang lain, Dianlah
tu, sudah balik dari kampung. Cepat pula dia balik minggu ini. Asarpun belum
lagi, selalunya dia sampai selepas maghrib.
Salam diberinya kuat, aku mengangkat jari di bibirku,
Memberi isyarat agar Dian merendahkan sedikit volume suaranya. Dian pun
mengangkat jari ke mulutnya sendiri, mengerti Lia sedang tidur. Dengan senyuman
lebar. Apa kenanya pulak minah ini hari ini, gembira semacam.
“Cepat balik minggu ni..?” tanya ku.
“Ah ah..” jawab Dian ringkas dan masih dengan senyuman
meleret.
“Janji dengan Jeff keluar lagi malam nanti..” sambung
Dian lagi dengan raut muka berseri-seri. Baru balik dah bercadang hendak keluar
semula. Aduss.. rumah sudah jadi hotel sahaja, hanya untuk tidur.
Aku diam, hemm..
serious rupanya hubungan Dian dengan Jeffry, lelaki Sabahan itu. Bakal jadi
isteri anak orang kaya Dian nanti. Kerana setahu aku, keluarga Jeffry memang
orang berada, orang kaya Sabah. Silap-silap si Jeff itu anak taukeh balak,
manalah tahu. Dian selalu bercerita, mendapat hadiah itu dan ini. Bertuahlah
kau Yan.
“Aku masuk dulu,
kejap lagi Jeff datang ambil aku..” jawab Dian lagi. Terrgesa-gesa dia berjalan menjinjit beg pakaian corak
berbunga, masuk ke biliknya.
Aku hanya memerhatikannya sahaja. Di kepalaku
berfikir, jika Dian berumah tangga kelak, nampaknya aku terpaksa mencari teman
serumah yang baru. Bukan senang hendak mencari teman serumah yang boleh ngam
macam sekarang ini. Kena pula aku ni, kolot sikit, ada banyak syarat do and
don’t. Tetapi yang banyaknya don’t. Atau silap-silap aku sendiri yang kena mencari
roommate, roomate seumur hidup, bukan sekadar housemate. Apalah aku ni
melalut…aku sengeh apabila perasan, aku sudah tersasar jauh memikir yang
bukan-bukan.
Selesai berkemas aku berjalan ke balkoni. Aku ingin
mengambil angin sambil melihat panorama di luar. Walaupun pemandangannya
tidaklah indah mana. Lebih dari pemandangan bumbung rumah orang dan bangunan
batu yang lain. Sekurang-kurangnya aku boleh mencuci mata melihat kereta yang
lalu lalang, atau melihat kereta yang datang dan pergi dari apartment aku.
Sedang aku leka melihat pergerakan kereta-kereta di
jalanraya di bawah, aku terdengar orang memberi salam. Suara orang yang memang
aku kenal sangat. Jiran ku, si rambut kerinting! Namun begitu salam aku sambut
di dalam hati.
Aku berpaling pantas ke arah suara hendak memastikan
orang empunya suara adalah seperti yang aku teka. Cepat-cepat aku palingkan
pandangan ku semula ke arah bumbung-bumbung rumah orang yang aku tahu, bukanlah
pandangan yang cantik. Janji aku tidak terus memandang kearahnya.
“Ehem..cik Lynapun ambil angin jugak ke?” soalnya
“Hem…” jawab
sepatah ku.
“Lia mana?”
tanyanya lagi.
Tanya Lia buat
apa? Tanya sebab hendak tolong jaga ke? Bersuara di fikiranku. Jika sekadar
bertanya dengan air liur aje, baik tak usah tanya? Namun hatiku baik pula,
masih mahu menjawab soalannya.
“Tido” sepatah
lagi jawapan dariku.
“Ohhhya.. dah fikir bila senang? Untuk
saya balas balik lauk cik Lyna tu” sudah keluar soalan cupumas.
Aduh! aku sudah
lupakan dengan temujanji itu, kini dia sudah menuntutnya pula. Isterinya kemana
pula sekarang ni ya? Dia ni, tidak takut didengar oleh isterinya ke?
Atau…isteri tidak ada di rumah, itu yang berani sangat ni..
“Encik, saya
dengar Lia dah jagalah.. nanti kita cerita lagi ya..?” aku bergegas masuk
semula kedalam rumah.
Aku menggunakan
Lia sebagai alasan, aku harap dia tidak perasan yang aku berbohong. Aku
sebenarnya ingin lari darinya, dan juga aku tidak ada jawapan kepada soalannya.
Nampak gayanya, aku perlu berhati-hati dimasa akan datang. Aku sudah tidak ada
kebebasan untuk tersadai di balkoni sesuka hati ku lagi. Nasiblah..
Oh.. Kak Rozi
cepatlah pulang. Lagi seminggu, bagai
setahun aku rasakan..
No comments:
Post a Comment